November 2012
NORTHERN INDIA
New Delhi, Kashmir & Agra
Bahagian 1 : Delhi & Srinagar
KL --> NEW DELHI --> SRINAGAR
Cita-cita nak melawat negara India telah lama tersemai di hati. Walau bagaimanapun, disebabkan pelbagai faktor, ia hanya tercapai pada bulan November 2012.
Perjalanan ke India pada awalnya dirancang dengan Thai International Airways melalui Bangkok. Sedang rancangan dibuat, tiba-tiba Malaysia Airlines menawarkan tambang murah ke New Delhi. Walaupun masih sedikit mahal berbanding Thai Airways International, kami memilih naik penerbangan ini kerana ia terbang direct dari KL ke New Delhi, tanpa persinggahan di mana-mana.
Banyak cerita yang didengar tentang India sebelum kami berlepas ke New Delhi. Ada antaranya yang benar dan ada juga sebaliknya.
Part 1: Mohon Visa Ke India
Untuk masuk ke India, anda perlu memohon visa. Namun begitu, permohonan visa tidak diproses oleh Kedutaan India di Malaysia, sebaliknya oleh agen yang dilantik oleh Kerajaan India yang dinamakan India Visa Center.
Butiran visa perlu diisi secara online dan banyak butiran peribadi perlu diisi. Selepas permohonan online lengkap diisi, kita perlu mencetak borang online ini untuk dikemukakan ke India Visa Center. Pastikan barcode pada borang ini dicetak dengan jelas untuk memudahkan proses permohonan.
Permohonan visa kami yang pertama kena reject oleh India Visa Center kerana kami memohon visa selama 1 bulan. Tarikh sahlaku visa India rupanya adalah bermula dari tarikh ia dikeluarkan. Kami buat permohonan dalam bulan Oktober, sedangkan jadual penerbangan kami pada bulan November. Jadi, tempoh 1 bulan tu akan luput sebelum kami tiba.
Atas nasihat India Visa Center juga, kami mengemukakan semula visa Double Entry bagi tempoh 6 bulan. Tak kisahlah, sebab bayaran visanya masih sama. Kos bayaran visa India agak mahal dan jumlahnya juga agak pelik - mungkin sebab ia dikira berdasarkan matawang Rupee.
Kemudian, borang visa Husband kena tolak sebab konon katanya nama salah ditulis. Kami hairan juga, macam mana nama sendiri boleh salah ditulis sedangkan permohonan visa online dibuat sendiri oleh Husband? Waktu submit semula juga, pejabat visa India ditutup kerana public holiday di India.
Walau berbagai masalah, kami akhirnya dapat juga visa kami. Macam tak percaya. Tak tahulah macam mana travel agent selesaikan.
HARI PERTAMA
Part 2: Jejak Sebentar di New Delhi
Penerbangan MAS yang kami naiki berlepas dari KLIA ke Indira Gandhi International Aiport di New Delhi pada pukul 7 malam. Boleh dikatakan lebih separuh penumpang adalah rakyat India.
|
Berjalan menuju ke pintu perlepasan di KLIA |
|
Pintu perlepasan penerbangan kami. |
|
Kerusi empuk di Pintu Perlepasan. |
|
Pemandangan di Pintu Perlepasan. |
|
Sebahagian besar penumpang yang menunggu di Gate 37 adalah warga India. |
|
Final Call flight kami dari KL ke New Delhi |
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi memakan masa 4 jam 30 minit. Kami mendapat tempat duduk di tepi dapur pesawat dalam penerbangan ini.
|
Kami mendapat tempat duduk di tepi dapur pesawat. |
|
Sajian penerbangan - Indian Style |
|
Bungkusan rempah turut diberi kepada penumpang dalam sajian penerbangan. |
|
Pemandangan sewaktu pesawat hampir mendarat di New Delhi |
Selepas terbang 4 jam 30 minit, kami tiba di Terminal 3, Indira Gandhi International Airport (IGIA) di New Delhi pada pukul 9 malam waktu di sana. Perbezaan waktu antara New Delhi dengan Kuala Lumpur adalah 2 jam 30 minit (Waktu di Delhi lewat 2 jam 30 minit berbanding KL).
|
Gesture tangan-tangan yang menarik menyambut ketibaan pelancong asing di Indira Ghandi International Airport di New Delhi. |
|
Berjalan menuju ke Pemeriksaan Imigresen. |
Tiba di Airport, wakil travel agent di India, Mr. Kalaish telah sedia menunggu. Kami dibawa menaiki kereta ke Ashok Country Resort yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Airport.
Dalam perjalanan ke Ashok Country Resort, Mr. Kalaish menerangkan aturcara perjalanan kami sepanjang 5 Hari 4 Malam di India. Sampai saja di Hotel, dia mencadangkan kami memberikan beliau tip sebanyak 500 Rs (RM30) atas perkhidmatan yang diberi. Walaupun rasa khidmatnya tak berbaloi dengan tip yang diminta, kami beri sajalah kepada beliau.
|
Matawang Rupee yang ditukar di KLIA sebelum berangkat ke India. |
|
Pintu masuk ke taman di Ashok Country Resort. |
|
Menikmati suasana di Ashok Country Resort |
|
Keindahan landskap di Ashok Country Resort. |
|
Welcome To India. |
|
Bersantai di taman Ashok Country Resort sebelum breakfast. |
|
Bagai berada di sebuah taman di England. |
Breakfast disediakan di restoran hotel yang terletak di tingkat atas. Tak sukar memilih makanan yang halal untuk dimakan di hotel-hotel di India kerana pilihan makanan vegetariannya amat banyak. Boleh kenyang dengan hanya memakan makanan vegetarian yang dihidangkan, walaupun bagi seorang yang tak begitu suka makan sayur seperti Myself.
|
Suasana di restoran Ashok Country Resort |
|
Antara pilihan makanan vegetarian untuk breakfast kami. Sedap dan menyelerakan. |
|
Egg Station |
Part 4: Dari New Delhi ke Srinagar
Selepas makan, kami check-out dari hotel untuk meneruskan perjalanan ke Kashmir. Kami dijadualkan berlepas ke Kashmir dengan penerbangan tambang murah IndiGo Airlines yang berlepas pada lewat pagi.
Sekali lagi kami ke Indira Gandhi International Airport, cuma bezanya kali ini ke Terminal 1 yang merupakan terminal bagi penerbangan domestik.
|
Pemandangan dalam perjalanan ke Terminal 1, Indira Gandhi International Airport. |
|
Lebuhraya menuju ke Airport. Kualiti lebuhraya di India sangat ketinggalan berbanding di Malaysia. |
|
Kaunter Check-in di Terminal 1, Indira Gandhi International Airport. |
|
Terminal penerbangan domestik Indira Gandhi International Airport. |
|
Pemandangan sewaktu menunggu penerbangan ke Srinagar |
Terminal domestik IGIA tiada kemudahan airbridge. Semua penumpang diangkut dengan bas ke pesawat masing-masing.
Disebabkan tempat duduk di dalam bas amat terhad, Myself dan Husband terpaksa berdiri bersama ramai penumpang lain. Kebetulan kami berdiri di belakang pemandu bas. Pemandu bas ni membawa bas cukup laju sambil bercakap menggunakan handphone. Tiba-tiba je bas berhenti mengejut dan hampir semua penumpang tercampak. Lepas tu dia gostan bas ke belakang dengan tergesa-gesa. Rupa-rupanya ada sebuah kapalterbang nak lalu depan bas. Tak pernah seumur hidup kami hampir-hampir accident dengan kapalterbang!
|
Ramp untuk naik ke pesawat IndiGo Airlines ditolak rapat ke pesawat oleh pekerja airport secara manual. Air Asia juga patut menggunakan ramp seperti ini bagi menggantikan tangga untuk kemudahan orang kurang upaya. |
|
Peramugari IndiGo yang cantik, macam actress Bollywood. |
Penerbangan IndiGo Airlines dari New Delhi ke Srinagar di Kashmir memakan masa 1 jam 15 minit. Seperti Air Asia, IndiGo Airlines juga menjual makanan di atas pesawat. Disebabkan waktu itu dah tengahari dan takut kelaparan, kami pun belilah sandwich, kek, samosa dan air mineral dalam kapalterbang. Yang paling best, semua makanan yang dijual dalam pesawat IndiGo dijamin halal.
|
Pilihan makanan dalam IndiGo Airlines |
Sesuatu yang diperhatikan dalam penerbangan IndiGo dari New Delhi ke Srinagar dan sebaliknya ialah tiada demonstrasi penggunaan jaket keselamatan sewaktu safety briefing kepada penumpang sebelum berlepas. Mungkin sebab penerbangan kami hanya melalui daratan dan tiada kemungkinan berlaku pendaratan kecemasan di atas air macam di Malaysia.
|
Makanan yang dibeli dalam flight IndiGo. Makanan yang dibungkus dengan kertas macam suratkhabar tu adalah samosa. Rasanya sangat pedas dan berempah. |
|
Peta penerbangan dari New Delhi ke Srinagar |
Kami bernasib baik kerana mendapat tempat duduk di sebelah yang menghadap Banjaran Himalaya. Dapat jugalah kami melihat sendiri banjaran gunung tertinggi di dunia ini.
|
Pemandangan Banjaran Himalaya sewaktu pesawat menghampiri Kashmir. |
|
Ais yang kelihatan di puncak gunung di kejauhan sana sangat tebal, macam tak pernah cair. Dalam hati tertanya-tanya, adakah itu Gunung Everest? |
Kashmir sebenarnya adalah wilayah yang bergolak. Walaupun ia kini dikuasai India, Kashmir masih menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Jadi tak sukar difahami bila merasakan ketibaan di Airport Srinagar di Kashmir, bagaikan tiba di medan perang. Bangunan di sekitar airport jelas milik tentera kerana penuh dengan celoreng. Bomb bunker juga sangat jelas kelihatan.
Tentera lengkap dengan senapang juga meronda cukup hampir dengan kapalterbang sewaktu pesawat menurunkan penumpang. Pemunggahan beg penumpang dari pesawat juga dilakukan bawah pengawasan rapi tentera, takut-takut ada bom diseludup masuk dalam beg penumpang.
|
Selain kegunaan awam, Lapangan Terbang Srinagar di Kashmir juga digunakan oleh Tentera India. |
|
Bangunan terminal penumpang awam di Airport Srinagar |
Kerajaan India sangat mengambil berat keselamatan rakyat asing yang melawat Kashmir. Mungkin untuk menjaga nama baik negara tersebut sekiranya peperangan dengan Pakistan meletus pada bila-bila masa.
Sewaktu kami menunggu ketibaan beg, kami dihampiri oleh seorang pegawai tentera yang bertugas di Airport. Kami diminta mengisi borang pendaftaran rakyat asing dan menyerahkannya di sebuah kaunter khas. Banyak maklumat diminta: antaranya tempat tinggal di Kashmir, bila kami nak tinggalkan Kashmir, apa pengangkutan yang akan digunakan bila keluar dari Kashmir nanti dan bagaimana nak hubungi kami di Kashmir sekiranya berlaku kecemasan (i.e. perang??).
Disebabkan proses pendaftaran warga asing ni memakan masa, kami lewat keluar dari Airport. Keadaan sekeliling juga dah lengang sebab semua orang tempatan yang turun dari flight bersama kami dah pulang ke rumah masing-masing. Nasib baiklah pemandu kami di Srinagar, Rasheed masih menunggu.
|
Tempat letak kereta di Lapangan Terbang Srinagar |
|
Tentera berkawal di sekitar airport Srinagar |
Perjalanan dari Airport ke tempat penginapan kami di Srinagar memakan masa 45 minit. Dalam perjalanan, kami memerhatikan pembangunan di bandar Srinagar ini agak ketinggalan. Walau ia adalah ibu negeri Kashmir, suasananya macam bandar kecil di Malaysia pada tahun 1970-an.
|
Pemandangan dalam perjalanan dari Airport ke bandar Srinagar. |
|
Kawasan kediaman mewah berhampiran Srinagar |
|
Pemandangan Bandar Srinagar dalam perjalanan ke tempat penginapan |
|
Seperti juga di merata-rata tempat di India, kebersihan tidak diberi perhatian di Srinagar. Sampah dibuang sesuka hati di merata-rata tempat. |
|
Pasar buah-buahan di Srinagar |
|
Kedai menjual daging di Srinagar |
|
Reban ayam di tengah-tengah bandar di Srinagar |
|
Hospital-hospital kecil begini adalah pemandangan tipikal di bandar-bandar di India |
|
Kedai kasut Bata di Srinagar |
|
Stadium di Srinagar |
|
Pengangkutan awam di Srinagar |
|
Kedai tipikal yang penuh dengan barang-barang di Srinagar. |
|
Sebahagian tembok kota Srinagar yang dapat diselamatkan oleh Kerajaan. Tembok ini telah dipecahkan oleh penduduk-penduduk miskin untuk membina kediaman mereka. |
Tidak seperti kawasan-kawasan lain di India yang mana majoriti penduduknya beragama Hindu, 99% penduduk Kashmir beragama Islam.
|
Antara masjid yang terdapat di bandar Srinagar |
|
Majoriti penduduk di Kashmir adalah penganut agama Islam |
|
Pemandangan di kawasan perumahan dekat Srinagar |
|
Pelajar-pelajar sekolah di Srinagar |
|
Sedang berjalan kaki ke sekolah |
Disebabkan altitud bandar ini yang terletak dalam Banjaran Himalaya dan ditambah dengan musim luruh, cuaca di sini sangat sejuk. Sewaktu dalam perjalanan ke tempat penginapan, Rasheed memberitahu kami yang dia menjangkakan salji akan turun pada esok hari.
|
Pemandangan musim luruh di Kashmir |
Part 5: Lake Dal dan Gurkha Houseboat
Penginapan kami di Srinagar selama 2 malam adalah di atas sebuah houseboat.
|
Pemandangan di pinggir Sungai Jhelum yang merentasi kota Srinagar. |
|
Sebatang sungai yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Houseboat penginapan kami. |
|
Sebahagian Houseboat di tepi sungai |
Untuk pergi ke houseboat kami, Rasheed membawa kami ke jeti sampan yang dinamakan Shikara. Beg-beg kami dipunggah ke dalam Shikara dan sampan kemudiannya didayung sehingga sampai ke Houseboat kami.
|
Shikara sedang parking di Tasik Dal. |
|
Pemandangan sewaktu Shikara kami meninggalkan jeti menuju ke Houseboat. Beg-beg kami diletakkan di depan Shikara. |
|
Menyeberang Tasik Dal menuju ke Houseboat |
|
Melintasi Shikara lain di Tasik Dal |
|
Houseboat yang membarisi Tasik Dal |
|
Ketibaan kami disambut oleh penjaga Houseboat, Ali Mohammed |
Houseboat kami bernama Gurkha Houseboat No.6. Houseboat ni bagaikan sebuah rumah. Ada balkoni yang menghadap ke Tasik Dal, ada sebuah ruang tamu yang lengkap dengan pendiang, sebuah ruang makan, ruang penyediaan makanan dan 3 buah bilik tidur yang setiap satunya lengkap dengan bilik air moden.
|
Balkoni Houseboat yang menghadap ke Tasik Dal |
|
Ruang tamu di dalam Houseboat. Siap ada Chandelier lagi! Bau Houseboat ini wangi kerana dindingnya dibuat dari kayu sandalwood yang diukir. |
|
Ruang Makan Di Dalam Houseboat |
|
Bilik tidur di dalam Houseboat lengkap dengan selimut elektrik |
|
Bilik air moden di dalam Houseboat yang lengkap dengan air panas |
|
Penjaga Houseboat, Ali menambah kayu api untuk dibakar di dalam pendiang |
Pada petang itu, tiada aktiviti khusus disediakan untuk kami. Jadi kami membuat keputusan untuk bersiar-siar menaiki Shikara di Tasik Dal.
Part 6: Bersiar-siar Di Tasik Dal
Tasik Dal adalah sebuah tasik yang sangat besar di Srinagar. Ia dipenuhi dengan Houseboat yang sebahagiannya digunakan sebagai penginapan pelancong manakala sebahagian lagi merupakan rumah kediaman penduduk tempatan.
Tasik ini juga dipenuhi dengan pokok-pokok teratai yang menurut ceritanya amat cantik dalam musim bunga (sekitar bulan April).
|
Bersiar-siar dengan Shikara di Tasik Dal. Kami turut dibekalkan dengan sehelai selimut tebal oleh penjaga Houseboat kami, Ali memandangkan cuaca amat sejuk ketika itu. Tumbuhan yang di tangan kami adalah bunga lotus yang dipetik oleh pendayung Shikara untuk kami. |
|
Pokok-pokok teratai yang layu sewaktu musim luruh di Tasik Dal. |
|
Lagi pemandangan teratai yang layu di tengah tasik. |
|
Pelancong tempatan yang turut bersiar-siar dengan Shikara. Di belakang tu sebenarnya adalah kebun sayur terapung yang tidak dapat ditumbuhi apa-apa sayuran pun ketika ini. |
|
Mengumpul daun lotus untuk disimpan sebagai makanan haiwan pada musim dingin yang semakin menjelang. |
|
Pemandangan indah matahari terbenam di Lake Dal |
|
Pemandangan matahari terbenam di belakang Houseboat. |
Kata pemilik Gurkha Houseboat Mr. Saboor, kami bertuah dapat bersiar-siar dengan Shikara kerana air tasik masih belum beku. Dalam musim dingin, seluruh Tasik Dal akan beku menjadi ais.
Part 7: Carpet Emporium
Selain memiliki Gurkha Houseboat, Mr. Saboor juga memiliki sebuah perusahaan membuat permaidani.
|
Carpet Emporium di belakang Gurkha Houseboat. Selain permaidani, pashmina juga dijual di sini. |
|
Mr. Saboor menunjukkan permaidani yang dijual di Carpet Emporium. |
|
Kata Mr. Saboor sebahagian Carpet beliau yang dihasilkan di sini turut dijual di Gedung Harrods di London. |
Beriya-iya Mr. Saboor menyuruh kami kembali ke Kashmir dalam musim bunga kerana katanya Kashmir paling cantik pada masa itu. Bila kami tak beli permaidani, dia kata tak apa - simpan duit, nanti boleh pergi Haji.
Bila kami kata kami dah pergi Haji, dia tanya pada Husband kenapa tak simpan janggut? Husband jawab, susah nak jaga. "Not difficult", kata Mr. Saboor sambil mengurut-ngurut janggutnya sendiri untuk membuktikan pada Husband tak susah nak jaga janggut..
Bersambung ke Bahagian 2..
CATATAN PERJALANAN NORTHERN INDIA (2012):