Friday, 27 May 2011

2011 NORTH VIETNAM BHG. 1 (Hanoi 1)

Mei 2011

NORTH VIETNAM 
Hanoi, Halong Bay & Tam Coc

Bahagian 1: Hanoi (1)
HO CHI MINH PRESIDENTIAL AREA, ONE PILLAR PAGODA & TEMPLE OF LITERATURE

Rancangan asal percutian ke Vietnam Utara adalah menyertai rombongan Apple Holidays ke Taiwan. Namun disebabkan rombongan tersebut tidak dapat diadakan, kami ditawarkan Private Tour ke Hanoi. Ini adalah kali pertama Myself dan Husband membuat percutian secara Private Tour.

HARI PERTAMA

Part 1: Tiba Di Hanoi 

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hanoi memakan masa kira-kira 2 jam 30 minit. Sebaik pesawat Malaysia Airlines yang kami naiki memasuki ruang udara Vietnam, terbentanglah pemandangan sawah padi yang amat luas.


Sawah padi terbentang luas di Vietnam. Vietnam adalah negara pengeluar beras kedua terbesar di dunia selepas Thailand.
Amat mudah bagi pelancong berkunjung ke Vietnam. Kita hanya perlukan passport sahaja. Tiada keperluan mengisi Landing Card seperti di negara-negara lain.

Lapangan Terbang Noibai di Hanoi, Vietnam
Tiba di Noibai Airport, pemandu pelancong kami Quanh telah sedia menanti. Sebelum tiba, kami dinasihatkan oleh mereka yang pernah berkunjung ke Vietnam supaya membawa US Dollar ke Vietnam dan tak perlu menukar matawang Dong kerana penggunaan US Dollar sangat meluas.

Namun disebabkan tak pasti sama ada nasihat yang diterima benar atau sebaliknya, kami menukar sedikit matawang Dong. Walau jumlah yang ditukar tak banyak, tu dia!! Sekepuk duit Dong diberi kepada kami sewaktu membuat pertukaran wang di Noibai Airport.

Kami dibawa menaiki kereta ke hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Hanoi. Dalam perjalanan kami melintasi sebatang sungai yang dinamakan Red River.

Red River - dalam perjalanan dari Noibai ke Hanoi
Kata Quanh, punca Red River terletak di negara China. Sungai ini dinamakan Red River kerana pada musim-musim tertentu, ia membawa kelodak berwarna merah dari negara China.

Walau Hanoi adalah ibunegara Vietnam, ia bukanlah bandar terbesar di negara ini. Kota terbesar di Vietnam ialah Ho Chi Minh City yang terletak di Vietnam Selatan. Jika anda biasa dengan sejarah Vietnam, anda pasti tahu bahawa pada masa Perang Dingin, Vietnam terbahagi kepada dua bahagian. Vietnam Utara diperintah oleh komunis yang berkiblatkan Rusia manakala Vietnam Selatan diperintah oleh Amerika Syarikat. Sebelum itu, seluruh Vietnam dijajah oleh tentera Perancis.

Stesen Petronas dalam perjalanan dari Airport ke Hanoi.
Perumahan moden berhampiran kota Hanoi.
Bandar lama Hanoi
Pengaruh Perancis masih jelas kelihatan di Hanoi. Senibina bangunan masih banyak kelihatan menggunakan ciri-ciri Perancis. Cara hidup masyarakat Hanoi yang simple juga menggambarkan pengaruh komunis yang pernah dilalui dahulu.

Bangunan rumah-rumah kediaman di sekitar Hanoi dibina tirus dan bertingkat.
Hotel penginapan kami bernama Flower Garden Hotel. Sebaik tiba di bilik, Husband menjenguk keluar tingkap dan mendapati ada pembinaan tengah dibuat betul-betul di sebelah bilik kami. Staff hotel meyakinkan kami bahawa bunyi bising pembinaan tidak akan mengganggu. Memang benar, tiada bunyi bising kedengaran kerana kerja-kerja pembinaan dilakukan menggunakan tangan. Tiada langsung mesin-mesin moden yang bising digunakan.

Flower Garden Hotel, Hanoi
Bilik penginapan di Flower Garden Hotel
Pemandangan bandaraya Hanoi dari Flower Garden Hotel
Tiada aktiviti dirancang untuk kami pada petang itu. Berbekalkan peta Hanoi yang diberikan oleh Quanh, kami bersiar-siar di sepanjang jalan di depan hotel sehinggalah tiba ke sebuah tasik.

Wayar elektrik yang berselirat di atas kepala adalah pemandangan tipikal di Hanoi.
Pemandangan di hadapan Flower Garden Hotel
Sekolah berhampiran Flower Garden Hotel
Penjaja-penjaja jalanan juga adalah pemandangan tipikal di Hanoi.
Banyak tasik terdapat di bandar Hanoi. Kalau tak salah terdapat 16 buah semuanya. Salah satu di antaranya, Ho Truc Bach Lake boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari Flower Garden Hotel.

Dalam perjalanan ke Ho Truc Bach Lake.
Ho Truc Bach Lake - tak kelihatan di dalam gambar, tetapi tasik ini penuh dengan sampah terapung.
Bermain Chinese Chess di tepi Tasik Ho Truc Bach
Penunggang motosikal amat ramai di Hanoi. Perlu berhati-hati ketika melintas jalan.

Part 2: Tandoor Restaurant

Makan malam pada hari pertama disediakan di Tandoor Restaurant.

Tandoor Indian Restaurant
Menarik juga kalau dapat makan di balkoni luar tu.
Kedai-kedai di hadapan Restoran Tandoor

HARI KEDUA (1)

Part 3: Ho Chi Minh Presidential Area


Kereta Honda City yang digunakan untuk membawa kami sepanjang percutian di North Vietnam
Pada hari kedua, kami dibawa menyusuri sejarah hidup Bapa Kemerdekaan Vietnam yang juga presidennya yang pertama, Ho Chi Minh. Segala-gala tentang Ho Chi Minh terkumpul di sebuah kawasan yang dipanggil Ho Chi Minh Presidential Area.

Pintu masuk ke Ho Chi Minh Presidential Area
Mercu tanda utama Ho Chi Minh Presidential Area ialah Mausoleum Ho Chi Minh di mana mayat presiden pertama Vietnam, Ho Chi Minh disemadikan.
Mausoleum Ho Chi Minh
Sebelum meninggal dunia, Ho Chi Minh mewasiatkan supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di utara, tengah dan selatan Vietnam. Namun wasiat ini tidak dipenuhi oleh rakyat Vietnam. Sebaliknya, mayat Ho Chi Minh diawet dan disemadikan di Mausoleum Ho Chi Minh di Hanoi. Mayat Ho Chi Minh boleh dilawat di Mausoleum ini, tetapi pada hari kami melawat ke situ Mausoleum ini ditutup kepada orang awam untuk tujuan penyelenggaraan.

Taman di Ho Chi Minh Presidential Area ini dijaga rapi oleh Kerajaan Vietnam.
Demi memujuk Ho Chi Minh menerima kehadiran mereka di Vietnam, penjajah Perancis telah menawarkan sebuah mansion sebagai rumah kediaman beliau. Namun begitu, Ho Chi Minh menolak tawaran tersebut dan memilih untuk tinggal di sebuah rumah kayu berhampiran. Menurut ceritanya, sebagai seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, Ho Chi Minh tidak sampai hati untuk tinggal di sebuah kediaman mewah padahal rakyat negaranya rata-rata hidup miskin dan melarat di bawah penjajahan Perancis.

Mansion mewah yang ditawarkan sebagai kediaman oleh Kerajaan Perancis kepada Ho Chi Minh.
Rumah kayu tradisional di pinggir tasik yang menjadi pilihan kediaman Ho Chi Minh
Sewaktu hayatnya, Ho Chi Minh juga mempunyai pejabat di kawasan berhampiran rumah beliau.

Bangunan pejabat dan garaj kereta Ho Chi Minh
Pejabat Ho Chi Minh di Presidential Area masih dikekalkan dalam keadaan asal. Untuk membolehkan pengunjung melihat ke dalam, sebelah dinding bangunan ini digantikan dengan kaca.
Koleksi kenderaan rasmi Ho Chi Minh. Beliau paling suka menggunakan kereta buatan Rusia.
Sebahagian bangunan garaj kereta kini dijadikan kedai cenderamata
Terus-terang dikatakan, Myself merasa amat kagum melihat usaha Kerajaan Vietnam mengekalkan segala warisan Ho Chi Minh di sini. Walaupun bangunan-bangunannya dimodenkan, perasaan tradisional sebenarnya tidak hilang langsung.

Jalan menuju ke rumah kediaman Ho Chi Minh. Berjalan di tepi tasik ini bagaikan berjalan dalam sebuah perkampungan tradisional Vietnam.
Ho Chi Minh tidak pernah berkahwin dan tidak berkeluarga. Beliau tinggal bersendirian di rumah kayu ini.

Bahagian bawah rumah yang terbuka digunakan oleh Ho Chi Minh untuk bermesyuarat dengan pembantu-pembantunya.
Ho Chi Minh tinggal di bahagian atas rumah kayu ini. Dia tidur berkelambu dalam bilik tidur di sebelah kanan ini.
Balkoni rumah Ho Chi Minh
Pemandangan dari balkoni rumah Ho Chi Minh
Katil Ho Chi Minh
Satu lagi pemandangan dari balkoni rumah Ho Chi Minh. Tali-tali ini dipasang sebagai siren amaran mengenai kehadiran musuh.
Di hari tuanya, sebuah rumah kayu dibina untuk Ho Chi Minh di atas tanah kerana beliau tidak lagi berupaya menaiki tangga.
Beduk ini akan diketuk untuk memberi amaran tentang kehadiran musuh. Binaan berdinding biru di belakangnya adalah tempat perlindungan bom (bomb bunker).

ONE PILLAR PAGODA

One Pillar Pagoda terletak berdekatan Ho Chi Minh Presidential Area. Pagoda ini dibina di atas sebatang tiang konkrit dengan dikelilingi kolam lotus. 

Melintasi kembali Mausoleum Ho Chi Minh untuk ke One Pillar Pagoda.
One Pillar Pagoda
Menurut ceritanya, ia dibina oleh seorang Raja sebagai membayar nazarnya selepas mendapat anak. Sebelum dia mendapat anak, Raja tersebut bermimpi bertemu dengan seorang orang alim Buddha yang duduk di atas sepohon lotus. Orang alim inilah yang telah menjanjikan Raja bahawa beliau akan mendapat anak. Makanya, pagoda ini dibina oleh Raja tersebut atas sebatang tiang sebagai gambaran pohon lotus yang ditemui dalam mimpi.

Pemandangan dekat One Pillar Pagoda
Penjaja yang memakai topi tradisional Vietnam di One Pillar Pagoda
Ho Chi Minh Museum

Part 4: Temple of Literature

Temple of Literature adalah universiti yang pertama dibina di Vietnam bertujuan untuk memberi pendidikan kepada bakal-bakal pemimpin negara. Ia dibina berdasarkan falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh Confucius di negara China.

Pintu masuk ke Temple of Literature
Pemandangan di dalam Temple of Literature
Pintu gerbang di dalam Temple of Literature
Kolam di dalam Temple of Literature. Suasana di dalam Temple of Literature dibina supaya penuh ketenangan untuk membolehkan penuntut-penuntut mentelaah pelajaran tanpa gangguan.
Nama-nama penuntut yang lulus dalam Peperiksaan Negara akan diukir pada batu-batu ini. Perhatikan dasar batu yang diukir seperti bentuk kura-kura. Kura-kura adalah haiwan suci kepada penganut Buddha.
Sebelum menduduki peperiksaan, penuntut-penuntut akan mengusap kepala kura-kura batu untuk mendapatkan good luck. Amalan ini masih diteruskan oleh pelajar-pelajar sekolah di Vietnam hari ini.
Kuil untuk Confucius di dalam Temple of Literature
Pemandangan di dalam Kuil Confucius
Patung Confucius di Temple of Literature
Kura-kura emas yang disimpan di Kuil Confucius di Temple of Literature
Bonsai
Perhiasan lotus di Temple of Literature

Part 5: Cyclo Tour Di Hanoi

Beca, yang dinamakan Cyclo, adalah satu tarikan pelancong di Hanoi selain digunakan oleh penduduk tempatan. Untuk melihat kehidupan masyarakat Hanoi dengan lebih dekat, kami membuat keputusan untuk mencuba Cyclo Tour.

Kami terpaksa naik 2 cyclo sebab tak muat nak kongsi berdua. Orang Vietnam ni badan comel-comel.
Pelbagai pemandangan ditemui dalam Cyclo Tour ini.

Penunggang-penunggang basikal dan motorsikal. Waktu itu musim panas, jadi penunggang-penunggang wanita akan memakai pakaian yang berlitup habis sebab takut kulit hitam terkena sinaran matahari.
Pemandangan kedai kopi tipikal di Vietnam. Minum kopi sambil duduk atas pangkin kecil. Pakcik ni siap melambai tangan sewaktu gambarnya diambil.
Pemandangan ke depan dari dalam Cyclo.
Penjaja jalanan yang ditemui sewaktu Cyclo Tour
Wayar elektrik yang berselirat atas kepala
Di Hanoi, ada banyak kedai-kedai menjual kasut seperti ini.
Bangunan Bank of Vietnam
Kalau tak salah, ini US Embassy di Hanoi
Hotel Metropole Hanoi adalah hotel bertaraf 5 bintang pertama di Vietnam
Pemandangan sebuah hospital di Hanoi.
Bangunan Opera House - peninggalan Perancis di Hanoi

Part 6: India Palace Restaurant

Kami makan tengahari di sebuah lagi restoran India yang bernama India Palace Restaurant.

West Lake di hadapan India Palace Restaurant. Ini adalah tasik terbesar di Hanoi.
Mengikut Quanh ke India Palace Restaurant.
Makanan tengahari di India Palace Restaurant


  Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN (NORTH VIETNAM) 2011: