Friday, 29 October 2010

2010 EGYPT BHG. 2

Oktober 2010

EGYPT
Cairo & Alexandria 

Bahagian 2 :  Cairo (2)
ISLAMIC CAIRO TOUR

Part 12: Cairo Citadel

Bahagian kedua lawatan yang diatur oleh Prof Bassel adalah berkisarkan sejarah kegemilangan Islam di Mesir.  

Lawatan pertama adalah ke Citadel, kubu lama yang dibina oleh seorang pahlawan Islam yang terkenal Salahuddin al-Ayyubi.

Dalam perjalanan dari hotel ke Citadel, kami melintasi Universiti Al-Azhar yang terkenal.

Universiti Al-Azhar
Pintu masuk ke Universiti Al Azhar
Cairo Citadel dibina oleh Salahuddin al-Ayyubi untuk mempertahankan Cairo dari Tentera Salib (Crusaders).  Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan kaum Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua di samping ketangkasannya dalam peperangan yang disertai dengan sifat kesatriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Cairo Citadel yang dibina oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi
Polis Pelancong yang bertugas di pintu masuk ke Citadel
Pemandangan masjid dari luar pintu masuk pengunjung
Kota ini dibina untuk mempertahankan Cairo dari serangan Tentera Salib
Pintu masuk ke Cairo Citadel
Citadel yang sangat besar ini mengandungi masjid dan beberapa bangunan lain di dalamnya.
Pemeriksaan keselamatan untuk masuk ke dalam Citadel
Oleh kerana bangunan Citadel ini sangat tinggi dan terletak di atas Bukit Muqattam yang juga sangat tinggi, kita dapat melihat pemandangan bandar Cairo dari sini.

Bangunan-bangunan pertahanan lama di dalam Citadel.
Pemandangan di dalam kota
Terbayang kehebatan Salahuddin Al-Ayubi sewaktu melawat ke kota ini.
Cairo Citadel dibina di atas sebuah bukit yang dinamakan Mokattam Hill.
Untuk keselamatan, pengunjung tidak dibenarkan untuk berdiri betul-betul di tebing tembok.
Pemandangan bandar Cairo dari Cairo Citadel

MASJID MOHAMMAD ALI

Dalam kubu yang sangat besar ini, terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Mohammad Ali. Pembinaan Masjid Biru di Istanbul dikatakan mengambil ilham dari masjid ini.  

Masjid ini juga dipanggil Masjid Alabaster kerana facade bangunan ini dibuat dari Alabaster.

Masjid Mohammed Ali di dalam Cairo Citadel
Taman di hadapan masjid.
Satu lagi pemandangan taman di hadapan masjid.
Topiari Kalimah Allah di luar masjid.
Courtyard di dalam Masjid
Perkarangan masjid
Pengunjung-pengunjung yang tidak menutup aurat diminta memakai jubah sewaktu melawat masjid.
Kenangan di Courtyard Masjid
Menara jam ini dihadiahkan oleh Napoleon Bonaparte sebagai pertukaran untuk Obelisk yang kini diletakkan di Place de la Concorde di Paris. Ia mengalami kerosakan sejak dari hari pertama ditempatkan di sini.
Pemandangan di dalam Masjid
Kubah masjid dari bahagian dalam
Agak menyedihkan kerana bahagian interior masjid tidak dijaga dengan baik sedangkan masjid ini sentiasa ramai pengunjung. Permaidaninya sangat usang dan berpasir.
Pintu Masjid
Mimbar Masjid
Fountain lama di luar masjid
Pembuat tarbus di hadapan masjid
Meninggalkan Cairo Citadel

Part 13: Islamic Cairo

Masjid Sultan Hassan dan Masjid Al-Rifa'i di sebelahnya adalah mercu tanda kawasan yang dikenali sebagai Islamic Cairo.


Pemandangan di Islamic Cairo
Masjid Sultan Hassan (Kiri) dan Masjid Al Rifa'i (Kanan) dibina bersebelahan di Islamic Cairo. Tak faham kenapa 2 masjid yang sangat besar perlu dibina bersebelahan satu sama lain di tempat yang sama.

MASJID SULTAN HASAN 

Masjid Sultan Hasan adalah salah sebuah masjid yang terbesar di dunia. Pengunjung di masjid ini masuk menerusi sebuah pintu yang besar.

Pintu masuk ke Masjid Sultan Hasan
Bergambar di luar Masjid Sultan Hasan
Di dalam masjid ada sebuah lorong yang menuju ke sebuah courtyard yang terbuka.

Lorong masuk ke Courtyard Masjid Sultan Hassan
Bumbung di lorong masuk ke Courtyard
Di tengah-tengah courtyard terdapat sebuah fountain bagi kegunaan berwuduk.

Courtyard Masjid.
Ruang solat Masjid yang terletak di ruang terbuka
Pemandangan dekat mihrab masjid.
Kumpulan pelancong ini sedang mendengar penerangan mengenai cara orang Islam menunaikan solat.
Tak pasti apa kegunaan pentas ini. Rasanya dari sinilah azan dilaungkan bila masuk waktu pada zaman dahulu.
Kerusi yang disediakan di bawah pentas untuk berehat.
Di belakang ruang solat, ada sebuah bilik yang digunakan bagi tujuan pengajian agama. Setiap mazhab Ahlul Sunnah mempunyai ruang kuliah masing-masing.

Pemandangan dari dalam masjid menghala ke Courtyard
Setiap mazhab Ahlul Sunnah  (Maliki, Hanafi, Hambali dan Shafie) mempunyai ruang pengajian agama masing-masing seperti ini.
Masjid Sultan Hassan juga mempunyai akustik yang sangat hebat. Bila azan atau ayat suci dilaungkan, ia bukan sekadar bergema, malah bunyinya melantun-lantun di setiap penjuru.

Demonstrasi bunyian azan yang melantun-lantun dalam masjid.
Berehat di Courtyard Masjid.

MASJID RIFA'I  

Masjid Rifa'i terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Hassan. Seperti juga Masjid Sultan Hassan, ia mempunyai senibina yang hebat.

Siling yang sangat tinggi di Masjid Rifa'i
Pemandangan di dalam masjid.
Mihrab
Kubah masjid dari bahagian dalam.
Kawasan makam di dalam Masjid Rifa'i
Terdapat makam beberapa orang kenamaan di dalam Masjid Rifa'i. Antara mereka termasuklah Shah Iran yang makamnya dibuat dari marmar hijau.

Makam Shah Iran di dalam Masjid Rifa'i

Part 14: Pulang Ke Hotel

Sebelum pulang ke hotel, kami dibawa singgah ke sebuah kedai pakaian yang bernama Flower Cotton Shop.

Flower Cotton Shop
 Bergambar dengan patung keluarga yang memakai pakaian tradisional Mesir.
Pemandangan di dalam Flower Cotton Shop
Kami juga melintasi kampus Cairo University dalam perjalanan pulang ke hotel. Universiti ini juga sangat terkenal sebagai sebuah pusat pengajian perubatan.

Kampus Cairo University
Sebuah lagi pemandangan kampus Cairo University

Bersambung ke Bhg. 3... 


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2010):