Disember 2012
SABAH (1st. VISIT)
Kota Kinabalu & Gunung Kinabalu
Percutian ke Sabah adalah percutian keluarga yang diatur atas permintaan seorang ibu saudara, Wancik Mi. Ia disertai oleh seluruh ahli keluarga Wancik di samping Myself, Husband, Wan Jun dan adik tiri kami, Dudin. Seluruh ahli rombongan berjumlah 12 orang.
HARI PERTAMA
Part 1: Kota Kinabalu
Bagi kebanyakan ahli rombongan, ini adalah pertama kali mereka menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu ini. Kami berlepas dari KLIA ke Kota Kinabalu dengan Penerbangan Malaysia pada pukul 7.35 pagi.
|
Dalam pesawat ke Kota Kinabalu. |
Penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu memakan masa 2 jam 30 minit. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 10.00 pagi.
|
Lapangan Terbang Kota Kinabalu |
Selepas melalui pemeriksaan Imigresen dan mengambil beg pakaian, kami terus keluar dari Lapangan Terbang. Pemandu pelancong kami, Uncle Sylvester telah sedia menanti.
Dari Airport, kami terus dibawa melawat tempat-tempat persinggahan yang menarik di sekitar Kota Kinabalu dengan menaiki bas.
|
Uncle Sylvester sedang memberi penerangan tentang tempat-tempat yang dilalui. |
MASJID BANDARAYA
Tempat persinggahan pertama adalah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Selain senibinanya yang cantik, masjid ini juga unik kerana ia mempunyai sebuah kawasan rekreasi permainan air di halamannya.
|
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu |
|
Kawasan rekreasi air di Masjid Bandaraya |
MENARA TUN MUSTAPHA
Lawatan kedua adalah ke Menara Tun Mustapha yang menempatkan Yayasan Sabah. Ia adalah sebuah bangunan yang mempunyai rekabentuk yang moden dan menarik. Ia merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi
"bangunan tergantung". Menara yang disiapkan pada tahun 1976 ini
dinamakan bersempena Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Datu Mustapha Datu Harun.
|
Menara Tun Mustapha |
Menurut Uncle Sylvester, bangunan ini direkabentuk berilhamkan kayu balak kerana sewaktu ia dibangunkan, Sabah sangat kaya dengan hasil pembalakan.
|
Bergembira di Kota Kinabalu |
Part 2: Kota Kinabalu Sepintas Lalu
Disebabkan kami mempunyai banyak masa terluang, Uncle Sylvester membawa kami bersiar-siar sehingga ke luar kawasan pusat bandar KK.
|
Kampus Universiti Malaysia Sabah |
|
Kompleks 1 Borneo |
Kemudian kami dibawa makan tengahari di De'Square Cafe.
|
Restoran de'Square Cafe |
|
Membeli cokelat di Cocoa Boutique |
Persinggahan terakhir pada hari pertama adalah ke Pasar Filipina yang menjual pelbagai barangan kraftangan. Pasar ini dinamakan Pasar Filipina oleh orang tempatan kerana pada satu ketika dahulu, hampir kesemua penjual di sini berasal dari negara Filipina.
|
Kerepek yang dijual di luar Pasar Filipina |
|
Barang-barang cenderamata yang dijual di Pasar Filipina |
Hujan turun dengan lebat sewaktu kami tiba di Pasar Filipina. Namun ia tidak menjadi halangan untuk membeli-belah kerana Uncle Sylvester yang begitu perihatin telah menyediakan payung untuk kami yang disimpan di dalam bas.
Part 3: Gaya Centre Hotel
Selepas habis membeli-belah, kami bertolak ke hotel penginapan kami, Gaya Centre Hotel untuk berehat.
|
Gaya Centre Hotel dari KK Waterfront |
Hotel ini bertaraf 3 bintang tetapi fasiliti yang ditawarkan sehebat hotel 4 bintang. Selain dari itu, ia juga bertentangan dengan sebuah shopping mall, Suria Sabah.
|
Pemandangan Dari Gaya Centre Hotel |
Part 4: Restoran Kg. Nelayan
Makan malam pada hari pertama disediakan di sebuah restoran seafood, Restoran Kg. Nelayan. Sambil makan, pengunjung ke restoran ini dihidangkan dengan beberapa persembahan kebudayaan.
|
Restoran Kg. Nelayan di Kota Kinabalu
|
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Makanan laut segar di Restoran Nelayan |
|
Persembahan kebudayaan di Restoran Kg. Nelayan |
HARI KEDUA
Part 5: Gunung Kinabalu
Gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu terletak berhampiran Kota Kinabalu dan lawatan hari kedua bertumpu di kawasan pergunungan ini.
|
Peta Taman Kinabalu yang terletak tidak begitu jauh dari Kota Kinabalu |
Cuaca di awal pagi hari ini agak membimbangkan kerana hujan turun dengan agak lebat. Hujan juga masih turun sewaktu kami bergerak meninggalkan hotel menuju ke Gunung Kinabalu.
Perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu ke Gunung Kinabalu memakan masa 2 jam. Dalam perjalanan, bas membuat persinggahan di Pekan Nabalu.
|
Pemandangan di Pekan Nabalu |
|
Gerai cenderamata di Pekan Nabalu |
|
Puncak Gunung Kinabalu sepatutnya dapat dilihat dengan jelas dari Pekan Nabalu. Sayang sekali disebabkan kami datang sewaktu musim hujan, puncak gunung ini dililindungi kabus tebal. |
|
Membeli-belah barangan cenderamata di Pekan Nabalu |
|
Membeli buah-buahan di Pekan Nabalu |
TAMAN KINABALU
Dari Pekan Nabalu, perjalanan diteruskan selama setengah jam lagi ke Taman Kinabalu yang terletak di Kundasang.
|
Pintu Masuk ke Taman Kinabalu |
Uncle Sylvester membawa kami ke Kompleks Pelawat di mana kami diberi penerangan ringkas mengenai gunung yang tertinggi di Malaysia ini.
|
Suasana segar yang menyambut ketibaan kami di Taman Kinabalu |
|
Peta Taman Kinabalu di luar Kompleks Pelawat |
|
Mount Kinabalu International Climbathon diadakan setiap 2 tahun dan pemenangnya dicatatkan di papan kenyataan ini. Pemenang-pemenang kategori veteran selalunya adalah bekas-bekas porter Gunung Kinabalu. |
|
Pelbagai maklumat flora, fauna dan geologi boleh didapati di Kompleks Pelawat Taman Kinabalu. |
|
Bunga Rafflesia juga terdapat di Gunung Kinabalu. |
|
Salah sebuah kemuncak Gunung Kinabalu, South Peak turut diabadikan dalam wang kertas RM1. |
Untuk membolehkan kami merasai sedikit pengalaman mendaki Gunung Kinabalu, Uncle Sylvester membawa kami melalui sebatang denai hutan dari Kompleks Pelawat ke tempat bas menunggu.
|
Berjalan di dalam denai hutan untuk merasai sedikit suasana pendakian Gunung Kinabalu |
|
Berposing dengan pokok Halia Hutan dalam denai Taman Kinabalu. |
|
Tempat parking bas di Taman Kinabalu |
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan Gunung Kinabalu |
Part 6: Kundasang
Seperti Cameron Highlands di Semenanjung Malaysia, Kundasang di Sabah adalah sebuah pusat penanaman sayur.
|
Pemandangan di Kundasang |
Kami dibawa makan tengahari di sebuah hotel kecil di Kundasang yang bernama Cottage Hotel.
|
Cottage Hotel, Kundasang |
|
Pemandangan restoran di Cottage Hotel |
|
Uncle Sylvester begitu baik hati membelikan kami buah Terap untuk dimakan sewaktu makan tengahari. |
|
Bergambar di Cottage Hotel dengan berlatar belakangkan kebun-kebun sayur di Kundasang |
Part 7: Air Panas Poring
Lawatan seterusnya ialah Air Panas Poring yang terletak di pekan Ranau. "Poring" adalah nama sejenis buluh yang terdapat di kawasan ini.
|
Pusat Pelawat di Air Panas Poring |
|
Sungai yang dilintasi untuk masuk ke kawasan air panas |
Sebaik tiba di Poring, kami terus saja ke surau untuk solat jamak Zohor dengan Asar. Kemudian barulah kami menikmati kolam air panas yang terdapat di sana.
|
Kolam air panas di Poring |
|
Merendam kaki dalam air panas |
|
Punca air panas Poring |
|
Bergambar kenangan di tepi punca air panas |
Satu lagi tarikan di Poring yang turut dicuba ialah jambatan gantung terpanjang di Asia yang dinamakan Canopy Walkway.
Untuk mendapatkan jambatan gantung ini, perlu berjalan mendaki bukit sepanjang kira-kira 500 meter. Dahlah tak bawak air minum masa tu, kering macam nak tercabut tekak.
|
Pintu masuk ke Jambatan Gantung Poring |
|
Laluan yang perlu didaki sepanjang 500 meter selepas pintu masuk tadi |
|
Bergambar di permulaan Jambatan Gantung Poring |
Sampai saja di Jambatan Gantung, seram sejuk tengok betapa tingginya jambatan ni, ditambah dengan jeritan orang-orang yang sedang menaikinya. Dalam perjalanan juga, kami bertembung dengan beberapa orang pengunjung yang berpatah balik tak sanggup nak naik jambatan ini.
|
Jambatan gantung di Poring. Untuk menyeberang ke sebelah, perlu naik 4 jambatan macam ni sebenarnya. Jambatan yang terakhir adalah yang paling panjang. |
Jambatan ini hanya boleh dinaiki paling maksima 6 orang pada satu-satu masa. Kalau ikut hati, kita rasa memang macam nak patah balik masa tu. Tapi memikirkan Prince William dan Kate Middleton pun boleh naik jambatan ni masa dia orang melawat ke sini, takkan kita tak boleh!
|
Wajah seram-seram takut sewaktu menaiki Jambatan Gantung. Pandangan hanya ditumpu kepada papan yang dipijak. Tak berani tengok sungai dan jurang kat bawah sana. |
|
Berlagak betul dia ni, tak pegang apa-apa pun atas jambatan tu.. |
|
Dah selamat turun ke bawah, barulah kami merendam kaki dalam air panas untuk menghilangkan lenguh berjalan.
|
Merendam kaki dalam air panas selepas naik Jambatan Gantung |
Part 8: Bas Rosak
Dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu, bas kami rosak di tengah jalan. Mujurlah Uncle Sylvester cepat bertindak mengaturkan kenderaan gantian untuk kami.
|
Kawasan di mana bas kami mengalami kerosakan. Ketika itu hari hampir senja. |
Kami kemudiannya pulang ke Kota Kinabalu dengan menaiki dua buah van. Perjalanan kami hanya tergendala kira-kira sejam sahaja.
HARI KETIGA
Part 9: Mari-Mari Cultural Village
Cuaca amat baik pada keesokan harinya yang merupakan hari terakhir kami di Sabah. Selepas check-out dari hotel, kami dibawa ke Mari-Mari Cultural Village yang terletak di Inanam. Oleh kerana bas masih belum diperbaiki, perjalanan kami masih menggunakan 2 buah van.
Lawatan ke Mari-Mari Cultural Village sangat menarik. Pengunjung hanya boleh melawat perkampungan ini secara Guided Tour dan pada setiap tempat yang kami kunjungi, ada demonstrasi kebudayaan secara "live".
|
Tempat pengunjung berkumpul di Mari-Mari Cultural Village |
|
Uncle Sylvester sedang memberikan kami semburan serai wangi sebagai perlindungan dari gigitan nyamuk. |
|
Mendengar penerangan tentang tempat-tempat yang akan kami lawati di Mari-Mari Cultural Village |
|
Menaiki jambatan gantung untuk masuk ke Mari-Mari Cultural Village. |
RUMAH DUSUN
Suku kaum terbesar di Sabah adalah Dusun (juga dipanggil Kadazan). Kebanyakan mereka beragama Kristian dan tuak adalah minuman tradisi mereka. Oleh yang demikian, antara perkara yang dipertunjukkan kepada pelawat di Rumah Dusun adalah demonstrasi membuat tuak.
|
Tangkob adalah tempat simpanan padi tradisional masyarakat Dusun |
|
Pemandangan di dapur Rumah Dusun |
|
Tempayan untuk menyimpan tuak di Rumah Dusun |
|
Demonstrasi membuat tuak. Menurut kepercayaan Orang Dusun, untuk membuat tuak yang sedap, pembuatnya perlu berada dalam keadaan gembira. |
|
Disebabkan masyarakat Dusun sering mabuk kerana minum tuak, bilik tidur anak perempuan diletakkan di tingkat atas untuk keselamatan. Setiap malam, tangga untuk naik ke bilik akan disimpan oleh ibu bapa. |
|
Pondok tuak di Rumah Dusun. Pelawat yang tidak beragama Islam dijemput untuk merasai tuak di sini |
|
Pengunjung juga diberi peluang untuk membuat sendiri Nasi Buluh yang merupakan makanan tradisi Orang Dusun. Makanan yang dibuat dihidangkan kepada pengunjung di akhir lawatan sewaktu makan tengahari. |
RUMAH RUNGUS
Mengikut keterangan yang diberi, nama "Rungus" berasal dari Tomborungus, anak kepada Akiragang yang tinggal di puncak Gunung Kinabalu. Rungus adalah suku kaum yang keempat terbesar di Sabah selepas Kadazandusun, Bajau dan Murut.
|
Tangga naik ke Rumah Rungus |
|
Dapur Rumah Rungus |
|
Demonstrasi menyalakan api secara tradisional di Rumah Rungus. |
|
Api yang dinyalakan menggunakan prinsip geseran |
|
Kaum Rungus juga terkenal dengan perusahaan madu lebah. |
RUMAH LUNDAYEH
Kaum Lundayeh adalah di antara suku kaum yang terkecil di Sabah. Namun begitu mereka mempunyai budaya yang sangat unik.
|
Berkunjung ke Rumah Lundayeh |
|
Timbunan tanah berbentuk buaya di Rumah Lundayeh. Semakin besar buaya tanah ini di sesebuah kampung Lundayeh, semakin besar kuasa penduduk kampung tersebut. |
|
Kaum Lundayeh juga terkenal sebagai pemenggal kepala. Tengkorak musuh yang dibunuh akan digantung di anjung rumah seperti ini. |
|
Rambut musuh juga akan dicukur dan dipasang pada tongkat ketua kampung |
|
Bumbung Rumah Lundayeh boleh dibuka untuk membolehkan udara luar masuk ke dalam sewaktu cuaca panas. |
|
Demonstrasi membuat tali dan jaket tradisional dari kulit kayu di Rumah Lundayeh. |
|
Bergambar kenangan dengan perwira Lundayeh |
RUMAH BAJAU
Kaum Bajau adalah suku kaum kedua terbesar di Sabah dan tidak seperti kebanyakan kaum lain, masyarakat Bajau menerima Islam sebagai agama mereka.
|
Tangga naik ke Rumah Bajau. |
|
Suasana persiapan majlis perkahwinan di Rumah Bajau |
|
Oleh kerana kaum Bajau beragama Islam, sentiasa ada ruang yang dikhaskan untuk bersolat di rumah mereka. |
|
Dapur Rumah Bajau |
|
Demonstrasi masakan tradisional Orang Bajau |
RUMAH MURUT
Rumah tradisional yang paling menarik dilawati di Mari-Mari Cultural Village ialah Rumah Murut. Orang Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Sewaktu masuk ke Kampung Murut, kita disambut oleh seorang bomoh wanita yang akan menilik maksud kedatangan kita baik atau sebaliknya. Kita juga akan disoal-siasat oleh Ketua Kampung tentang maksud kedatangan sebenar kita ke sana.
|
Berjalan masuk ke Rumah Murut |
|
Maksud kedatangan pengunjung ke Rumah Murut akan ditilik oleh bomoh yang berpakaian hitam |
|
Pengunjung sedang disoal-siasat oleh pahlawan Murut akan maksud kedatangan mereka |
|
Pahlawan-pahlawan Murut yang memeriksa kedatangan pengunjung ke kampung mereka |
|
Menunjuk kehandalan menyumpit di luar Rumah Murut |
Di Rumah Murut juga, pengunjung pasti terpegun melihat demonstrasi Lansaran. Rumah Orang Murut biasanya akan dilengkapi dengan sebuah trampoline tradisional.
Setiap kali merayakan sesuatu kemenangan atau perayaan, pemuda-pemuda Murut akan melompat-lompat di atas trampoline tradisional ini untuk menangkap hadiah yang digantung pada bumbung rumah. Permainan ini dinamakan Lansaran.
|
Demonstrasi Lansaran di Rumah Murut |
|
Menyediakan hadiah untuk digantung di bumbung rumah dalam permainan Lansaran |
|
Pemain Lansaran melompat tinggi di atas trampoline untuk mencapai hadiah yang digantung di bumbung rumah. |
Selain Lansaran, pengunjung ke Rumah Murut juga boleh mengenakan Tatoo corak tradisional Murut yang diperbuat dari inai.
|
Membuat tatoo corak tradisional Murut |
|
Pemandangan trampoline tradisional dari bawah Rumah Murut. Trampoline ini dibuat dari akar kayu. |
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
Lawatan ke Mari-Mari Cultural Village berakhir dengan pertunjukan kebudayaan di sebuah pentas terbuka.
|
Persembahan pembukaan |
|
Tarian Galah |
|
Bergambar bersama penari-penari kebudayaan di Mari-Mari Cultural Village |
|
Peserta-peserta Ratu Cantik Miss Finland yang juga berkunjung ke Mari-Mari Cultural Village bersama kami. |
Persembahan kebudayaan ini diikuti dengan jamuan makan tengahari yang disediakan secara buffet.
|
Kaunter buffet makan tengahari di Restoran Mari-Mari Cultural Village |
|
Ruang makan di Restoran Mari-Mari Cultural Village |
Di sini, Nasi Buluh yang dimasak sewaktu melawat Rumah Dusun diberikan kepada kami untuk dinikmati bersama.
Part 10: Fung Seng Frozen Seafood Market
Sabah terkenal dengan makanan lautnya. Oleh itu, sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur, Uncle Sylvester membawa kami membeli makanan laut frozen untuk dibawa pulang.
Disebabkan terlalu leka menengok makanan laut yang dijual di sini, lupa pulak nak ambik gambar di sini. Nasib baik jumpa gambar kat internet, jadi boleh juga diabadikan buat kenangan.
|
Fung Seng Frozen Seafood Supplier |
|
Antara ikan yang dijual di Fung Seng Frozen Seafood Market |
Part 11: Pulang Ke Kuala Lumpur
Selepas membeli-belah Fung Seng Frozen Seafood, sebenarnya masih ada masa yang terluang. Uncle Sylvester menawarkan untuk membawa kami ke Filipino Market sehingga tiba waktu berlepas. Walau bagaimanapun, kami menolak dan meminta untuk dihantar terus ke Airport untuk memudahkan kami bersolat.
|
Wajah-wajah ceria nak naik kapalterbang |
Walaupun terpaksa menunggu sedikit lama di Airport, kami tak kisah kerana suasana di sana amat selesa. Lagipun, di Airport Kota Kinabalu ni ada banyak kedai-kedai menjual cenderamata yang menarik.
|
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur |
Kami akhirnya berlepas pulang dengan pesawat Malaysia Airlines pada pukul 5.45 petang. Perjalanan pulang amat lancar sekali sehingga kami tiba di KLIA pada pukul 8.00 malam.
CATATAN PERJALANAN LAIN (SABAH):