Disember 2013
Hong Kong (3rd Visit) & Macau
Hari 3: KOWLOON & MACAU
Part 8 : Silka Seaview Hotel
Hotel penginapan kami selama 2 malam berikutnya adalah di Silka Seaview Hotel yang terletak di daerah Tsim Tsa Tsui (disebut: Tsim-Tsa-Chui), di Semenanjung Kowloon. Hotel ini kecil dan bertaraf 3 bintang. Memandangkan duit dah banyak dihabiskan sewaktu di Disneyland, terpaksalah berpuas hati tinggal di hotel 3 bintang saja di Kowloon.
|
Silka Seaview Hotel di Kowloon |
|
Bangunan hotel ini adalah setinggi 19 tingkat. Ia terletak di kawasan yang boleh diibaratkan sebagai Bukit Bintang di Kuala Lumpur. |
|
Pemandangan Shanghai Street di hadapan hotel. Pintu masuk ke hotel sebenarnya terletak di persimpangan Shanghai Street dan Public Square Street. |
|
Pemandangan Shanghai Street dari depan pintu masuk ke Hotel Silka Seaview |
Walaupun hotel ini bertaraf 3 bintang, ia agak selesa walaupun saiz biliknya kecil. Tapi dari pengalaman Myself, bilik hotel bertaraf 4 bintang sekalipun di Hong Kong ni memang kecil. Ini mungkin disebabkan Hong Kong sangat kecil dan nilai hartanah di sini sangat tinggi.
|
Koridor di tingkat penginapan kami. Gambar ini diambil dari depan lif. |
|
Inilah pemandangan bilik penginapan kami di Silka Seaview. Gambar ini diambil dari website hotel. |
Restoran
sarapan pagi hotel ini terletak di Tingkat 19. Di sini juga ada
perkhidmatan internet dan printer percuma yang disediakan untuk penginap
hotel yang kami gunakan untuk membuat online check-in sebelum pulang ke
Malaysia pada hari ke-4.
|
Jade Cafe di Tingkat 19 |
|
Pilihan sarapan pagi di hotel ini agak terhad, lebih-lebih lagi bila kita terpaksa memilih makanan yang halal untuk dimakan. |
|
Bangunan-bangunan lama di sekitar kawasan hotel |
|
Walaupun hotel ini bernama Silka Seaview, kita tak dapat nak melihat laut dari hotel ini kerana dihalang bangunan-bangunan tinggi di sekitarnya. |
|
Pemandangan keseluruhan lobi Hotel Silka Seaview yang kecil dan sempit. Hiasan cermin digunakan untuk menampakkan ruang yang lebih luas. |
Part 9 : Bersiar-siar di sekitar Hotel
Program percutian pada hari ketiga ialah Day Trip ke Macau dengan menaiki feri. Feri ke Macau dijadualkan berlepas pada pukul 10 pagi. Jadi pick-up time dari hotel adalah pada pukul 9 pagi.
Sementara menunggu pick-up time selepas sarapan, kami bersama keluarga Abang berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Oleh kerana ini kali pertama Abang dan keluarga datang ke Hong Kong, Myself membawa mereka berjalan kaki sehingga ke Nathan Road yang merupakan jalan komersil utama di Kowloon dan nadi kepada kawasan Tsim Tsa Tsui.
|
Berjalan kaki ke Nathan Road yang terletak hanya 5 minit perjalanan dari hotel melalui Public Square Street. |
|
Pemandangan pagi di Nathan Road |
|
Kenangan di Nathan Road |
|
Pemandangan di Nathan Road menghala ke negara China |
|
Pemandangan Nathan Road menghala ke laut |
|
Budak-budak ni cukup excited bila mendapati ada wi-fi di telefon awam ini. |
Oleh kerana Hong Kong pernah menjadi jajahan British untuk satu jangka masa yang panjang, cara hidup penduduk di Hong Kong agak berbeza dengan penduduk di Negara China. Walaupun lebih 90% penduduk Hong Kong berketurunan Cina, gaya hidup mereka agak sedikit kebaratan.
Orang Putih sangat mementingkan kawasan riadah, maka di Hong Kong banyak terdapat taman-taman untuk orang awam beriadah. Namun begitu disebabkan ruang tanah yang terhad, taman-taman awam ini lazimnya bersaiz kecil dan bertaburan di serata tempat.
|
Taman kecil berhampiran Nathan Road yang dinamakan Public Square Street Rest Garden. |
|
Pemandangan keseluruhan taman. Di sebelah taman ini adalah sebuah kuil yang dinamakan Tin Hau Temple. |
|
Kolam yang cantik di dalam taman |
|
Senaman Taichi di taman. |
|
Pemandangan Nathan Road dari taman. |
Part 10: Naik Feri Ke Macau
Tepat jam 9 pagi, Catherine tiba untuk membawa kami ke China Ferry Terminal dari mana kami akan menaiki feri ke Macau. Terminal ini hanya 10 minit perjalanan bas dari hotel kami.
|
Pemandangan dari dalam bas sewaktu perjalanan ke China Ferry Terminal |
|
Perhentian bas di China Ferry Terminal |
|
Pemandangan di China Ferry Terminal. Ia menyediakan perkhidmatan feri bukan sahaja ke Macau, tetapi juga ke destinasi-destinasi lain di selatan Negara China. |
|
Jadual perlepasan feri di China Ferry Terminal |
Walaupun kedua-dua Hong Kong dan Macau adalah sebahagian dari Negara China sekarang, kedua-dua wilayah ini mempunyai sistem pentadbiran sendiri yang berbeza dari tanah besar China bermula dari 1997 sehingga tahun 2047. Oleh yang demikian, kita perlu melalui pemeriksaan imigresen sewaktu meninggalkan Hong Kong untuk pergi ke Macau.
|
Pintu perlepasan di China Ferry Terminal. Di belakang pintu ini adalah tempat pemeriksaan passport. |
Feri yang kami naiki adalah feri Turbojet. Ia sangat besar dan selesa. Kebanyakan penumpang adalah rakyat tanah besar China yang ingin ke Macau untuk berjudi. Ini adalah kerana Macau merupakan satu-satunya tempat di negara China di mana perjudian kasino dibenarkan.
|
Feri Turbojet yang membawa kami dari Hong Kong ke Macau |
|
Pemandangan di dalam feri Turbojet |
|
Melintasi Pelabuhan Hong Kong menuju ke Macau |
Part 11: Macau Day Tour
Perjalanan
feri dari Hong Kong ke Macau memakan masa kira-kira 1 jam. Di Macau,
feri kami berlabuh di Outer Harbour Ferry Terminal.
|
Outer Harbour Ferry Terminal, Macau |
|
Bersiap-sedia untuk turun dari feri. |
|
Pemandangan bandar Macau dari jeti |
|
Bahasa Portugis digunakan dengan meluas pada setiap papan tanda di Macau |
|
Menaiki travelator menuju ke pusat pemeriksaan imigresen Macau |
|
Pejabat Pos di Outer Harbour Ferry Terminal |
FISHERMAN'S WHARF
Pemandu
pelancong kami di Macau, Tino (nama sebenarnya Constantino) telah sedia
menanti di Outer Harbour Ferry Terminal. Dari Terminal Feri, kami
dibawa untuk makan tengahari di Fisherman's Wharf.
|
Berjalan keluar dari Terminal Feri menuju ke bas |
|
Tourist Guide kami, Tino sedang memberi penerangan di dalam bas. |
|
Pintu masuk utama ke Fisherman's Wharf |
Fisherman's Wharf adalah sebuah kompleks hiburan di Macau. Di sini terdapat pelbagai kemudahan seperti restoran, pusat membeli-belah, kasino dan beberapa buah ride untuk hiburan seisi keluarga. Namun begitu, disebabkan kami tiba awal di sana, kebanyakan pusat hiburan belum dibuka dan tempat ini kelihatan sunyi sepi.
|
Pemandangan Fisherman's Wharf dari dalam bas |
|
Kasino Babylon di Fisherman's Wharf |
|
Pemandangan di Fisherman's Wharf |
Cuaca di Macau lebih sejuk berbanding di Hong Kong. Namun begitu, seperti juga di Hong Kong, cuacanya agak suram menyebabkan jarak penglihatan agak terhad.
Kami melintasi beberapa buah bangunan yang mempunyai ciri senibina yang menarik. Ada yang dibina mengikut senibina Portugis, Arab, Afrika dan sebagainya. Setiap bangunan mempunyai fungsi masing-masing sebagai restoran, pusat membeli-belah, kasino dan sebagainya.
|
Bangunan dengan senibina Portugis ini adalah sebuah restoran yang menyediakan masakan Portugis. |
Kami dibawa ke sebuah restoran Halal di Fisherman's Wharf yang bernama Taste of India. Makanan yang disediakan cukup mewah dan sedap. Namun begitu, disebabkan kedudukannya yang agak terpencil, Myself merasakan agak sukar untuk mencari restoran ini jika kita datang pertama kali ke Macau bersendirian.
|
Nampak tak Husband tengah berdiri menangkap gambar dekat pokok sana? Restoran Taste of India terletak di bangunan putih di belakang Husband. |
|
Pintu masuk ke restoran Taste of India. Logo pengesahan Halal terpampang di pintu restoran ini. |
|
Menunggu makanan dihidangkan di restoran Taste of India. |
Selepas makan, kami kembali ke bas untuk agenda seterusnya, menaiki Cruise di Pelabuhan Macau. Dalam perjalanan menuju ke bas dan disebabkan ini adalah kali pertama bagi kami semua menjejak kaki di Macau, tak henti-henti rombongan kami menangkap gambar untuk kenangan.
|
Mengabadi kenangan di Fisherman's Wharf, Macau |
|
Sewaktu kami bergerak nak meninggalkan Fisherman's Wharf, berduyun-duyun pelancong tiba di sini untuk makan tengahari. |
|
The Rocks Hotel di Fisherman's Wharf |
MACAU
Sewaktu Hong Kong dijajah British, Macau pula dijajah Portugis. Kedua-dua jajahan ini sebenarnya dipajak oleh Maharaja China atas sebab yang berbeza. Maharaja China telah dipaksa untuk memajak Hong Kong kepada British setelah tentera baginda kalah dalam Perang Candu (Opium War). Macau pula dipajak oleh Maharaja China kepada Portugal secara sukarela untuk dijadikan tapak perniagaan Portugis di sebelah timur.
|
Kawasan perumahan mewah di Macau |
|
Pemandangan tipikal di Kota Macau |
|
Satu lagi pemandangan di Macau |
|
Keunikan Macau adalah percampuran budaya Cina dan Eropah (Portugis) di hampir semua tempat di wilayah ini. |
Pengaruh Portugis sangat ketara di Macau melalui senibina dan penggunaan Bahasa Portugis pada setiap nama jalan dan bangunan. Namun begitu, kami diberitahu Bahasa Portugis kini hanya difahami oleh 7% penduduk Macau yang bersekolah di sekolah aliran Portugis. Kebanyakan penduduk Macau adalah berketurunan Cina dan memilih untuk bersekolah di sekolah aliran Cina. Di sekolah ini, Bahasa Portugis tidak langsung diajar dan hasilnya tak ramai penduduk Macau kini yang memahami Bahasa Portugis.
Seperti Hong Kong, Macau juga terdiri dari sebuah Semenanjung (jika di Hong Kong, semenanjungnya dinamakan Kowloon) dan sebuah pulau yang dinamakan Taipa.
|
Pemandangan di Semenanjung Macau. Jambatan di belakang sana menghubungkan Semenanjung Macau dengan Pulau Taipa. |
Dalam perjalanan ke Pelabuhan Macau, kami melintasi patung Dewi Kun Iam, yang juga dikenali sebagai Goddess of Mercy.
|
Patung Goddess of Mercy yang dibina berdiri di atas sepohon Lotus. Menurut Tino, pelancong Barat sering confuse dan menganggap patung ini sebagai Virgin Mary. |
Menurut ceritanya, Kun Iam adalah seorang wanita yang pekak dan bisu yang mempunyai kuasa untuk mengesan bencana alam di Macau. Menggunakan kuasanya, Kun Iam banyak menolong menyelamatkan nyawa nelayan dengan menghalang mereka dari turun menangkap ikan sewaktu laut bergelora. Setelah Kun Iam meninggal dunia, dia dipuja oleh masyarakat Buddha sebagai dewi dan patung ini dibina untuk menghormati beliau.
Industri perjudian di Macau telah dimulakan sejak zaman pemerintahan Portugis. Bertahun-tahun lamanya, Macau hanya mempunyai sebuah kasino milik rakyat tempatan yang dinamakan Grand Lisboa. Namun demikian, selepas tahun 2010 senario ini bertukar apabila kasino-kasino di Las Vegas dibenarkan membina cawangan mereka di Macau.
Hasilnya, Macau kini telah bertukar wajah dan menjadi "Las Vegas Asia". Cawangan-cawangan kasino Las Vegas ini dibina mirip kasino asal di Las Vegas dan bertumpu di kawasan yang dinamakan Cotai. Cotai sebenarnya pula adalah kawasan tambakan tanah di antara pulau Taipa dan pulau Coloane. Dengan terbinanya Cotai Strip, kedua-dua pulau ini kini telah bergabung dan menjadi sebuah pulau yang lebih besar.
|
Kasino MGM di Macau, salah sebuah kasino Las Vegas yang membuka cawangan mereka di Macau. |
|
Patung singa emas yang menjadi ikon MGM di pintu masuk ke kasino. |
Kami diberitahu Macau kini mempunyai 36 kasino pelbagai saiz dan 4 kasino lagi masih dalam pembinaan. Disebabkan kaki judi mempunyai kepercayaan tentang kasino-kasino yang membawa tuah kepada mereka, setiap kasino ini mempunyai pelanggan setia mereka.
Industri perjudian juga menyebabkan ramai remaja di Macau enggan meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi kerana pekerjaan di kasino menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan. Perjudian juga telah menjadi sebahagian cara hidup orang Macau di mana mesin-mesin slot di kawasan perumahan menjadi tempat para suri rumahtangga berkumpul untuk bersosial.
Untuk mengelakkan masalah, kasino-kasino Macau juga mempunyai cara tersendiri untuk memujuk pelanggan-pelanggan mereka keluar dari kasino bila dilihat berpotensi untuk kalah teruk.
MACAU HARBOUR CRUISE
Macau Harbour Cruise bermula dan berakhir di Inner Harbour Macau.
|
Papan tanda ke jeti Harbour Cruise yang ditulis dalam Bahasa Cina dan Portugis. |
|
Tiket cruise dibeli dalam bangunan ini. Namun bagi kami, tak perlu berbuat apa-apa kerana semuanya diurus oleh Tourist Guide. |
|
Poster Macau Harbour Cruise |
|
Bot Cruise sedang berlabuh menunggu penumpang. |
Bot Macau Harbour Cruise ini terdiri dari 3 tingkat. Dua deck paling bawah mengandungi restoran manakala deck di tingkat paling atas dikhususkan untuk sightseeing.
|
Bot cruise ini terdiri dari 3 tingkat. Dua tingkat di bawah mempunyai restoran manakala deck paling atas dikhususkan untuk sightseeing. |
Sedang pelancong lain menikmati makan tengahari di dalam bot, kami terus saja naik ke tingkat atas. Kesempatan ini juga kami gunakan untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar sebelum penumpang-penumpang lain naik ke deck sightseeing.
|
Menuruni jeti untuk masuk ke bot Cruise. |
|
Tangga naik ke deck atas di dalam bot |
|
Pemandangan di deck atas bot Cruise. |
|
Pemandangan sewaktu melintasi kawasan limbungan |
|
Ketika ini, deck atas telah penuh dengan penumpang yang datang ke sini selepas selesai makan tengahari. |
|
Pemandangan sewaktu Harbour Cruise melintasi Macau Tower. |
|
Nampak tak ada orang tengah buat Bungy Jump dari Macau Tower? |
|
Pemandangan sewaktu Harbour Cruise melintasi Jambatan Sai Van. |
|
Pemandangan selepas Harbour Cruise meninggalkan Jambatan Sai Van |
Selepas Harbour Cruise meninggalkan Jambatan Sai Van, hujan renyai mula turun. Kami turun ke tingkat bawah untuk berlindung. Namun syukurlah hujan yang turun tidak mengganggu perjalanan kami yang seterusnya di Macau.
|
Berlindung di tingkat bawah Harbour Cruise sewaktu hujan turun. |
|
Kembali ke Inner Harbour |
A-MA TEMPLE
Lawatan seterusnya ialah ke A-Ma Temple. Di sinilah pada masa dahulu orang Portugis mula mendarat di Macau. Dikatakan, orang Portugis telah bertanya kepada orang tempatan akan nama negara ini. Tetapi orang Cina tempatan menyangka Portugis telah bertanya apa nama kuil tersebut, lalu mereka menjawab : A-Ma Gao. Hasilnya, orang Portugis silap faham dan menyangka nama negara itu adalah Macau.
|
Berjalan dari tempat letak bas ke A-Ma Temple |
|
Tempat pendaratan pertama Portugis di bumi Macau di hadapan A-Ma Temple. |
Macau mempunyai beberapa tapak warisan dunia (World Heritage Site) yang diiktiraf oleh UNESCO dan A-Ma Temple adalah salah sebuah di antaranya.
|
Pintu masuk ke A-Ma Temple. Walau bagaimanapun, kami tak masuk ke dalam. Cukup sekadar melihat dari luar. |
|
Lantai bercorak ombak seperti di hadapan A-Ma Temple ini banyak terdapat di Macau. Ini adalah satu warisan orang Portugis. |
|
Muzium Maritim di sebelah A-Ma Temple. Kami juga tidak masuk melawat ke dalam muzium ini. |
|
Beca di hadapan A-Ma Temple |
THE VENETIAN MACAU
Selepas melawat A-Ma Temple, kami dibawa melawat ke kompleks kasino Venetian Macau yang merupakan kompleks kasino terbesar di dunia.
|
Pemandangan di Venetian Macau dari dalam bas. |
|
Satu lagi pemandangan Venetian Macau dari dalam bas. |
Sesuai dengan namanya, dan seperti induknya di Las Vegas, ia dibina dengan mengambil ilham suasana kota Venice di Itali. Kompleks Venetian Macau mempunyai 3,000 bilik hotel, kasino, pusat hiburan dan pusat membeli-belah di dalamnya.
Disebabkan saiznya yang sangat besar, Venetian Macau mempunyai beberapa pintu masuk dan Tino membawa kami masuk menerusi West Lobby.
|
Pemandangan di West Lobby, Venetian Macau |
Dari West Lobby, kami menaiki eskalator yang sangat tinggi menuju ke pusat membeli-belah di dalam kompleks ini yang dinamakan Grand Canal Shoppe.
|
Menaiki eskalator ke Grand Canal Shoppe yang terletak di Tingkat 4. |
|
Pemandangan kesesakan ruang kasino di Tingkat 2 yang dipenuhi kaki-kaki judi. Pemandangan ini diambil dari eskalator untuk ke Grand Canal Shoppe. |
|
Pemandangan di pintu masuk ke kasino. |
Berkunjung ke Grand Canal Shoppe di Venetian Macau bagaikan berkunjung ke kota Venice di Itali. Walaupun kompleks membeli-belah ini adalah indoor, suasana di sini bagaikan berada di outdoor kerana siling bangunan dicat dengan pemandangan langit di waktu senja.
|
Suasana senja di Grand Canal Shoppe, Venetian Macau |
|
Tak mampu berkunjung ke Itali, cukuplah sekadar ke Venetian Macau. |
|
Ruangan ini mengambil ilham dari San Marco Piazza yang terkenal di Venice |
Jika bercerita tentang Venice, mestilah ada cerita tentang terusan dan gondola. Untuk memberikan imej Venice yang realistik, Venetian Macau juga mempunyai terusan yang cantik dengan pelancong-pelancong menaiki gondola di dalamnya.
|
Suasana di tepi terusan indoor di Venetian Macau |
|
Pemandangan kedai-kedai di sekeliling terusan |
|
Menaiki gondola di terusan Venetian |
Kebanyakan kedai di Grand Canal Shoppe adalah butik-butik mewah. Jadi kami hanya menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar terusan sambil menikmati pemandangan buatan manusia yang mengkagumkan di sini.
|
Butik-butik mewah di Grand Canal Shoppe |
|
Peminat-peminat Manchester United cukup seronok bila terserempak dengan kedai ini. |
|
Tak melepaskan peluang untuk bergambar di pintu masuk ke kedai MU. |
Sesuai dengan tema Venice dalam suasana pesta, di sana sini di Grand Canal Shoppe, terdapat beberapa persembahan kecil berlangsung untuk menghiburkan pengunjung.
|
Persembahan pemuzik harp dalam "sangkar burung" di tepi terusan. |
|
Tak pasti maskot apa ni - cupcake ke ice-cream? |
|
Persembahan akrobatik di depan kedai Manchester United. |
|
Suasana karnival di Venetian Macau |
|
Pemuzik violin di pintu masuk ke Grand Canal Shoppe |
RUNTUHAN ST. PAUL
Program lawatan terakhir adalah St. Paul's Ruins, runtuhan gereja lama yang menjadi mercu tanda Macau.
|
Pemandangan bandar Macau yang penuh dengan kasino |
|
Pusat komersil Macau |
|
Lagi pemandangan bandar Macau dalam perjalanan ke St. Paul's Ruins. |
|
Papan tanda sewaktu mengampiri Gereja St. Paul |
Sebelum ke runtuhan St. Paul, Tino membawa kami singgah di sebuah kedai cenderamata yang menarik. Pelbagai cenderamata Macau dan Hong Kong dijual di sini pada harga yang munasabah. Lebih menarik lagi, ada pekerja di kedai ini berbangsa Indonesia dan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan kami.
|
Kedai cenderamata yang kami kunjungi di Macau |
|
Kedai cenderamata ini kecil sahaja tapi sarat dengan pelbagai jualan yang menarik. |
Gereja St. Paul didirikan oleh orang Portugis pada kurun ke-17 Masihi. Ia menjadi pusat pengembangan agama Kristian di China pada masa dahulu. Gereja ini pernah terbakar beberapa kali dan kini hanya runtuhan facade depannya sahaja yang masih tinggal.
|
Berjalan kaki dari kedai cenderamata menuju ke runtuhan St. Paul |
|
Selepas beberapa minit berjalan dengan mendaki sedikit bukit, kami tiba di runtuhan St. Paul dari arah belakang. |
|
Runtuhan St Paul ini sebiji macam runtuhan Kota Famosa di Melaka. Maklum sajalah, kedua-duanya dibina oleh orang Portugis pada era yang sama. |
|
Runtuhan Gereja St. Paul dari arah depan. |
Pada ketika itu, agama Kristian sangat asing kepada penduduk Cina. Jadi untuk memudahkan mereka memahami agama tersebut, patung-patung dan ukiran dibina pada bangunan Gereja untuk menceritakan tentang agama Kristian. Untuk menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa gereja ini adalah rumah ibadat, paderi Portugis turut mengukir gambar naga pada bucu bangunan tersebut, sepertimana yang lazim terdapat di kuil-kuil Cina.
|
Facade
Gereja St. Paul ini sarat dengan patung dan ukiran. Nampak tak ukiran
naga kecil yang terjulur keluar di tingkat atas sebelah kiri gambar ini?
Ia diukir untuk menunjukkan kepada masyarakat Cina di Macau ketika itu
bahawa gereja ini adalah sebuah rumah ibadat seperti kuil. |
|
Tangga
di depan runtuhan Gereja St. Paul yang menuju ke Macau Historic Centre.
Keseluruhan kawasan ini juga telah diberi pengiktirafan sebagai Tapak
Warisan Dunia oleh UNESCO. |
|
Satu lagi pemandangan Macau Historic Centre dari Gereja St. Paul ketika menjelang senja. |
Ramai pengunjung melihat runtuhan gereja ini dari bahagian depan. Namun tak ramai yang melihatnya dari arah belakang.
|
Pemandangan di belakang runtuhan Gereja St. Paul menghala ke hadapan |
|
Pemandangan
di belakang runtuhan Gereja St. Paul menghala ke belakang. Tangga di
belakang sana menuju ke muzium kecil yang menyimpan peninggalan gereja. |
Part 12: Selamat Tinggal Macau
Dengan berakhirnya lawatan ke Runtuhan St. Paul, maka berakhirlah juga program lawatan kami ke Macau. Walaupun singkat, ia cukup menyeronokkan dan memberi gambaran kepada kami tentang wilayah jiran Hong Kong ini.
Sebelum pulang, Tino membawa kami makan malam di restoran Minchi yang menghidangkan masakan Portugis dan Macanese. Kami diberitahu pemilik restoran ini adalah juga pemilik restoran Taste of India di mana kami makan tengahari tadi.
|
Bas
kami berhenti berhampiran Restoran Minchi. Bas ini adalah bas buatan
China, jadi pintunya terletak di sebelah kanan, sedangkan pemanduan di
Macau seperti di Hong Kong adalah di sebelah kiri. Jadi kami terpaksa
mengawal kanak-kanak dalam rombongan turun-naik dari bas ini di setiap
persinggahan. |
|
Pintu masuk ke Restoran Minchi |
|
Pemandangan di dalam Restoran Minchi |
Selepas makan malam, kami dibawa ke Outer Harbour Ferry Terminal untuk pulang semula ke Hong Kong.
|
Pemandangan malam di Macau sewaktu dalam perjalanan ke Outer Harbour Ferry Terminal. |
|
Satu lagi pemandangan dalam perjalanan ke Terminal Feri |
|
Rua de Malaca (Jalan Melaka) yang kami lalui dalam perjalanan ke Outer Harbour Ferry Terminal dari Restoran Minchi. |
Seperti juga semasa kedatangan, kami terpaksa melalui semula pemeriksaan imigresen di kedua-dua terminal feri di Macau dan Hong Kong. Jadi kalau anda merancang untuk melawat Macau dari Hong Kong seperti kami, jangan lupa membawa passport.
|
Perkhidmatan feri Hong Kong-Macau ini berlepas setiap 30 minit. |
|
Pemeriksaan tiket dan pemberian tempat duduk di pintu berlepas. |
|
Menunggu panggilan masuk ke dalam feri. |
|
Pemandangan kasino Sands di Macau, diperhatikan dari ruang menunggu pelepasan feri. |
|
Bergerak masuk ke dalam feri untuk pulang ke Hong Kong. |
Feri kami berlepas dari Macau ke Hong Kong pada pukul 7.30 malam. Seperti
perjalanan datang pada pagi tadi, perjalanan pulang juga memakan masa 1
jam. Namun tidak seperti perjalanan datang yang tenang, laut sedikit
bergelora sewaktu perjalanan pulang.
|
Pemandangan dalam feri Turbojet sewaktu pulang ke Hong Kong |
|
Selamat tiba di China Ferry Terminal, Kowloon pada pukul 8.30 malam. |
|
Pemandangan malam di China Ferry Terminal |
|
Stesen bas awam di China Ferry Terminal, Kowloon. Bas kami juga menanti di sini. |
Kembali ke hotel, kami tak keluar lagi kerana kepenatan, lebih-lebih lagi kerana kami perlu keluar awal pada esok pagi. Namun begitu, Abang dan Kakak Ipar masih bertenaga berkunjung ke pasar malam di Temple Street yang terletak di belakang Hotel Silka Seaview.
Bersambung Ke Hari-4 ...
CATATAN PERJALANAN HONG KONG (3rd VISIT) & MACAU (2013):