Sunday, 14 February 2016

2016 PHILIPPINES BHG. 04 (Villa Escudero)

Februari 2016

PHILIPPINES
Manila, Villa Escudero & Tagaytay 


Bahagian 4: Villa Escudero Tour (2)
VILLA ESCUDERO Part 2

HARI KEDUA (2)

Part 12 (2) : Villa Escudero

Setibanya di Villa Escudero, kami terus menuju ke Kompleks Pelawat. Semua pelawat ke Villa Escudero perlu membeli tiket masuk di sini. Myself tak pasti berapa harga tiket masuk ke sini kerana harganya telah termasuk sekali dalam pakej yang kami ikuti.

Pemandangan di hadapan Kompleks Pelawat Villa Escudero
Berjalan masuk ke Kompleks Pelawat Villa Escudero
Pemandangan di dalam Kompleks Pelawat
Semua pengunjung perlu membeli tiket di sini untuk melawat Villa Escudero.
Ruang menunggu di Kompleks Pelawat Villa Escudero.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Villa Escudero
Kedai Cenderamata di Villa Escudero

VILLA ESCUDERO MUSEUM

Selepas membeli tiket, Jane membawa kami melawat ke Muzium Villa Escudero. Muzium ini menyimpan koleksi-koleksi peribadi pengasas Villa Escudero. Terdapat sebuah taman yang cantik di depan muzium ini.

Laluan menuju ke muzium dari Kompleks Pelawat
Taman di hadapan Muzium Villa Escudero
Villa Escudero Museum
Muzium Villa Escudero dibina mengikut senibina gereja tertua di Filipina, Gereja San Agustin yang terdapat di Manila.

Pejabat pentadbiran Villa Escudero di sebelah muzium.
Bunga kertas yang cantik di depan Muzium Villa Escudero.
Patung Presiden Philippines pertama yang bernama Emilio Aguinildo
Satu lagi pemandangan Muzium Villa Escudero yang menarik.
Pintu masuk ke muzium.
Pemandangan dekat pintu masuk ke muzium.
Pengunjung tidak dibenarkan membawa masuk beg dan kamera ke dalam muzium. Semua beg dan kamera perlu ditinggalkan di sebuah tempat khas.

Muzium Villa Escudero terdiri dari dua tingkat. Tingkat bawah menempatkan koleksi-koleksi Don Escudero (pengasas Villa Escudero) dari gereja-gereja Eropah. Pelbagai Altar dan patung-patung Kristian ada di sini. Disebabkan kita tak dibenarkan membawa masuk kamera ke sini, kita cuma boleh curi-curi snap gambar menggunakan telefon.

Artifak-artifak gereja koleksi Don Escudero di tingkat bawah.
Pemandangan di dalam muzium.
Pemandangan muzium di tingkat atas.
Koleksi patung Last Supper dilihat dari tingkat atas.
Kekayaan Don Escudero sangat terserlah bila kita melihat koleksi beliau di muzium ini. Pasti banyak wang yang dikeluarkan beliau untuk membeli dan membawa patung-patung yang besar ini ke Filipina dari gereja-gereja di Eropah.

Di tingkat atas pula ada koleksi-koleksi Don Escudero yang tidak berbentuk keagamaan. Pelbagai benda ada di sini seperti koleksi serangga-serangga unik dan haiwan sebesar harimau yang telah diawet, tempayan tradisional Filipina dan pelbagai lagi. Selain dari meminati patung-patung dan artifak keagamaan Kristian, Don Escudero juga nampaknya sukakan budaya dan alam semulajadi.

Ada satu seksyen di mana pengunjung-pengunjung mendermakan matawang negara masing-masing untuk dipamerkan di sini. Dalam banyak-banyak matawang yang dipamerkan, tak ada pun Ringgit Malaysia. Mungkinkah kami orang Malaysia yang pertama berkunjung ke Muzium Villa Escudero ini? Atas cadangan Jane, kami bersetuju nak mendermakan matawang Malaysia untuk dipamerkan di muzium ini untuk membuktikan rakyat Malaysia pun pernah tiba ke sini. Bukan banyak pun kami berderma, hanya sekeping duit RM1.

Duit RM1 yang kami derma kepada Muzium Villa Escudero ini akan dipamerkan bersama nama kami. Jadi, sesiapa yang berkunjung ke Muzium Villa Escudero selepas ini, bolehlah melihat duit Malaysia dengan nama kami sebagai penderma dalam koleksi matawang pengunjungnya.

LABASIN WATERFALLS RESTAURANT (1)

Selepas melawat Muzium Villa Escudero, tibalah masa untuk makan tengahari. Jane membawa kami kembali ke Kompleks Pelawat. Dalam perjalanan kami melalui kawasan rumah kediaman keluarga Escudero.

Pintu pagar ke rumah kediaman Keluarga Escudero. Pengunjung walau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini.
Patung pengasas Villa Escudero, Don Escudero dan isterinya di luar pagar kediaman keluarga Escudero.
Ada beberapa buah rumah sebenarnya di dalam pagar kawasan kediaman ini.
Pandangan dekat salah sebuah rumah kediaman keluarga Escudero. Keluarga Escudero ini memang meminati warna pink kerana semua bangunan di sini dicat dengan warna pink.
Makan tengahari secara buffet memang sedia termasuk di dalam tiket pengunjung-pengunjung ke Villa Escudero. Ia disediakan di Labasin Waterfalls Restaurant dan untuk ke sana, pengunjung-pengunjung dibawa menaiki kereta kerbau (disebut carabao dalam Bahasa Tagolog) tradisional Filipina.

Kereta kerbau tradisional Filipina yang membawa pengunjung dari Kompleks Pelawat ke Labasin Waterfalls Restaurant.
Inilah kerbau kami bernama Sandara yang kelihatan sangat ayu memakai perhiasan bunga di kepala.
Jom Sandara, kita jalan pelan-pelan ke restoran.
Sepanjang perjalanan ke restoran kita dapat melihat patung-patung yang menggambarkan kehidupan di Villa Escudero pada masa dahulu.

Patung-patung yang menggambarkan suasana di Villa Escudero pada masa dulu.
Tak tahu apa fungsi struktur ni...
Ada juga perkhidmatan Buggy yang disediakan untuk penginap-penginap di Hotel Villa Escudero.
Bertembung dengan kereta carabao yang lain.
Amboi, nama kerbau yang ini Sexy la...
Kenderaan lain yang boleh dinaiki oleh pengunjung di Villa Escudero
Orang-orang Pinoy memang pandai menyanyi. Sepanjang perjalanan dengan kereta kerbau ke restoran, kami dihiburkan dengan nyanyian oleh seorang staff yang duduk di belakang kereta kerbau. Dia menyanyi sambil bermain gitar. Suaranya memang power! Sedap sungguh lagu Anak dan Country Road yang dinyanyikannya.

Inilah staff yang menghiburkan kami dalam perjalanan kereta kerbau ke restoran. Suaranya memang sedap!
Perjalanan dengan kereta kerbau ke restoran ini tak lama. Hanya lebih kurang 10 minit tapi memang seronok naik kereta kerbau ini!

Perhentian kereta kerbau untuk ke Labasin Waterfalls Restaurant.
Laluan untuk ke restoran dari perhentian kereta kerbau.
Pintu masuk ke Labasin Waterfalls Restaurant.
Lumut juga dipanggil lumot dalam Bahasa Tagalog.
Tangga turun ke restoran.
Pemandangan awal Labasin Waterfalls Restaurant.
Tengok dari sini pun dah best!


Bersambung ke Bhg. 5...


CATATAN PERJALANAN PHILIPPINES 2016: