Thursday, 10 September 2020

2012 KUALA SELANGOR BHG. 05 (Kilang Beras)

Ogos 2020

SELANGOR, MALAYSIA
Sekinchan & Kuala Selangor

Bahagian 5: Sekinchan 3
KILANG BERAS RAKYAT SEKINCHAN

Part 8: Kilang Beras Rakyat Sekinchan

Lawatan kami yang seterusnya adalah ke sebuah kilang memproses beras yang bernama Kilang Beras Rakyat Sekinchan. Kata Mr Yap, ada beberapa buah kilang memproses beras di sekitar Sekinchan tetapi kilang inilah satu-satunya yang boleh dilawat oleh orang awam.

Kilang Beras Rakyat Sekinchan
Pintu masuk pelawat ke Kilang Beras
Nama rasmi Kilang Beras
Mengikut Mr Yap masuk ke Kilang Beras
Memandangkan ini kali pertama kita masuk melawat ke Kilang Beras, kita tengok-tengok dulu suasana di sekeliling.

Ada tiket masuk RM5 seorang dikenakan untuk melawat ke Kilang Beras ini. Setiap pengunjung juga diberi cenderamata bungkusan kecil sample beras bersama setiap tiket yang dibeli.

Berjalan menuju ke kaunter tiket
Pejabat Tiket
Cenderamata bungkusan beras yang diberi bersama pembelian tiket
Ada ramai pelawat ke Kilang Beras ini hari itu tapi cuma kami berdua saja yang Melayu. Di sini juga SOP Covid dilaksanakan. Disebabkan Paddy Gallery di Tingkat Atas Kilang dah ramai pengunjung, kami diminta menunggu sekejap untuk mengelakkan kesesakan.

Pintu masuk ke Paddy Gallery
Sambil Myself menunggu giliran di pintu masuk, Husband pergi melihat proses pembuatan sejenis biskut beras di lobi menunggu. Kita malas nak ikut sebab nak jaga tempat dalam queue.

Mula-mula beras digoreng dalam kuali
Beras digoreng bersama minyak masak dan air gula rasanya.
Beras yang siap digoreng dimasukkan ke dalam sebuah bekas dan dimampatkan
Digelek pulak untuk dipastikan betul-betul mampat
Kemudian dipotong-potong pulak
Potongan dibuat mengikut saiz yang sekata
Sebahagian dimasukkan ke dalam bekas sebagai sample percuma
Sample percuma untuk dicuba oleh pengunjung
Siap untuk jualan
Belum sempat Husband nak mencuba sample percuma biskut beras, kami dah dipanggil masuk ke dalam. Semua pengunjung diminta melalui terowong disinfectant dulu untuk masuk ke dalam.

Kemudian ada video penerangan tentang proses penanaman padi dan penghasilan beras yang ditayangkan kepada pengunjung. Ada bilik-bilik tayangan berasingan yang disediakan untuk penerangan dalam Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

Pemandangan dalam Bilik Video. Penjarakan Fizikal diterapkan di sini.
Penerangan umum dari petugas di Kilang Beras
Tayangan Video
Penerangan tentang beras yang dihasilkan dan dijual oleh Kilang Beras Rakyat Sekinchan
Habis tayangan video dan selepas penerangan ringkas, kita akan diiring oleh Petugas untuk melihat proses penghasilan beras yang sedang berlangsung dari Viewing Gallery. Memang bagus dapat belajar tentang proses penghasilan beras dari padi, jadi taklah kita cuma tahu nak menghabiskan beras semata-mata!

Viewing Gallery
Pemandangan mesin memproses beras dari Viewing Gallery
Petugas memberi penerangan tentang proses penghasilan beras
Padi yang hendak diproses menjadi beras perlu dikeringkan terlebih dahulu. Jerami padi sendiri digunakan sebagai bahanapi di dalam Mesin Boiler bagi tujuan ini. Padi yang telah dikeringkan akan dianginkan dan dibiarkan di dalam gudang untuk dihilangkan haba sebelum melalui proses yang seterusnya.

Mesin mengayak beras
Langkah seterusnya ialah mengayak padi untuk diasingkan dengan bendasing seperti jerami padi. Mesin "Husker" kemudiannya digunakan untuk membuang kulit atau sekam padi. Proses yang dilalui sehingga kini menghasilkan beras perang (brown rice) yang bagus untuk kesihatan. Memang adatlah kan... kalau dah dikatakan makanan kesihatan tu, mesti rasanya kurang sedap. Tekstur beras perang keras sedikit berbanding beras putih yang biasa kita makan.

Mesin memproses beras yang bersambung-sambung di antara satu sama lain
Proses yang seterusnya adalah memproses beras perang menjadi beras putih. Beras perang ini akan dimasukkan ke dalam mesin "Polisher" untuk digilap. Melalui proses ini hasil yang dikeluarkan adalah beras putih dan dedak beras. Dedak beras yang berwarna coklat cair digunakan untuk membuat minyak dan makanan ternakan. 

Selepas melalui pelbagai proses pemesinan, beras putih yang terhasil cukup berdebu. Oleh itu beras akan dimasukkan ke dalam mesin "Shining" untuk mengilatkannya supaya kelihatan cantik dan dimasukkan pula ke dalam mesin "Destoner" untuk mengasingkan beras dengan bendasing yang biasa terdapat bersekali bersama beras seperti batu.


Mesin Colour Sorter
Sebagai proses akhir, beras yang dihasilkan oleh Kilang  akan dimasukkan ke dalam mesin "Colour Sorter" untuk digredkan. Beras yang dihasilkan selepas keseluruhan proses ini adalah yang terbaik. Putih dan cantik berseri serta membangkitkan selera untuk dimakan ...

Kemudian kita diberi pula sedikit penerangan tentang Beras Perang yang baik untuk kesihatan itu. Nak memahami tentang khasiat Beras Perang ini kenalah refer pada diagram keratan rentas padi seperti di bawah...

Keratan Rentas Padi
Nampak tak selaput-selaput yang mengelilingi Endosperm dalam gambarajah itu? Selaput-selaput itulah sebenarnya bahagian padi yang mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Malangnya kesemuanya terpaksa dibuang untuk menghasilkan beras putih tetapi kekal berada pada beras perang. Pada zaman dulu, sebelum terciptanya mesin-mesin untuk menggilap padi, selaput ini memang tertinggal pada padi. Jadi orang-orang di zaman dulu memang sihat bila memakan beras.

Varieti padi yang telah diisytihar di Malaysia
Varieti padi yang ada di Sekinchan cuma MR 219 dan MR 269
Selepas itu barulah Petugas tadi meninggalkan kami untuk melawat sendiri Paddy Gallery di situ. Kalau di Galeri Padi di Langkawi dan Muzium Padi di Alor Setar kita melihat proses penanaman padi dari perspektif pesawah tradisional berketurunan Melayu, di sini kita dapat melihat pameran yang sama dari perspektif pesawah tradisional berketurunan Cina.

Secara kasar, peralatan tradisional yang digunakan oleh pesawah Cina tak banyak berbeza dengan pesawah Melayu. Cuma disebabkan sawah-sawah milik pesawah Cina terletak lebih hampir dengan bandar berbanding sawah milik petani Melayu, pesawah Cina lebih banyak terdedah dengan penggunaan peralatan-peralatan yang dianggap moden pada masa itu.

Alat penimbang ini bukan saja digunakan untuk menimbang padi. Masa kecil-kecil dulu Myself pernah melihat ia digunakan untuk menimbang kepingan getah mentah.
Orang-Orang
Tong Pembanting
Mesin Pembanting Injak
Mesin Memproses Beras
Pemandangan tipikal di Kedai Runcit Cina pada masa dahulu. Sama seperti yang dilihat di Ah Ma House tadi.
Semasa kecil dulu, disebabkan keluarga kami tinggal di kawasan kejiranan penduduk yang majoriti berbangsa Cina, Myself teringat yang jiran-jiran sering menyapa dengan pertanyaan: "Lu sudah makan nasi ka?". Sebenarnya itu adalah cara tradisi orang Cina bertanya khabar.

Nasi sangat penting dalam budaya Orang Cina kerana di tempat asal leluhur mereka di Negara China pada masa dahulu, kebuluran dan kekurangan makanan sering terjadi. Oleh yang demikian, memiliki nasi untuk dimakan sering digambarkan sebagai kebahagiaan sehingga menjadi cara mereka bertanya khabar. Bila ditanya "Lu sudah makan nasi ka?" dan kita menjawab "Sudah", itu bermakna tak ada sebarang kebimbangan dalam hidup kerana kita ada nasi untuk dimakan.

Renungkan pula kata-kata dalam Peribahasa Lama Cina ini: 
If you want to be happy for one hour, get drunk; 
If you want to be happy for three days, get married; 
If you want to have a happy life, eat rice every day.

Jadi makanlah nasi setiap hari untuk hidup bahagia.

Makan bersama ahli keluarga juga adalah satu tradisi penting dalam masyarakat Cina
Barangan tradisional yang banyak juga digunakan oleh Orang Melayu
Sebelum wujudnya industri katering seperti sekarang, pinggan mangkuk porselin yang sedondon ini sering ditemui di majlis-majlis kenduri dan keramaian.
Tangga keluar dari Paddy Gallery
Laluan keluar dari Paddy Gallery adalah menerusi sebuah kedai yang menjual produk-produk keluaran kilang beras ini. Ada juga gerai menjual Cendol Beras Perang yang menjadi tumpuan di sini tapi kami tak sempat nak mencuba.

Gerai Cendol Beras Perang
Ramai yang nak mencuba Cendol Beras Perang
Kedai jualan produk dari kilang
Kampit-kampit beras


  Bersambung ke Bahagian 6...