Sunday, 15 February 2015

2015 SUMATERA BARAT, INDONESIA (2nd VISIT) BHG. 4

Februari 2015 

SUMATERA BARAT, INDONESIA (2nd VISIT)
Padang & Bukittinggi 


Bahagian 4: PAGARUYUNG

HARI KETIGA (2)

Part 22: Rumah Makan Pondok Flora 

Sebelum tiba di Pagaruyung, Muslim membawa kami singgah makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora. Rumah Makan ini sangat istimewa kerana ia terletak di atas sawah padi.

Kota Batusangkar yang ditempuhi dalam perjalanan ke Pagaruyung
Singgah makan tengahari di Pondok Flora
Pemandangan Rumah Makan Pondok Flora yang didirikan di tengah sawah.
Myself juga pernah berkunjung ke sini dalam lawatan pertama dulu. Di sini, kita boleh makan sambil ditemani ikan yang berenang-renang di dalam sawah.

Pintu masuk ke Pondok Flora
Penjual barangan cenderamata di pintu masuk ke Pondok Flora
Antara cenderamata unik yang dijual di sini ialah pelbagai jenis pisau.
Restoran ini mempunyai beberapa ruang makan. Muslim telah membuat tempahan tempat duduk untuk kami di ruang yang terletak paling hujung ke tengah sawah.

Salah sebuah ruang makan di Pondok Flora.
Ruang makan yang paling hujung dibina di atas pelantar di tengah sawah.
Selain meja makan, ada ruang disediakan jika pengunjung ingin makan bersila.
Mengambil gambar 15 jenis lauk yang dihidangkan untuk makan tengahari kami.
Ikan berenang di tepi meja makan kami.
Selepas selesai makan, pelayan restoran datang mengemas meja kami. Sisa makanan dibuang langsung ke dalam sawah. Berebut-rebut ikan datang memakan sisa makanan ini. Makcik yang makan di sebelah meja kami cukup terperanjat melihat ikan di dalam sawah memakan sisa ikan yang dibuang tadi. Macam cannibal betul ikan di sini ~ sanggup memakan daging kawan sendiri!

Ikan di dalam sawah berebut memakan sisa makanan yang dibuang kepada mereka.
Sekawan angsa di tengah sawah berhampiran Pondok Flora.
Pandai betul trio Burung Hantu ini berposing di depan kamera.
Pondok Flora juga mempunyai surau yang sangat selesa. Di sinilah kami solat Jamak Zohor dan Asar sebelum meneruskan lagi perjalanan kami.

Surau di Pondok Flora
Sawah padi di tepi surau Pondok Flora
Air di dalam anak sungai yang mengalir di tepi surau ini amat jernih sekali.
Berjalan ke pintu keluar dari Pondok Flora.

Part 23: Istano Basa Pagaruyung 

Destinasi sebenar lawatan kami pada Hari Ketiga ialah Istano Basa Pagaruyung (Istana Besar Pagaruyung). Istana ini adalah bangunan rumah adat Minangkabau berbentuk rumah gadang.

Pintu masuk ke  Istano Basa Pagaruyung.
Myself pernah melawat Istana ini sewaktu kunjungan pertama dulu pada tahun 1997. Masih ingat lagi bangunan istana ini sudah usang pada ketika itu. Seperti juga banyak istana Melayu yang lain (termasuk juga di Malaysia), bangunan ini dibina tidak menggunakan paku. Hanya kayu-kayu yang dipasak dengan begitu kukuh digunakan di dalam pembinaannya.

http://4.bp.blogspot.com/-4xpl1PJ1VVE/UKzfwRpi7pI/AAAAAAAAAPY/_0-Tdvsea1Y/s1600/1998+INA+01.jpg
Dalam kenangan - Istana Pagaruyung yang dilawati pada tahun 1997.
Malang sekali, 10 tahun kemudian, istana yang pernah dilawati ini telah terbakar kerana disambar petir pada 27 Februari 2007. Namun istana ini telah dibangunkan semula seperti bangunan yang wujud sebelumnya. Makanya istana yang dikunjungi kini adalah bangunan baru, memang bersinar-sinar rupanya, tak seperti bangunan lama yang dilawat dulu. 

Istana baru yang dibina semula selepas kebakaran pada tahun 2007.
Ada maskot berpakaian Minangkabau yang menyambut pengunjung ke sini.
Melangkah naik ke bangunan Istano Basa Pagaruyung.
Waktu melangkah masuk ke dalam bangunan istana, Myself menjadi kagum melihat keindahan hiasan dalamannya. Ia tidak begitu sewaktu dikunjungi pada tahun 1997. Ketika itu,  bahagian dalamnya juga dihiasi dengan kain-kain tenunan, tetapi kelihatan lama dan kotor kerana kurang dijaga.

Kagum melihat keindahan Istano Basa Pagaruyung yang kini nampak cantik dan terjaga rapi.
Pemandangan keseluruhan di dalam Istano Basa Pagaruyung. Ada tiga bahagian utama pada aras pertama ini: Anjuang Perak (di kiri), Singgasana (di tengah - mengadap pintu masuk) dan Anjuang Rajo Babandiang (di sebelah kanan).
Singgasana dibina mengadap ke pintu masuk utama. Di sinilah Bundo Kanduang yang merupakan ketua rumah gadang duduk melihat tetamu yang datang.
http://3.bp.blogspot.com/-pzqJNVTSV4I/VOBpDz8LDvI/AAAAAAAAbao/jJRSM2aFsN4/s1600/IMG_5824.JPG
Anjuang Perak adalah tempat di mana wanita-wanita rumah gadang berkumpul.
Anjung Raja Babandiang yang terletak di hujung sana pula berfungsi sebagai tempat tidur raja.
Patung-patung yang dipakaikan dengan pakaian tradisional Minangkabau berdiri di tepi Anjuang Rajo Babandiang.
Di dalam rumah ini dulu terdapat sebuah papan besar yang tertulis Adat Perpatih yang dikatakan menjadi rujukan jika berlaku percanggahan. Bila Myself mencari papan ini semula, ia tiada lagi di sini. Mungkin telah musnah dalam kebakaran tahun 2007 dulu.

Bilik-bilik keluarga di aras pertama Istano Basa. Seperti yang pernah diterangkan kepada kami di Minangkabau Village, bilik-bilik ini didiami oleh ibu dan bapa serta anak-anak kecil sahaja.
Perhiasan siling di Istano Basa.
Seperti juga di Minangkabau Village, pengunjung boleh menyewa pakaian tradisional Minangkabau di sini untuk bergambar.
Dah habis exploring ruang utama Istano Basa, kami melawat ke dapurnya pula. Dapur Istano Basa terletak di bangunan lain di belakang bangunan utama. Namun begitu, kedua-dua bangunan tetap dihubungkan dengan sebuah jambatan terbuka yang beratap.

Jambatan yang menghubungkan bangunan utama dengan bangunan dapur.
Pemandangan dari jambatan menuju ke bangunan dapur. Bangunan yang kelihatan di sebelah kanan ini adalah surau di mana anak-anak lelaki seawal umur 5 tahun akan mula tidur di sana sambil mengaji agama. Surau ini juga adalah satu-satunya bangunan yang terselamat dalam kebakaran besar pada tahun 2007.
Ruang dapur terdiri dari dua bahagian, satu untuk memasak dan satu lagi sebagai ruang untuk dayang-dayang istana.
Seluruh rumah gadang Istano Basa ini dibina dari dari kayu dan sebahagian dindingnya dibuat dari buluh. Kami diberitahu, buluh ini direndam terlebih dahulu untuk menambahkan kekuatannya bagi membina rumah ini. Atap rumah ini pula dibuat dari daun enau.

Buluh yang menghiasi dinding belakang rumah gadang direndam dalam sungai untuk suatu jangka masa yang tertentu bagi menambah kekuatannya.
Pemandangan di Dapur Istano Basa
Tempurung Bakaki ini digunakan sebagai gelas minuman.
Dapur untuk memasak makanan.
Pemandangan dari tingkap dapur.
Alat yang dinamakan Kampahan Karambia ini digunakan untuk memerah santan. Kelapa yang diikat dengan kain akan diletakkan pada Kampahan Karambia ini sebelum ditekan dengan kayu pemerah untuk mengeluarkan santannya.
Kuda untuk tunggangan di perkarangan Istano Basa.
Bangunan Istano Basa ini terdiri dari tiga tingkat. Ada sebuah tangga yang tinggi dan curam di belakang ruang Singgasana yang terletak di tengah rumah untuk naik ke atas.

Tangga naik ke tingkat atas.
Pemandangan pintu masuk utama ke Istano Basa dari atas tangga.
Pemandangan Anjuang Rajo Babandiang dari atas tangga.
Ruang tingkat kedua ini dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis-gadis yang belum berkahwin.

Tingkat kedua ini dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis-gadis yang belum berkahwin.
Tempat tidur gadis di tingkat kedua.
Ruang di tingkat kedua ini dinamakan Anjuang Paranginan. Ada sebuah cermin disediakan di sini untuk kemudahan bersolek anak-anak gadis yang tinggal di sini.
Pemandangan dapur rumah gadang dilihat dari Tingkat 2.
Ruang yang paling tinggi pula merupakan tempat bermesyuarat yang dinamakan Mahligai. Ia hanya ruang yang kecil dan tidak dibina mengikut kepanjangan Rumah Gadang seperti di tingkat pertama dan kedua.

Mahligai dibina di tingkat paling atas rumah gadang.
Antara senjata moden yang diletakkan sebagai perhiasan di dinding Mahligai.
Pemandangan Pintu Masuk Utama ke Istano Basa dilihat dari Mahligai
Keretapi mengelilingi istana. Bayaran yang dikenakan ialah IDR 5,000 (RM1.50).
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan Istano Basa Pagaruyung.

Part 24: Istana Silindung Bulan 

Lawatan seterusnya ialah ke Istana Silindung Bulan. Namun tidak seperti Istano Basa Pagaruyung, ia hanya boleh dilihat dari luar dan tidak boleh dimasuki.

Istana Silindung Bulan
Istano Silindung Bulan mempunyai senibina yang sangat  indah. Ia mempunyai  tujuh  buah  gonjong  (tanduk)  yang berdiri kukuh dan megah menjulang ke langit.

Pintu masuk utama ke Istana Silindung Bulan. Namun istana ini tidak dibuka untuk kunjungan orang awam.
Di bahagian halaman Istana Silindung Bulan terdapat dua buah rangkiang yang merupakan tempat  penyimpanan padi  para  keluarga Kerajaan Pagaruyung.  Kedua-dua rangkiang tersebut diberi nama Si Bayau-bayau dan Si Tinjau Lauik.

Salah sebuah Rangkiang di hadapan Istana Silindung Bulan
Putera Silindung Bulan
Tanduk kerbau menjadi perhiasan di pintu masuk ke Istana Silindung Bulan.

Part 25: Makam Ustano Rajo Alam 

Kami melintasi kawasan Pemakaman Raja Minangkabau yang dinamakan Ustano Rajo Alam dalam perjalanan meninggalkan Pagaruyung untuk kembali ke kota Padang. Kawasan perkuburan ini kecil sahaja dan terlindung dengan pohon-pohon yang rimbun. Jika tidak ditunjukkan oleh Muslim kepada kami, pasti kami tak perasan kehadirannya kerana ia juga dikelilingi dengan pagar batu setinggi aras pinggang.

Kawasan pemakaman Raja Minangkabau purba yang dinamakan Ustano Rajo Alam.
Walaupun kelihatan seperti sebuah makam purba, ia adalah sebuah pemakaman Islam. Bentuk batu nisan yang digunakan unik dan kelihatan berlumut. Batu nisan di sini juga tidak diletakkan dengan nama orang yang dikuburkan di situ.

Batu nisan yang unik di Pemakaman Ustano Rajo Alam
Peringatan supaya tidak melakukan amalan syirik di sini.
Berdekatan dengan pemakaman ini terdapat batu seperti tempat duduk yang disusun secara melingkar. Ia dinamakan Batu Kasur atau pun disebut juga sebagai Batu Timbang.

Batu Kasur yang terletak bersebelahan dengan Pemakaman Ustano Rajo Alam.
Batu Kasur juga dikenali sebagai Batu Timbang.
Batu ini merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini di samping gangguan-gangguan lain selama beberapa hari di atasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan, dianggap telah lulus ujian.

Di atas batu inilah agaknya anak-anak raja dahulu kala perlu tidur untuk satu tempoh tertentu sebagai ujian sebelum ditabalkan menjadi Raja.

Part 26: Prasasti Pagaruyung 

Prasasti Pagaruyung adalah sebuah kompleks Batu Bersurat yang terdapat di Pagaruyung. Batu Bersurat ini penting kepada ahli-ahli sejarah kerana ia menjadi bukti akan kewujudan Kerajaan Pagaruyung pada masa dahulu.

Prasasti Pagaruyung
Mengambil gambar batu bersurat di Prasasti Pagaruyung
Kewujudan Batu Bersurat ini membuktikan akan kewujudan Kerajaan Pagaruyung di Sumatera Barat pada masa dahulu.
Agak terkejut melihat Batu Bersurat ini ditulis dalam tulisan Sanskrit sedangkan Kerajaan Pagaruyung adalah Kerajaan Islam.

Part 27: Kembali Ke Padang 

Selepas melawat Prasasti Pagaruyung bermakna habislah program lawatan kami ke Sumatera Barat ini. Kami dibawa untuk bermalam di kota Padang kerana penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur berlepas awal pada keesokan harinya. Jadi, mudahlah nak bergerak awal ke Airport kalau dah sedia berada di kota Padang.

Pulang ke Padang
Perguruan Tinggi Agama Islam di Batusangkar.
Kalau masa datang dulu, semua jalan yang dilalui semakin sejuk hawanya kerana menghampiri tanah tinggi. Perjalanan pulang ini pula sebaliknya kerana kami menuruni kawasan tanah tinggi menuju ke pinggiran pantai.

Bermain bola di tengah sawah.
Pemandangan padi menghijau dalam perjalanan pulang ke Padang.
Pemandangan sawah padi yang menghijau dan meranum.
Jalan pulang menuju ke Padang.
Kami melalui semula kota Padang Panjang sewaktu pulang ke Padang. Seperti yang diminta, Muslim membawa kami singgah di Rumah Makan Pak Datuk untuk membayar jus oren yang lupa nak dibayar sewaktu dalam perjalanan ke Bukittinggi tempohari. 

Cashier di Rumah Makan Pak Datuk memuji kejujuran kami singgah kembali ke situ semata-mata untuk membayar jus oren tersebut. Bukan tujuan kami pun mintak dipuji, cuma dah minum tu kenalah bayar. Kalau tidak menjadi daging yang Haram pulak dalam badan nanti.

Tiba kembali di Padang Panjang
Pemandangan di kota Padang Panjang
Pejabat bekalan air di kota Padang Panjang
Singgah kembali di Restoran Pak Datuk untuk membayar hutang jus oren.
Dah terlanjur singgah kat sini, minumlah jus mango pulak. Beringat-ingat nak membayarnya lepas minum, takut pisang berbuah dua kali.
Selepas meninggalkan Padang Panjang, kami melalui Air Terjun Lembah Anai sekali lagi. Walau bagaimanapun, kami tidak membuat persinggahan di sini.

Selamat Tinggal. Semoga sampai kembali ke sini nanti.
Lintasan keretapi lama berhampiran Padang Panjang.
Sungai berhampiran Air Terjun Lembah Anai.
Kolam pemandian untuk keluarga berhampiran Lembah Anai
Satu lagi pemandangan kolam pemandian berhampiran Lembah Anai.
Lembah Anai


Bersambung ke Bahagian 5...