Friday, 11 September 2020

2020 KUALA SELANGOR BHG. 06 (Bukit Malawati)

Ogos 2020

SELANGOR, MALAYSIA
Sekinchan & Kuala Selangor

Bahagian 6: Kuala Selangor 1
PADI BOX & BUKIT MALAWATI

Part 9: Padi Box

Kalau membuat search tentang tempat menarik di Sekinchan, pasti kita akan bertemu dengan Padi Box. Ia adalah sebuah hotel penginapan unik yang dibina dari kontena di tengah sawah. Kami bertuah kerana Padi Box adalah sebenarnya dimiliki oleh company Mr Yap dan dia menawarkan kepada kami untuk melawat ke sana.

Kawasan padi yang luas di Sekinchan
Tanaman padi secara manual
Site A
Bangunan di tengah sawah ini adalah tempat simpanan padi selain digunakan juga sebagai Rumah Burung
Tanaman semula padi
Traktor di tengah sawah
Di tempat ini sajalah kami dapat melihat pemandangan padi yang menguning begini
Kuning dan Hijau
Padi Box tak dibuka untuk kunjungan awam. Hanya mereka yang membuat tempahan bilik sahaja yang dibenarkan masuk. Tapi inilah kelebihan berjalan dengan Boss Padi Box, dia sendiri yang mempelawa kami masuk melihat-lihat ke dalam hotel ini.

Pintu masuk ke Padi Box
Pemandangan Padi Box di sebalik pagar
Tempat permainan kanak-kanak
Kata keluarga ini mereka baru pulang dari majlis perkahwinan
Lobi Padi Box
Pemandangan dari atas jambatan di depan lobi
Welcome To Padi Box
Lobi Padi Box
Kaunter Pendaftaran
Kadar penginapan di Padi Box
Mr Yap menyuruh kami bersiar-siar sendiri saja di hotel ini. Kami terus naik ke tingkat atas. Ada sebuah kafe kecil di sini.

Tangga naik ke tingkat atas
Pemandangan lobi dari atas tangga
Posing dulu kat atas tangga
Kafe kecil di tingkat atas
Hiasan dengan konsep moden
Ada sebuah balkoni di luar kafe ini. Pemandangan sawah padi yang kebetulan tengah menguning memang sangat awesome dari situ.

Pemandangan dari balkoni
Menyamar jadi Orang-Orang di tengah sawah
Mengambil gambar sawah
Traktor tengah bekerja di sawah
Kombinasi warna yang menarik di tengah sawah
Pemandangan dekat traktor yang sedang bekerja
Khusyuk mengambil gambar traktor dengan burung terbang yang membuat photo bomb.
Bas di sana adalah sebenarnya sebuah kafetaria milik Padi Box yang dibuka kepada orang awam.
Walaupun kecil, Padi Box turut mempunyai sebuah Event Hall. Kata Mr Yap, bilik ini boleh memuatkan sekitar 15  orang kalau tak silap. Selain boleh disewa untuk meeting, Padi Box juga mempunyai pakej Team Building. Tapi tak bolehlah untuk bilangan yang ramai sebab bilangan bilik di sini cuma 25 buah sahaja.

Event Hall
Pintu masuk ke Event Hall
Padi Box sangat maju jaya. Bilik hotelnya boleh dikatakan sentiasa penuh dengan tempahan. Sewaktu kami di sana misalnya, hotel ini fully booked. Jadi tak dapatlah nak masuk melihat bilik-bilik penginapan yang ada. Tapi memang terasa keunikan hotel ini walaupun sekadar melihat dari luar.

Pada mulanya kami bercadang nak minum-minum di kafe Padi Box yang unik berbentuk bas itu. Namun disebabkan tak cukup masa kerana kami perlu bergerak ke Bukit Malawati di Kuala Selangor, hasrat ini terpaksa dibatalkan. Lain kali sajalah, kalau ada rezeki nak berbuat begitu.

Kafetaria Padi Box yang dibuka kepada orang awam
Mesti seronok minum-minum di dalam kafe bas ini.
Sebelum meninggalkan Padi Box, kita lihat puas-puas pemandangan sawah padi yang cantik di belakang Kafe Bas ini. Maklumlah kita dah nak meninggalkan Sekinchan menuju ke Kuala Selangor sekarang.

Sawah padi yang cantik di belakang Kafe Bas
Ramai yang singgah berposing di sini
Mr Yap mengajar Husband teknik menangkap gambar di sawah padi
Ilmu yang dipelajari dari Mr Yap
Satu lagi teknik yang dipelajari oleh Husband

Part 10: Bukit Malawati

Selepas melawat Padi Box, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Selangor dengan melintasi sekali lagi pekan Tanjung Karang. Kata Mr Yap, pada zaman British dulu, Tanjung Karang adalah sebuah pusat industri pengeluaran kayu arang dan ada sebuah jalan keretapi dibina dari sini menuju ke pelabuhan untuk kemudahan pengeksportan kayu arang ini.

Pekan Tanjung Karang
Tanjung Karang
Tarikan pelancongan di Kuala Selangor
Tiba di pekan Kuala Selangor
Sebaik tiba di Kuala Selangor, Mr Yap terus membawa kami ke Bukit Malawati. Disebabkan hari itu hujung minggu, memang ada ramai pengunjung di sana. Turut menyambut kami adalah kera-kera yang menjadi penghuni Bukit Malawati sejak dari di tempat parking kereta lagi. 

Tiba di Bukit Malawati
Parking Attendant di tempat letak kereta
Mereka menunggu di setiap pelusuk
Ada 2 jenis monyet yang menghuni Bukit Malawati: Kera dan Lotong Kelabu. Kera agak nakal manakala Lotong Kelabu pulak lebih bersopan-santun.

Menunggu di atas bumbung bangunan
Janganlah dia orang turun menyakat kita pulak.
Sejarah Bukit Malawati
Satu cabaran bercuti ke destinasi yang kurang dari 2 Marhalah macam Kuala Selangor ini kepada kami ialah kita tak boleh nak menjamakkan Solat. Kenalah bersolat setiap waktu. Sejak awal lagi kami bercadang nak bersolat Asar di surau Bukit Malawati. Malangnya, surau di sini ditutup kerana precaution Covid. Masjid berdekatan pun ditutup kerana kerja-kerja renovation. Panik betul kami, kat mana kita nak bersolat macam ini?

Atas cadangan dari petugas di Bukit Malawati, kami cuba menumpang solat di sebuah restoran berhampiran. Pemilik restoran ketika itu sedang bersiap-siap nak menutup perniagaan untuk hari ini tetapi mereka tetap membenarkan kami menumpang solat. Baik sungguh pasangan pemilik restoran ini. Bersusah payah mereka menyediakan ruang yang selesa untuk kami bersolat. Terima kasih, semoga Allah SWT membalas kebaikan mereka kepada kami dan dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat. 

Lepas dah bersolat barulah seronok kita nak berjalan-jalan. Seperti di tempat lain juga ada pendaftaran dan saringan suhu dibuat kepada pelawat yang ingin naik ke Bukit Malawati.

Laluan sehala untuk masuk ke Bukit Malawati disediakan oleh pihak berkuasa untuk mematuhi SOP Covid.
Makanan Monyet untuk jualan
Kenderaan tak dibenarkan naik ke Bukit Malawati pada hujung minggu seperti ini. Sebaliknya, ada tram yang ditarik Traktor disediakan untuk pengunjung. Walau bagaimanapun kita perlu membayar tiket RM3 seorang untuk menaiki tram ini.

Kaunter Tiket
Tiket Tram
Pemeriksaan Tiket
Jom naik tram!
Pemandangan dalam tram
Slow je tram ini berjalan membawa kita naik ke atas bukit. Kalau tak mahu naik tram, boleh saja nak berjalan kaki memanjat ke atas tapi Bukit Malawati ini boleh tahan juga kecuramannya.

Sambil tram mendaki bukit kita imbau sejarah Bukit Malawati. Bukit ini merupakan pusat pentadbiran dan kota kesultanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. 

Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1782-1826) sebagai benteng pertahanan dari serangan Belanda kerana negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau. Akhirnya kota ini ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan Kota Altingsburg bersempena nama Gabenor General Belanda. 

Walau bagaimanapun kejayaan Belanda tidak lama kerana julung-julung kalinya dalam sejarah, seorang Sultan telah dapat menawan semula kotanya daripada kuasa asing sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Pada malam 27 Januari 1785, dengan bantuan Orang Pahang dan Penggawa Permatang, baginda Sultan telah menawan semula kota ini dari tangan Belanda. Baginda meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor dan berjaya menghalang kemaraan musuh.

Muzium Permainan Tradisional
Meriam lama
Rumah Api
Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
Di kompleks ini terdapat berbagai tinggalan sejarah antaranya ialah tembok kota yang masih berdiri teguh, bekas Tapak Istana, Rumah Api, Makam Diraja, Perigi Tujuh, Batu Hampar tempat memancung kepala pesalah, Tangga Seratus, Perigi Beracun serta beberapa buah meriam yang diletak menghala ke muara Sungai Selangor. Dipercayai juga di sini terdapat sebuah terowong tempat menyimpan harta. Disebabkan kesuntukan masa kami cuma menghabiskan masa di meriam dekat perhentian tram yang berdekatan juga dengan rumah api.

Perhentian tram di puncak bukit
Ramainya peminat yang menunggu ketibaan!
Siapa lagi ramai? Monyet ke orang?
Peta Bukit Malawati
Pemandangan laut Selat Melaka jelas kelihatan dari Bukit Malawati. Kerana itulah bukit ini dipilih oleh Sultan Selangor dulu-dulu menjadi lokasi kota pertahanannya.

Di sini juga ada banyak Lotong Kelabu yang jinak. Walaupun jinak, seram juga bila dia datang dekat-dekat dengan kita. Sesuatu yang unik tentang Lotong Kelabu ini ialah anak mereka berbulu warna emas. Bila dah dewasa barulah bulu mereka bertukar menjadi kelabu.

Lotong Kelabu
Emak Lotong dengan Anaknya
Anak Lotong Kelabu unik kerana berbulu emas tak macam bulu emak dan bapaknya.
Bergambar bersama
Siapa yang terlebih berposing? Kita ke dia?
Di sini juga ada sebuah menara melihat anak bulan yang dinamakan Baitul Hilal. 

Baitul Hilal
Meriam dan Baitul Hilal
Menara ini digunakan untuk melihat Anak Bulan Ramadan dan Syawal
Di puncak bukit ini juga ada penjaja yang menjual pisang untuk diberi kepada monyet. Tak tahulah sama ada monyet-monyet ini semua tengah lapar atau saja nak bermanja... siap memanjat-manjat atas orang yang nak memberi makanan kepada mereka!

Penjual Makanan Monyet
Sampai memanjat nak cepat dapat makan!
Inilah yang dikatakan Bagi Betis Nak Paha.
Berdekatan dengan kawasan ini juga ada Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Walau bagaimanapun ada notis pada pintu pagarnya yang memaklumkan ia ditutup sementara waktu kerana Covid-19.

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
Penjaga Muzium
Notis Penutupan Sementara Muzium
Macam menarik je kalau dapat melawat ke dalam muzium ini
Memandangkan matlamat sebenar kami datang ke Kuala Selangor adalah nak menyaksikan 3 tarikan alam semulajadi: Eagle Feeding, Kelip-Kelip dan Blue Tears, kami tak dapat nak berlama-lama di Bukit Malawati. Bila tram yang seterusnya datang membuat persinggahan, kami terus naik untuk turun ke bawah semula.

Tram dah tiba
Mencari tempat duduk yang best dalam tram
Notis mengenai Covid-19 turut diletakkan dalam tram
Masa kami dah naik tram nak turun barulah lelaki dengan parrot ini datang
Kakaktua yang berwarna-warni
Turun semula ke bawah
Dalam perjalanan turun, tram melewati Busut Malawati. Busut ini dibina oleh Sultan Ibrahim yang mana tujuan pembinaannya adalah sebagai tempat beristirahat di puncak busut dan sebagai gedung menyimpan harta-harta kerajaan. Dikatakan pada perut busut ini terdapat sebuah gua yang mana pada zaman dahulu Sultan telah menyimpan beberapa senjata dan khazanah kerajaan Selangor namun sehingga kini tidak dijumpai pintu masuk gua tersebut mungkin kerana telah dikambus.

Tangga naik ke Busut Malawati
Busut Malawati adalah tempat Sultan dahulukala beristirahat. Katanya ada gua rahsia yang menyimpan banyak harta karun di bawah Busut ini.
Pemandangan Sungai Selangor dari Bukit Malawati
Pemandangan sewaktu turun ke bawah
Kita juga melalui Makam Tiga Sultan yang merupakan tempat bersemadinya tiga Sultan Selangor terawal yang terdiri dari Sultan Salahuddin (1756-1778), Sultan Ibrahim (1788-1826) dan Sultan Muhammad (1826-1857). Kami tak singgah melawat ke makam ini, cuma melihat dari dalam tram. Menurut ceritanya juga di Makam Tiga Sultan terdapat Meriam Penggawa yang dikatakan pernah meletup sendiri pada tahun 1961 dan 1978. Meriam ini juga mempunyai satu kisah misteri lain di mana ia dikatakan sering meletup sendiri setiap kali pertabalan Sultan Selangor yang baru. Tak cukup dengan itu, ada satu lagi kisah di mana meriam ini dikatakan ditemui dalam keadaan tenggelam timbul seolah-olah orang sedang berenang di Sungai Buluh.

Makam Tiga Sultan
Ada Meriam Penggawa yang penuh misteri diletakkan di Makam Tiga Sultan ini
Korner Lipat sewaktu menurun bukit
Mural Kegiatan Pertanian di Kuala Selangor
Sebaik turun dari Bukit Malawati, tram akan membawa kita berpusing sikit mengelilingi Pekan Kuala Selangor. Seolah-olah City Tour begitu! Tapi pekan Kuala Selangor memang tak besar, pusing 2-3 buah blok kedai, dah sampai balik ke kaki Bukit Malawati.


Banyak mural-mural menarik yang ada di pekan Kuala Selangor.


Part 11: Restoran Rahmaniyah

Atas cadangan Mr Yap, kami singgah dinner dulu di sebuah restoran Mamak dekat Bukit Malawati. Maklumlah tour Eagle Feeding, Kelip-Kelip dan Blue Tears yang bermula pukul 7 malam akan mengambil masa 3 jam. Takut kelaparan pulak nanti. Lagipun kata Mr Yap, dekat jeti nanti cuma ada sebuah restoran Cina saja. Takut tak ada makanan Halal yang boleh dimakan.

Meninggalkan Bukit Malawati
Restoran Rahmaniyah
Pemandangan di dalam restoran
Satu lagi pemandangan di dalam restoran
Untuk kemudahan dan kononnya nak cepat, kami sama-sama order Mee Goreng. Tapi lambat juga dia orang sediakan makanan kami. Terpaksalah kita makan rushing-rushing sikit sebab kita perlu berada di jeti selewat-lewatnya pukul 6.30 petang.

Tinggi betul gelas dia! Dahlah bagi straw yang tak boleh bengkok, mencabar betul nak minum.
Dinner Mee Goreng Mamak


   Bersambung ke Bahagian 7...