Monday, 6 February 2017

2017 BRUNEI (2nd VISIT) BHG. 08 (BWN - KUL)

Januari 2017

BRUNEI DARUSSALAM (2nd Visit)
Bandar Seri Begawan

Bahagian 8: Bandar Seri Begawan (2)
PULANG KE MALAYSIA

HARI KETIGA

Part 22: Brunei International Airport

Percutian singkat 3 Hari 2 Malam yang sangat menyeronokkan ini berakhir sudah. Pada pukul 6.30 pagi, bas membawa kami ke Lapangan Terbang Antarangsa Brunei yang terletak hanya 5 minit perjalanan dari hotel penginapan kami, Times Hotel. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami dari hotel ke airport.

Bertolak ke Lapangan Terbang dalam hujan lebat di awal pagi.
Tiba di airport
Airport di Brunei tak sibuk macam KLIA. Penumpang hanya perlu check-in 2 jam sebelum penerbangan. Awal-awal pagi macam ni, lagilah lengang suasana di airport ni.

Suasana di Drop-Off Area Brunei International Airport
Pintu Perlepasan
Membawa bagasi masing-masing masuk ke dalam airport.
Ini satu lagi kelebihan mengikut pakej percutian Royal Brunei Holidays ni... Sewaktu check-in, semua Boarding Pass telah pun disediakan oleh petugas di Kaunter Royal Brunei walaupun kami tak membuat on-line check-in untuk penerbangan pulang ni. Selepas membuat document check, kami hanya perlu membuat bag drop saja.

Document Check di kaunter Royal Brunei Airlines.
Menunggu giliran membuat Bag Drop.
Kaunter Check-in Royal Brunei Airlines
Disebabkan kami terpaksa keluar awal dari hotel untuk mengejar flight, kami tak sempat bersarapan di hotel. Mujurlah di airport ini ada sebuah restoran buffet untuk sarapan pagi. Bayaran yang dikenakan ialah BND12 (RM36) seorang, tapi Myself rasa sangat berbaloi kerana pilihan makanannya banyak dan sedap.

Restoran Buffet Breakfast di Brunei International Airport.
Sebahagian pilihan makanan yang ada
Bersarapan pagi ramai-ramai.
Pemandangan dari restoran.
Dua hari lepas kita lalu kat bawah sana waktu mula tiba di Brunei...

Part 23: Boarding

Selesai bersarapan, kami bergerak masuk ke Pintu Perlepasan.

Berkumpul untuk bergerak masuk ke Boarding Area.
Masuk ke kawasan Pintu Perlepasan selepas Pemeriksaan Imigresen.
Ruang Menunggu. Airport di Brunei ni tak ada Smoking Area tau...
Pemandangan menghala ke kawasan Pemeriksaan Imigresen yang dilalui tadi.
Pintu Perlepasan kami adalah Pintu 1.
Pesawat kami dijadual berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi. Sambil menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat, kita tinjau-tinjau apa yang ada di kawasan Boarding Gate ini.

Suasana di kawasan Boarding Gate.
Macam kat Dubai pulak ada pokok kurma macam ni.
Satu lagi pemandangan di kawasan Boarding Gate.
Pesawat Royal Brunei kami dah sedia untuk berlepas.
Menunggu panggilan masuk ke pesawat.

Part 24: Terbang Pulang

Tepat pukul 8 pagi, penumpang Royal Brunei Airlines BI 871 dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Lorong menuju ke pintu pesawat.
Airbridge menuju ke pintu pesawat
Penumpang-penumpang Royal Brunei.
Pramugara dan pramugari Royal Brunei.
Doa perjalanan dibaca sebelum pesawat berlepas.
Hujan renyai mengiringi kepulangan kami ke Kuala Lumpur. Syukurlah hari tak hujan sepanjang hari semalam sewaktu kami membuat Tour.
Pemandangan sewaktu pesawat ditolak keluar dari pintu perlepasan.
Tepat pukul 9 pagi mengikut jadual, pesawat kami berlepas meninggalkan Brunei Darussalam menuju ke Kuala Lumpur.  Tak seperti di KLIA, pesawat tak perlu beratur menunggu giliran untuk terbang di sini.

Hujan yang mencurah di Brunei Darussalam.
Selamat meluncur ke udara.
Pelangi pagi
Membelah awan menuju ke Laut China Selatan.
Inflight Entertainment.
Sajian penerbangan
Pilih Makanan Western pagi ni...
Awan tebal di bumi Malaysia.
Suratkhabar Brunei yang dibaca dalam pesawat. Disebabkan Brunei terlalu kecil, lebih banyak berita antarabangsa dari berita domestik di dalamnya.
Membelah awan untuk turun di KLIA.
Hampir tiba di KLIA.
Selamat mendarat di KLIA
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 11.20 pagi mengikut jadual. Seperti tagline yang digunakan dalam iklan Penerbangan Malaysia: Journeys Are Made By The People You Travel With, Myself memang gembira membuat perjalanan ini, lebih-lebih lagi bila melihat kegembiraan dan kepuasan di wajah ahli-ahli rombongan. Malah ada yang dah bertanya, ke mana pula perjalanan kita tahun depan? Errkk.. ke mana, ya?

Menuju ke Pintu Ketibaan di KLIA
Menunggu giliran turun dari pesawat
Terma kasih, Royal Brunei Airlines!


CATATAN PERJALANAN BRUNEI (2nd VISIT) (2017):

CATATAN PERJALANAN BRUNEI LAIN: