Saturday 21 September 2024

2024 PANGKOR BHG. 07 (Last Day)

Ogos 2024

PERAK, MALAYSIA
Pulau Pangkor

Bahagian 7: Last Day In Pangkor
PANGKOR BOAT RIDE & PULANG

HARI KEDUA

Part 18: Pangkor Boat Ride

Hari Kedua menjelang dan percutian singkat kami ke Pulau Pangkor berakhir hari ini. Walaupun hanya percutian singkat 2 Hari 1 Malam, memang kami tidak menyangka yang ia sangat menyeronokkan.

Pemandangan pagi dari bilik kami
Selamat Pagi, Pulau Pangkor
Korridor di depan bilik kami
Suasana pagi di Suria Beach Resort
Sarapan pagi disediakan di Suria Beach Resort bermula pada pukul 8 pagi. Pilihan sarapannya terhad tetapi sangat menyelerakan. Paling best bagi kami, ada Ikan Bilis Mata Biru disediakan dalam sarapan pagi ini bersama Nasi Lemak. Ikan Bilis ini memang sedap.

Buffet sarapan di Suria Beach Resort
Suasana di dalam restoran
Memilih sarapan untuk dimakan
Welcome To Suria Beach Resort
Jemput sarapan...
Disebabkan masih masih ada masa sebelum jadual feri kami berlepas pulang, kami membuat keputusan nak mencuba Boat Ride pagi ini. Maka selepas sarapan, kami terus berjalan menuju ke Pantai Teluk Nipah yang berdekatan dengan hotel kami.

Kera yang datang berkunjung ke Suria Beach Resort
Family Kera
Sebaik sampai di pantai, kami terus ditemui pengusaha Boat Ride yang menawarkan perkhidmatan mereka. Disebabkan kami cuma berdua, kami menyewa sebuah bot kecil dengan harga RM 100.

Poster Boat Trip di Teluk Nipah
Life jacket yang perlu dipakai untuk membuat boat ride. Bakul yang disediakan adalah tempat meletak kasut kalau tak mahu kebasahan.
Alhamdulillah, cuaca sangat baik sewaktu kami memulakan Boat Ride. Air laut juga agak tenang dan tidak berombak teruk.

Memulakan Boat Ride
Perjalanan pertama adalah menuju ke Monkey Beach. Seperti namanya, ada banyak kera di sini dan kita dinasihatkan berhati-hati dengan barang kepunyaan kita kalau mandi di sini kerana Sang Kera sangat licik mencurinya. Teringat kat pengalaman Myself sendiri sewaktu botol minuman Husband dicuri dek kera di Lin Je Kong Temple semalam.
 
Menuju ke Monkey Beach
Pemandangan Pulau Giam di kejauhan
Monkey Beach
Pengunjung yang bermandi-manda di Monkey Beach
Disebabkan kami cuma nak bersiar-siar dan tidak mahu bermandi-manda atau membuat snorkeling, kami meneruskan saja perjalanan. Di penghujung tanjung pantai Monkey Beach kami ditunjukkan formasi sebuah batuan menarik yang dinamakan Batu Tapak Kaki.

Tanjung di penghujung pantai Monkey Beach
Pemandangan Batu Tapak Kaki dari kejauhan
Batu Tapak Kaki
Di belakang Batu Tapak Kaki, kami ditunjukkan Pulau Pangkor Laut yang menempatkan sebuah resort mewah di atasnya.

Pulau Pangkor Laut
Pantai Konservasi Penyu
Jeti
Kami kemudiannya dibawa menuju ke Turtle Bay. Sewaktu perjalanan ke sana, angin bertiup agak kuat sampai topi Husband tercabut dan jatuh ke dalam laut. Nasib baiklah pemandu bot kami dapat mengambil semula topi ini dari dalam laut. Kalau tidak, pasti topi ini akan menjadi sampah yang mencemar alam sekitar. Hahaha!

Bersiar-siar di dalam bot
Topi Husband tercabut ditiup angin
Setelah topi Husband berjaya diselamatkan, kami dibawa menuju ke Turtle Bay yang merupakan sebuah kawasan yang terkenal untuk snorkeling. Air laut hari itu walau bagaimanapun agak keruh untuk snorkel, kata Pemandu Bot kami.

Menuju ke Turtle Bay
Batu Ikan Paus
Pemandangan mentari terbit
Kamera Insta 360 milik Husband
Sejak awal kami dah memberitahu pemandu bot yang kami cuma nak bersiar-siar dan tidak mahu berbasahan mandi atau membuat snorkeling. Jadi kami cuma memberi ikan makan saja di sini. 

Tiba di Turtle Bay
Pantai di Turtle Bay terkenal dengan aktiviti snorkeling
Tempat snorkeling di Turtle Bay
Kata Pemandu Bot, air laut agak keruh hari ini untuk membuat snorkeling
Mencampak kepingan roti ke dalam laut untuk dimakan ikan
Ikan yang berebut-rebut datang nak makan
Seronok melihat ikan datang berebut-rebut sewaktu kita mencampakkan kepingan roti ke laut.

Selepas memberi ikan makan, kami ditunjukkan sebuah lagi formasi batuan menarik yang berhampiran. Batu ini macam 'dua alam'. Dari sebelah Turtle Bay, ia kelihatan seperti buaya. Dari sebelah sana pula, ia kelihatan seperti penyu.

Kesian, topi Husband dah basah jatuh dalam laut tadi. Hahaha!!
Meninggalkan Turtle Bay
Dari sebelah sini, batu ini kelihatan seperti buaya
Dari sebelah sini, ia kelihatan seperti penyu pulak
Satu lagi pemandangan indah matahari sedang terbit
Berpusing menuju ke Pulau Giam
Banyak ikan berenang di sekitar Pulau Pangkor
Pemandu Bot seterusnya menunjukkan Coral Beach kepada kami. Seperti cerita Mr. Kobu kepada kami semalam, Pemandu Bot juga bercerita tentang fenomena air surut yang berlaku sekitar akhir Januari / awal Februari setiap tahun yang membolehkan pengunjung berjalan kaki menyeberang laut dari Coral Beach ke Pulau Giam.
 
Kata Pemandu Bot, aktiviti ini sangat popular dan ramai orang menyertainya termasuklah kanak-kanak. Disebabkan popularitinya, Jabatan Laut dan Polis akan turut berkawal sepanjang laluan untuk memastikan keselamatan orang awam yang menyertai aktiviti ini. Teruja kami mendengar cerita dari Pemandu Bot. Macam kita kena datang ke Pangkor sewaktu Chinese New Year tahun depan untuk menyaksikan fenomena ini.

Coral Beach
Laut di antara Coral Beach ke Pulau Giam surut setiap tahun sekitar perayaan Chinese New Year sehingga kita boleh berjalan kaki menyeberanginya.
Pemandu Bot seterusnya membawa kami ke Pulau Giam dan meninggalkan kami di sana untuk healing-healing selama setengah jam. 

Pulau Giam
Memang satu pengalaman yang surreal bagi kami ditinggalkan bersendirian di atas pulau ini. Tapi seronok juga sebab kita boleh duduk bersendirian menikmati keindahan alam di sini.

Bersendirian di Pulau Giam
Batuan pantai dan teritip
Pemandangan Pulau Pangkor dari kejauhan. Boleh dibayangkan orang awam yang berjalan kaki dari sana ke sini menyeberangi laut sekitar waktu perayaan Chinese New Year.
Batuan di tepian pantai
Burung yang berterbangan
Pemandangan keseluruhan Pulau Giam
Welcome To Giam Island
Ada sebuah kedai di atas Pulau Giam tetapi kedai ini tidak dibuka ketika itu. Kata Pemandu Bot kami tadi, kedai ini cuma dibuka sewaktu peak season pengunjung ke Pulau Pangkor seperti pada waktu cuti sekolah.

Suasana di Pulau Giam memang tenang. Air laut yang jernih juga turut mendamaikan. Memang kami tidak menyangka suasana sebegini ada di Pulau Pangkor.

Selamat Datang Ke Pulau Giam
Bangunan kedai di Pulau Giam
Kedai ini cuma beroperasi sewaktu peak season
Pantai di Pulau Giam
Damai
Tak jemu kita memandang keindahan alam di sini. Sangat terasa betapa indahnya alam semesta ciptaan Tuhan.

Jom kita duduk healing-healing di Pulau Giam...

Sebelum kami datang ke Pangkor, kulit kaki Husband kering dan gatal-gatal. Gatal-gatal pada kaki Husband hilang selepas dia merendam kaki dalam air laut di Pangkor yang jernih dan bersih ini.
 
Air laut yang jernih dan bersih di Pulau Pangkor membantu menyembuhkan kegatalan pada kulit kaki Husband.
Merendam kaki dalam air laut yang jernih dan bersih
Sisa karang di pinggir pantai
Sisa karang yang tajam ini boleh mencederakan kaki kalau berjalan tidak berkasut di pantai
Pemandangan pantai Coral Beach di seberang sana
Teritip pada batuan di tepi pantai ini juga tajam-tajam dan boleh mencederakan
Menunggu bot datang untuk mengambil kami kembali
Pengunjung lain yang tiba di Pulau Giam
Lama juga kami ditinggalkan bersendirian di Pulau Giam. Hati juga agak cemas kerana cuaca yang baik dan cantik tadi tiba-tiba menjadi mendung bagai nak hujan. Memang lega bila Pemandu Bot tiba untuk membawa kami kembali ke Teluk Nipah.

Pemandangan dari dalam bot sewaktu kembali ke Teluk Nipah
Cuaca mendung yang mula menerpa
Hujan rintik-rintik dah mula turun ketika ini
Pemandangan Pulau Giam yang ditinggalkan di belakang
Tiba kembali di Teluk Nipah
Pemandu Bot meminta kami menyimpan kamera dan berpegang kuat kepada dinding bot sewaktu tiba di Teluk Nipah kerana dia nak membuat Crash Landing On You di pantai. Teringat pulak pengalaman sewaktu bot cruise kami juga membuat Crash Landing On You di Rhinefalls di Switzerland dulu. Hahaha!!

Bergambar kenangan selepas bot selamat membuat Crash Landing On You di pantai Teluk Nipah
Husband bergambar kenangan dengan Pemandu Bot
Mengucapkan terima kasih kepada Pemandu Bot

Part 19: Pulang Ke Lumut

Kami kembali ke Suria Beach Resort untuk check-out selepas selesai Boat Ride.

Dalam teksi menuju ke Jeti Pangkor
Goodbye, Pangkor!
Semoga berjumpa lagi!
Stesen Teksi di Jeti Pangkor
Jeti Pangkor
Pejabat Jabatan Laut di Jeti Pangkor
Suasana di Jeti Pangkor
Jeti Pangkor ketika itu sibuk dengan pelancong-pelancong yang baru tiba. Disebabkan hari ini adalah Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke-67, ramai yang tiba dengan memakai jersi dan pakaian yang berlambangkan Hari Kebangsaan. Memang jelas kebanyakan pengunjung yang datang hari ini hendak bercuti sambil mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan Hari Kebangsaan di Pangkor.

Pelancong-pelancong yang baru tiba di Pangkor
Ruang Menunggu di Boarding Area yang senyap-sunyi
Pemandangan feri yang berlabuh di Pulau Pangkor
Kami telah membeli tiket feri pulang ke Lumut pada pukul 11.15 pagi secara online. Namun disebabkan ramai orang yang baru tiba dan tidak ramai yang hendak pulang ke Lumut ketika itu, kami dapat naik feri yang akan berlepas ke Lumut Marina lebih awal ~ pada pukul 10.30 pagi.
 
Pintu Perlepasan Feri di Jeti Pangkor
Kena berhati-hati sewaktu nak naik feri pulang ke Lumut kerana ada lorong perlepasan yang berasingan disediakan untuk feri yang berlepas ke Pekan Lumut dan juga ke Marina Island Lumut.
 
Lorong berasingan disediakan untuk feri yang nak berlepas ke Lumut dan ke Marina Island.
Membawa bagasi untuk naik feri
Jeti Pangkor dihias dengan bendera Malaysia sempena perayaan Hari Kebangsaan Ke-67
Pemandangan di Jeti Pangkor
Pengunjung yang baru tiba di Pulau Pangkor
Satu lagi pemandangan di Jeti Pangkor
Tiba di feri
Feri yang akan membawa kami ke Marina Island Lumut
Suasana di dalam feri
Banyak sungguh kerusi kosong di dalam feri pagi ini
Sebuah feri yang sedang berlabuh di Jeti Pangkor
Feri yang nak menuju ke Pekan Lumut
Tempat bagasi di depan feri ini penuh sewaktu kami datang ke Pangkor semalam
Macam bagasi kami saja yang terkontang-kanting di sini pagi ini
Mula bergerak meninggalkan Pangkor
Goodbye!
Jeti Pangkor yang ditinggalkan di belakang
Cuaca semakin gelap sewaktu kami meninggalkan Pangkor. Syukur Alhamdulillah kerana cuaca cukup baik dan cerah sewaktu kami membuat Pangkor Island Tour semalam dan juga sewaktu membuat Boat Ride pagi tadi.

Cuaca yang semakin gelap di Pulau Pangkor
Membelah lautan kembali ke Lumut
Laut yang memisahkan Lumut dan Pulau Pangkor ini dinamakan Selat Dinding
Berselisih dengan feri yang nak menuju ke Pulau Pangkor
Tiba di Marina Island Lumut
Tiba di Jeti Marina Island Lumut
Bersiap-sedia nak keluar dari feri
Bergambar dengan feri yang membawa kami pulang ke Marina Island