Saturday, 28 May 2011

2011 NORTH VIETNAM BHG. 2 (Halong Bay & Hanoi 2)

Mei 2011

NORTH VIETNAM 
Hanoi, Halong Bay & Tam Coc

Bahagian 2: Halong Bay & Hanoi (2)
HALONG BAY, HOAN KIEM LAKE & WATER PUPPET

HARI KEDUA (2)

Part 7: Perjalanan Ke Halong Bay 
 

Selepas puas melawat Hanoi, kami bertolak ke Halong Bay dengan kereta.


Dari Hanoi ke Halong Bay
Pemandangan sepanjang perjalanan adalah sawah padi yang luas terbentang.

Pemandangan sawah padi di antara Hanoi dan Halong Bay
Melalui lintasan keretapi dalam perjalanan dari Hanoi ke Halong
Dari segi geografi, negara Vietnam agak sebanding dengan Chile di Amerika Selatan. Negaranya kurus dan panjang. Tak ada satu tempat pun di Vietnam yang mempunyai jarak melebihi 50 km darlaut.

Fishing Hut di Teluk Halong
Di Halong, hotel penginapan kami adalah Ha Long Pearl Hotel.

Ha Long Pearl Hotel
Pemandangan laut dari Ha Long Pearl Hotel
Makan malam adalah seafood dinner yang disediakan di pinggir pantai Halong.

Restoran dinner kami di Halong - Golden Sands Seafood Restaurant
Pemandangan di dalam Golden Sands Restaurant
Dalam menu, ada ditulis ikan sebagai salah satu menunya. Tapi tukang masak tu lupa nak masak ikan. Bila ditanya kepada waitress, dia cukup panik bila mendapati tukang masak dah keluar.

Sampai ke sudah kami tak dapat ikan tu. Bila Quanh tiba, terus saja waitress tu mendapatkan Quanh untuk menerangkan keadaan. Tapi tak apalah, kami pun dah kenyang makan seafood-seafood lain yang dihidangkan seperti udang, ketam dan sotong.

HARI KETIGA

Part 8: Cruise Halong Bay

Halong Bay adalah salah sebuah Tapak Warisan Dunia yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO. Untuk menikmati keindahannya, kita perlu menaiki cruise di Teluk Halong.

Pelancong-pelancong yang ingin menikmati keindahan Halong Bay di Baichay Tourist Wharf.
Bot-bot cruise di Baichay Tourist Wharf, Halong Bay.
Pemandangan di dalam bot cruise
Pemandu bot
Bergambar di deck atas Boat Cruise. Bot sebesar ini, penumpangnya cuma kami berdua bersama Quanh kerana ia ditempah khas untuk kami.
Banyak sungguh bot cruise di Halong Bay ni
Bot-bot cruise akan juga membuat beberapa persinggahan di tempat-tempat menarik sepanjang cruise. Yang ini adalah di sebuah gua yang dinamakan Dong Thien Cung.
Pintu masuk ke dalam gua

Pemandangan dari pintu gua.
Pemandangan di dalam gua. Cantik.
Laluan pejalan kaki di dalam gua.
Kolam air semulajadi di dalam gua.
Mengabadi kenangan selepas keluar dari gua
Kembali ke bot cruise.
Perjalanan cruise diteruskan lagi...

Semakin jauh perjalanan cruise, pemandangan semakin indah.
Persinggahan seterusnya ialah ke rumah nelayan terapung (sama macam kat Langkawi di Malaysia).
Pemandangan dalam rumah nelayan. Lubang-lubang kat lantai tu adalah sangkar ikan.
Kembali ke bot di rumah nelayan terapung.
Inilah ikon Halong Bay - "Fighting Cocks Rock". "They are Halal chickens", kata Quanh, bergurau dengan kami.
Makan tengahari juga disediakan di atas bot cruise.

Hidangan makanan seafood untuk makan tengahari
Jika anda memilih untuk bermalam di atas bot di Halong Bay, inilah antara bot yang disediakan.
Junk tradisional Vietnam di Halong Bay.
Nelayan di Halong Bay
Selepas hampir sehari suntuk naik cruise di Halong Bay, kami kembali ke Hanoi. Setibanya di sana, kami dibawa melawat ke Hoan Kiem Lake.

Part 9: Hoan Kiem Lake

Disebabkan kedudukannya yang jauh ke utara, Hanoi adalah satu-satunya ibukota di Asia Tenggara yang mengalami 4 musim. Pada bulan Mei, Hanoi mengalami musim panas. Keindahan musim panas sangat jelas sewaktu kami melawat ke Hoan Kiem Lake.

Pemandangan musim panas di Hoan Kiem Lake
Jambatan menuju ke Ngoc Sun Temple
Keindahan Hoan Kiem Lake dari atas jambatan.
Tasik ini sentiasa ramai pengunjung kerana di sebuah pulau buatan di tengah tasik terdapat sebuah kuil yang dinamakan Ngoc Sun Temple.

Ngoc Sun Temple di Hoan Kiem Lake
Penganut-penganut Buddha bersembahyang di Ngoc Sun Temple
Ada beberapa kura-kura gergasi tinggal di Tasik Hoan Kiem. Seekor darinya yang telah mati diawet dan disimpan di Ngoc Sun Temple kerana kura-kura adalah binatang suci dalam agama Buddha.
Bermain Chinese Chess di luar Temple
Pemandangan Bandar Hanoi dari Ngoc Sun Temple di Hoan Kiem Lake.

Part 10: Water Puppet

Kami juga berkesempatan menyaksikan Water Puppet, iaitu persembahan tradisional masyarakat Vietnam (macam wayang kulit di Malaysia) sewaktu di Hanoi.


Thang Long Water Puppet Theatre
Pentas Water Puppet
Menurut ceritanya, permainan Water Puppet ini direka oleh petani untuk hiburan sewaktu tidak dapat bersawah kerana banjir di Musim Monsoon.

Persembahan Water Puppet yang dimainkan di atas air
Pemain-pemain Water Puppet membuat persembahan kepada patung Buddha di akhir persembahan.
Penutup Water Puppet Show.


   Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN (NORTH VIETNAM) 2011: