Sunday, 22 September 2013

2013 NORTH BORNEO RAILWAY & SANDAKAN BHG. 3 (Sandakan)

September 2013 

SABAH - 2nd VISIT 
North Borneo Railway & Sandakan 

Bahagian 3: Sandakan (2)
SANDAKAN CITY TOUR

HARI KETIGA (2)

Part 8: Sandakan City Tour 

Lawatan ke Sepilok & Labuk Bay memakan masa hanya setengah hari. Pada pukul 12.30 tengahari, kami dibawa kembali ke Bandar Sandakan untuk menikmati makan tengahari.

Perjalanan dengan van dari Labuk Bay kembali ke Sandakan memakan masa kira-kira 1 jam. Oleh kerana kepenatan meyaksikan aksi-aksi orangutan dan monyet di Sepilok dan Labuk Bay, kami tertidur sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke pusat bandar. 

SANDAKAN HOTEL

Makan tengahari disediakan di Hotel Sandakan. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Sandakan dan makanan disediakan secara buffet.

Bergambar di hadapan Hotel Sandakan.
Lobi Hotel Sandakan.
Restoran makan tengahari di Hotel Sandakan. Makanan disediakan secara buffet.

PUU JIH SYH TEMPLE  

Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Puu Jih Syh Temple yang terletak di atas sebuah bukit yang tinggi untuk melihat pemandangan bandar Sandakan dari sana.


Pemandangan dari bahagian dalam pintu gerbang masuk ke Puu Jih Syh Temple. Kelihatan patung-patung dewi Kwan Yin berdiri di sepanjang jalan masuk ke kuil ini.
Kuil ini terletak di atas sebuah bukit dan popular di kalangan pelancong kerana pemandangan indah Teluk Sandakan dapat diperhatikan dari sini.
Pemandangan bandar Sandakan dari Puu Jih Syh Temple.
Pemandangan Pelabuhan Sandakan dari Puu Jih Syh Temple
Taman di Puu Jih Syh Temple. Simbol agama Buddha yang berbentuk seperti Swastika sering mengejutkan pelancong Barat yang hanya mengetahui bahawa simbol berkenaan digunakan oleh tentera Nazi di bawah Adolf Hitler pada masa dahulu.
Tangga menuju ke taman Temple. Kami bagaimanapun tidak turun ke sana.
Sewaktu di sana, ada satu upacara keagamaan Buddha sedang diadakan.

Upacara keagamaan yang sedang diadakan di Puu Jih Syh Temple.
Plak peringatan perasmian di pintu masuk ke kuil.
Bandar Sandakan sedang mengalami perubahan musim monsun sewaktu kami berada di sana. Oleh yang demikian, hujan lebat turun hampir setiap hari. Hujan lebat juga turun sewaktu kami berada di Puu Jih Syh Temple. Ia sedikit sebanyak mengganggu perjalanan City Tour kami.

Menunggu seketika di Puu Jih Syh Temple sehingga hujan reda.
 
PASAR SANDAKAN 

Dari Puu Jih Syh Temple, kami sepatutnya bertolak ke Kampung Air Buli Sim Sim. Walau bagaimanapun, disebabkan hujan lebat, Liza mencadangkan supaya kami melawat dahulu ke Pasar Sandakan sehingga hujan reda.


Pasar Umum Sandakan
Pasar ini terletak di tepi laut, betul-betul bersebelahan dengan hotel penginapan kami, Hotel Four Points By Sheraton
Pasar ini menjual makanan segar, sayur dan buah-buahan di tingkat bawah
Selain itu, ia turut menjual barangan tradisional Sabah yang berasaskan hasil laut.
Food Court di Pasar Sandakan

KAMPUNG AIR BULI SIM SIM 

Hujan telah berhenti sewaktu kami keluar dari Pasar Sandakan. Oleh yang demikian, lawatan ke Kampung Air Buli Sim Sim yang merupakan destinasi terakhir dalam City Tour kami dapat diteruskan mengikut perancangan.


Masjid Sandakan yang dilalui dalam perjalanan ke Kg Air Sim Sim
Perkampungan air adalah pemandangan biasa di negeri Sabah. Pada masa dahulu, perkampungan seperti ini didiami oleh penduduk berketurunan Bajau yang juga dikenali sebagai Sea Gypsy. Namun demikian, perkampungan seperti ini kini didiami oleh penduduk Sabah dari berbilang kaum.

Kampung Air Buli Sim Sim adalah perkampungan air terbesar di Sandakan. Ia menjadi tempat tinggal 10,000 dari 450,000 penduduk Sandakan.

Pemandangan Kg Air Buli Sim Sim dari daratan.
Kenderaan-kenderaan yang diletakkan di pinggir jalan adalah dimiliki oleh penghuni Kg Air Buli Sim Sim.
Liza membawa kami melawat ke dalam perkampungan ini untuk melihat dengan lebih dekat cara hidup penduduk di sini.
 
Jambatan-jambatan seperti ini berfungsi seperti jalan-jalan di perkampungan tradisional di bahagian lain di Malaysia.
Pemandangan ke dalam Kampung Air dari jambatan utama.
Sanitasi adalah antara masalah utama yang masih belum dapat diatasi di perkampungan air seperti ini. Kawasan ini sangat kotor dengan sampah sarap, terutama ketika air surut.
Pemandangan dekat rumah-rumah di kampung air.
Semakin kampung berkembang, bilangan jambatan juga turut bertambah. Lampu-lampu jalan turut dipasang di atas jambatan untuk kemudahan penduduk kampung.
Satu lagi pemandangan rumah kediaman di tengah-tengah kampung air
Pemandangan rumah di penghujung kawasan perkampungan yang menghadap ke lautan luas.
Pokok bunga yang cantik di salah sebuah rumah di Kg Air Buli Sim Sim
Kebanyakan penghuni di kampung air memiliki bot seperti ini.

Part 9 : Hotel Four Points By Sheraton & Sandakan Waterfront 

Hotel penginapan kami di Sandakan adalah sebuah hotel 4 bintang yang bernama Hotel Four Points By Sheraton. Sebenarnya sewaktu mengatur percutian ini kami tak menyangka dapat tinggal di hotel mewah seperti ini. Namun inilah kelebihan jika menggunakan pakej percutian ~ ada kalanya travel agent dapat mengaturkan penginapan di hotel mewah dengan kos yang lebih murah.


Pemandangan Hotel Four Points By Sheraton dari depan Pasar Sandakan. Hotel ini juga bersambung dengan pusat membeli-belah Harbour Mall.
Kolam renang di Hotel Four Points By Sheraton di Sandakan
Pemandangan Bandar Sandakan dari kolam renang Hotel Four Points By Sheraton
Bergambar di penghujung kolam renang
Berehat di tepi kolam renang
Pemandangan indah matahari terbit dari Hotel Four Points By Sheraton. Sesuatu yang perlu diingati oleh pengunjung dari Semenanjung Malaysia yang bercuti ke Sandakan ialah waktu Solat Subuh dan Syuruk di Sandakan adalah 1 jam 10 minit lebih awal berbanding Kuala Lumpur.
Pemandangan indah Teluk Sandakan di waktu pagi dari restoran hotel.
Pintu masuk utama ke Hotel Four Points By Sheraton yang menghadap ke laut.
Business Centre di hotel ini boleh digunakan secara percuma oleh penghuni hotel. Kami menggunakan kemudahan di sini untuk membuat web check-in bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Sandakan Waterfront terletak betul-betul bersebelahan dengan Hotel Four Points By Sheraton. Ia adalah sebuah tempat peranginan kecil di pinggir laut yang dipenuhi dengan restoran. Jika suasana kawasan lain di bandar Sandakan telah sepi seawal jam 7 malam, Sandakan Waterfront masih hidup sehingga ke pukul 10 malam.

Pemandangan ke arah pintu masuk utama hotel yang menghadap ke laut dari Sandakan Waterfront
Pemandangan Sandakan Waterfront dari Hotel Four Points By Sheraton. Restoran Macdonald's ini terletak di tingkat bawah Harbour Mall yang bersambung dengan hotel.
Pancutan air interaktif di Sandakan Waterfront
Restoran-restoran yang membarisi Sandakan Waterfront
Pemandangan Hotel Four Points By Sheraton dari Sandakan Waterfront

HARI KEEMPAT

Part 10: Pemandangan Pagi Di Pasar Sandakan

Kami dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat Penerbangan Malaysia yang berlepas dari Sandakan pada pukul 11.30 pagi. Namun disebabkan waktu solat subuh masuk seawal pukul 4.40 pagi (dan waktu syuruk sebelum pukul 6 pagi) di Sandakan, kami terpaksa bangun awal. 

Bimbang kami tak terbangun jika tidur semula selepas solat subuh, kami membuat keputusan untuk meninjau aktiviti pagi di Pasar Sandakan yang terletak bersebelahan dengan hotel.

 
Memunggah hasil tangkapan laut di Pasar Sandakan
Ikan Merah segar dari laut
Menangkap gambar hasil tangkapan laut di Sandakan
Lelaki ini begitu sporting mengeluarkan ketam yang paling besar dari dalam kotak bila Husband meminta untuk menangkap gambar
Bot nelayan yang berlabuh di luar Pasar Sandakan

Part 11: Cerita Dalam Penerbangan Pulang

Tepat pukul 9.30 pagi, wakil Travel Agent datang menjemput kami untuk dihantar ke Lapangan Terbang Sandakan. Lapangan Terbang ini kecil sahaja dan terletak 13 km dari bandar Sandakan.

 
Lapangan Terbang Sandakan
Tempat menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Sandakan
Pemandangan di dalam Lapangan Terbang Sandakan
Cuaca yang cerah bertukar mendung menjelang tengahari. Hati kami sedikit bimbang jika penerbangan kami akan tertunda disebabkan cuaca buruk. Namun syukurlah pesawat kami tidak mengalami sebarang kelewatan.
 
Balai perlepasan di Lapangan Terbang Sandakan
Pesawat Penerbangan Malaysia yang membawa kami pulang ke Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Sandakan.
Kenangan percutian kami ke Sandakan rupanya tidak berakhir sewaktu pesawat Penerbangan Malaysia berlepas ke udara. Ada satu lagi peristiwa yang berlaku dalam penerbangan pulang. 

Sewaktu peramugari dalam pesawat hendak menghidangkan sajian penerbangan kepada penumpang, mereka mendapati crew sajian lupa nak membekalkan set cutlery (sudu, garfu dan pisau plastik) untuk kegunaan penumpang. Suasana panik timbul di kalangan cabin crew. Myself dan Husband dapat mendengar perbincangan di kalangan cabin crew kerana kami mendapat tempat duduk di bahagian depan pesawat.

Mujurlah ada lebihan set cutlery di Business Class. Maka set cutlery inilah yang diagihkan kepada penumpang kelas Ekonomi. Namun keutamaan diberi kepada penumpang yang terbang bersama kanak-kanak. 

Bagi penumpang-penumpang dewasa macam kami yang tak mendapat set cutlery, kami ditawarkan untuk membungkus makanan yang dihidangkan untuk dibawa balik ke rumah. Memandangkan waktu itu dahpun tengahari dan Myself agak kelaparan, Myself membuat keputusan untuk makan menggunakan tangan sahaja (Itulah kali pertama Myself makan nasi pakai tangan dalam kapalterbang!!) Lagipun penerbangan dari Sandakan terus ke Kuala Lumpur agak panjang ~ 2 jam 45 minit.

Walau apapun, penerbangan kami akhirnya selamat tiba di KLIA pada pukul 2.15 petang, 20 minit lebih awal berbanding jadual. Penerbangan agak lancar, walaupun terdapat gegaran yang agak teruk dalam perjalanan. Maklum sajalah, naik kapalterbang merentasi Laut China Selatan dalam musim angin monsun.


CATATAN PERJALANAN NORTH BORNEO RAILWAY & SANDAKAN (2013):

CATATAN PERJALANAN LAIN (SABAH):