Friday, 29 October 2010

2010 EGYPT BHG. 2

Oktober 2010

EGYPT
Cairo & Alexandria

BAHAGIAN 2: EGYPTIAN MUSEUM & ALEXANDRIA

Part 4 : Egyptian Museum dan Perjalanan ke Alexandria 

Selepas  10 hari berada di Cairo, kami berlepas ke Alexandria yang dalam Bahasa Arabnya dipanggil Iskandariah.

Bas yang membawa kami ke Alexandria dijangka berlepas di sebelah petang, jadi pada pagi itu kami mengambil kesempatan berkunjung ke Egyptian Museum.

EGYPTIAN MUSEUM  

Pengunjung ke Egyptian Museum ini ramai sekali. Tak pernah Myself lihat begitu ramai pengunjung ke mana-mana muzium. 

Pengunjung ke Egyptian Museum yang begitu ramai, mungkin menunggu Tour Guide masing-masing membelikan tiket masuk ke Muzium
Egyptian Museum
Dari luar, muzium ini nampak sangat impressive. Pengunjung tidak dibenarkan membawa kamera masuk ke dalam muzium dan pemeriksaan ketat dilakukan oleh pihak sekuriti muzium untuk memastikan tiada pengunjung menyeludup kamera masuk ke dalam muzium.

Perkarangan Egyptian Museum
Ada banyak kucing liar yang terdapat di perkarangan Egyptian Museum
Egyptian Museum kaya dengan pelbagai khazanah peninggalan Mesir Purba. Namun begitu, pameran kekayaan khazanah muzium ini sedikit mengecewakan. Bahan pameran di dalam muzium ini tidak disusun dan dijaga dengan rapi. Kebanyakan artifak yang dipamerkan berhabuk dan agak merugikan kerana papan penerangan bahan-bahan yang dipamerkan tidak diselenggara rapi.

Gambar dari internet - Pemandangan di hadapan pintu masuk ke Egyptian Museum sebaik melepasi pemeriksaan sekuriti.
Gambar dari internet - beginilah keadaan bahan-bahan pameran di dalam Egyptian Museum.
Gambar dari internet - kebanyakan artifak dipamerkan tanpa penerangan.
Di tingkat atas muzium, terdapat pameran mumia raja-raja Mesir yang disimpan dalam sebuah bilik khas. Anda perlu membayar bayaran tambahan untuk masuk ke bilik ini.

Myself akui agak menyeramkan melihat mumia-mumia (yang sebenarnya adalah mayat-mayat kering) terbaring di dalam kotak-kotak kaca. Antara yang menarik perhatian ialah mumia Firaun Ramses yang merupakan Firaun yang menentang Nabi Musa dahulu.

Dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa mayat Firaun ini akan dikekalkan untuk rujukan generasi yang akan datang. Memang benar ~ mumia Firaun Ramses berada dalam keadaan yang sempurna. Walaupun mayat Firaun ini telah kecut kerana diawet, kita boleh melihat dengan jelas wajah Firaun yang dilaknati Tuhan ini.

Walau diawet, kita dapat melihat ada bahagian tubuh badan mumia raja-raja lain yang telah reput. Tetapi tidak begitu halnya dengan mumia Firaun Ramses. Dibandingkan dengan mumia-mumia lain, tubuh badan Firaun Ramses langsung tidak terjejas.

Gambar dari internet - Wajah Firaun Ramses yang menentang Nabi Musa

Kami diberitahu yang Kerajaan Mesir mempunyai perancangan untuk memindahkan kesemua aritifak di Egyptian Museum ke kawasan piramid. Baguslah begitu sebab hampir setiap tahun ada saja artifak baru ditemui. Kalau semua dihantar ke Egyptian Museum memang tak muat lagi.

PERJALANAN KE ALEXANDRIA 

Ada 2 jalan yang boleh dilalui dari Cairo menuju ke Alexandria: Lebuhraya dan Desert Road. Perjalanan kami ke Alexandria menggunakan Desert Road.
Kami dibawa dari Cairo ke Alexandria menggunakan laluan Desert Road yang menyusuri Padang Pasir Sahara
Dalam bas ke Alexandria
Plaza Tol di Lebuhraya
Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah restoran bernama Omar Oasis Restaurant untuk minum petang. Hidangan minum petang adalah makanan tipikal orang Mesir - roti dengan keju. Walau dah  10 hari berada di Mesir dan makan keju hampir setiap hari, tekak masih sukar menerima makanan ini.

Restoran Omar Oasis di dalam perjalanan dari Cairo ke Alexandria
Perhiasan yang menarik di luar Omar Oasis Restaurant
Roti dimasak dalam ketuhar tradisional
Pemandangan di dalam Omar Oasis Restaurant
Bersiar-siar di luar Omar Oasis Restaurant sebelum meneruskan perjalanan ke Alexandria.
Stesen minyak bersebelahan Omar Oasis Restaurant
Pemandangan tipikal Desert Road menuju ke Alexandria.
Meneruskan perjalanan ke Alexandria
Matahari terbenam di Desert Road
Kami tiba di Alexandria pada sebelah malam lalu terus ke restoran untuk makan malam. Prof Bassel turut menaja kami bersiar-siar menikmati pemandangan malam Alexandria dengan menaiki kereta kuda.

Pemandangan malam di Alexandria

Part 5 : Alexandria 

HOTEL RADISSON BLU


Hotel Radisson Blu, Alexandria
Pintu masuk ke Hotel Radisson Blu
Lobi Hotel Radisson Blu
Di Alexandria, kami tinggal di Hotel Radisson Blu. Setiap peserta diberi sebuah bilik suite yang amat besar, lengkap dengan ruang tamu dan ruang makannya sendiri.
Bilik bertaraf suite di Hotel Radisson Blu, Alexandria
Ruang Tamu
Ruang Makan di depan pintu masuk
ALEXANDRIA 

Dari hotel yang terletak di pinggir bandar ke Alexandria, kami melalui sebuah lombong garam.
Lombong garam di Alexandria
Oleh kerana tidak ada Lombong Garam sebegini di Malaysia, ia satu pemandangan baru bagi kami.
Kami juga dapat melihat pokok-pokok papyrus yang tumbuh liar di Delta Sungai Nil.

Pokok-pokok papyrus yang tumbuh meliar di Delta Sungai Nil
Alexandria ialah sebuah bandar tua, bukan sahaja di Egypt tetapi juga di dunia. Ia dinamakan Alexandria (atau nama Arabnya, Iskandariah) sempena nama pengasasnya, Alexander the Great (Iskandar Zulkarnain).

Pemandangan Alexandria dari dalam bas.
Alexandria adalah kota kedua terbesar di Mesir, selepas Cairo
Tugu Mohammed Ali. Kalau tak salah, dia adalah seorang pejuang kemerdekaan Mesir.
Makam Abu Darda'. Dia adalah seorang sahabat Nabi Muhammad saw dan juga seorang perawi hadis.
Tram penumpang di bandar Alexandria
Di zaman purba, Alexandria mempunyai 2 mercu tanda: The Lighthouse of Alexandria yang dibina pada kurun ke-13 Masehi dan The Library of Alexandria. Kedua-dua mercu tanda tersebut hilang sewaktu Alexandria dilanda gempa bumi pada tahun 1303 dan 1323M.
Bergambar di Corniche, Alexandria berlatarbelakangkan Laut Mediterranean dan Kota Qaitbay. Di Kota Qaitbay itulah letaknya The Lighthouse of Alexandria yang musnah dalam gempa bumi tahun 1323.

ISTANA MONTAZAH 

Mesir adalah sebuah negara beraja sebelum berlakunya rampasan kuasa oleh Gamal Abdel Nasser pada tahun 1952. Raja yang terakhir tinggal di sini ialah King Farouk, yang hidup dalam buangan di Itali selepas rampasan kuasa tersebut.

Pintu masuk ke Istana Montazah
Pemandangan dalam perkarangan istana selepas melepasi pintu masuk.
Taman dalam Istana Montazah
Pejabat Raja Farouk yang kini dijadikan hotel dan kasino.
Inilah Raja Mesir yang terakhir, King Farouk
Pemandangan dari perkarangan istana
Istana keluarga Raja Farouk yang kini dijadikan Istana Tetamu Kerajaan Mesir
Jambatan di dalam perkarangan istana menuju ke kawasan rumah pembesar-pembesar Raja Farouk
Pemandangan pantai dari Montazah Palace
Pangkalan bot di Montazah Palace
Bot-bot mewah yang berlabuh di Montazah Palace

QAITBAY CITADEL

Qaitbay Citadel dibina oleh Sultan Mamluk, Sultan Al-Ashraf Qaitbay untuk mempertahankan Mesir dari serangan laut.

Pintu masuk ke Qaitbay Citadel
Berjalan menuju ke pintu masuk Qaitbay Citadel
Pejabat Tiket Qaitbay Citadel
Pintu pertahanan di Qaitbay Citadel yang dibina pada tahun 882 Maeshi.
Apa istimewanya Lighthouse of Alexandria? Bangunan rumah api ini dibina setinggi 115-150 meter, rendah sedikit sahaja dari Piramid. Di atas rumah api ini terdapat sebuah cermin yang membalikkan cahaya matahari di sebelah siang dan cahaya api di sebelah malam. Sayang sekali ia hancur setelah dilanda gempa bumi pada tahun 1303 dan 1323.

Pemandangan di Courtyard selepas masuk ke dalam kubu pertahanan.
Ada tandas awam disediakan di sana.
Salah sebuah pintu masuk ke tembok kubu dari Courtyard
Inilah ketebalan tembok Citadel of Qaitbay. Sebahagian binaan kubu ini dibuat dari runtuhan Rumah Api Alexandria.
Kubu ini dibina untuk menahan Alexandria dari serangan laut.
Mengintai di sebalik tembok Citadel
Disebabkan jarak mereka yang dekat, ada perkhidmatan feri yang berulang-alik dari Alexandria ke Itali.
Tembok Qaitbay Citadel dipenuhi dengan lubang-lubang untuk melancarkan serangan bagi pertahanan kota seperti ini.
Pemandangan ke dalam kubu dari tembok pertahanan
Walau matahari padang pasir amat terik di luar, suasana di dalam binaan kubu ini sejuk sekali.

Pemandangan dalam bangunan kubu
Meriam lama di dalam kubu
Beginilah tebalnya tembok kubu diperhatikan dari bahagian dalam.
Penerangan mengenai Menara Utama Qaitbay Citadel.
Masjid di dalam Qaitbay Citadel. Yang nampak macam sejadah terbentang di atas lantai tu adalah jubin.
Penerangan mengenai masjid di dalam Citadel.

POMPEY'S PILLAR 

Disebabkan kedudukannya yang menghadap Laut Mediterranean, Alexandria pernah diperintah oleh Maharaja Roman dan kesan peninggalan Roman Purba masih dapat dilihat di Pompey's Pillar.

Pintu masuk ke Pompey's Pillar
Runtuhan rumah berhala Roman di Pompey's Pillar
Tapak sejarah ini adalah bekas sebuah rumah berhala orang Rome. Yang tinggal kini hanyalah runtuhan kuil tersebut
Tiang yang tinggi ini dinamakan Pompey's Pillar kerana tentera Perancis pada masa dahulu menyangka jeneral Roman yang bernama Pompey dikebumikan di sini. Ia sebenarnya dibina oleh penduduk Alexandria untuk menghormati Raja Rome, Emperor Diocletian pada tahun 297 Masehi yang telah menyelamatkan mereka dari kebuluran.
Laluan-laluan pejalan kaki disediakan merentasi kesan runtuhan purba ini.
Sebelum menjadi kuil Roman, tapak ini adalah kuil Mesir Purba. Menurut ceritanya, kuil ini hanya boleh dimasuki oleh paderi-paderi Mesir Purba dan orang kebanyakan tidak boleh langsung masuk ke sini.

Antara tugas paderi Mesir Purba ialah memeriksa aras Sungai Nil di dalam kuil tersebut. Ini adalah kerana rakyat jelata perlu membayar cukai berdasarkan aras Sungai Nil yang diukur pada tahun itu. Oleh kerana rakyat jelata tidak berpeluang masuk ke dalam kuil, para Paderi ini dikatakan sering saja menipu aras sungai yang dibaca.
Lubang Nilometer yang digunakan oleh paderi Mesir Purba untuk mengukur aras Sungai Nil

FISH MARKET RESTAURANT 

Alexandria terkenal dengan makanan laut, jadi kami dibawa menikmati makan tengahari di Fish Market Restaurant.

Fish Market Restaurant
Ruang makan Fish Market Restaurant yang terletak di atas pelantar menghadap ke Laut Mediterranean
Pemandangan di dalam Fish Market Restaurant
Pengunjung-pengunjung berpeluang menikmati keindahan Laut Mediterranean sewaktu makan di restoran ini.

BIBLIOTHECA ALEXANDRINA 

Perpustakaan Bibliotheca Alexandrina adalah perpustakaan moden yang dibina di atas tapak Library of Alexandria yang asal. Rekabentuk bangunan ini unik sekali.

Bibliotheca Alexandrina
Senibina unik Bibliotheca Alexandrina
Ia terletak di hadapan University of Alexandria.
Fakulti ekonomi University of Alexandria yang terletak betul-betul berhadapan dengan perpustakaan.
Foyer Bibliotheca Alexandrina
Pemandangan di hadapan Bibliotheca Alexandrina yang menghadap ke Universiti Alexandria.
Satu lagi pemandangan di depan Bibliotheca Alexandrina.
Perpustakaan ini boleh dilawati dengan mengikut guided tours dalam pelbagai bahasa yang diatur oleh pihak perpustakaan. Kami mengikuti guided tours yang ditawarkan dalam Bahasa Inggeris.

English Tour Guide kami di Bibliotheca Alexandrina
Pemandangan di dalam Bibliotheca Alexandrina
Suasana di sini membuatkan kita benar-benar merasakan yang kita sedang berada di sebuah gedung ilmu.
Mereka ini juga mengikut English Tour bersama kami.
Selain tour bahagian dalaman, tour turut meliputi senibina perpustakaan.
Elemen-elemen Mesir Purba turut digunakan untuk menghiasi perpustakaan.

Part 6 : Berakhir Sebuah Perjalanan 

Dengan berakhirnya lawatan ke Alexandria, maka berakhirlah perjalanan kami ke bumi Mesir. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa nama rasmi negara Mesir adalah United Arab Republic. Nama "Mesir" adalah panggilan orang Arab kepada negara ini. Manakala nama "Egypt" pula berasal dari perkataan "Aegyptae" ~ panggilan orang Greek Purba kepada negara ini.

Pemandangan awal pagi di Cairo Airport
Kami tak menemui Money Changer di ruang perlepasan Airport Cairo. Menyesal tak tukar baki Egyptian Pound yang ada sebelum masuk ke sini. Mujurlah nilainya tak banyak.
Seperti perjalanan datang, kami pulang ke Malaysia menerusi Dubai. Dari Cairo, kami terbang ke Dubai menggunakan Egyptair sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan Malaysia Airlines.

Oleh kerana kami mendapat tiket Business Class dari Dubai ke Kuala Lumpur, dapatlah menunggu di Lounge ini di Airport Dubai.
Bangunan tertinggi di dunia, Burj Al Khalifa dapat dilihat dari Airport Dubai. Bilalah agaknya dapat sampai ke sana?


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2010):