Monday, 7 September 2020

2020 KUALA SELANGOR BHG. 02 (KL - K. Selangor)

Ogos 2020

SELANGOR, MALAYSIA
Sekinchan & Kuala Selangor


Bahagian 2: KL - Kuala Selangor
PERJALANAN KE KUALA SELANGOR


Part 3: Menuju Ke Kuala Selangor

Percutian ke Kuala Selangor ini adalah percutian local yang pertama kami booking menggunakan Klook. Platform percutian seperti Klook, KKday & Viator ada di hampir seluruh negara di dunia. Myself pernah menggunakan Viator untuk membooking tour ke Blue Mountains di Sydney, Australia dulu. Sungguh mudah dan sangat boleh dipercayai. Platform begini memang disasarkan terutamanya kepada pelancong-pelancong antarabangsa. Namun begitu, tak bermakna khidmatnya tak boleh digunakan untuk pelancongan tempatan. Ikuti cerita bagaimana kami end-up menggunakan Klook untuk percutian di Kuala Selangor kami kali ini...

Myself dan Husband memang sukakan percutian berbentuk Guided Tour. Bagi kami memang seronok berjalan dengan Professional Tourist Guide kerana mereka mempunyai banyak pengetahuan tentang sesuatu tempat dan banyak benda baru yang boleh dipelajari bila berjalan dengan mereka. Kalau berkunjung ke sesuatu tempat secara bersendirian tanpa Tourist Guide, kita cuma dapat menikmati keindahan dan suasana di tempat tersebut. Tak mudah kita akan tahu kelebihan dan cerita lain di sebalik tempat-tempat yang dikunjungi. Kerana itulah Myself dan Husband akan sentiasa cuba menggunakan Tourist Guide bila bercuti, termasuk di Malaysia sendiri seperti sewaktu bercuti ke Langkawi dulu. Tapi khidmat Tourist Guide begini di Malaysia selalunya cuma ada di tempat-tempat yang popular dengan pelancong asing. Kalau bandar-bandar yang jarang dikunjungi pelancong asing seperti Alor Setar, memang tak termasuklah di dalam senarai Klook.

Website Klook
Pada mulanya kami ada berurusan direct dengan sebuah travel agent tempatan yang menawarkan Private Tour ke Kuala Selangor yang kami temui di internet. Tapi harga yang ditawarkan cukup mahal. Disebabkan curious nak tahu berapa harga yang dikenakan kepada Orang Putih bagi tour yang serupa, kami sajalah masuk ke website Klook nak buat perbandingan. Terperanjat kami bila melihat harga yang ditawarkan di Klook separuh harga yang ditawarkan oleh travel agent tadi. Lalu kami terus membuat keputusan untuk menggunakan Klook.

Waktu membuat booking di Klook, kami diminta untuk memilih satu pick-up point dalam radius 5 km dari KLCC untuk memulakan Tour. Jadi kami pilihlah sebuah hotel yang terletak di tengah KL. Tiga hari sebelum hari kejadian, kami dihubungi oleh Tour Guide yang menjadi service provider Klook untuk membuat pengesahan tempat pick-up. Rupa-rupanya Tour Guide kami yang bernama Mr Yap ini tinggal tak jauh dari area rumah kami. Jadi dia menawarkan untuk pick-up kami terus dari rumah saja. Bagai kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan!


Memulakan perjalanan dengan Mr Yap
Perjalanan menuju ke Kuala Selangor
Kata Mr Yap, sebelum Covid syarikatnya banyak mengendalikan inbound tour ~ membawa pelancong-pelancong asing melawat ke Kuala Selangor. Setiap hari ada saja tempahan yang diterima dari pelancong asing melalui Klook dan KKday. Tapi bila pintu sempadan negara ditutup, dah pasti cabang pendapatan ini terjejas. Namun begitu, syarikatnya masih dapat bertahan kerana pelancong tempatan masih ramai berkunjung ke Kuala Selangor dan mereka mempunyai jeti dan hotel sendiri di Kuala Selangor.

Banyak kenderaan di Lebuhraya PLUS hari ini nak menuju ke utara.
Sebahagian perjalanan kami menuju ke Kuala Selangor adalah menggunakan Lebuhraya PLUS. Disebabkan weekend panjang sempena cuti Hari Kebangsan, memang banyak kenderaan menggunakan lebuhraya ini menuju ke utara. Syukurlah tak panjang traffic jam yang terpaksa ditempuhi kerana kami membelok masuk ke Lebuhraya LATAR selepas itu.

Membelok masuk ke LATAR dekat Rawang
Plaza Tol Rawang
Persimpangan di Lebuhraya
Sebelum menceburi bidang pelancongan, Mr Yap bekerja sebagai seorang adjuster insuran. Dia pernah menjelajah ke seluruh negara disebabkan tugas sebagai adjuster. Di samping menjadi Tourist Guide dan Assistant Director di syarikatnya kini, Mr Yap juga adalah seorang photographer. Memang seronoklah Husband yang memang berminat dengan fotografi tu berbual dengan Mr Yap, lebih-lebih lagi bila Mr Yap menunjukkan kepadanya set camera equipments yang dibawa bersama dalam kereta. Macam Semut Mendapat Gula begitu!

Kata Mr Yap, syarikatnya dah lama berusaha nak menembus pasaran pelancongan tempatan di kalangan orang Melayu. Namun begitu usaha ini sukar kerana tak ramai Orang Melayu yang suka menggunakan pakej bila melancong dalam negara. Orang Melayu cuma suka menggunakan pakej bila melancong ke overseaCompany Mr Yap walau bagaimanapun tetap nak berusaha kerana pelancong Melayu adalah target market yang sangat besar dalam pelancongan domestik terutama di masa Covid begini. Dari pemerhatian Mr Yap, Orang Melayu dah suka melancong sekarang. Contohnya pada masa dulu memang sukar nak jumpa Orang Melayu melancong ke Genting Highlands tapi sekarang pasti boleh jumpa muka macam kita ni kat sana. 

Kata Mr Yap kami adalah pelanggan localnya yang pertama berketurunan Melayu. Kami rasa Mr Yap memilih menjadi Tour Guide kami pada hari ini walaupun dia seorang boss sebab nak belajar cara orang Melayu melancong melalui kami. Begitulah cara seorang Assistant Director syarikat pelancongan yang progresif dan berwawasan. Kami pun tak kisah sebab sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling bantu-membantu membangunkan semula industri pelancongan negara yang sedang teruk terjejas. Lagipun bila industry player dalam pelancongan faham keperluan pelancong Muslim macam kita, lebih mudah kita nak melancong ke mana-mana selepas ini, kan? Mungkin ini juga satu hikmah tersembunyi yang datang bersama Covid.

Plaza Tol Kuang Barat
Lebuhraya LATAR
Alamak, hujan pulak! Tapi mujurlah sekejap saja.
Persimpangan jalan
Tiba di Tanjung Karang
Macam pemandangan kat India pulak ada lembu-lembu bermaharaja lela kat tengah jalan begini.
Pekan Tanjung Karang
Satu lagi pemandangan pekan Tanjung Karang
Sebelum memulakan lawatan, Mr Yap mencadangkan supaya kami makan tengahari dulu di kawasan Tanjung Karang. Disebabkan kami tak familiar dengan kawasan ini, beriya dia Google kat internet mencari tempat makan yang bagus untuk kami. Tapi kami kata tak apa, kita singgah saja mana-mana restoran dalam perjalanan menuju ke destinasi lawatan nanti.

Pemandangan sawah padi di Sekinchan
Jadi kami meneruskan saja perjalanan sehingga sampai ke Sekinchan. Setibanya di sana kami makan tengahari di sebuah restoran yang bernama Restoran Sri Sekinchan.

Restoran Sri Sekinchan
Rekod suhu dan daftar MySejahtera dulu
Pelbagai makanan disediakan di restoran
Pelbagai menu disediakan di Restoran Sri Sekinchan. Kami memilih makan Nasi Ayam dan Mee Rebus untuk lunch.

Pemandangan di dalam restoran
Tapai
Lunch
Sebelum lunch kami ada meminta Mr Yap membuat persinggahan untuk menunaikan solat. Beriya pulak dia mengoogle mencari Surau dan Masjid berhampiran. Tiba-tiba kami teringat yang SOP Masjid di zaman Covid begini hanya dibuka pada waktu solat, jadi kami terus meminta beliau singgah saja di Stesen Petronas berhampiran kerana Stesen Petronas memang selalu ada Bilik Solat di situ.

Singgah di Stesen Petronas untuk bersolat
Syukur Alhamdulillah kerana memang ada Bilik Solat di Stesen Petronas. Perjalanan ke Kuala Selangor di Musim Covid ini juga memberikan satu pengalaman baru yang tak pernah kami alami sebelum ini ~ mencari tempat solat yang dibuka kepada orang awam. 

Disebabkan masjid dan surau banyak yang ditutup, pengunjung-pengunjung luar seperti kami terpaksa menggunakan bilik solat di stesen minyak sebagai option. Masa kami tiba, terpaksa menunggu giliran seketika kerana bilik solat sedang digunakan oleh orang lain.




  Bersambung ke Bahagian 3...