Januari 2017
BRUNEI DARUSSALAM (2nd VISIT)
Bandar Seri Begawan
Bahagian 5: Bandar Tour (2)LAPAU DIRAJA & ROYAL REGALIA
HARI KEDUA (4)
Part 13: Lapau Diraja
Kami ditunjukkan bangunan Lapau Diraja di Bandar Seri Begawan yang merupakan Dewan Istiadat Diraja Brunei. Di sinilah upacara pertabalan Sultan dan upacara perkahwinan diraja diadakan. Ia terletak di seberang Bangunan Royal Regalia.
|
Lapau Diraja |
Lapau Diraja adalah Dewan Istiadat Diraja Brunei. Di sinilah istiadat-istiadat diraja dilangsungkan seperti pertabalan sultan dan juga perkahwinan anggota keluarga diraja Brunei.
|
Di Lapau Diraja inilah majlis-majlis istiadat yang melibatkan Keluarga Diraja dilangsungkan |
|
Jabatan Adat Istiadat Brunei yang terletak di sebelah Lapau Diraja |
Lapau
Diraja ini walau bagaimanapun tidak boleh dimasuki oleh pelawat. Malah,
rakyat Brunei sendiri pun sukar untuk masuk ke dalam bangunan ini. Untuk mendapat gambaran keadaan dalam bangunan Lapau Diraja ini, kita gunakanlah satu gambar yang dijumpa dalam internet.
|
Gambar suasana di dalam Lapau Diraja yang diambil dari website Jabatan Adat Istiadat Negara Brunei. |
Part 14: Bangunan Royal Regalia
Selepas itu, kami
dibawa melawat ke Bangunan Royal Regalia untuk
mengenali dengan lebih dekat sejarah Kesultanan Brunei. Muzium ini
dibuka pada tahun 1992 sempena sambutan jubli perak pemerintahan Sultan
Hassanal Bolkiah.
|
Royal Regalia Building yang juga dikenali sebagai Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja. |
Bangunan Royal Regalia pada asalnya dibina sebagai Churchill Museum untuk menghormati Perdana Menteri British, Winston Churchill.
|
Pintu masuk ke Bangunan Royal Regalia |
|
Berjalan menuju ke pintu masuk Royal Regalia Building. Sewaktu bangunan ini berfungsi sebagai Churchill Museum, ada patung Sir Winston Churchill didirikan di sini. |
|
Sejarah Bangunan Royal Regalia |
|
Peta Bandar Seri Begawan di depan Bangunan Royal Regalia |
|
Pelancong dari China yang begitu selamba melintas jalan sesuka hati di depan Bangunan Royal Regalia. Seperti di Singapura, pejalan kaki di Brunei hanya boleh melintas jalan di tempat yang ditetapkan sahaja. |
Royal Regalia mempamerkan sejarah hidup Sultan Hassanal Bolkiah dan pelbagai peralatan kebesaran Sultan Brunei. Oleh kerana kami berkunjung ke sini dengan seorang Tourist Guide yang boleh bercerita tentang hampir semua benda yang dipamerkan di muzium ini, kunjungan ke Bangunan Royal Regalia ini menjadi sangat menarik.
|
Bangunan Alat Kebesaran Diraja |
Pengunjung walau bagaimanapun tidak dibenarkan membawa masuk kamera dan handphone sewaktu melawat ke galeri-galeri di dalam muzium ini. Semua kamera dan handphone kena disimpan di tempat khas sebelum masuk ke galeri pameran.
Satu-satunya tempat di mana kita boleh mengambil gambar di muzium ini ialah di lobi yang menempatkan Usungan Diraja (Royal Chariot). Memang kagum melihat usungan ini yang dihias dengan emas. Usungan ini digunakan dalam upacara pertabalan dan perkahwinan diraja.
|
Usungan Diraja |
|
Pemandangan Usungan Diraja |
|
Pemandangan Usungan Diraja dari hadapan. |
|
Tangga naik ke Usungan Diraja |
Alat-alat kebesaran lain seperti Taming, Lembing dan Payung Diraja yang digunakan untuk mengiringi Usungan Diraja juga diletakkan di sekeliling lobi ini.
|
Payung Kawan |
|
Lembing Tembaga dan Taming |
|
Meriam |
|
Tumbak Benderangan |
|
Pamplet Royal Regalia Building |
|
Replika Dewan Istiadat di Istana Nurul Iman dan gambaran upacara menarik Usungan Diraja. |
|
Pataratna adalah tempat Sultan bersemayam di Lapau semasa Istiadat Berpuspa atau istiadat lain yang serupa maksud penggunaannya. |
|
Replika Pemajangan di Royal Regalia Museum. Pemajangan ini sebenarnya dibina di pintu masuk ke Istana Nurul Iman dan hanya keluarga diraja sahaja yang boleh lalu di bawahnya. |
Berikut juga adalah beberapa alat kebesaran diraja yang dilihat di Bangunan Royal Regalia. Gambar-gambar ini diambil dari website Jabatan Adat Istiadat Negara Brunei sebab kita tak boleh nak mengambil gambar dalam bangunan ini.
|
Kucing Emas adalah alat kebesaran Diraja yang diperbuat daripada emas,
badannya berbentuk kucing sedangkan mukanya seperti singa; diletakkan di
hadapan persemayaman Sultan semasa Istiadat Berpuspa sebagai lambang
kebesaran Diraja dan kemegahan Diraja. |
|
Mahkota |
|
Tongkat Ajai adalah Alat Kebesaran Diraja yang berbentuk tangan
diperbuat daripada emas untuk menjadi penyambut ajai (dagu) Sultan
sesudah baginda memakai Mahkota dalam Istiadat Berpuspa. |
Selain dari alat-alat kebesaran diraja, kita juga boleh menyelusuri sejarah kehidupan Sultan Hassanal Bolkiah di Royal Regalia Museum. Baginda ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 4 Oktober 1967 sewaktu berusia 21 tahun. Baginda Sultan mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur sebelum menyertai akademi tentera di Sandhurst, England. Latihan ketenteraan yang dijalani membolehkan baginda memandu sendiri jet peribadinya untuk ke mana-mana tempat yang baginda ingini.
|
Sultan Hassanal Bolkiah |
Gelaran rasmi baginda ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kami diberitahu rakyat Brunei yang ingin memohon kerja dengan Kerajaan Brunei wajib menghafal gelaran rasmi baginda Sultan Brunei ini, termasuk dengan ejaannya sekali.
Sultan Brunei juga kini sangat mengambil berat tentang agama Islam. Sehubungan dengan perkara ini juga, banyak adat dan alat kebesaran diraja sedang ditukar atas arahan baginda Sultan sendiri. Umpamanya, pakaian kebesaran yang ditenun dengan benang emas sedang ditukar kerana lelaki tidak boleh memakai pakaian emas begitu mengikut ajaran Islam. Mentera yang dibaca sewaktu keputeraan yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti Puja Umur juga telah ditukar dengan Doa Kesyukuran.
Di bangunan ini juga, terdapat sebuah galeri yang menyimpan cenderamata-cenderamata yang diterima oleh Sultan Brunei dari para pemerintah seluruh dunia. Antara yang menarik perhatian kami di sini ialah replika bangunan Masjidil Haram di Makkah yang diperbuat dari perak.
|
Meninggalkan Royal Regalia |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN BRUNEI (2nd VISIT) (2017):