November 2012
NORTHERN INDIA
New Delhi, Kashmir & Agra
Bahagian 5: AGRA --> NEW DELHI --> KUALA LUMPUR
HARI KELIMA (2)
Part 17: Marble Centre
Kami juga sempat berkunjung ke Marble Centre di Agra di mana kesenian dari batuan marmar dihasilkan. Marmar yang digunakan di sini adalah dari sumber yang sama dengan marmar yang digunakan dalam pembinaan Taj Mahal.
|
Pekerja-pekerja di Marble Centre ini adalah keturunan pekerja-pekerja yang membina Taj Mahal. |
Marmar yang digunakan untuk membina Taj Mahal sangat istimewa kerana ia bertukar warna mengikut sinaran matahari. Di sini kami diberikan demonstrasi bagaimana warna marmar Taj Mahal bertukar warna.
|
Warna Taj Mahal menjelang tengahari |
|
Warna Taj Mahal pada waktu senja |
|
Pelbagai barangan marmar dijual di sini. Ada yang mahal dan ada yang murah |
Part 18: Agra --> New Delhi --> Kuala Lumpur
Lawatan ke Taj Mahal dan Red Fort hanya mengambil masa setengah hari. Kami kembali ke Hotel Clarks Shiraz untuk makan tengahari dan berkemas pulang.
|
Hidangan makan tengahari vegetarian di Hotel Clarks Shiraz, Agra |
|
Bandar Agra |
|
Pemandangan di bandar Agra |
Berhampiran dengan Agra ada sebuah monumen yang dinamakan Akbar's Tomb. Binaannya juga macam senibina Taj Mahal.
|
Akbar's Tomb |
|
Pintu masuk ke Akbar's Tomb ini menyerupai Royal Gate di Taj Mahal |
|
Pemandangan Akbar's Tomb dari jauh |
|
Pelajar sekolah di India. |
|
Pulang ke New Delhi |
Kami kembali ke New Delhi menggunakan National Highway No. 2. Perjalanan pulang ke New Delhi dari Agra memakan masa lebih panjang dari sewaktu kedatangan dulu, iaitu 6 jam.
|
Kebun sayur yang sangat luas dalam perjalanan dari Agra ke New Delhi |
|
Membantu kanak-kanak sekolah melintas jalan |
|
Pekan kecil yang ditempuhi dalam perjalanan pulang ke New Delhi dari Agra |
|
Reban ayam |
|
Banyak
kenderaan yang sarat dengan muatan seperti ini ditemui sepanjang
perjalanan. Ini adalah pemandangan biasa di jalanraya-jalanraya di
India. |
|
Penjual di tepi jalan |
Highway ini tiada R&R. Seperti juga di China, pengguna jalanraya di India tak kisah membuang air di tepi jalan. Walau bagaimanapun, Mr. Jit membawa kami singgah di sebuah hotel yang cantik bernama Rajasthan Hotel untuk ke tandas.
|
Hotel Rajasthan |
|
Taman di Hotel Rajasthan |
|
Minum Coke di Hotel Rajasthan |
|
Penjaga
tandas awam di Hotel Rajasthan. Myself merasakan wanita ini datang dari
kategori kasta yang rendah dari gayanya yang sangat merendah diri. Dia
tak membenarkan Myself memegang apa-apa pun di tandas ini (mungkin
kerana "orang kasta tinggi" (seperti Myself??) tak boleh memegang
apa-apa benda yang kotor seperti kepala paip sekali pun di tandas ini).
Pemandu kami, Mr. Jit juga tak puas hati bila kami memberi tip yang
nilainya kira-kira RM6 kepada wanita ini, "Too Much" kata Mr. Jit. |
Sebaik tiba di New Delhi, Mr. Jit membawa kami makan malam di Opulence Restaurant sebelum dibawa terus ke Terminal 3, Indira Gandhi International Airport untuk penerbangan pulang.
|
Opulence Restaurant di New Delhi. Di sini ada pilihan makanan Indian ataupun Chinese. |
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan Penerbangan Malaysia memakan masa 4 jam 30 minit. Disebabkan hari terakhir di India penuh aktiviti, kami cukup keletihan dan tertidur sebaik duduk dalam kapalterbang. Tak sedar apa-apa langsung sehinggalah peramugari mengejutkan untuk makan. Kemudian, sambung tidur lagi sehinggalah dikejutkan sekali lagi oleh peramugari apabila pesawat tiba di Kuala Lumpur.
CATATAN PERJALANAN NORTHERN INDIA (2012):
CATATAN PERJALANAN LAIN (INDIA)