Sunday, 14 February 2016

2016 PHILIPPINES BHG. 03 (Alaminos)

Februari 2016

PHILIPPINES
Manila, Villa Escudero & Tagaytay 


Bahagian 3: Villa Escudero Tour (1)
ALAMINOS & VILLA ESCUDERO Part 1

HARI KEDUA (1)

Part 7 : Suasana Pagi Di Manila Hotel

Matahari terbit seawal pukul 6.00 pagi di Manila. Jadi kita pun terpaksalah bangun awal untuk menunaikan Solat Subuh. Selepas subuh, kami terus sahaja breakfast di Cafe Ilang-Ilang di Manila Hotel ini.

Suasana pagi di lobi Manila Hotel.
Ada beberapa restoran yang disediakan di Manila Hotel. Namun hanya sebuah sahaja yang mempunyai Halal Kitchen, iaitu Cafe Ilang-Ilang. Pilihan makanan Halalnya untuk breakfast buffet agak terhad, tetapi makanan yang disediakan memang sedap. Bukan sekadar sedap, tapi sangat sedap!

Cafe Ilang-Ilang
Perhiasan di pintu masuk ke Cafe Ilang-Ilang
Seperti juga di seluruh Hotel Manila ketika itu, Cafe Ilang-Ilang juga dihiasi dengan tanglung sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.
Husband mengambil gambar makanan yang disediakan di Halal Station.
Halal Station di Cafe Ilang-Ilang, Manila Hotel.
Sijil perakuan Halal di Halal Station, Cafe Ilang-Ilang
Sewaktu kami menginap di sini, tak nampaklah pulak ramai pelancong-pelancong dari Asia Barat yang tinggal di hotel ini. Namun begitu, seorang Chef dari Halal Kitchen sentiasa ada di Halal Station ini untuk menjawab setiap pertanyaan. Makanan Halal di Manila Hotel ini juga turut dipromote sebagai Health Food.

Makanan-makanan Halal di Cafe Ilang-Ilang dimasak di sebuah dapur yang berasingan dari makanan-makanan lain. Jadi memang kita boleh makan makanan Halal di sini tanpa was-was.
Menikmati sarapan pagi yang sangat sedap di Cafe Ilang-Ilang, Manila Hotel.

Part 8 : Morning Walk di Manila Bay

Program pagi ini ialah berkunjung ke Villa Escudero yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan bekereta dari Manila. Memandangkan hari masih awal lagi, kami bersiar-siar dulu di kawasan Manila Bay yang terletak di belakang Manila Hotel.

Pemandangan Manila Bay di belakang Manila Hotel.
Ibu Pejabat Philippine Coast Guard yang terletak bersebelahan dengan Manila Hotel.
Bangunan di hujung sana adalah sebahagian dari Manila Ocean Park, sebuah lagi tarikan pelancong yang terletak bersebelahan dengan Manila Hotel.
Pemandangan dekat Philippine Coast Guard
Pada pagi itu, kami dapat melihat anggota-anggota Philippine Coast Guard berlatih mendayung. Sebahagian dari anggota-anggota Philippine Coast Guard ini terdiri dari wanita yang memang nampak segagah lelaki di dalam pasukan mereka.

Sebuah pasukan pendayung Philippine Coast Guard yang baru berlepas untuk berdayung ke laut.
Husband mengambil gambar sepasukan Philippine Coast Guard yang baru berlepas.
Pasukan yang ini sedang berdayung pulang.
Jauh sungguh mereka berdayung sampai ke tengah laut.
Sebahagian pasukan Philippine Coast Guard ini terdiri dari wanita.
Bila mentari mula meninggi, kami berjalan balik ke hotel. Sewaktu berjalan di jeti, ternampak pulak pemandangan unik yang tak pernah kami lihat sebelum ini ~ beberapa kumpulan ikan melompat-lompat keluar dari air sambil berenang menuju ke laut dalam!

Ikan-ikan melompat di Teluk Manila.
Memang jelas yang Teluk Manila ini ada banyak ikan!
Pemandangan Manila Hotel dari Manila Bay.
Homeless di Manila Bay.

Part 9 : Berkunjung lagi ke Rizal Park

Disebabkan masih ada masa lagi, kami membuat keputusan untuk berkunjung lagi ke Rizal Park yang terletak sangat dekat dengan Hotel Manila. Tidak seperti semalam, cuaca pada hari ini sangat baik. Disebabkan hari ini juga Hari Ahad, memang banyak aktiviti yang berlangsung di Rizal Park hari ini.

Sebaik keluar dari hotel, kami dapat melihat ramai warga kota yang beriadah dengan berbasikal. Malah, Metropolitan Manila Development Authority (MMDA) juga turut menyediakan kemudahan menyewa basikal kepada yang berminat.

Berbasikal di Rizal Park
Kemudahan menyewa basikal turut disediakan oleh Metropolitan Manila Development Authority yang berfungsi seperti DBKL di Malaysia.
Berlatih Taekwondo di Rizal Park
Rizal Park ini sangat besar. Malah ia adalah antara taman bandar yang terbesar di Asia. Selain dari kesan-kesan sejarah yang telah kami lawati semalam, ada beberapa tarikan lain juga di sini.

Rice Garden di Rizal Park.
Padi adalah antara komoditi utama Filipina.
Replika teres padi Filipina di Rizal Park.
Warga Manila sedang beriadah.
Pemandangan kota Manila dari Rizal Park.
Semalam kita dah melawat Rizal Park yang di seberang sana. Hari ini kita concentrate di sebelah sini pulak.
Ada satu acara penting berlangsung di Rizal Park pada pagi ini, iaitu pelancaran perkhidmatan bas elektrik yang dinamakan Hybrid Electric Road Train oleh Philippines Department of Science and Technology. Dari berita yang kami baca di surat khabar di Manila, perkhidmatan ini bukanlah yang pertama di Philippines. Cuma hari ini ia dilancarkan untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan Manila di sebelah sini.

Oleh kerana Electric Road Train ini tidak ada di Kuala Lumpur pada masa ini, kita pun menyibuklah bersama-sama warga Manila yang lain untuk melihatnya dengan lebih dekat. 

Pelancaran Hybrid Electric Road Train di Rizal Park.
Stesen-stesen TV di Manila sedang membuat liputan tentang pelancaran Road Train ini.
Bergambar dengan Road Train yang sedang dilancarkan.
Pemandangan di dalam Road Train.
Cyclists yang turut menyaksikan pelancaran Hybrid Electric Road Train.
Ramai warga Manila yang mengambil kesempatan menaiki Road Train ini selepas pelancarannya. Mungkin ada Free Ride agaknya. Walaupun teringin nak ikut serta, kami tak berbuat demikian sebab tak tahu mana laluan Road Train ini. Buatnya dia pusing jauh nanti, tak sampai pulak kami ke Villa Escudero seperti yang dirancang.

Disebabkan jam ketika itu hampir pukul 9 pagi, kami berjalan balik ke hotel. Dalam perjalanan pulang, masih banyak benda yang dapat dilihat di Rizal Park ini.

Pemandangan sewaktu berjalan pulang ke Manila Hotel.
Memorial Clock ini dibina pada tahun 1998 untuk memperingati 100 Tahun kejayaan Philippine Revolution yang membebaskan negara ini dari penjajahan.
Plak di Memorial Clock
Kerbau adalah haiwan kebangsaan Filipina. Maka di Rizal Park ini didirikan beberapa patung kerbau.

Patung kerbau di Rizal Park.
Kerbau adalah haiwan kebangsaan Filipina.
Kerbau yang beraksi handsome di Rizal Park.
Menari beramai-ramai di Rizal Park.
Tua dan muda menari bersama.
Seronok melihat Pakcik dan Makcik ini menari mengikut lagu Dancing Queen nyanyian kumpulan ABBA yang dimainkan.
Tidak jauh dari Manila Hotel juga, kami bertemu dengan pintu masuk ke Manila Ocean Park. Ia juga adalah tarikan pelancongan yang popular di Manila. Kami walau bagaimanapun, tidak berkesempatan berkunjung ke sana dalam lawatan ini.

Manila Ocean Park
Anjing bergurau di depan Manila Ocean Park
Polis dipanggil Pulis dalam Bahasa Tagalog.
Kembali ke Manila Hotel

Part 10 : Menuju ke Villa Escudero

Tepat pukul 9 pagi, Jane dan pemandu kami yang bernama Purdie datang menjemput kami di hotel untuk menuju ke Villa Escudero. Villa Escudero terletak berhampiran sebuah bandar yang bernama San Pablo di Wilayah Laguna, kira-kira 2 jam perjalanan dari Manila.

Peta kedudukan Villa Escudero
Sewaktu dalam perjalanan menuju ke Lebuhraya untuk ke Villa Escudero, Jane menunjukkan kepada kami beberapa landmark yang menarik di kota Manila.

LRT di Manila
Philippine Normal University
Kami juga ditunjukkan Paco Park di mana mayat Jose Rizal dikebumikan oleh tentera Sepanyol setelah ditembak di Luneta (yang kini dikenali sebagai Rizal Park) pada 30 Disember 1896. Dia telah dikebumikan di dalam sebuah kubur yang tidak bertanda untuk mengelakkan dari dikenali oleh orang-orang Filipina yang menyokong perjuangannya.

Kubur Rizal walau bagaimanapun ditemui oleh seorang kakaknya yang bernama Narcisa selepas beliau berusaha mencarinya di beberapa kawasan perkuburan. Narcisa telah meletakkan sebuah slab di atas kubur Rizal dengan ditanda "R.P.J" yang merupakan singkatan nama Rizal yang diterbalikkan.

Pada tahun 1898, Narcisa telah menggali semula kubur Rizal dan menemui adiknya yang ditanam tanpa keranda dan masih berpakaian sut hitam yang dikenalinya. Mayat Rizal telah dibakar dan abunya disimpan di rumah Narcisa di Binondo sehingga tahun 1912, di mana Rizal disemadikan semula di Rizal Park. Tapak kubur asal Rizal masih dipelihara di Paco Park dan boleh dilawati sehingga sekarang.

Paco Park di mana mayat Jose Rizal dikebumikan oleh tentera Sepanyol selepas menjalani hukuman bunuh di Luneta
Tempat di mana Jose Rizal disemadikan di Paco Park selepas dibunuh oleh tentera Sepanyol.
Walaupun hari itu hari Ahad, bandaraya Manila tetap sesak dengan kenderaan.

Kota Manila sentiasa sesak dengan kenderaan termasuklah pada pagi Ahad seperti ini.
Lebuhraya dan LRT di Manila
Sebahagian besar perjalanan kami ke Villa Escudero adalah menggunakan lebuhraya SLEX (South Luzon Expressway). Kami diberitahu lebuhraya ini dibina oleh keluarga Ayala, sebuah keluarga Spanish yang masih berpengaruh di Philippines.

Tol di lebuhraya SLEX
Pemandangan di Lebuhraya SLEX.
Disebabkan Philippines pernah dijajah oleh Spain dan Amerika, pemanduan di Philippines adalah di sebelah kanan.
Menuju ke Batangas untuk ke Wilayah Laguna.
Keluar lebuhraya di Santo Tomas.
Philippines adalah sebuah dari dua negara di Asia yang menerima Kristian sebagai agama rasmi. Negara yang sebuah lagi ialah Timor Leste. Rakyat Philippines juga sangat kuat berpegang kepada ajaran agama. Jadi tidak hairanlah jika kita menemui banyak gereja di sepanjang perjalanan.

Kami juga melihat Bahasa Inggeris digunakan dengan sangat meluas di Philippines. Menurut Jane, Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa utama di Philippines di bawah pemerintahan Presiden Gloria Macapagal Arroyo. Bahasa Tagalog kini adalah bahasa kedua bagi Philippines.

Pemandangan kawasan luar bandar di Flipina. Jeepney terdapat di mana-mana sahaja.
Gereja juga adalah pemandangan yang biasa ditemui di Filipina.
Disebabkan jalan yang kecil dan bilangan kenderaan yang banyak, kesesakan juga berlarutan sehingga ke luar bandar.
Bandar-bandar di Filipina sering ditandakan dengan pintu-pintu gerbang seperti ini.
Wilayah Laguna di Filipina juga terkenal dengan penghasilan buah kelapa.
Lega rasanya bila jalan raya tidak lagi sesak...

Part 11 : Alaminos

Dalam perjalanan ke Villa Escudero, Jane membawa kami singgah di sebuah bandar yang bernama Alaminos. Bandar ini terkenal kerana mempunyai sebuah gereja bernama Our Lady of the Pillar Parish yang merupakan antara gereja tertua di Philippines yang dibina oleh orang Sepanyol.

Alaminos
Pintu besar ke perkarangan gereja.
Church of Our Lady of the Pillar Parish.
Loceng-loceng ini telah wujud sejak zaman Spanish lagi.
Kenderaan yang dinamakan Tricycle ini banyak terdapat di luar bandar di Filipina. Kegunaannya tidak dibenarkan di Manila.
Oleh kerana pagi itu pagi Ahad, ada persiapan Mass yang sedang berlangsung di dalam gereja. Jadi kami hanya melihat pemandangan bahagian dalamnya dari pintu masuk sahaja untuk tidak mengganggu persiapan yang sedang berlangsung.

Pemandangan di dalam gereja. Ada persiapan Mass yang sedang berlangsung ketika itu.
Stained Glass di dalam gereja.
Close-up Altar di dalam gereja.
Jane juga menunjukkan kepada kami satu adat yang unik di luar gereja ini. Telah menjadi adat bagi penganut-penganut Roman Katholik untuk menyalakan lilin sewaktu berdoa. Di gereja ini, lilin-lilin dibentuk seperti bentuk manusia. Lilin-lilin ini akan diikat dan dibakar bersekali mengikut bilangan ahli keluarga orang yang berdoa. Kami diberitahu, adat ini sebenarnya adalah dipengaruhi cara orang Cina menyembah menggunakan colok.

Ada adat penyembahan yang unik di gereja Alaminos ini.
Lilin-lilin yang dibakar untuk penganut Katholik berdoa di sini dibuat berbentuk manusia.
Bilangan lilin yang dibakar bersekali adalah berdasarkan bilangan ahli keluarga orang yang berdoa.
Di sekitar perkarangan gereja juga ada banyak patung-patung Kristian.

Patung Virgin Mary memangku Jesus Christ.
Gereja ini menyambut ulang tahunnya yang ke-200 pada tahun 2015.
Sebuah lagi patung Virgin Mary.
The Ten Commandments yang ditulis dalam Bahasa Tagalog
Orang-orang Kristian Katholik percaya ada beberapa patung Virgin Mary di dunia yang dikatakan menangis kerana mengenangkan nasib manusia. Gereja di Alaminos ini juga dikatakan mempunyai patung tersebut. Tapi, tak tahulah mana satu patung yang dimaksudkan.

Dari Alaminos, perjalanan kami diteruskan lagi sehingga ke San Pablo yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari situ. Di sinilah letaknya Villa Escudero.

Di bandar San Pablo ini, kami melihat sebuah shopping mall yang dinamakan SM Mall. Perkataan SM pada Mall ini bermaksud Super Mall. Namun kami diberitahu maksud sebenarnya adalah Shoe Mall kerana pemilik shopping mall ini yang merupakan billionaire terkaya di Filipina bernama Henry Sy adalah seorang Cina-Filipino yang pada asalnya adalah seorang peniaga kasut. Perniagaannya maju kerana mendapat sokongan dari bekas wanita pertama Philippines, Imelda Marcos yang membeli kasut darinya. 

Sewaktu Presiden Ferdinand Marcos digulingkan dari pemerintahan, Imelda lari ke Hawaii bersama beliau. Selepas itulah rakyat Filipina menemui beratus-ratus pakaian mewah dan beribu-ribu pasang kasut yang ditinggalkan oleh Imelda di Istana Presiden.

Selain dari di Manila, SM Mall juga terdapat di hampir semua bandar di Philippines. Ini adalah SM Mall di bandar San Pablo.
Pemandangan di bandar San Pablo dalam perjalanan ke Villa Escudero.
Penjual jalanan di San Pablo.
Pintu gerbang di sempadan bandar San Pablo.

Part 12 (1) : Villa Escudero

Kami tiba di Villa Escudero pada pukul 11 pagi. Villa Escudero adalah sebenarnya sebuah ladang berkonsep Hacienda di Spain yang masih dimiliki oleh keluarga Spanish yang kaya-raya bernama Escudero. Kerana itulah juga signboard di pintu masuk ke Villa Escudero masih menggunakan nama Hacienda Escudero.

Tiba di Villa Escudero
Pengawal di pintu masuk ke Villa Escudero
Kekayaan keluarga Escudero di Philippines pada mulanya adalah hasil dari perladangan tebu di sini. Namun demikian, generasi Escudero di sini yang datang kemudian telah menukar ladang tebu tersebut kepada penanaman kelapa yang masih merupakan hasil ladang utama di sini pada masa sekarang.

Selain dari perladangan kelapa, Villa Escudero juga kini terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan berkonsep Kolonial Spanish. Ada sebuah hotel penginapan yang menarik di sini di samping tarikan-tarikan lain. Memang seronok melawat ke Villa Escudero. Memang Myself sangat recommend kepada sesiapa juga yang berkunjung ke Filipina untuk menjadikan Villa Escudero ini salah satu agenda lawatan mereka ke negara ini.

Pemandangan sewaktu masuk ke kawasan Villa Escudero.
Keluasan kawasan Villa Escudero ini dah cukup menggambarkan kekayaan keluarga Escudero.
Pada masa dahulu, keluarga Escudero mengumpul kekayaan melalui perladangan tebu. Ladang tebu ini kini telah diganti dengan ladang kelapa.
Pejabat Polis Pelancong di Villa Escudero.


Bersambung ke Bhg. 4 ...


CATATAN PERJALANAN PHILIPPINES 2016: