Saturday, 26 July 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 11 (Hue 1)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 11: Hue
PERJALANAN KE HUE

HARI KEEMPAT (1)

Part 32: Hari Keempat Di Danang

Program Hari Keempat di Central Vietnam adalah melawat ke Hue (disebut: Hu-ey) yang merupakan ibu kota kuno negara Vietnam. Sebelum keluar bersarapan, Myself dan Husband mengambil kesempatan bersiar-siar di kawasan sekitar Hotel Alyssa.

Hotel Alyssa di Danang
Kereta yang dipasang dengan protector parking di depan hotel
Satu pemandangan menarik yang kami lihat pada hari ini adalah semua bangunan di jalan di depan hotel telah dipasang dengan bendera Vietnam. Seperti penerangan yang telah diberi kepada kami sebelum ini, pemasangan bendera adalah diwajibkan di semua bangunan di Vietnam bagi meraikan sesuatu peristiwa penting negara. Bendera-bendera ini dipasang sempena penggabungan Da Nang Municipal Government dengan Quang Nam Provincial Government yang akan dirasmikan tidak lama lagi. Dengan penggabungan ini, kedua-dua bandar Danang dan Hoi An yang kita lawati semalam akan bergabung di bawah pentadbiran yang sama.

Bendera Vietnam yang dipasang di sepanjang jalan di depan hotel
Memasang bendera di depan rumah
Hotel Hoang Sa yang terletak berhampiran Hotel Alyssa
Beriadah di awal pagi
Dari kejauhan, bunga cherry yang bertaburan ini kelihatan seperti bekas mercun yang dibakar
Pandangan dekat bunga-bunga cherry yang bertaburan di atas tanah
Bersedia nak pergi breakfast
Seperti pagi-pagi sebelumnya, sarapan pagi bagi kumpulan kami disediakan di Restoran Kampung Melayu yang terletak di tengah bandar Danang.

Perjalanan menuju ke Restoran Kampung Melayu
Restoran Kampung Melayu
Ada satu menu baru dalam pilihan breakfast pagi ini: Kueyteow Seafood. Husband dan ramai ahli kumpulan yang lain memilih Kueyteow Seafood untuk sarapan pagi ini dan disebabkan Myself bukan peminat kueyteow, kita tetap memilih sarapan dengan Bistik Vietnam seperti semalam.

Pilihan sarapan kami pagi ini
Kata Husband, walaupun nampak pucat, Kueyteow Seafood ini sangat sedap
Bistik Vietnam yang disediakan pagi ini juga sangat sedap seperti semalam.
Macam biasa juga, setiap hari selepas sarapan akan ada penjaja-penjaja souvenir yang menunggu di depan restoran. Dan setiap hari juga pasti akan ada ahli-ahli Grup yang membeli. Tak mengapalah, sebab bukan selalu kita datang ke Vietnam.

Shopping-shopping selepas breakfast
 
Part 33: Perjalanan Ke Hue

Selepas dah kenyang breakfast, kami memulakan perjalanan ke Hue yang terletak kira-kira 100 km dari Danang. Perjalanan ke sana dijangka memakan masa 2 jam.

Bergerak meninggalkan Danang
Sungai Han
Dragon Bridge
Kesibukan pagi warga yang keluar bekerja di Danang
Han Market yang kami kunjungi semalam
Kawasan berhampiran Han Market
Bangunan kolonial French di Danang
Sebuah lagi bangunan kolonial French di Danang
Hotel Novotel Danang
Penjual makanan di tepi jalan
Roundabout di tengah kota Danang
Dalam perjalanan dari Danang ke Hue, Yuni bercerita kepada kami tentang sejarah ringkas Vietnam. Sebelum menjadi negara Republik seperti yang kita kenali hari ini, Vietnam adalah Kerajaan Beraja. Seribu tahun lamanya, Vietnam menjadi sebahagian jajahan Maharaja China sebelum seorang Raja yang memerintah wilayah di utara Vietnam yang bernama Emperor Kinh dapat membebaskan negara tersebut dari pemerintahan China pada tahun 938 Masehi. Sehingga kini, masyarakat bumiputera di Vietnam dikenali sebagai Orang Kinh (disebut: Kenh) sempena nama Maharaja Vietnam ini.

Selepas membebaskan diri dari pemerintahan China, Maharaja Vietnam mengembangkan penguasaannya dengan mengambilalih empayar kerajaan Champa di Vietnam Tengah dan empayar kerajaan Khmer di Selatan Vietnam. Kemudian bermulalah penjajahan Perancis di Vietnam selama 100 tahun bermula dari pertengahan kurun ke-19.

Yuni bercerita tentang sejarah Vietnam
Perang Dunia Kedua menyaksikan Vietnam ditawan pula oleh Jepun. Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua membuatkan negara Vietnam terbahagi kepada dua negara berasingan: Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Kerajaan Ho Chi Minh di Vietnam Utara yang memegang fahaman komunis berpusat di Hanoi manakala Kerajaan Vietnam Selatan yang disokong oleh Amerika Syarikat pula berpusat di Ho Chi Minh (ketika itu dikenali sebagai Saigon).

Maharaja Vietnam yang berkuasa di Central Vietnam menyokong aspirasi Ho Chi Minh bagi penyatuan Vietnam. Baginda secara sukarela turun dari takhta dan menyerahkan kerajaannya untuk dipimpin oleh Ho Chi Minh. Selepas berjuang selama 21 tahun, Kerajaan Vietnam Selatan yang disokong oleh Amerika Syarikat akhirnya menyerah kalah kepada Ho Chi Minh yang semakin mendapat sokongan dari seluruh rakyat Vietnam. Kedua-dua Vietnam Utara dan Vietnam Selatan akhirnya bersatu sebagai sebuah negara pada tahun 1975. Hanoi dipilih sebagai ibu negara Vietnam yang bersatu ini.

Menyusuri Danang Beach dalam perjalanan menuju ke Hue
Pinggiran Danang Beach yang dilalui
Sepanjang jalan di tepi pantai, kita dapat melihat gerai-gerai kecil yang di belakangnya ada banyak hammock yang tergantung. Rupa-rupanya ini adalah persinggahan rehat untuk penunggang motorsikal. Mereka boleh menggunakan hammock yang dipasang ini bila dah penat menunggang motor. Tak ada bayaran dikenakan untuk menggunakan hammock ini, cuma sebagai courtesy penunggang akan membeli minuman dari gerai-gerai tersebut.

Tempat rehat bagi penunggang-penunggang motorsikal
Hammock yang disediakan boleh digunakan tanpa bayaran
Hotel Namo Heritage
Bendera Vietnam yang dipasang di pekan-pekan kecil dalam perjalanan ke Hue
Bendera Parti Komunis turut dipasang di celah-celah bendera Vietnam
Sebahagian jalan ke Hue turut dibina selari dengan laluan keretapi. Mengikut penerangan yang diberi oleh Yuni, landasan keretapi ini dibina oleh penjajah Perancis pada masa dahulu dan masih digunakan sehingga sekarang. Sistem keretapi ini juga masih dikekalkan dan tidak banyak usaha modenisasi yang dibuat. Kerana itulah keretapi tidak menjadi mode pengangkutan yang popular di kalangan penduduk Vietnam. Jika ingin menggunakan kenderaan awam bagi perjalanan jauh, rakyat Vietnam lebih selesa menggunakan Sleeper Bus.
 
Landasan keretapi
Landasan keretapi yang dilihat dalam perjalanan ke Hue dibangunkan oleh penjajah Perancis pada masa dahulu.
Gerabak keretapi barang
Kilang yang mempunyai landasan keretapi sendiri
Jambatan keretapi
Fishing net di Lang Co Bay
Satu pengalaman menarik sewaktu dalam perjalanan menuju ke Hue ialah kita akan melalui Hai Van Pass Tunnel yang merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara. Terowong sepanjang 12 km ini dibina oleh Kerajaan Vietnam dengan bantuan dari Kerajaan Jepun.

Pada mulanya terowong ini dibina dengan jalan 2 lorong di dalamnya. Disebabkan penggunaannya yang tinggi, Kerajaan Vietnam telah membina sebuah lagi terowong tambahan bersebelahan bagi membolehkan setiap terowong mempunyai 2 lorong jalan sehala. Motorsikal tidak dibenarkan melalui terowong ini atas sebab keselamatan. Oleh itu, ada khidmat lori yang disediakan untuk mengangkut motorsikal melepasi terowong tersebut.
 
Hai Van Pass Tunnel yang merupakan terowong yang terpanjang di Asia Tenggara
Terowong sepanjang 12 km ini tidak boleh digunakan oleh motorsikal atas sebab keselamatan
Pemandangan indah Lang Co Bay terbentang indah selepas kita melalui Terowong Hai Van Pass. Pemandangan perkampungan nelayan di tepi teluk ini memang mengasyikkan. Kami diberitahu punca pendapatan utama penduduk di kawasan ini adalah penternakan hasil laut.

Pemandangan Lang Co Bay selepas melalui Terowong Hai Van Pass
Perkampungan nelayan di Lang Co Bay
Penternakan hasil laut adalah sumber pendapatan utama penduduk di Lang Co Bay
Pergunungan Hai Van Pass di belakang Lang Co Bay
Perkampungan nelayan
Lagi pemandangan perkampungan nelayan
Selepas melalui Terowong Hai Van Pass ini juga, ia bermakna kita telah pun sampai di kawsaan Hue. Tetapi bandar Hue yang sebenar masih jauh lagi.

Tiba di Hue
Perkuburan Kristian di Hue
Satu lagi pemandangan di kawasan perkuburan Kristian
Lebuhraya berhampiran Lang Co Bay
Plaza Tol di lebuhraya
Pemandangan Plaza Tol

Part 34: Minyak Kayu Putih Di Hue

Setibanya di kawasan Hue, kita dapat melihat banyak kedai di tepi jalan yang menjual minyak di dalam botol. Kalau di Indonesia dan juga pedalaman Thailand, minyak yang dijual begini adalah petrol untuk kegunaan motorsikal. Namun di Hue, minyak yang dijual ini adalah Minyak Kayu Putih yang digunakan sebagai minyak angin bagi tujuan perubatan.

Kedai di tepi jalan yang menjual Minyak Kayu Putih
Minyak Kayu Putih yang dijual dalam botol-botol besar
Hue adalah kawasan yang banyak menghasilkan Minyak Kayu Putih (Cajeput Oil) di Vietnam. Walau bagaimanapun, terdapat larangan untuk membawa Minyak Kayu Putih dalam kuantiti yang banyak di dalam kapal terbang disebabkan sifatnya yang mudah terbakar. Malah di Vietnam sendiri kata Yuni kepada kami, Minyak Kayu Putih ini sering dibawa untuk perjalanan jauh menggunakan Sleeper Bus.

Pemandangan indah Lang Co Bay
Pergunungan di sekitar
Kita juga kini disajikan dengan pemandangan indah kawasan-kawasan pertanian tradisional dalam perjalanan menuju ke bandar Hue.

Kawasan pertanian yang indah dalam perjalanan menuju ke Hue
Sawah padi yang menguning
Masih pemandangan sawah padi
Perkampungan di pedalaman Vietnam
Pekan kecil di tepi jalan
An Cuu River
Jambatan keretapi
Untuk memperkenalkan kami kepada Minyak Kayu Putih yang merupakan sebuah industri tradisional di Hue, kami dibawa singgah di sebuah kedai yang bernama Thai Ha.

Singgah di Kedai Thai Ha
Pintu masuk ke Kedai Thai Ha
Tulisan dalam Bahasa Vietnam ini bermaksud Selamat Datang
Pelbagai Minyak Kayu Putih dan Sabun Herba yang dijual
Menunjukkan hasil belian di Kedai Thai Ha
Kafetaria di Kedai Thai Ha
Tempat duduk di kafetaria
Persinggahan di Kedai Thai Ha hanyalah persinggahan singkat. Perjalanan kami diteruskan ke bandar Hue dengan melalui lebih banyak kawasan pertanian. Namun begitu kata Yuni, pemandangan ini tidaklah selalu seperti yang kami lihat sekarang. Tiga bulan dalam setahun terutama di hujung tahun, seluruh kawasan ini akan tenggelam dengan banjir besar.

Petani bekerja di tengah sawah
Kawasan pertanian seluas pandangan
Banyak kolam dan sungai-sungai besar dilihat di kawasan ini
Dengan banyaknya kolam dan sungai-sungai besar begini dah pasti kawasan ini sangat terdedah kepada kejadian banjir
Lembu di tengah kawasan sawah
Keindahan pemandangan kolam dan sungai yang banyak terdapat di kawasan ini sangat menyegarkan mata. Namun di sebalik kesuburan tanah yang dibawa, ia juga memberi ancaman banjir sewaktu musim hujan lebat kepada petani di sini. Teringat sewaktu menonton persembahan Water Puppet di Hanoi dulu. Ketika itu kami diberitahu permainan Water Puppet dicipta oleh para petani di Central Vietnam (seperti di kawasan ini) yang tidak dapat keluar bersawah di musim banjir.
 
Signboard hospital di Vietnam
Banyak gambar yang kita nak tunjuk sebab kawasan pertanian ini memang cantik.
 
Landasan keretapi
Kerbau di tengah sawah
Kerbau
Pemandangan sawah padi yang indah
Lagi pemandangan sawah padi yang indah
Yuni bercerita tentang Hue
Cantik
Kuil dan tanah perkuburan di tengah kampung
Stesen Minyak
Sungai
Lagi pemandangan sawah padi


Bersambung ke Bahagian 12...
 

CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):

No comments: