November 2012
NORTHERN INDIA
New Delhi, Kashmir & Agra
Bahagian 3 : Kashmir (2)
HERITAGE MUGHAL GARDENS
HARI KEEMPAT (1)
Part 11: Mughal Gardens
NISHAT BAGH
Pada keesokan harinya kami dijadualkan pulang ke New Delhi dengan penerbangan IndiGo Airlines pada pukul 2.30 petang. Pada sebelah pagi kami dibawa melawat ke 2 buah Taman Mughal yang terkenal di Kashmir: Nishat Bagh dan Shalimar Bagh.
Dalam perjalanan ke Nishat Bagh, pemandu kami Mr. Rasheed membawa kami singgah di sebuah kampung dulu kerana dia nak membuat pembaikan kecil pada kenderaan kami.
|
Kampung yang disinggahi untuk Mr Rasheed membuat pembaikan kecil pada kenderaan kami. |
Oleh kerana kami tiba awal, kedua-dua Taman Nishat Bagh dan Shalimar Bagh masih belum dibuka. Jadi Rasheed membawa kami menunggu di tepi Tasik Dal, berhadapan Taman Nishat Bagh.
|
Pemandangan Tasik Dal di depan Nishat Bagh |
|
Menikmati pemandangan pancutan air yang dibina di dalam Tasik Dal |
|
Oleh
kerana sebahagian besar penduduk Kashmir beragama Islam, lembu hanya
dianggap binatang ternakan biasa dan bukan haiwan suci. |
|
Pemandangan Nishat Bagh dari tepi Tasik Dal. |
|
Burung di tepi tasik. |
|
Ada jambatan di seberang tasik tapi tak nampak jelas sangat sebab cuaca berkabus hari ini. |
Taman Nishat Bagh dibina bertingkat-tingkat. Walau
di musim luruh, pemandangan di taman ini sangat indah. Bayangkan betapa
indahnya lagi jika berkunjung ke sini dalam musim bunga.
|
Pintu masuk ke Nishat Bagh |
|
Pondok Polis Pelancong di luar Taman Nishat Bagh |
|
Pemandangan di dalam Nishat Bagh |
|
Sejarah Nishat Bagh |
Tengok sajalah keindahan taman ini melalui gambar-gambar di bawah:
|
Bergambar dengan pokok Chinar |
|
Adoi, tinggi pulak tangga ni! |
|
Husband dah keletihan naik tangga. |
Nishat Bagh dibina oleh Asif Khan, bapa mertua kepada Shah Jahan yang membina Taj Mahal di Agra. Asif Khan juga adalah Perdana Menteri baginda.
Ada sebuah kisah yang dikaitkan dengan Taman Nishat Bagh ini di mana Shah Jahan dikatakan sangat cemburu akan kecantikan taman ini dan sering memuji keindahannya di depan Asif Khan, dengan harapan Asif Khan akan menghadiahkan taman tersebut kepada baginda. Namun bila Asif Khan tidak mengindahkan perkara tersebut, Shah Jahan menjadi marah lalu mengarahkan bekalan air ke taman ini ditutup. Tindakan ini menyebabkan Taman Nishat Bagh tidak lagi berseri.
Asif Khan merasa sangat kecewa kerana tamannya kini tak lagi berseri. Sewaktu dia bersandar di sebatang pokok di taman ini, seorang pekerjanya yang merasa simpati kepada beliau telah bertindak berani membuka sumber air di taman tersebut. Asif terperanjat dan mengarahkan pekerja tersebut untuk menutup sumber air tersebut dengan segera kerana takut Shah Jahan menjadi murka.
Namun mujurlah Shah Jahan tidak menjadi murka selepas mendengar khabar tersebut. Baginda sebaliknya memuji kesetiaan pekerja tersebut kepada Asif Khan lalu mengarahkan supaya bekalan air ke taman tersebut kembali dipulihkan.
|
Kolam air buatan yang dibina bertingkat-tingkat. |
|
Cantik sungguh kawasan taman di sini. |
|
Bergambar di pancutan air. |
|
Air terjun buatan yang bertingkat-tingkat |
|
Keindahan musim luruh di Kashmir. |
|
Pokok Chinar yang tumbuh di merata tempat di Kashmir. |
|
Kalau ada salji, mesti kita dah baling-baling salji kat sini. Dah tak ada salji kat sini, kita baling-baling sajalah daun pokok Chinar ni. |
|
Bunga-bunga yang mula layu. |
|
Mengabadi kenangan di Nishat Bagh. |
|
Bergerak meninggalkan taman. |
|
Pintu keluar dari taman. |
SHALIMAR BAGH
Tidak seperti Nishat Bagh yang dibina bertingkat-tingkat, Shalimar Bagh pula dibina rata. Namun konsep tamannya adalah serupa.
|
Pintu masuk ke Shalimar Bagh |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN NORTHERN INDIA (2012):