Oktober 2019
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
KL Hop-On Hop-Off
Bahagian 3: Garden Route 3
TAMAN BOTANI PERDANA, MASJID NEGARA & DATARAN MERDEKA
Part 12: Taman Botani Perdana
Dari Istana Negara, kita kembali menuju ke bandaraya Kuala Lumpur. Tapi sebelum masuk ke kawasan bandaraya, KL HOHO membuat persinggahan di Taman Botani Perdana.
|
Kembali ke bandaraya |
Matahari dah semakin tinggi ketika itu. Walaupun mentari memancar terik, hembusan angin dalam perjalanan sangat menyegarkan.
|
Mentari dah semakin terik sekarang |
KL HOHO membelok masuk ke Taman Botani Perdana berhampiran Tugu Negara. Kami tak melawat ke Tugu Negara tapi tetap nak bercerita...
|
Simpang masuk ke Tugu Negara |
Tugu Negara disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih
11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918),
Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara,
Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan kepimpinan,
kegetiran, kesatuan, bersiap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan. Ia direka oleh pengukir
berbangsa Austria Felix de Weldon dan merupakan arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.
|
Tugu Negara (Sumber: Internet) |
Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pula adalah sebuah taman rekreasi yang besar, dibina pada asalnya di sekeliling Tasik Perdana berhampiran dengan Bangunan Parlimen. Keindahan dan kenyamanan suasana sekitarnya menjadikan ia tempat pilihan untuk kediaman pegawai-pegawai British pada masa dahulu. Taman ini dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana (Lake Garden).
|
Kawasan Taman Botani Perdana |
|
Tasik Perdana yang sebenar terletak di sebalik pagar ini |
|
Tasik Perdana |
Selain Tasik Perdana yang merupakan tarikan asal pengunjung ke sini, ada berbagai tarikan lain yang turut berada di sini sekarang.
|
Masjid Bukit Aman |
|
Restoran Rebung milik Chef Ismail dan angkasawan negara Sheikh Muszaphar terletak di dalam bangunan ini. |
|
Arah ke Taman Botani Perdana dan Restoran Rebung |
|
Taman Etnobotani |
|
Perhentian No.19 KL HOHO di Taman Botani Perdana |
|
Pemandangan di dalam bas KL HOHO |
|
Lagi suasana di Taman Botani Perdana |
Penggemar orkid pasti tak akan melepaskan peluang untuk melawat Taman Orkid di sini. Taman ini mempunyai 800 spesis orkid Malaysia dan juga orkid dari luar negara.
|
Taman Orkid Kuala Lumpur |
|
Pemandangan di dalam Taman Orkid |
|
Posing sekejap sewaktu KL HOHO membuat perhentian di Taman Botani Perdana |
Taman Burung di Taman Botani Perdana direka khas untuk pencinta-pencinta alam. Ia adalah Taman Burung yang terbesar di rantau ini dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 21 ekar. 3,000 ekor burung berterbangan bebas di dalam suasana taman yang hampir semulajadi ini. Selain dari Malaysia, burung-burung ini berasal dari berbagai negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda.
|
Taman Burung Kuala Lumpur |
|
Satu lagi pemandangan Taman Burung Kuala Lumpur |
|
Perhentian KL HOHO (Stop No.20) di depan Taman Burung Kuala Lumpur |
|
Topiari Burung Merak |
|
Suasana di dalam Taman Burung Kuala Lumpur |
|
World's Largest Free-Flight Walk-In Aviary di Taman Burung Kuala Lumpur |
|
Kereta parking di sepanjang jalan kerana ada ramai pengunjung ke Lake Garden pada hari ini. |
|
Tarikan-tarikan lain di Taman Tasik Perdana |
Planetarium Negara yang berkubah biru dibina di atas sebuah bukit di Taman Botani Negara. Kita pun dah lama sangat tak masuk ke sini. Di dalamnya ada pelbagai pameran mengenai angkasa lepas.
|
Arah ke Planetarium Negara |
|
Simpang ke Planetarium Negara |
|
Planetarium Negara (Sumber: Internet) |
|
Pameran Balai Cerap Purba di perkarangan Planetarium Negara |
|
Pintu masuk ke Planetarium Negara |
Memorial Tun Abdul Razak adalah memorial bagi memperingati Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri Kedua Malaysia. Memorial ini adalah bangunan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia pada masa dahulu sebelum berpindah ke Putrajaya sekarang.
|
Memorial Tun Abdul Razak |
Bangunan-bangunan di kaki bukit berhampiran Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur di Taman Botani Perdana membentuk kompleks Pusat Islam. Antara tarikan yang menarik untuk dikunjungi di sini adalah Muzium Kesenian Islam.
|
Muzium Kesenian Islam |
|
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |
|
TV Alhijrah |
Part 13: Masjid Negara
Masjid Negara Malaysia merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Masjid yang dirasmikan pada 27 Ogos 1965 ini boleh menampung 15,000 jemaah.
|
Masjid Negara |
|
National Mosque Malaysia |
Kubah utama Masjid Negara direka dengan berbentuk bintang berbucu 18 yang melambangkan 13 negeri di dalam Malaysia dan 5 rukun Islam. Ia kelihatan seperti sebuah payung yang sedang dibuka membawa gambaran aspirasi negara Malaysia yang baru mencapai kemerdekaan ketika masjid ini dibina. Rekabentuknya yang unik dan moden mencerminkan unsur kesenian, khat dan hiasan Islam tradisional di dalam gaya yang kontemporari.
|
Pintu masuk ke Masjid Negara |
|
Kubah masjid yang berbentuk bintang ini melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan 5 Rukun Islam. |
Ia juga mempunyai sebuah kawasan perkuburan khas yang dinamakan Makam Pahlawan. Pemimpin pertama yang dikebumikan di sana adalah Tun Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdul Razak yang meninggal dunia pada tahun 1973.
|
Bangunan ini direka oleh seorang arkitek British dan 2 orang arkitek tempatan yang bernama Howard Ashley, Hisham Albakri dan Baharuddin Kassim |
|
Pembinaannya diketuai oleh seorang jurutera British yang bernama Antony Morris. |
Ciri menarik yang terdapat pada bangunan ini adalah menaranya yang setinggi 73 meter beserta kolam dan pancutan air. Ia juga dibuka untuk kunjungan dan pelawat diminta untuk berpakaian sopan dan menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam masjid.
|
Perkarangan Masjid Negara |
|
Sebuah gereja bernama Venning Road Brethren Gospel Hall pernah berdiri di tapak ini dulu. |
Part 14: Dataran Merdeka
Meninggalkan Taman Botani Perdana, kami dibawa kembali ke tengah bandaraya.
|
Meninggalkan Taman Botani Perdana |
|
Bangunan Dayabumi |
KL HOHO membawa kami ke arah Dataran Merdeka. Sebelum sampai ke sana, bas lalu di depan Muzium Tekstil Negara. Bangunan muzium yang cantik ini dibina pada tahun 1896. Satu masa dahulu, bangunan ini pernah berfungsi sebagai ibu pejabat Federated Malay States Railways.
|
Muzium Tekstil Negara |
|
Bangunan Muzium Tekstil Negara ini pernah berfungsi sebagai ibu pejabat Federated Malay States Railway. |
|
Pemandangan hadapan Muzium Tekstil Negara |
Dataran Merdeka yang dinamakan sempena memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia adalah tempatnya di mana bendera British Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 yang menandakan tamatnya zaman penjajahan British di Malaysia. Nama asal dataran ini ialah Padang Kelab Selangor.
|
Dataran Merdeka |
|
Tiang Bendera di Dataran Merdeka ini adalah di antara tiang bendera yang tertinggi di dunia. |
Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka menjadi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur. Ia dinamakan sempena Sultan Selangor yang memerintah pada masa ia mula dibina pada tahun 1894. Senibina bangunan ini mengambil ilham dari Muir Central College yang ditubuhkan pada tahun 1872 di Allahabad, India. Menara Jam pada bangunan ini pula dikatakan mengambil ilham dari Menara Jam Big Ben di London, England.
|
Bangunan Sultan Abdul Samad |
|
Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad dikatakan mengambil ilham dari Muir Central College di Allahabad, India. |
|
Mercu Tanda Dataran Merdeka |
Jalan Raja yang terletak di depan Dataran Merdeka ini sedang ditutup kepada kenderaan ketika kami sampai di sini. Mungkin sempena Car Free Day yang diadakan setiap pagi Hari Ahad. Oleh yang demikian, bas KL HOHO hanya berhenti di tepi Bangunan Sultan Abdul Samad sahaja.
|
Jalan Raja di depan Dataran Merdeka ditutup kepada kenderaan setiap pagi Ahad sempena Car Free Day. |
Sebuah lagi bangunan menarik yang terdapat di sini adalah Kelab Diraja Selangor (Royal Selangor Club). Bangunan dengan senibina gaya Tudor ini dibina pada tahun 1890 sebagai tempat berkumpul warga elit di Kuala Lumpur pada satu ketika dulu.
|
Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di Dataran Merdeka |
|
Pemandangan lebih dekat bangunan Kelab Diraja Selangor |
Oleh kerana Dataran Merdeka adalah antara tempat tumpuan pelancong yang utama ke Kuala Lumpur, ada ramai pengunjung ke sini pada pagi ini. Selain dari itu, kami dapat melihat sekumpulan pelukis di penjuru Bangunan Sultan Abdul Samad. Jealous sungguh kita melihat betapa mudahnya mereka membuat lukisan yang cantik begitu. Kalaulah kita pandai melukis macam mereka...
Selain Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Tekstil dan Kelab Diraja Selangor, ada juga beberapa bangunan bersejarah lain yang terdapat di sini. Kebanyakannya kini telah ditukar fungsi menjadi muzium.
|
Bangunan lama Standard Chartered Bank ini berfungsi sebagai The Chartered Bank of India, Australia and China di awal penubuhannya pada tahun 1909. |
|
KL City Gallery ini pula pernah berfungsi sebagai Government Printing Office lebih 100 tahun dulu. |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN KUALA LUMPUR (2019):