Saturday, 20 February 2016

2016 PHILIPPINES BHG. 07 (Manila Cathedral)

Februari 2016

PHILIPPINES
Manila, Villa Escudero & Tagaytay

Bahagian 7: Intramuros (2)
MANILA CATHEDRAL, CHURCH OF ST. AUGUSTIN & CASA MANILA

HARI KEDUA (5)

Part 17 : Manila Cathedral 

Manila Cathedral dibina oleh penjajah Sepanyol 50 tahun selepas mereka menduduki Manila. Bangunan asalnya yang dibina dari buluh dan daun nipah terbakar apabila sebatang lilin yang dinyalakan pada satu upacara pengebumian jatuh dan menyambar dindingnya.

Semenjak itu, Manila Cathedral telah dibina semula menggunakan batu. Namun ia runtuh beberapa kali selepas itu akibat gempa bumi dan peperangan. Bangunan yang berdiri pada hari ini dibina pada tahun 1958 dan dirasmikan oleh Pope John Paul pada tahun 1981. Ia adalah bangunan kelima yang dibangunkan semula di tapak ini.

Manila Cathedral
Taman di hadapan Manila Cathedral yang dihiasi dengan pancutan air pada asalnya dinamakan Plaza Mayor sewaktu pemerintahan Spanish. Bila Amerika menjajah Filipina, ia ditukar nama menjadi Plaza McKinley sempena nama Presiden Amerika Syarikat, William McKinley. Ia kini dikenali sebagai Plaza de Roma. Patung King Carlos IV of Spain turut menghiasi taman ini.

Plaza de Roma di hadapan Manila Cathedral. Bangunan di belakangnya adalah Palacio del Gobernador.
Palacio del Gobernador.
Hari kami berkunjung ke sini adalah Hari Ahad dan ada upacara Mass sedang berlangsung di dalamnya. Mass ini diadakan dalam Bahasa Inggeris dan dihadiri oleh bukan sahaja rakyat Filipina, tetapi juga pengunjung asing yang beragama Katholik.

Pemandangan dekat Manila Cathedral dengan kereta kuda yang dipanggil Calesa di hadapannya.
Sejarah Manila Cathedral.
Gerbang di pintu masuk Manila Cathedral.
Pintu masuk ke Manila Cathedral yang dihiasi ukiran logam yang menggambarkan kisah dari Bible.
Pemandangan di dalam Manila Cathedral. Ada upacara Mass sedang berlangsung ketika ini. Oleh yang demikian pengunjung yang tidak menyertainya hanya boleh melihat dari bahagian belakang gereja sahaja.
Paderi handsome yang sedang menyampaikan khutbah dalam upacara Mass.
Upacara Mass turut disiarkan secara langsung melalui TV tertutup di dalam gereja.
Pemandangan di bahagian belakang gereja.
Siling Manila Cathedral
Di sisi bangunan Manila Cathedral ada sebuah ruang yang menempatkan beberapa artifak keagamaan. Antara yang terpenting ialah patung Pieta yang menggambarkan Jesus Christ yang telah mati disalib dipangku oleh ibunya, Virgin Mary.

Pemandangan di sudut belakang gereja.
Tak tahu apa tujuan altar ini.
Patung Pieta yang menggambarkan Jesus Christ yang mati disalib dipangku oleh ibunya, Virgin Mary.
Bagi orang Islam, peristiwa ini sebenarnya tidak wujud kerana Nabi Isa diangkat ke langit sewaktu dikepung oleh Tentera Roman. Orang yang mati disalib adalah sebenarnya pengikut Nabi Isa yang belot dan disamakan oleh Allah SWT dengan wajah Nabi Isa.

Part 18: Church of St. Augustin

Selepas meninggalkan Manila Cathedral, kami dibawa pula ke sebuah lagi gereja di Intramuros yang dinamakan Church of St. Augustin. Ini adalah gereja tertua di Flipina yang kini diiktiraf sebagai sebuah World Heritage Site.

Church of St. Augustin di Intramuros, Manila.
Pengiktirafan Church of St. Augustin sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Sewaktu kami tiba di sini ada sebuah upacara perkahwinan pula sedang dijalankan. Kami diberitahu, seperti juga Manila Cathedral, Church of St. Augustin adalah venue popular bagi mengadakan majlis perkahwinan. Jika ingin melangsungkan perkahwinan di kedua-dua gereja ini, tempahan perlu dibuat seawal setahun untuk majlis yang selalunya berlangsung hanya sejam setengah sahaja.

Pintu masuk ke Church of St. Augustin.
Pemandangan di dalam Gereja St. Augustin.
Tetamu-tetamu majlis perkahwinan sedang menunggu kedatangan pengantin.
Altar di Gereja St. Augustin dihias dengan cantik sempena majlis perkahwinan.
Chandelier di Gereja St. Augustin.
Bell In The Most Sweet Name of Jesus.
Kubur di bawah lantai di bahagian belakang gereja. Kata Jane, bayaran yang dikenakan untuk dikebumikan di dalam gereja ini sangat mahal.

Part 19: Casa Manila

Selepas melawat ke Gereja St. Augustin, kami dibawa pula melawat ke Casa Manila yang terletak bertentangan dengan gereja. Casa Manila adalah sebuah rumah Spanish lama yang dibangunkan dan diberi nafas baru oleh bekas Wanita Pertama Filipina yang terkenal, Imelda Marcos.

Sesuatu yang Myself perhatikan sewaktu di Manila ialah banyak landmark terkenal di bandaraya ini dibangunkan oleh Imelda Marcos. Banyak juga jasa beliau membangunkan Manila sebenarnya. Tapi tak nampak satu apa pun yang dibangunkan oleh suaminya, Presiden Ferdinand Marcos.

Casa Manila
Jalan di hadapan Casa Manila yang dikekalkan seperti waktu pemerintahan Spanish.
Casa Manila sebenarnya adalah sebuah muzium mengenai kehidupan sewaktu di zaman pemerintahan Spanish. Namun begitu, muzium ini telah ditutup sewaktu kami tiba. Jadi, Jane hanya membawa kami menikmati suasana dan senibina di dalamnya sahaja.

Pemandangan di dalam Casa Manila.
Selain muzium, Casa Manila juga mempunyai beberapa restoran dan kedai cenderamata di dalamnya. Waitress di Restoran Barbara ini memakai pakaian wanita di zaman Spanish dulu.
Restoran Barbara ini menyajikan masakan Spanish dan Filipina.
Lorong-lorong di dalam Casa Manila.
Courtyard di dalam Casa Manila.
Satu lagi pemandangan courtyard di dalam Casa Manila.
Bangunan Casa Manila ini memang menarik untuk dilawati. Sayang sekali banyak tempat di dalamnya telah ditutup ketika itu.

Part 20: Chinese New Year di Manila Hotel

Selepas melawat Intramuros, kami kembali ke Manila Hotel. Suasana di depan hotel agak sibuk kerana malam ini adalah sebenarnya Chinese New Year Eve dan Manila Hotel menganjurkan satu majlis sambutan Chinese New Year pada malam ini. Semua penginap (termasuklah kami) juga dijemput untuk menyertai majlis sambutan ini.

Bila kami balik ke bilik, ada Fortune Cookie yang disediakan di atas meja. Kalau anda belum tahu, Fortune Cookie ini adalah satu adat Cina menyambut perayaan seperti Tahun Baru ini. Fortune Cookie adalah biskut yang mempunyai ruang kosong di dalamnya. Sekeping kertas yang kononnya mempunyai nasihat berkaitan dengan masa depan kita diletakkan di dalamnya.

Fortune Cookie dan coklat berbentuk duit syiling emas yang diletakkan di dalam setiap bilik penginap Manila Hotel sempena perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada keesokan harinya.
Buah-buahan percuma pun ada.
Inilah Fortune Cookie kami.
Pesanan untuk kami di dalam Fortune Cookie.
Kami juga terpaksa makan malam menggunakan Room Service lagi pada malam itu kerana Cafe Ilang-Ilang juga penuh ditempah malam itu. Walau bagaimanapun, untuk dinner malam esok, kami telah siap membuat tempahan makan di sana. Naklah juga merasa makan Fine Dining di Cafe Ilang-Ilang ni, kan?

Dinner Room Service kami pada malam itu. Husband memesan makanan Arab, Sup Addas dan Samosa.
Myself memesan makanan tipikal Filipina yang dipanggil Manok Fritto. Rupa-rupanya makanan ini ialah Ayam Goreng disalut Bread Crumbs.
Seperti biasa, makanan dari Halal Kitchen Cafe Ilang-Ilang ini memang sangat delicious! Tak kisahlah walau harganya mahal sikit (tapi Myself rasa ia setara dengan harga makanan yang dipesan melalui Room Service di Hotel 5 Bintang di Malaysia).

Lepas makan malam, kami turun ke lobi Manila Hotel untuk menyaksikan sambutan Tahun Baru Cina di sana. Kami dimaklumkan pemilik Manila Hotel ini adalah seorang Cina-Filipino. Kerana itulah sambutan Chinese New Year ini dibuat dengan begitu Grand sekali.

Sambutan ini dimulakan dengan upacara membaca mentera oleh Tok Sami yang dijemput khas dari sebuah Temple di Manila. Tok Sami ini membaca mentera dalam Bahasa Mandarin dengan diikuti terjemahan dalam Bahasa Inggeris supaya menteranya difahami oleh semua. Maklumlah, tidak seperti orang Cina di Malaysia yang masih memahami bahasa ibunda mereka, kebanyakan Cina-Filipino tidak begitu.

Upacara sambutan Chinese New Year di luar lobi Manila Hotel.
Tok Sami yang mengendalikan upacara ini dibantu oleh anak lelakinya. Orang Cina di mana-mana juga sangat mementingkan wang dan kekayaan. Kerana itulah mentera yang dibaca oleh Tok Sami ini sentiasa menyeru supaya wang datang ke Manila Hotel.

Antara mentera yang dibaca oleh Tok Sami berbunyi begini: "We ask for money to come from all over the world... We ask for money to come from all sources... We ask for money to come from all directions".
Pasukan Dragon Dance sedang bersedia di tepi lobi hotel.
Selepas itu, Tok Sami dan pembantunya merenjis air berkat kepada semua yang hadir.

Pengunjung mengangkat tangan untuk mendapatkan air berkat.
Anak Tok Sami sedang merenjis air berkat kepada hadirin.
Tok Sami dan anaknya berjalan sehingga ke belakang untuk merenjis air berkat sampai kaki Husband pun terkena percikan air ni sebab dia menyibuk pergi dekat nak ambil gambar...
Selepas itu, Singa dan Naga dipanggil ke depan untuk mendapat berkat. Adalah ritual-ritual yang dibuat dalam upacara ini yang melibatkan pemilik hotel dan keluarganya.

Naga sedang mendapat berkat dari Tok Sami.
Singa pulak sedang menerima berkat.
Singa dan Naga menari-nari selepas mendapat berkat.
Pemain gendang yang mengiring Tarian Singa dan Naga.
Selepas dah puas menari kat luar, Singa dan Naga ini masuk pulak ke bangunan hotel untuk menari di sana. Gegak-gempita bunyinya bila gendang-gendang dimainkan di dalam bangunan untuk mengiringi mereka.

Singa masuk ke dalam hotel.
Naga menari di lobi hotel.
Kepala Naga dari dekat.
Selepas tarian ini tamat, hadirin dijemput pula ke belakang hotel yang menghadap ke Manila Bay untuk menyaksikan pertunjukan Fireworks. Memang hebat pertunjukan Fireworks ini, boleh dikatakan setanding dengan persembahan Fireworks di Disneyland. Tapi disebabkan kamera kita tak canggih sangat cuma beberapa keping saja gambar persembahan Fireworks ini yang menjadi...

Persembahan Fireworks di Manila Bay di belakang hotel.
Disebabkan dah dua pagi berturut-turut kami bersiar-siar di sini, jadi kami dah tahu port yang bagus untuk menyaksikan persembahan bunga api ini tanpa bersesak dengan orang lain.
Cantik!!
Selepas pertunjukan Fireworks tamat, semua hadirin sebenarnya dijemput menyertai jamuan makan Chinese New Year, tetapi kami taklah berbuat begitu. Tak guna join pun sebab makanan yang dihidang dah pasti Tak Halal. Lagipun kan kita dah kenyang dinner Room Service tadi!

Berjalan balik untuk masuk ke hotel.


Bersambung ke Bhg. 8...


CATATAN PERJALANAN PHILIPPINES 2016: