Oktober 2019
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
KL Hop-On Hop-Off
Bahagian 6: City Route 2
KL TOWER, KL CITYWALK & KL CONVENTION CENTRE
Part 24: KL Tower
KL Hop-On Hop-Off bergerak menuju ke arah Bukit Nanas. Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat dalam perjalanan ialah bangunan Muzium Telekom.
|
Muzium Telekom |
Mercu tanda utama Bukit Nanas di Kuala Lumpur kini adalah KL Tower (Menara Kuala Lumpur). Ia adalah menara freestanding yang ketujuh tertinggi di dunia sekarang.
|
Bukit Nanas |
Di tengah-tengah kota kosmopolitan, hutan di sekeliling Bukit Nanas masih dikekalkan dan kini dikenali sebagai Taman Eko Rimba KL. Sekurang-kurangnya ia dapat menjadi tempat untuk haiwan seperti burung dan monyet bandaraya berteduh di tengah kota batu ini.
|
Taman Eko Rimba KL |
|
Pintu masuk ke Taman Eko Rimba |
Tahukah anda yang satu ketika dulu ada cable car dan chairlift yang
menjadi tarikan kepada pengunjung di bukit ini? Sewaktu kita kecil-kecil dulu, Bukit
Nanas memang menjadi satu persinggahan wajib kalau berkunjung ke Kuala
Lumpur kerana kami adik-beradik suka sangat naik cable car dan chairlift ini. Kat manalah agaknya dia orang campak cable car dan chairlift ini bila Menara KL dibina, kan?
|
Satu ketika dulu ada cable car dan chairlift yang menjadi tarikan pengunjung ke Bukit Nanas ini. |
|
Menara KL yang berdiri megah di puncak Bukit Nanas |
|
Laluan menuju ke KL Tower |
|
KL Tower |
|
Pintu masuk ke perkarangan KL Tower |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
|
Pemandangan kaki menara dari jalan masuk |
|
Ketinggian menara ini ialah 421 meter |
|
Mural |
|
Kalau membawa kenderaan masuk, tiket parking perlu dibeli dan dibayar di sini |
|
Pintu masuk ke Taman Eko Rimba KL dari bahagian atas Bukit Nanas |
|
Perhentian KL HOHO (Stop No.7) di KL Tower |
|
KL Tower Malaysia |
KL Tower sebenarnya mempunyai beberapa tarikan di dalamnya. Namun kami cuma menunggu saja di dalam bas sewaktu KL HOHO membuat persinggahan di sini. KL HOHO turut memberikan tiket dengan harga diskaun kepada mana-mana penumpangnya yang nak masuk melawat ke dalam menara.
|
Peta tarikan-tarikan yang terdapat di KL Tower |
Walaupun kita tak masuk ke dalam kali ini, kita cheating sikit bercerita tentang beberapa tarikan di menara ini yang pernah kami lawat... Tarikan yang pertama dah pastilah bangunan menara ini sendiri. Pernah tak anda masuk melawat ke dalam? Kalau tak pernah, jom Myself bawa ke sana...
|
Laluan menuju ke pintu masuk Menara KL |
|
Escalator ke pintu masuk Menara KL |
|
Pemandangan di bahagian atas escalator |
|
Kaunter tiket untuk naik ke atas Menara KL |
|
Petugas di Kaunter Tiket |
|
Biasalah kita akan diminta posing tangkap gambar dulu sebelum naik ke atas. Tapi kalau tak nak beli gambar ini nanti pun tak mengapa. |
|
Lif naik ke atas. |
|
Iklan restoran di atas menara di dalam lif |
Sampai di atas, kita keluar ke Observation Deck yang terbuka untuk menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur 360' tanpa halangan.
|
Pintu keluar ke Observation Deck |
|
Pemandangan di Observation Deck yang terbuka. Disebabkan ketinggiannya, angin bertiup sangat kuat di Observation Deck ini. |
Kita perhatikan pemandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang dapat dilihat dari sini...
|
Kedai cenderamata |
Bila turun ke bawah semula, ada juga beberapa pemandangan lain yang dapat kita lihat. Di antaranya ialah sebatang Pokok Jelutong yang telah berusia lebih 100 tahun di kaki bangunan menara. Pokok ini ditemui sewaktu menara dibina dan untuk memelihara pokok ini dari musnah, kedudukan Menara KL telah dipindahkan dengan kos RM 430,000 untuk mengelak dari terpaksa menebang atau merosakkannya.
|
Pokok Jelutong yang dipelihara sewaktu pembinaan Menara KL |
|
Pokok Jelutong yang berusia 100 tahun |
|
Pemandangan ke atas Pokok Jelutong |
|
Pesanan untuk pengunjung |
|
Pemandangan berhampiran kawasan Pokok Jelutong |
|
Pentas Kebudayaan |
|
Escalator untuk turun ke bawah |
|
Persembahan Muzik Gamelan |
|
Replika rumah kampung Melayu |
Di bawah bangunan menara pula, ada sebuah akuarium kecil yang dinamakan Blue Coral. Pemandangan di dalamnya seakan-akan Underwater World yang pernah kita lawat di Langkawi dulu, tapi dalam saiz mini.
|
Blue Coral |
|
Suasana di dalam Blue Coral |
|
Ikan-ikan di Blue Coral |
|
Air Terjun buatan dalam Blue Coral |
Kalau berjalan ke arah Taman Eko Rimba KL pula, kita akan bertemu dengan Mini Zoo yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ada pelbagai haiwan jinak yang dibela di dalamnya dan pengunjung berpeluang untuk memegang haiwan-haiwan ini. Masa Myself datang ke sini dengan Anak Saudara dulu, ada juga ais kerim free yang diberi kepada pengunjung.
|
KL Tower Mini Zoo |
|
Kaunter tiket masuk ke Mini Zoo |
|
Boleh bergambar dengan Burung Kakaktua ini sebelum masuk ke dalam. |
|
Suasana di dalam zoo. Haiwan yang jinak seperti wallaby dan arnab berpeleseran di sini dan kita boleh memegangnya. |
|
Bergambar dengan burung |
|
Suasana di dalam Mini Zoo |
|
Ayam |
|
Burung Emu |
|
Memberi makan Burung Kakaktua |
Ada juga tarikan Rumah Terbalik kat sini. Tapi yang ini, kami cuma pandang sepi dari atas bas KL HOHO saja.
|
Pintu masuk ke Rumah Terbalik |
|
Pemandangan Rumah Terbalik dari sisi |
|
Cuaca dah mula gelap nak hujan... |
|
Meninggalkan KL Tower |
Part 25: KL Citywalk
Area Bukit Nanas ini dikira macam berkembar dengan Bukit Bintang. Kadang-kadang sukar nak membezakan antara keduanya, macam kembar seiras. Seperti Bukit Bintang juga, Bukit Nanas menjadi tempat tumpuan pelancong dan salah sebuah tarikan kepada mereka di sini adalah KL Citywalk.
|
Disebabkan cuaca kat luar dah mula gelap, ramai penumpang HOHO dah mula berpindah masuk ke tempat duduk berbumbung termasuklah kami. |
|
KL Citywalk |
|
Mural di KL Citywalk |
|
Sebahagian Hotel Crown Regency di KL Citywalk |
|
Kawasan ini ada banyak bar yang menjual minuman keras |
|
Kawasan favourite Orang Putih di Kuala Lumpur |
Part 26: KL Convention Centre
Persinggahan seterusnya adalah ke KL Convention Centre yang sebenarnya terletak dekat-dekat dengan Menara Berkembar Petronas juga. Ini juga adalah persinggahan bagi mereka yang nak melawat ke Aquaria dan Taman KLCC.
|
Cuaca kat luar dah semakin gelap |
|
Kuala Lumpur Convention Centre |
|
Pintu masuk ke Taman KLCC di sebelah KL Convention Centre |
Hujan lebat turun sewaktu bas berhenti di sini. Kelam-kabut mereka yang duduk di ruang terbuka bas masuk ke ruang yang tertutup. Disebabkan bilangan tempat duduk di ruang tertutup agak terhad, ramai juga yang memilih untuk turun dari bas dan masuk ke bangunan KL Convention Centre. Eloklah juga mereka berbuat begitu sebab di tingkat bawah KL Convention Centre ini adalah Aquaria KLCC. Bolehlah habiskan masa tengok-tengok hidupan laut kat situ sambil menunggu hujan reda.
|
Hujan lebat turun di KL Convention Centre |
|
Pemandangan ke arah Taman KLCC di sebelah KL Convention Centre di dalam hujan. |
|
Meninggalkan KL Convention Centre |
|
Westin Hotel Kuala Lumpur |
|
Sebilangan penumpang yang terpaksa berdiri di dalam bas kerana tempat duduk di ruang tertutup dah penuh. |
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN KUALA LUMPUR (2019):