November 2012
NORTHERN INDIA
New Delhi, Kashmir & Agra
Bahagian 2 : Kashmir (1)
GULMARG
HARI KETIGA
Part 8: Dari Srinagar Ke Gulmarg
Perancangan pada hari kedua di Kashmir adalah berkunjung ke sebuah pusat percutian musim sejuk di Kashmir, Gulmarg.
|
Peta Wilayah Kashmir yang menunjukkan kedudukan Gulmarg dan Srinagar |
|
Pemandangan awal subuh di Tasik Dal |
Pada awal pagi lagi, Ali telah menyediakan sarapan pagi untuk kami. Disebabkan cuaca di Kashmir sangat sejuk, makanan kami dihidangkan dalam thermos untuk mengekalkan kepanasannya.
|
Makanan sentiasa dihidangkan dalam thermos untuk mengekalkan kepanasannya. |
|
Bersantai di balkoni Houseboat selepas sarapan pagi. |
|
Pemandangan indah matahari terbit di Tasik Dal. |
Sambil menunggu kenderaan kami tiba untuk membawa kami ke Gulmarg, kami berbual-bual dengan keluarga India dari Gujerat yang berkongsi Houseboat dengan kami.
|
Berdiang di dalam Houseboat. Bekas logam itu sentiasa diisi dengan kayu api oleh penjaga Houseboat untuk kemudahan tetamu berdiang di sini. |
|
Bekas kayu api untuk pendiang. |
|
Berdiang di tempat pemanas bersama keluarga dari Gujerat yang sama berkongsi Houseboat. |
|
Menikmati pemandangan awal pagi Tasik Dal bersama keluarga dari Gujerat. |
|
Adik dari Gujerat ini bercita-cita nak menjadi seorang pelukis bila dewasa nanti. |
Kereta kami menunggu di atas bukit di belakang Houseboat. Untuk mendapatkan kereta, kami terpaksa merentasi sebuah taman awam di belakang Houseboat.
|
Pemandangan dari taman awam di belakang Houseboat. Walaupun Houseboat ditempatkan di dalam tasik, ia dibina rapat ke daratan untuk memudahkan pergerakan pengunjung. |
|
Lorong antara Houseboat No.5 dan No.6 |
|
Dapur Gurkha Houseboat. Di sinilah makanan dimasak dan dihantar ke setiap Houseboat di tepi tasik. |
|
Bangunan besar di atas sana adalah Carpet Emporium milik Mr. Saboor yang kami lawati semalam. |
|
Kenderaan seperti kereta hanya boleh sampai sehingga ke atas bukit sana. Oleh yang demikian, kami perlu memanjat bukit ini untuk mendapatkan kenderaan yang akan membawa kami ke Gulmarg nanti. |
|
Taman awam di belakang Gurkha Houseboat. |
|
Bergambar dengan pokok Chinar di taman awam belakang Gurkha Houseboat. Bentuk daun Chinar ni sebiji macam Maple Leaf yang terkenal di Kanada. |
|
Pemandangan dari atas bukit di belakang Houseboat yang terpaksa didaki setiap hari untuk mendapatkan kenderaan yang menanti. |
|
Menunggu kereta di atas bukit belakang Houseboat bersama Packed Lunch yang dibekalkan oleh Penjaga Houseboat. Terpaksa tutup hidung dengan scarf sebab cuaca terlalu sejuk. |
|
Pemandu kami, Mr. Rasheed dengan kenderaan yang membawa kami sepanjang percutian di Kashmir. |
|
Beginilah keadaan jalan dari Srinagar menuju ke Gulmarg |
|
Jalan ini juga penuh dengan kenderaan tentera kerana ia turut menuju ke sempadan Pakistan. |
|
Tentera berkawal di tepi iklan Petronas dalam perjalanan dari Srinagar ke Gulmarg. |
|
Biri-biri sedang makan rumput di sawah padi yang kering-kontang. |
|
Rumput-rumput kering yang dikumpul untuk bekalan makanan haiwan pada musim sejuk |
|
Membuat persediaan untuk menghadapi musim sejuk |
|
Petani-petani sedang berdiang tepi unggun api untuk memanaskan badan |
|
Bekerja keras membuat persiapan menghadapi musim sejuk |
Dalam perjalanan, kami melalui sebuah pekan yang bernama Magam. Penghuni pekan ini sebahagian besarnya adalah penganut mazhab Syiah.
|
Pekan Magam |
|
Pemandangan di pekan ini sedikit berbeza dengan Srinagar kerana pengaruh mazhab Syiah |
|
Penghuni-penghuni pekan Magam. |
|
Kain-kain yang diikat di sini ada perkaitan dengan amalan masyarakat Syiah di sini. |
Semakin menghampiri Gulmarg, semakin jelas kelihatan gunung yang memutih dengan salji.
|
Perjalanan ke Gulmarg adalah menuju ke pergunungan bersalji di hadapan sana. |
|
Pemandangan jalan yang telah dilalui sehingga kini |
|
Suasana perkampungan di Kashmir. Sesekali kelihatan tentera meronda di sawah padi. |
|
Pemandangan sawah padi di lembah pergunungan |
|
Berehat seketika dalam perjalanan menuju ke Gulmarg. |
|
Pemandangan gunung yang berkabus. |
|
Meneruskan perjalanan ke Gulmarg |
Part 9: Gulmarg
Kami akhirnya tiba di bandar Tangmarg yang terletak betul-betul di bawah Gulmarg. Rasheed memberitahu khidmat local tourist guide adalah diwajibkan oleh Kerajaan untuk pelancong melawat Gulmarg. Local guide kami di Gulmarg, Manzoor telah sedia menanti kami di Local Checkpoint di Tangmarg.
|
Local Guide Checkpoint di Tangmarg. Local Guide kami Manzoor menunggu di sini. |
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan Local Checkpoint. |
|
Bandar Tangmarg. Jika anda tak memiliki baju dan kasut winter yang sesuai, ia boleh disewa di sini. |
|
Satu lagi pemandangan di Tangmarg. |
|
Bas-bas pelancong sedang membuat persinggahan di Tangmarg. |
|
Public toilet yang sangat cantik dan bersih di Tangmarg. Agak mengejutkan kerana tak perlu membayar untuk masuk ke dalam toilet ini. |
Selepas meninggalkan Tangmarg, bermulalah perjalanan mendaki melalui jalan yang sempit dan bengkang-bengkok ke Gulmarg.
|
Jalan bengkang-bengkok untuk mendaki ke Gulmarg |
Di pertengahan jalan, kami singgah di sebuah viewing platform untuk menikmati pemandangan indah. Tepat sekali jangkaan Rasheed, salji mula turun sewaktu kami berada di sini.
|
Pelancong-pelancong ke Gulmarg akan singgah di sini untuk menikmati pemandangan indah Banjaran Himalaya. Sayang sekali kawasan di sekitarnya penuh dengan sampah sarap. |
|
Viewing platform yang disediakan untuk menikmati pemandangan |
|
Pemandangan di Viewing Platform. Salji sedang mula turun ketika ini. |
|
Banjaran Himalaya |
|
Pemandangan jalan yang telah kami lalui untuk sampai ke sini. |
|
Hanya pokok pain sahaja yang masih mampu mengekalkan kehijauan dalam cuaca yang sejuk begini. |
|
Lembah di kaki Pergunungan Himalaya. |
|
Bagai tak percaya kami kini sedang berada di banjaran gunung yang tertinggi di dunia. |
|
Kabus tebal di Pergunungan Himalaya |
Kami kemudiannya meneruskan pendakian menuju ke Stesen Gondola Gulmarg. Walau bagaimanapun, kenderaan tidak dibenarkan masuk sehingga ke Stesen Gondola. Tempat parking kenderaan (termasuk stesen teksi) disediakan 2 km dari stesen gondola.
Untuk ke Stesen Gondola, anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau menunggang kuda. Atas saranan Manzoor, kami memilih untuk naik kuda.
|
Pintu masuk ke Gulmarg Gondola. Kenderaan tak dibenarkan melepasi kawasan ini masuk ke dalam. |
|
Stesen Teksi di Gulmarg |
|
Tempat menyewa kuda |
|
Berposing naik kuda ke Gulmarg Gondola |
|
Sebenarnya kecut perut juga naik kuda ni sebab gayat. Di sebelah kanan adalah padang golf yang tertinggi di dunia, tapi tak ada orang bermain golf ketika ini. |
Sewaktu menunggu Manzoor membelikan tiket gondola, salji turun semakin lebat.
|
Salji turun semakin lebat sewaktu Manzoor membeli tiket gondola |
|
Pemandangan salji turun di Stesen Gondola. |
|
Kenangan ditimpa salji turun di Stesen Gondola. |
|
Waktu ini salji berhenti turun seketika. |
|
Salji turun kembali. |
|
Beratur bersama pelancong-pelancong tempatan untuk naik Gulmarg Gondola |
|
Tiket Gulmarg Gondola. |
|
Adik ni nak cuba makan salji yang sedang turun. |
|
Manzoor. |
|
Di sini pun ada tentera India sedang berkawal. |
|
Pengunjung yang baru tiba di stesen Gulmarg Gondola. |
|
Kesejukan |
|
Bangunan stesen Gulmarg Gondola |
|
Pemandangan sebuah gondola sedang menghampiri stesen. |
|
Akhirnya sampai ke tempat naik gondola |
Kami agak bernasib baik dapat membeli tiket pada hari itu. Sebaik selepas kami mendapat tiket, jualan tiket diberhentikan kerana perkhidmatan Gulmarg Gondola akan diberhentikan sebentar berikutan ramalan angin kuat.
Part 10: Gulmarg Gondola
Gulmarg Gondola adalah antara gondola tertinggi dan terpanjang di dunia. Ia membawa penumpang ke puncak Gunung Kongdoori dalam 2 peringkat. Atas nasihat Rasheed dan juga Manzoor, kami hanya naik Gondola ini sehingga ke Stage 1 sahaja.
|
Gulmarg Gondola |
|
Menunggu giliran naik Gondola |
|
Ada pulak sebuah Gondola tersangkut. |
|
Beramai-ramai menolak Gondola yang tersangkut ke tepi. Perkhidmatan Gondola kembali pulih selepas Gondola yang tersangkut ini ditolak ke tepi. |
|
Pemandangan dari dalam gondola |
|
Kalau dalam musim bunga, lembah ini dipenuhi pula dengan bunga-bunga liar yang memberikan nama kepada Gulmarg yang bermaksud "Meadow of Flowers". |
|
Kenangan di dalam gondola. |
|
Berselisih dengan gondola yang sedang turun. |
|
Rumah Orang Nomad yang dilihat dari Gondola. Rumah-rumah ini kosong pada masa sekarang kerana orang-orang Nomad ini telah membawa ternakan mereka ke kawasan lebih rendah. |
|
Pemandangan rumah Nomad dari gondola. |
|
Meninggalkan perkampungan Nomad. |
Tiba di Stage 1, tidak banyak aktiviti yang dapat dibuat selain menikmati pemandangan bersalji yang sangat indah. Dalam bahasa tempatan, "Gulmarg" bermaksud "Meadow of Flowers" dan dalam musim bunga, lembah ini akan dipenuhi dengan bunga-bunga liar.
|
Pemandangan di Stage One, Gulmarg Gondola. |
|
Dengan bayaran tambahan, anda boleh menaiki Gondola dari Stage 1 ke Stage 2 yang terletak di puncak gunung. Jika cuaca baik, anda dapat melihat negara Pakistan dari Stage 2. |
|
Salji masih belum tebal di sini. Jadi aktiviti-aktiviti yang selalu dijalankan dalam musim sejuk belum boleh dimulakan. |
|
Walaupun keindahan sebenar Stage 1 adalah pada musim bunga, pemandangannya juga indah pada musim luruh seperti ini. |
|
Kebanyakan pengunjung ketika itu terdiri dari warga tempatan.
|
|
Pemandangan yang mengasyikkan. |
|
Gaya Macho Hero Hindustan |
|
Heroin Hindustan yang kesejukan walau berbungkus dengan pakaian tebal. |
|
Kenangan di Gulmarg |
Kami perhatikan hanya kami saja pelancong asing. Pengunjung-pengunjung lain adalah rakyat India yang datang bercuti ke sini. Kata Manzoor, pada bulan November memang selalunya hanya pelancong-pelancong India saja yang datang ke sini. Berbeza keadaannya pada bulan Disember di mana majoriti pelancong akan datang dari Malaysia.
Manzoor juga memberitahu, kami membuat pilihan yang tepat tidak naik ke Stage 2 pada hari itu kerana cuaca sangat sejuk dan berkabus.
|
Mengikut Manzoor bersiar-siar di Gulmarg. |
|
Kalau teringin nak tengok negara Pakistan, boleh naik Gondola ini sehingga ke Stage 2 di puncak gunung sana. |
|
Kalau salji cukup tebal, boleh bermain ski dan snowboarding di sini. |
|
Gondola yang menuju ke Stage Two. |
|
Berjalan kembali ke stesen gondola. |
Memandangkan tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini, kami tak berada lama di Stage 1 lalu turun ke bawah.
|
Pemandangan Stesen Gondola Stage 1 dari tengah padang salji. |
|
Pemandangan sewaktu Gondola meninggalkan Stage 1 untuk turun ke bawah. |
|
Pemandangan dari dalam gondola dalam perjalanan turun. |
|
Pemandangan Stage One dari atas gondola. |
|
Cuaca di sini sejuk membeku sedangkan cuaca di New Delhi yang kira-kira sejam penerbangan dari sini agak panas walaupun kedua-dua tempat berada di negara yang sama. |
Sampai di bawah, kami dapati barisan untuk naik ke Gondola semakin panjang. Manzoor memberitahu perkhidmatan Gondola telah disambung kembali kerana cuaca telah semakin baik.
|
Barisan pengunjung yang ingin naik Gondola semakin panjang bila kami turun ke bawah. |
Walaupun sebenarnya kami telah membayar khidmat menunggang kuda pergi-balik, kami memilih untuk berjalan kaki balik ke kereta.
|
Berjalan kaki balik ke kereta |
|
Burung Helang berterbangan di atas padang golf sewaktu kami berjalan kaki keluar ke tempat letak kereta. |
|
Pemandangan kuda dan burung Helang. |
Sebelum pulang kami dibawa ke sebuah restoran yang bernama Restoran Sahara di mana makanan yang dibungkuskan oleh Ali dihidangkan kepada kami di sini. Ia terletak betul-betul di luar pintu masuk Gondola, dekat tempat letak kereta. Nampaknya restoran ini tidak dibuka untuk perniagaan pada hari ini, cuma khas untuk kami berdua sahaja. Dalam hati terfikir juga, mungkin agaknya pemilik restoran ini juga adalah Mr. Saboor.
|
Restoran Sahara di mana kami makan tengahari |
|
Makanan tengahari yang dibungkuskan oleh Ali untuk kami |
|
Pemandangan dalam Restoran Sahara |
|
Kedai menjual buah-buahan kering yang disinggahi di Tangmarg. |
|
Pemandangan di dalam kedai |
|
Kami tak membeli apa-apa di sini kerana kami tak kenal kebanyakan buah-buahan kering yang dijual selain sangsi dengan tahap kebersihan sewaktu penyediaan buah-buahan ini kerana aspek kebersihan kurang dititik beratkan dalam perusahaan desa di India. |
|
Pekan Reram yang dilalui dalam perjalanan pulang. |
|
Melintasi kembali bandar Magam yang dihuni ramai penganut Syiah sewaktu dalam perjalanan pulang ke Srinagar. |
|
Satu lagi pemandangan di Magam. |
|
Pemandangan dalam perjalanan pulang. |
|
Masa datang pagi tadi ada tentera yang berkawal di sini. |
Pada malam itu, ada seorang pakcik penjaja Shikara datang ke Houseboat kami menjual barang-barang cenderamata. Oleh kerana kesian pada pakcik tu, kami beli jugalah beberapa cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia.
|
Penjaja shikara yang datang menjual cenderamata kepada kami. |
|
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN NORTHERN INDIA (2012):