Mei 2011
NORTH VIETNAM
Hanoi, Halong Bay & Tam Coc
Bahagian 3: Ninh Binh
BLUE GROTTO PAGODA & TAM COC
HARI KEEMPAT
Part 11: Ninh Binh
Lawatan terakhir dalam percutian kami ke Vietnam Utara adalah ke Ninh Binh.
|
Perjalanan ke selatan menuju ke Ninh Binh |
Tujuan ke sana adalah untuk melihat satu lagi warisan alam di Vietnam - Tam Coc.
|
Perjalanan dari Hanoi ke Ninh Binh |
Part 12: Blue Grotto Pagoda
Dalam perjalanan ke Tam Coc, kami singgah di Blue Grotto Pagoda.
|
Pintu masuk ke Blue Grotto Pagoda |
|
Pagoda di Aras Bawah |
|
Pemandangan di Blue Grotto Pagoda |
|
Terpaksa panjat tangga begini untuk naik ke pagoda di Aras Atas |
|
Pagoda di Aras Atas |
|
Puncak bukit pagoda |
|
Pemandangan dari pagoda di Aras Atas |
Part 13: Anh Dzung Garden Restaurant
Di Ninh Binh, makan tengahari disediakan di Anh Dzung Garden Restaurant. Hidangan yang disediakan adalah seafood.
|
Kedai Cenderamata di bahagian hadapan Anh Dzung Restaurant |
|
Taman di Anh Dzung Restaurant |
|
Pemandangan di dalam Anh Dzung Restaurant |
|
Makanan tradisional Vietnam yang disediakan atas daun lotus - "Nasi Daun Pisang Versi Vietnam" |
Part 14: Bersampan Di Tam Coc
Bersampan di Tam Coc adalah antara memori paling indah dalam semua perantauan Myself. Gelaran yang diberikan kepada Tam Coc sebagai "Inland Halong Bay" amat tepat sekali.
Di Tam Coc, kita menaiki sampan yang dikayuh dengan kaki merentasi sawah padi. Dalam perjalanan kita akan merentasi tiga buah gua. Pemandangan di kiri kanan memang rasanya tak terdapat di Malaysia.
Banyak gambar nak dikongsi di sini kerana pengalaman yang dilalui amat unik sekali.
|
Jeti sampan di Tam Coc. |
|
Inilah sampan-sampan yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Tam Coc. Yang berdiri di tepi jeti adalah pengayuh-pengayuh sampan. |
|
Perjalanan cruise sampan adalah sebenarnya menyusuri sebatang sungai yang di kiri-kanannya ditanam dengan sawah padi. |
|
Suasana di sekeliling hening sekali.. |
|
Sekali-sekali, kita akan bertemu dengan sampan-sampan yang sedang dalam perjalanan pulang. |
|
Hebat betul makcik pendayung sampan kami ni.. berdayung hanya menggunakan kaki. |
|
Pemandangan indah dalam pelayaran sampan di Tam Coc. Di sebalik gunung-gunung ini adalah negara Laos. |
|
Pemandangan sawah padi di Tam Coc dari dekat. Gambar diambil dari sampan. |
|
Menghampiri gua pertama |
|
Pemandangan dalam Gua Pertama |
|
Pemandangan di sebalik Gua Pertama |
|
Pemandangan selepas Gua Pertama |
|
Pemandangan Gua Kedua |
|
Pemandangan setelah melepasi Gua Kedua |
|
Pemandangan di Gua Ketiga |
Satu kejutan menanti apabila kami melepasi gua ketiga. Di sini penjaja-penjaja bersampan menanti untuk menjual barangan masing-masing.
|
Penjaja-penjaja bersampan menanti selepas Gua Ketiga |
|
Penjaja-penjaja bersampan merapati sampan pelancong untuk menjual barangan mereka |
Sampan akan berpatah balik ke pangkalan selepas ini.
|
Berpatah balik melalui Gua Ketiga |
|
Semakin ramai pelancong datang sewaktu kami berpatah balik. |
|
Pelbagai kegunaan daun teratai - antaranya sebagai topi penahan panas matahari. |
|
Bergaya betul dia orang ni dengan topi daun teratai masing-masing. |
|
Gambar ni diambil makcik pendayung sampan. Topi Vietnam yang dipakai pun dipinjam dari makcik tu. |
|
Kambing liar di tepi bukit |
|
Berusaha keras nak menangkap gambar kambing liar tu. |
|
Formasi batuan yang dinama Standing Buddha. Bak kata Quanh, segala-gala formasi batuan yang pelik dikaitkan dengan Buddha di Vietnam. Ada Standing Buddha, Sitting Buddha dsb. |
|
Tiba kembali ke Jeti Tam Coc. |
Kembali ke Hanoi, kami makan malam di sebuah lagi restoran makanan India, Khazaana Restaurant.
|
Menunggu makanan tiba di Khazaana Restaurant |
HARI KELIMA
Part 15 : Kepulangan Yang Penuh Dengan Kenangan
Lima hari berada di Vietnam, dah tiba masa untuk pulang. Antara banyak-banyak tempat dilawati, Hanoi dan Vietnam Utara adalah antara yang paling diingati.
|
Perjalanan ke Airport |
|
Tiba di Noibai Airport |
|
Bangunan terminal Noibai Airport |
|
Pemandangan di dalam Airport |
|
Pekerja-pekerja airport yang memakai baju tradisional Vietnam |
|
Pemandangan kesibukan di Noibai Airport |
Mengimbau kembali sewaktu mengatur perjalanan ke sini, Myself tidaklah begitu enthusiastic kerana setiap kali disebut Vietnam, orang akan bercerita tentang shopping di Ho Chi Minh City. Malah, setiap kali disebut Vietnam, orang pasti mencadangkan Ho Chi Minh City.
Hanoi seolah-olah tiada dalam radar pelancongan orang Malaysia. Tetapi, setelah berkunjung ke sini, Myself sering berkempen kepada mana-mana rakan yang teringin bercuti ke Vietnam untuk mengubah haluan mereka dari Ho Chi Minh ke Hanoi. Datanglah ke Hanoi, you are going to love it.
CATATAN PERJALANAN (NORTH VIETNAM) 2011: