Sunday, 7 March 2004

2004 KUCHING, SARAWAK

Mac 2004

SARAWAK
Kuching  

Pertama kali Myself mengaturkan percutian keluarga adalah ke Kuching, Sarawak pada bulan Mac 2004. Ia disertai Myself, Husband, Parents, Abang sekeluarga, Kakak sekeluarga dan Makcik sekeluarga. Jumlah keseluruhan ahli rombongan adalah 18 orang (ramai tu!)

Kami berlepas dari KLIA menuju ke Kuching dengan penerbangan awal pagi (kalau tak silap pukul 6.45 pagi).

Anak-anak saudara dalam kapalterbang MAS menuju ke Kuching.

BANDARAYA KUCHING

Map-Sarawak.jpg
Peta Negeri Sarawak

Sebaik tiba di Airport Kuching, tour guide dah menunggu. Kami terus naik bas menuju ke Dewan Suarah. Dewan Suarah ni ada sebuah Observation Platform di mana pemandangan keseluruhan bandar Kuching dapat dilihat dengan jelas.

Observation Platform di Dewan Suarah, Kuching
Pemandangan sebahagian bandar Kuching dari Dewan Suarah
Selepas makan tengahari, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami, Hotel Kuching Hilton yang berhadapan dengan Sungai Sarawak.

Di sebelah petang, acara bebas. Jadi, kesempatan ini digunakan untuk membeli-belah barangan cenderamata di kedai-kedai berdekatan Kuching Waterfront. Kuching Waterfront ni tak jauh dari hotel, kami ke sana dengan berjalan kaki.

Menyeberang jalan beramai-ramai untuk pergi shopping.
Kedai tikar Sarawak
Sebahagian dari kami juga mengambil kesempatan naik River Cruise menyusuri Sungai Sarawak.

River Cruise di Sungai Sarawak

KAMPUNG BUDAYA

Lawatan hari kedua adalah ke Kampung Budaya yang mengumpulkan kebudayaan suku-suku kaum yang terdapat di Sarawak. Di sini terdapat replika rumah-rumah tradisional suku-suku kaum Sarawak dan juga pertunjukan kebudayaan.

Gunung Santubong dalam perjalanan dari bandaraya Kuching ke Kampung Budaya

Tekun melihat bagaimana tenunan dibuat
Pertunjukan kebudayaan yang menarik di Kampung Budaya Sarawak

MUZIUM KUCING

Melawat Muzium Kucing.

Muzium Kucing

TEMBIKAR SARAWAK

Sarawak terkenal dengan perusahaan tembikarnya dan kami turut melawat sebuah pusat perusahaan tembikar di Kuching. Di samping melihat bagaimana tembikar dihasilkan, kami juga mencuba menghasilkan tembikar sendiri seperti yang dicuba oleh Abang.

Tembikar Sarawak
Proses membuat tembikar
Abang mencuba bakat membuat pasu tembikar.

KUCHING WATERFRONT

Kami berada di Kuching selama 3 hari 2 malam. Hari terakhir di Kuching dipenuhi dengan bersiar-siar di Kuching Waterfront.

Aksi Ultraman di Kuching Waterfront
Kenangan Opah bersama cucu-cucunya di Kuching Waterfront