Monday, 23 December 2013

2013 HONG KONG (3rd Visit) & MACAU (DAY 2 - Disneyland 2)

Disember 2013

Hong Kong (3rd Visit) & Macau

Hari 2: HONG KONG DISNEYLAND & KOWLOON

Part 5 : Suasana Pagi Di Hollywood Hotel

SARAPAN PAGI DI CHEF MICKEY 

Hari Kedua di Hong Kong dimulakan dengan sarapan pagi di restoran Chef Mickey di Hollywood Hotel.


Restoran Chef Mickey di Hollywood Hotel
Sewaktu kami tiba di restoran ini, Mickey Mouse sedang membuat appearance dan bersalaman dengan semua pengunjung yang sedang bersarapan. Tapi tak sempatlah pulak nak ambil gambar masa tu. Namun, pengunjung-pengunjung tetap diberi peluang bergambar bersama Mickey di pintu depan restoran.

Bergambar kenangan bersama Chef Mickey sebelum keluar dari restoran selepas selesai bersarapan. Budak-budak ni macam tak happy je bergambar dengan Mickey.
Myself tak sangka banyak juga pilihan makanan yang halal dimakan dalam buffet sarapan yang disediakan. Roti canai dengan kuah dal menjadi pilihan favourite kami pada pagi itu.

Meja makan kami
Suasana sarapan pagi di Chef Mickey
Hidangan menarik di Chef Mickey

TAMAN HOLLYWOOD HOTEL 

Selepas sarapan, kami bersiar-siar di taman Hollywood Hotel. Hotel ini mengambil tema kegemilangan Hollywood pada tahun 1950-an. Jadi hiasan di taman banyak berkisar kepada era tersebut.


Taman di belakang Hollywood Hotel
Laluan pejalan kaki berbentuk filem
Bagai bergambar di Hollywood yang sebenarnya
Kereta model lama yang menghiasi taman Hollywood Hotel
Gaya Bintang K-pop di Hollywood
Pemandangan laut di Hotel Hollywood
Kenangan di penghujung jalan
Lagi gaya bintang Hollywood
Disney Spirit di Hollywood Hotel
Penjual tiket wayang Hollywood

Part 6: Ke Hong Kong Disneyland Lagi! 

Taman Tema Disneyland dibuka pada pukul 10 pagi dan waktu check-out dari Hotel Hollywood adalah pukul 11 pagi. Jadi seawal pukul 10 pagi, kami check-out dari hotel dan meninggalkan beg-beg kami di tempat simpanan bagasi hotel.

Meneliti peta tempat yang akan dikunjungi hari ini
Menaiki shuttle bus ke Disneyland
Pemandangan dari dalam bas menuju ke Disneyland
Terminal shuttle bus di Disneyland
Berkunjung lagi ke Disneyland
Pakej percutian yang kami pilih ini turut menyediakan Disneyland 2-Day Pass kepada kami. Menggunakan tiket ini, kami boleh keluar-masuk ke Disneyland 2 hari berturut-turut. Namun begitu, cap jari telunjuk akan diambil sewaktu di gate masuk dan didaftarkan dengan pass yang spesifik. Ini bermakna setiap tiket perlu "match" dengan cap jari untuk masuk ke Disneyland pada hari kedua. 

Disebabkan ahli keluarga kami ramai dan untuk mengelakkan tiket tertukar sesama kami, kami terpaksa menulis nama masing-masing pada tiket yang digunakan.

NAIK OMNIBUS DI DISNEYLAND 

Jika di hari pertama kami naik keretapi, hari kedua ini pula memberikan kami pengalaman menaiki Omnibus yang merupakan bas 2 tingkat percuma di dalam Disneyland. Omnibus ini bergerak sehala membawa pengunjung  dari City Hall ke Central Plaza melalui Main Street.


Omnibus
Pemandangan sewaktu beratur untuk menaiki Omnibus
Kami duduk di tingkat atas sewaktu menaiki Omnibus.
Pemandangan di Main Street dari tingkat atas Omnibus
Central Plaza yang merupakan perhentian akhir Omnibus.
Penumpang-penumpang sedang menaiki Omnibus di Central Plaza untuk kembali ke City Hall.

TARZAN'S TREEHOUSE

Matlamat lawatan hari kedua kami ke Disneyland adalah untuk melawat 3 seksyen yang baru dibuka pada tahun ini: Grizzly Gulch, Mystic Point dan Toy Story Land. Ketiga-tiga seksyen ini terletak di belakang Adventureland.


Melintasi Adventureland untuk pergi ke Grizzly Gulch
Sebelum sampai ke Grizzly Gulch, kami terpandang rakit ke rumah Tarzan. Atas permintaan anak-anak saudara, kami membuat lencongan ke Rumah Tarzan dahulu.

Seperti di dalam cerita Tarzan yang diketahui ramai, rumah Tarzan dibina di atas pokok.
Pemandangan rakit ke rumah Tarzan yang begitu mengujakan anak-anak saudara
Rakit yang membawa pengunjung menyeberang sungai ke Tarzan's Treehouse.
Air terjun di bawah rumah Tarzan
Berjalan naik ke rumah Tarzan
Jambatan gantung yang perlu dilintasi semua pengunjung untuk masuk ke rumah Tarzan
Rumah Tarzan dipenuhi pelbagai memorablia kehidupan Tarzan dari semasa dia masih bayi yang dibela oleh seekor gorilla sehinggalah dia dewasa dan bertemu pasangannya, Jane.

Gorilla yang menjadi ibu angkat Tarzan
Tarzan dan Jane
Pemandangan bot Jungle Cruise yang melalui depan Rumah Tarzan.

GRIZZLY GULCH

Grizzly Gulch adalah salah sebuah dari 3 seksyen yang baru dibuka di Hong Kong Disneyland. Dua lagi seksyen tersebut adalah Mystic Point dan Toy Story Land. 

Grizzly Gulch dibina menyerupai sebuah pekan koboi di Amerika. Tarikan utama di sini adalah sebuah roller coaster yang bertemakan keretapi lombong yang hilang kawalan.


Pemandangan di pekan koboi Grizzly Gulch
Jeritan penunggang-penunggang roller coaster ini sewaktu kami tiba di Grizzly Gulch amat menyeramkan bagi Myself, tetapi sangat mengujakan anak-anak saudara dan bapa-bapa mereka yang cukup daredevil nak mencubanya.

Roller coaster ini pada mulanya akan memanjat bukit tinggi di hujung sana. Sebaik tiba di atas, ia bagaikan tak terdaya untuk naik lebih tinggi lalu "terjatuh" dan meluncur mengundur ke belakang dengan laju sekali.
Gambar ini diambil sewaktu tren yang dinaiki ahli-ahli keluarga sedang meluncur mengundur ke belakang selepas "terjatuh" dari puncak bukit. Enjoy betul nampaknya dia orang ni dalam tren, sedang kita melihat dari luar dengan seram sekali.
Roller coaster sedang bergerak masuk ke dalam gua untuk adventure yang seterusnya.
Wajah-wajah seronok setelah menaiki roller coaster Grizzly Gulch, menyebabkan mereka mengulang naik sekali lagi.
Walaupun mereka nampak begitu berani naik roller coaster ni, sebenarnya ada juga yang kecut perut sewaktu di dalam tren. Ahli keluarga yang paling kecil naik roller coaster ini (budak berumur 8 tahun) siap membaca doa naik kenderaan sebelum roller coaster berlepas. Mungkin berkat doanya, semua penumpang roller coaster selamat balik ke stesen di Grizzly Gulch.

Geyser di Grizzly Gulch. Mengikut cerita yang tertulis  pada papan tandanya, jika geyser ini meletus sewaktu kita sedang berdoa, doa kita akan termakbul. Pandai betul orang Disneyland ni mereka-reka back story di setiap tarikan mereka. 
Muka-muka "Wanted" di Grizly Gulch
Banduan di penjara Grizzly Gulch
Hiasan bertemakan Western di Grizzly Gulch 


MYSTIC POINT

Mystic Point terletak di sebelah Grizzly Gulch. Tarikan utama di sini adalah Mystic Manor.

Pintu masuk ke Mystic Point dari Grizzly Gulch
Mystic Manor di Mystic Point
Mengikut cerita yang disampaikan kepada pengunjung sebelum ride bermula, rumah ini didiami oleh Lord Henry yang gemar mengumpul barangan antik. Antara barangan tersebut ialah sebuah peti antik yang mempunyai kuasa mistik. Pada satu hari, monyet kesayangan Lord Henry yang bernama Albert telah membuka peti tersebut lalu kuasa mistik dari peti ini terlepas mengenai Albert dan juga pengunjung-pengunjung ke rumah ini.

Susah nak mengambil gambar suasana di dalam ride ini dengan kamera Myself. Jadi gambar-gambar yang diabadikan di sini adalah dari kamera Husband yang canggih dan juga dari internet.

Lord Henry bercerita tentang koleksi barang antiknya di awal ride.
Gambar ini diambil dari Internet. Pengunjung-pengunjung akan menaiki ride seperti ini untuk merasai kuasa mistik yang dilepaskan oleh peti antik Lord Henry.
Potret wanita ini menjadi "hidup" bila pengunjung mendekatinya.
Pengunjung turut merasa kesejukan bila menghampiri ketulan ais ini.
Albert hampir dipancung oleh tentera antik ini, tapi semestinya dia terselamat.
Semua barangan antik yang dikumpul oleh Lord Henry menjadi hidup bila terkena kuasa ajaib dari peti mistik itu.
Angin kuat memecahkan dinding rumah Lord Henry dan si monyet Albert hampir terbang keluar disebabkan kencangnya angin yang bertiup. Kita juga boleh merasakan tiupan angin kencang ini.
Di akhir ride, Albert dapat menutup kembali peti mistik tersebut dan Lord Henry tak langsung menyedari apa yang berlaku.

FLIGHTS OF FANTASY PARADE

Tak sah berkunjung ke Disneyland jika tak menonton parade. Tema-tema parade sentiasa berubah mengikut masa. Ketika kami di sana, tema parade adalah Flights of Fantasy.


Menunggu parade bermula di hadapan Sleeping Beauty Castle.
Jualan belon Disney sebelum parade bermula
Parade bermula
Ramai performers di Hong Kong Disneyland berasal dari Filipina. Ini mungkin juga berkait  dengan budaya orang Filipina yang gemarkan hiburan.
Watak kartun klasik Disney dalam perarakan Flights of Fantasy.
Winnie The Pooh
Puteri-puteri Disney
Karekter-karekter dari Lion King
Lilo & Stitch dengan tema Hawaiian.
Toy Story
Lagi watak-watak Toy Story
Woody bersalaman dengan penonton
Penghujung parade Flights of Fantasy

EXPLORER'S CLUB RESTAURANT

Sebuah lagi restoran yang menyediakan makanan halal untuk pengunjung Muslim di Disneyland adalah Explorer's Club Restaurant. Ia terletak di Mystic Point, betul-betul bersebelahan dengan Mystic Manor.

Restoran Explorer's Club di Mystic Point yang juga menyediakan makanan Halal.
Di sinilah kami makan tengahari pada hari kedua di Disneyland.

Pemandangan di kaunter pesanan makanan restoran Explorer's Club
Makanan tengahari di Explorer's Club

TOY STORY LAND

Selepas makan tengahari, kami meneruskan Disneyland Adventure kami dengan berkunjung ke Toy Story Land.

Pemandangan di Toy Story Land
Kanak-kanak turut dijemput menyertai askar mainan berkawad di Toy Story Land
Toy Soldier Parachute Drop - antara permainan yang terdapat di Toy Story Land
Roller Coaster RC Racer yang mencemaskan di Toy Story Land. Anak-anak saudara juga mengulang naik roller coaster ini sebanyak 2 kali.
Pemandangan sewaktu roller coaster RC Racer berada di kedudukan hampir tegak di atas sana. Mereka yang naik roller coaster ni memang betul-betul berani!
Disebabkan kami tak cukup berani nak naik roller coaster, Myself dengan Husband cuma mengikut anak-anak saudara yang lebih kecil naik permainan Slinky Dog saja.

Myself dengan Husband cuma naik permainan Slinky Dog ni saja. Dijamin selamat dan tak menakutkan!

GOLDEN MICKEYS 

Kami sebenarnya berkunjung ke Disneyland pada tengah minggu. Walaupun pengunjung ke sini ramai pada ketika itu, kami hanya perlu beratur sekitar 10 minit saja untuk masuk ke setiap tarikan. Kerana itu jugalah anak-anak saudara dapat naik setiap roller coaster 2 kali tanpa beratur panjang. 

Di sebelah petang, masing-masing dah kepenatan. Jadi kami buat keputusan untuk menonton persembahan Golden Mickeys sahaja di Storybook Theater.


Storybook Theater di Fantasyland di mana persembahan The Golden Mickeys diadakan.
Show ini dimulakan pada pukul 4 petang, tapi penonton dibenarkan masuk ke teater seawal pukul 3.30 petang.

Menunggu pintu teater dibuka
Segmen pembukaan The Golden Mickeys
Quasimodo
Tarzan
Beauty & The Beast
Segmen penutup Golden Mickeys
Segmen "cakap-cakap" dalam show ini dibuat dalam Bahasa Mandarin dengan sarikata Bahasa Inggeris dipaparkan pada skrin di tepi pentas. Namun ia masih boleh diikuti sepenuhnya sebab lagu-lagu yang dipentaskan adalah dalam Bahasa Inggeris.

SELAMAT TINGGAL HONG KONG DISNEYLAND

Selepas menyaksikan pementasan The Golden Mickeys, tibalah masa untuk kami meninggalkan Disneyland. Sebelum pergi, kami tumpang bersolat jamak Zohor dengan Asar di City Hall.

Sebelum meninggalkan Disneyland, kami tumpang bersolat di City Hall.
Rasa-rasanya memang ramai pengunjung Muslim yang tumpang bersolat di City Hall ni. Ini terbukti bila staff yang bertugas di sini cukup faham bila kami bertanya di mana kami boleh bersolat.

Dua tahun lepas sewaktu Myself berkunjung ke sini, Disneyland tidak mempunyai restoran makanan Halal. Alhamdulillah, kini telah ada 2 buah restoran Halal di sini. Myself rasa, jika kita berkunjung ke sini dalam sedikit masa lagi, pasti pihak Disneyland dah menyediakan ruang solat yang selesa dan sempurna untuk pengunjung Muslimnya.


Pemandangan terakhir di Main Street sebelum kami melangkah pergi.
Walaupun dari luar Main Street kelihatan seperti terdiri dari beberapa kedai berasingan, ia sebenarnya menempatkan sebuah kedai cenderamata yang sangat besar di dalamnya.
Selamat Tinggal Hong Kong Disneyland!

Part 7: Kowloon

Kami meninggalkan Hong Kong Disneyland pada pukul 6.10 petang dan dibawa ke Kowloon yang memakan masa kira-kira 30 minit perjalanan.

Suasana malam di Kowloon
Promosi Krismas di Kowloon yang diperhatikan dari atas bas.
Lagi suasana kesibukan malam di Kowloon
Pemandu pelancong, Catherine membawa kami makan malam di sebuah restoran India di Kowloon yang bernama Surya. Myself dan Husband sebenarnya pernah berkunjung ke sini sewaktu lawatan kami pada tahun 2008 dulu. Sepertimana yang kami masih ingat, makanan yang dihidangkan di sini memang sedap dan menyelerakan.

Pemandangan di kawasan berhampiran Surya Indian Restaurant
Di sinilah kami makan malam pada hari kedua di Hong Kong. Restoran ini terletak di basement sebuah bangunan komersil.
Menunggu makanan dihidangkan di Surya Indian Restaurant
Selepas makan, barulah kami check-in di Silka Seaview Hotel yang terletak berhampiran. Timbul sedikit masalah sewaktu check-in kerana 2 bilik yang ditempah untuk keluarga Adik terpisah di tingkat yang berasingan. Walau bagaimanapun, mujurlah masalah ini dapat diselesaikan bila Hotel menawarkan bilik Family Room yang boleh menempatkan seluruh keluarga bersekali.
 

Bersambung Ke Hari-3...


CATATAN PERJALANAN HONG KONG (3rd VISIT) & MACAU (2013):