Thursday, 1 December 2011

2011 SIEM REAP, CAMBODIA BHG. 1

November 2011

CAMBODIA
Siem Reap

Bahagian 1: Siem Reap
WEST BARRAY, CAMBODIA SILK, WAT THMEI, ARTISANS ANGKOR & TONLE SAP

Percutian ke Siem Reap, Cambodia diaturkan dalam masa yang sangat singkat. Waktu itu ada cuti panjang Awal Muharram dan Husband mempunyai tugasan luar. Disebabkan memikirkan boring kena tinggal di rumah bersendirian, Myself mengajak Nik untuk percutian singkat 3 Hari 2 Malam ke Siem Reap di Cambodia. Nik bersetuju, maka jadilah percutian ini.

HARI PERTAMA

Part 1: Terbang Ke Siem Reap

Kami bertolak ke Siem Reap dari LCCT dengan menaiki pesawat Air Asia. Disebabkan penerbangan ini bertolak awal pagi, Myself dan Nik sepakat untuk menyewa bilik di Concorde Inn berhampiran KLIA untuk memudahkan kami pergi awal ke LCCT pada keesokan paginya. Dari Concorde Inn, kami menaiki perkhidmatan shuttle yang disediakan ke LCCT dengan bayaran RM30 seorang.

Concorde Inn, KLIA
Pemandangan awal pagi di LCCT dari pesawat.
Penerbangan Air Asia dari LCCT ke Siem Reap
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Siem Reap hanya memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit. Oleh kerana kami bertolak awal pagi dari KL, awal pagi jugalah kami tiba di Siem Reap.

Kedudukan bandar Siem Reap di Cambodia
Pemandangan Tasik Tonle Sap dari udara
Sawah padi di Cambodia
Pemandangan sewaktu pesawat sedang turun untuk mendarat di Lapangan Terbang Siem Reap.
Siem Reap Airport
Perbezaan waktu KL dengan Siem Reap adalah 1 jam (lewat 1 jam di Siem Reap berbanding KL).

Pesawat Air Asia yang kami naiki tiba di Siem Reap.
Bangunan Terminal Siem Reap Airport
Berjalan menuju ke terminal airport selepas turun dari pesawat.
Airport Siem Reap kecil sahaja, tetapi senibinanya yang bercirikan tradisional Cambodia amat cantik.

Pemandangan di dalam Airport Siem Reap
Pemandangan menuju ke tempat pemeriksaan imigresen
Menunggu bagasi di Siem Reap Airport
Guide kami yang bernama Som telah sedia menanti. Kami terus dibawa melawat ke  West Barray.

Perjalanan dengan kereta dari Airport ke bandar Siem Reap
Pemandangan di bandar Siem Reap
Antara hotel mewah yang terdapat di Siem Reap
Sebuah lagi hotel mewah di Siem Reap
Penjual berbasikal di Siem Reap

Part 2: West Barray

Siem Reap adalah lokasi kota tua Angkor. Di sekitar kawasan Siem Reap terdapat banyak tinggalan sejarah kerajaan-kerajaan purba yang pernah berkuasa di sini pada masa dahulu. 

Som membawa kami melawat ke West Barray. West Barray adalah sebuah reservoir purba yang membekalkan air untuk kegunaan penduduk kota Angkor.

Som sedang memberi penerangan mengenai West Barray
West Barray yang sangat besar ini dibina sepenuhnya dengan menggunakan tangan.
Papan kenyataan mengenai sejarah West Barray
Sejarah West Barray
West Barray juga adalah tempat rekreasi yang popular bagi pengunjung tempatan.

Tempat berehat yang dibina bagi kegunaan penduduk tempatan yang lengkap dengan hammock di tepi West Barray yang berangin.
Makanan tempatan yang menyerupai pulut panggang dijual di West Barray.
Kedai menjual pakaian di West Barray
Katak panggang juga dijual di tepi West Barray
Kedai menjual makanan tempatan di West Barray.

Part 3: Perusahaan Cambodia Silk

Sepertimana Malaysia terkenal dengan perusahaan batik, Cambodia terkenal dengan perusahaan kain sutera yang dinamakan Cambodia Silk.

Kami melawat sebuah kilang sutera di Siem Reap yang sebahagian besar proses penghasilannya masih menggunakan kaedah tradisional.

Silk Factory
Daun Mulberry yang ditanam di sekitar Silk Factory untuk makanan ulat sutera.
Rumah ulat sutera.
Perangkap semut di tangga naik ke Rumah Ulat Sutera
Ulat sutera sedang diberi makan daun mulberry.
Kepompong ulat sutera
Menuju ke bengkel memintal benang
Spinning and Dyeing Workshop
Alat tenunan di Silk Factory
Bahan-bahan asli yang digunakan sebagai pewarna kain sutera
Proses mencelup warna kain sutera
Pekerja-pekerja sedang menenun corak pada kain sutera
Galeri pameran kain sutera
Landskap yang menarik di kilang sutera
Pemandangan yang mendamaikan di kilang sutera
Kafetaria di Kilang Sutera

Part 4: Wat Thmei

Cambodia pernah melalui sejarah hitam apabila negara ini diperintah oleh Pol Pot pada tahun 1970-an. Bagi memastikan tiada siapa mencabar kuasanya, Pol Pot membunuh golongan profesional dan keluarga mereka di Cambodia. Pembunuhan dilakukan secara kejam di seluruh Cambodia, termasuklah di Siem Reap, di mana pembunuhan dilakukan di sebuah kuil Buddha bernama Wat Thmei.

Menurut Som, selepas pemerintahan Pol Pot tamat, sami-sami Buddha di Wat Thmei telah mengutip serpihan-serpihan tulang mangsa untuk disimpan dengan cara terhormat untuk mendamaikan roh mangsa-mangsa pembunuhan.

Perkuburan tentera Cambodia yang dilalui dalam perjalanan ke Wat Thmei
Tembok yang mengelilingi perkuburan tentera dihiasi dengan patung-patung dewa yang memegang binatang seperti ular. Patung seperti ini banyak dilihat di seluruh Siem Reap.
Wat Thmei
Tengkorak mangsa-mangsa pembunuhan yang dikumpulkan di Wat Thmei
Membaca sejarah Killing Field di Wat Thmei
Dewan Sembahyang Utama di Wat Thmei
Pemandangan di dalam Wat Thmei
Stupa untuk pembakaran mayat.

Part 5: Artisans Angkor

Kami kemudiannya dibawa mengunjungi Artisans Angkor, sebuah pusat kraftangan yang diasaskan oleh seorang lelaki Perancis bagi membantu penduduk tempatan mendapatkan pekerjaan.

Berjalan masuk ke Artisans Angkor. Kedatangan kami disambut oleh seorang Local Tour Guide di sini (yang memberikan sembah hormat mengikut cara orang Cambodia)
Kraftangan yang dihasilkan di Artisans Angkor amat cantik dan berkualiti tinggi. Di sini juga, ada seorang guide tempatan yang memberi penerangan tentang kraftangan yang dihasilkan.

Lukisan Tradisional
Lukisan Angkor Wat yang sangat cantik.
Pekerja-pekerja di Artisans Angkor
Membuat ukiran batu.
Seni Lacquer
Lukisan Apsara
Silverworks
Bongkah-bongkah batu untuk ukiran.
Ukiran batu
Ukiran Kayu
Landskap di Artisans Angkor
Ukiran batu dan kayu yang menghiasi landskap di Artisans Angkor

Part 6: Angkor Star

Makan tengahari disediakan di Angkor Star Cafe.


Angkor Star Cafe.
Angkor Star Cafe

Part 7: Somadevi Angkor Hotel

Hotel penginapan kami, Somadevi Angkor Hotel terletak di tengah bandar Siem Reap.

Somadevi Angkor Hotel
Kaunter pendaftaran di Somadevi Angkor Hotel
Lobi Somadevi Angkor Hotel.
Pintu lif yang cantik di Somadevi Angkor Hotel
Kolam renang di Somadevi Angkor Hotel.
Taman yang cantik di Somadevi Angkor Hotel. Kami sempat mencuba Cambodian Massage di Spa Hotel di sini.
Sewaktu tiba di Somadevi Angkor Hotel, bilik kami belum sedia lagi kerana waktu check-in hotel adalah pukul 2 petang. Jadi untuk mengisi masa yang terluang, Som mencadangkan supaya kami berkunjung ke Tonle Sap.

Pemandangan dari bilik hotel kami.
Restoran sarapan pagi di Somadevi Angkor Hotel
Hiasan yang menarik di dalam restoran.

Part 8: Tonle Sap

Dengan bayaran tambahan USD20, Som membawa kami ke Tonle Sap. Jalan ke sana amat buruk kerana kawasan tersebut baru saja dilanda banjir besar.


Dalam perjalanan ke Tonle Sap kami juga dapat mendengar azan Zohor berkumandang di udara. Mungkin ada masjid berdekatan walaupun tak nampak dalam pandangan.

Jeti Tonle Sap
Tonle Sap adalah tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Ia juga mempunyai perkampungan terapung yang dihuni sebahagian besarnya oleh rakyat Cambodia berketurunan Vietnam.

Dalam bot persiaran di Tonle Sap
Bersiar-siar dengan bot di Tonle Sap
Beginilah besarnya tasik Tonle Sap - macam laut. Tasik ini bersambung dengan beberapa batang sungai di Cambodia.
Tonle Sap adalah tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara
Loji rawatan air minum yang didirikan dengan bantuan dari sebuah agensi Amerika Syarikat, USAID.
Kata Guide kami Som, dalam musim hujan, air Tonle Sap akan naik lebih tinggi lagi sehingga pokok-pokok yang kelihatan dalam gambar ini akan tenggelam.

Perkampungan Terapung Penduduk Berketurunan Vietnam
Sekolah rendah yang didirikan dengan bantuan dari Kerajaan Korea Selatan.
Kanak-kanak sekolah rendah sedang belajar di dalam kelas.
Gereja di Tonle Sap
Sebuah restoran di Tonle Sap
Feri ekspres dari Phnom Penh ke Siem Reap melalui Tonle Sap.
Majlis perkahwinan di Tonle Sap
Bot membuat persinggahan di sebuah pusat penternakan ikan sangkar di Tonle Sap. Buaya juga turut diternak di sini.
Bergambar di tempat penternakan ikan di Tonle Sap.
Kanak-kanak ini membawa seekor ular sawa sambil bersampan dalam sebuah kuali besar untuk meminta sedekah dari pelancong-pelancong di sini.
Buaya yang diternak di Tonle Sap
Ngeri melihat buaya-buaya di sini.
Pemandangan Kampung Terapung di Tonle Sap.
Perjalanan pulang ke jeti. Ketika ini musim panas, jadi banyak kelihatan tumbuh-tumbuhan di dalam tasik ketika ini.
Jeti tambatan bot cruise (berlatarbelakangkan Tonle Sap)
Jeti tambatan bot cruise (berlatarbelakangkan bangunan Jeti)
Tempat parking kenderaan di Tonle Sap. Di sekitar Tonle Sap yang dikira sebagai kawasan luar bandar, tak banyak terdapat jalan-jalan yang berturap.

Part 9: Bandar Siem Reap

Petang itu, disebabkan ada masa terluang, kami berjalan-jalan di Bandar Siem Reap.

Pemandangan pusat bandar Siem Reap
Persimpangan jalan yang sibuk di bandar Siem Reap
KFC Halal di Siem Reap
Central Market di Siem Reap. Peniaga berketurunan Cham di sini bertutur dalam Bahasa Melayu yang berbunyi seakan-akan loghat Kelantan.
Pemandangan malam di bandar Siem Reap. Ada banyak kedai menjual barangan dari kulit buaya seperti beg tangan di sini. Namun mungkin disebabkan kulit buaya ini tidak disamak dengan elok, bau kulit buaya ini sangat tidak menyenangkan.
Pemandangan Hotel Somadevi Angkor di waktu malam.

Part 10: Angkor Mondial Restaurant

Makan malam pada hari pertama disediakan di Angkor Mondial Restaurant sambil menyaksikan Pertunjukan Kebudayaan.


Angkor Mondial Restaurant
Makanan di Angkor Mondial disediakan secara buffet.
Pada mulanya kami mendapat tempat duduk agak jauh dari pentas. Som merasa hairan kerana setahu beliau tempahan tempat duduk bagi kami adalah berdekatan dengan pentas. 

Sebaik habis makan, sebelum persembahan bermula, wakil Travel Agent di Cambodia datang menemui kami. Dia memberitahu ada sedikit silap faham dengan restoran dan dia telah membetulkan kesilapan itu. Kami kemudiannya diberi tempat duduk dekat dengan pentas.

Kebudayaan Cambodia banyak pengaruh dari epik Hindu, Ramayana walaupun penduduk negara ini majoritinya beragama Buddha
Tarian tradisional ini dinamakan Apsara, dan ia dianggap tarian negara Cambodia. Pergerakannya macam tarian Bollywood yang sering dilihat di TV - banyak pergerakan kepala, mata dan tangan, cuma gerakannya lemah gemalai dan tidak agresif.
Tarian rakyat Cambodia


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN SIEM REAP (2011):