Thursday, 7 November 2019

2019 KUALA LUMPUR BHG. 04 (Garden Route 3)

Oktober 2019

KUALA LUMPUR, MALAYSIA
KL Hop-On Hop-Off

Bahagian 4: Garden Route 4
KAWASAN MASJID JAMEK, JALAN RAJA LAUT, CHOW KIT & KEMBALI KE BUKIT BINTANG

Part 15: Kawasan Masjid Jamek

Meninggalkan Dataran Merdeka, KL HOHO membawa kami ke kawasan Masjid Jamek. Kawasan yang terletak di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang ini bersejarah kerana di sinilah Kuala Lumpur bermula sebagai sebuah kota.

Agro Bank
Pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang di mana Kuala Lumpur bermula sebagai sebuah kota
Bangunan Masjid Jamek berdiri megah di pertemuan kedua batang sungai ini. Masjid yang dibina pada tahun 1907 ini adalah masjid pertama yang dibina menggunakan bata di Kuala Lumpur.

Masjid Jamek
Pintu masuk ke Masjid Jamek berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek
Nama rasmi Masjid Jamek adalah Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
Payung yang sedang dibuka di perkarangan Masjid Jamek untuk kemudahan jemaah
Sungai Klang
Sebuah kawasan berhampiran Masjid Jamek yang dinamakan Lebuh Pasar Besar adalah kawasan komersil yang sangat sibuk pada masa dahulu.

Pemandangan berhampiran Lebuh Pasar Besar
Majlis Peguam Malaysia
Suasana di sekitar Lebuh Pasar Besar
Kawasan ini adalah kawasan komersil yang sibuk di zaman Kapitan Cina Yap Ah Loy dulu.
Selain dari Brickfields, kawasan berhampiran Masjid Jamek ini juga mempunyai sebuah Little India yang lebih kecil. Berbanding suasana di Little India di Brickfields tadi, kemeriahan perayaan Deepavali lebih terasa di Little India di sini.

Little India berhampiran Masjid Jamek
Kemeriahan perayaan Deepavali sangat terasa di sini
Jalan utama di depan Masjid Jamek ini kini dinamakan sebagai Jalan Tun Perak. Sewaktu di zaman British dulu, jalan ini dinamakan sebagai Java Street kerana terdapat sebuah perkampungan Orang Boyan (Orang Bawean) di sini.

LRT
Bangunan-bangunan di Jalan Tun Perak
Bangunan warisan yang berwarna-warni
Bangunan warisan yang berwarna-warni ini kini berfungsi sebagai sebuah hotel
Lagi bangunan warisan di Jalan Tun Perak
Lebuh Ampang
Menara Kuala Lumpur yang mengintai di sebalik Lebuh Ampang
Big M Hotel dan McDonald's
Bangunan yang macam Rumah Melayu Lama itu adalah Bank Muamalat
Stesen LRT Masjid Jamek
Jalan Melayu di sebelah LRT Masjid Jamek
OCBC Bank
Lukisan menarik pada dinding OCBC Bank
Sebuah lagi lukisan menarik pada dinding OCBC Bank

Part 16: Jalan Raja Laut

KL HOHO kemudian membelok masuk ke Jalan Raja Laut.


Menuju ke Jalan Raja Laut
Pancutan air yang menarik berhampiran Dataran Merdeka
Menara CIMB (kiri) dan Menara UOB (kanan)
Sogo
Bangunan Medan MARA (belakang) dan Kompleks Pertama (depan)
Medan MARA
Pintu masuk ke Medan MARA dari Jalan Raja Laut
Pemandangan di Jalan Raja Laut yang sangat lengang dengan kenderaan pada hari ini.
Satu lagi pemandangan di Jalan Raja Laut
Maju Junction

Part 17: Chow Kit

Dari Jalan Raja Laut, bas KL HOHO bergerak menuju ke Jalan Chow Kit.


Sewaktu ofis kita di sini dulu, Wisma FGV ini bernama Wisma Sime Darby.
Mentari kini dah semakin terik
Menara Raja Laut
Nostalgia juga kita sewaktu bas KL HOHO lalu di Jalan Chow Kit. Sewaktu kita kecil dulu, ini adalah tempat shopping yang paling glamour di Kuala Lumpur. Kalau sesiapa datang ke KL dari kampung ketika itu, pasti akan datang membeli-belah di Chow Kit. Maklumlah, pada masa itu Bukit Bintang masih belum glamour macam sekarang.

Stesen Monorel Chow Kit
Kata Orang Putih, kita memang dapat menikmati The Sight, Sound & Smell Of Kuala Lumpur bila lalu di sini. Walaupun hari ini cuti umum, Jalan Chow Kit sedikit sesak dengan kenderaan. Pasar Chow Kit nampak sesak dengan pengunjung dan bau masakan dari restoran-restoran di tepi jalan memang menggoda selera. Penyanyi popular Sudirman Hj. Arshad juga pernah mengadakan konsert terbuka di sini dan menyampaikan lagu 'Chow Kit Road' pada tahun 1980-an.

Pemandangan di Jalan Chow Kit
Kedai-kedai di Jalan Chow Kit
Jalan Chow Kit sekarang paling meriah dekat-dekat Hari Raya
Pasar Chow Kit
Ramai peniaga di pasar ini sekarang berasal dari Indonesia
Hilton Garden Inn
Monorel
Malaysia Baru
Jalan Chow Kit yang sedikit sesak dengan kenderaan
Macam menarik je restoran ini
KL HOHO membuat persinggahan di Quill City Mall yang terletak berhampiran. Perhentian ini adalah antara perhentian utama perkhidmatan KL HOHO. Seperti di Bukit Bintang, ada sebuah kiosk tiket KL HOHO di sini.

Quill City Mall
Perhentian KL HOHO (Stop No.25) depan pintu masuk ke Quill City Mall
Bendera
Kedai-kedai di Quill City Mall
Baru kita tahu yang kedai barang mainan Hamleys yang sangat popular di London itu ada cawangan kat sini rupanya.
Kiosk Tiket KL HOHO di Quill City Mall
Meninggalkan Quill City Mall
Universiti Kuala Lumpur
Satu lagi pemandangan bangunan UniKL
We are UniKL

Part 18: Kembali Ke Bukit Bintang

Perjalanan Garden Route kami dengan KL Hop-On Hop-Off dah hampir sampai ke penghujung. Dari kawasan Chow Kit, kita masuk ke Jalan Raja Chulan yang terletak di kawasan Bukit Nanas.

KLCC pulak mengintai di celah bangunan
Menara KL yang menjadi mercu tanda kawasan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Bukit Nanas Kuala Lumpur
Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Hard Rock Cafe ini terletak di bangunan Wisma Concorde di Bukit Nanas
Monorel KL
Arah ke Bukit Bintang
Bangunan KL33 ini dulu dikenali sebagai Menara Prudential
Hotel Shangri-La
Hotel Istana
Parkson Elite
Hotel Royale Chulan
Senibina Hotel Royale Chulan ini memang sangat menarik
Mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur ~ Menara TRX
Semakin menghampiri Bukit Bintang
Hotel Tribeca
Modern Art di depan Hotel Tribeca
Selepas hampir 2 jam meronda-ronda bersama KL HOHO Garden Route, kami tiba kembali ke Bukit Bintang.

Berjaya Times Square
Menikmati suasana di Bukit Bintang
Menuju kembali ke Sungei Wang Plaza
Bukit Bintang
Happy Deepavali
Bangunan Parkroyal Hotel yang terletak bertentangan dengan Sungei Wang Plaza
Jumpa @ Sungei Wang Plaza
Selamat tiba kembali ke Sungei Wang Plaza
Jom kita cari lunch dulu...


 Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN KUALA LUMPUR (2019):