Mei 2022
PERAK, MALAYSIA
Batu Gajah
Bahagian 2: Tanjung Tualang 1
KAPAL KOREK WARISAN TANJUNG TUALANG (1)
Part 4: Kapal Korek Warisan Tanjung Tualang
(Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5)
Kalau disebut Batu Gajah sekarang, ramai orang cuma tahu ada Kellie's Castle di situ. Tetapi selain dari Kellie's Castle ada sebuah lagi warisan British yang menarik untuk dilawati ~ Kapal Korek Bijih Timah. Ia terletak berhampiran pekan Tanjung Tualang yang tidak jauh dari bandar Batu Gajah.
Kawasan perlombongan bijih timah yang terbesar di Malaysia pada masa dahulu adalah Lembah Kinta di negeri Perak di mana letaknya bandar Ipoh, Batu Gajah dan Kampar pada masa sekarang. Semasa Myself kecil-kecil dulu, pemandangan yang biasa dilihat setiap kali travel dari Batu Gajah ke Ipoh mengikut parents pergi shopping adalah kapal-kapal korek yang beroperasi di lombong-lombong bijih timah yang sangat banyak terdapat ketika itu.
Mengikut sejarahnya, Batu Gajah pernah menjadi pusat pentadbiran British. Disebabkan ia kaya dengan hasil bijih timah dan getah, ada ramai Orang Putih yang tinggal di Batu Gajah ketika itu. Masa Myself kecil-kecil pada tahun 1970-an dulu pun masih ada beberapa buah keluarga British yang tinggal di Batu Gajah. Maklum sajalah kerana ketika itu masih ada lombong bijih timah dan ladang getah milik British di sekitar Batu Gajah.
Malang sekali, harga bijih timah jatuh teruk pada tahun 1980-an dengan kehadiran bahan-bahan baru seperti plastik dan aluminium yang lebih murah untuk kegunaan industri. Bermula dari saat itu, perlombongan bijih timah perlahan-lahan diberhentikan walaupun simpanan bijih timah masih banyak terdapat di Malaysia. Kapal-kapal korek yang telah berhenti operasi dibuka dan dijual sebagai besi buruk. Satu-satunya kapal korek yang tinggal menjadi legasi industri perlombongan bijih timah ini boleh dilihat kini di Tanjung Tualang yang terletak kira-kira 10 minit pemanduan dari bandar Batu Gajah.
|
Kapal Korek Warisan |
|
Sewaktu di zaman British dulu, Kapal Korek ini dikenali sebagai Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 TT |
|
Pintu masuk ke Kapal Korek Warisan |
|
Kapal Korek Warisan |
Kapal korek ini dibuka untuk lawatan setiap hari bermula dari pukul 9 pagi - 6 petang. Ada 2 jenis tiket dikenakan kepada semua pelawat: RM8 jika hanya sekadar melawat di bahagian luar sahaja dan RM16 jika termasuk Guided Tour untuk melawat ke dalam kapal korek.
|
Pemandangan di sebalik pintu masuk ke Kapal Korek Warisan |
|
Pejabat Tiket
|
|
Bergambar dengan Bucket pengangkut bijih timah yang dijadikan perhiasan di depan Pejabat Tiket |
|
Maklumat Tiket Lawatan |
|
Jom masuk beli tiket... |
|
Petugas di Kaunter Tiket sedang memberi penerangan tentang pakej-pakej lawatan. |
Kami memilih Guided Tour untuk melawat ke dalam kapal korek. Guided Tour yang memakan masa kira-kira 45 minit ini diadakan setiap jam bermula dari 9.30 pagi - 4.30 petang. Pelawat yang memilih untuk mengikut Guided Tour diminta untuk membuat pendaftaran di sebuah kabin berhampiran selepas membeli tiket.
|
Kabin pendaftaran untuk membuat Guided Tour |
|
Mendaftar nama untuk mengikut Guided Tour |
|
Pelawat yang nak membuat Guided Tour diminta untuk memakai topi keras untuk keselamatan |
|
Posing dulu depan Kapal Korek sebelum mengikut Guided Tour |
Tour Guide yang membawa kami melawat ke dalam Kapal Korek bernama Amir. Dia memang mahir tentang sejarah kapal korek dan perlombongan bijih timah di kawasan ini dulu. Penerangan yang diberi oleh Amir juga menarik dan mudah difahami.
|
Guided Tour bermula... |
|
Tour Guide kami yang bernama Amir |
Kapal Korek TT5 ini direkabentuk oleh Syarikat F.W. Payne & Sons pada tahun 1938. Ia dibina di England dan dibawa ke Malaya secara berperingkat. Lokasi pemasangan asalnya adalah di Gopeng sebelum dibawa ke Tanjung Tualang oleh pelombong British dulu. Kapal ini diberi gelaran TT5 kerana ia adalah kapal korek British yang ke-5 di kawasan Tanjung Tualang.
|
Mengikut Amir masuk ke dalam Kapal Korek |
|
Jambatan yang dibina untuk masuk ke dalam kapal korek |
|
Melangkah masuk ke dalam Kapal Korek |
|
Pemandangan ke bahagian belakang Kapal Korek dari jambatan |
|
Pemandangan bahagian depan Kapal Korek dari jambatan
|
|
Pemandangan bahagian tengah Kapal Korek dari jambatan
|
|
Safety First
|
Setibanya di dalam, kami diberi penerangan tentang operasi seharian yang berlaku di dalam Kapal Korek. Kapal ini mempunyai 30 orang pekerja yang bekerja dalam 2 shift yang setiap satunya terdiri dari 15 orang pekerja. Kakitangan penting seperti Dredge Master dan Engineer kapal terdiri dari orang British. Pekerja-pekerja tempatan yang terdiri dari orang Melayu, Cina dan India diambil bekerja sebagai kuli di dalam kapal korek. Pekerja-pekerja kapal korek tinggal di daratan dan dibawa berulang-alik masuk ke dalam kapal dengan menggunakan tongkang.
|
Kawasan untuk pekerja berkumpul |
|
Meeting Bell yang digunakan untuk memanggil pekerja berkumpul. Loceng ini diketuk mengikut kod-kod tertentu untuk memanggil pekerja datang berkumpul. Misalnya kalau Meeting Bell dibunyikan sekali, mungkin itu arahan untuk kuli berkumpul. Kalau dibunyikan 2 kali pula, itu adalah arahan untuk supervisor supaya datang berkumpul. |
Kami seterusnya diberi penerangan tentang aspek kejuruteraan dalam pembinaan kapal ini. Kapal ini dibina di England dengan kos USD 40 juta jika dinilai dengan matawang sekarang. Ia mempunyai kettinggian setinggi bangunan 4 tingkat. British sanggup membuat pelaburan yang besar membina kapal korek ini kerana pulangan yang didapati hasil penjualan bijih timah ketika itu adalah jauh lebih besar.
|
Ketinggian kapal korek adalah setinggi bangunan 4 tingkat |
|
Mendengar Amir bercerita tentang aspek kejuruteraan yang terlibat dalam pembinaan kapal korek |
|
Jaket keselamatan |
|
Papan tanda keselamatan ini adalah papan tanda asal yang dipasang oleh orang British pada masa dahulu. |
Kapal korek ini terapung kerana ia sebenarnya dibina menggunakan 48 buah pontoon bersaiz 10 kaki yang disambung bersama dengan menggunakan kaedah rivet. Oleh kerana kesemua pontoon ini dibina berasingan, ia dapat memastikan keselamatan kapal korek dari bocor tenggelam. Ini adalah kerana jika ada pontoon yang bocor, pontoon-pontoon lain yang bersambung akan terus mengapung kapal korek. Begitulah hebatnya teknologi British yang digunakan untuk membina kapal korek ini pada sekitar tahun 1950-an dulu.
|
Kapal korek ini dibina di atas 48 buah pontoon yang bersambung-sambung menggunakan kaedah rivet. |
|
Skru rivet |
|
Inspection chamber untuk pontoon no. 7 di sebelah kiri dan pontoon no. 6 di sebelah kanan |
|
Menjenguk ke dalam Inspection Chamber |
|
Pemandangan ke dalam Inspection Chamber |
|
Pam Air |
Atas sebab keselamatan, pengunjung hanya dibawa melawat ke tingkat bawah kapal korek sahaja. Maklumlah kapal korek tua ini telah berusia lebih 80 tahun sekarang dan banyak lantainya telah berkarat dan rapuh. Oleh itu, kami hanya ditunjukkan pantry tempat makan pekerja dari bawah. Di sinilah pekerja berkumpul untuk makan pada waktu rehat. Makanan tidak dijual di atas kapal korek dan bekalan perlu dibawa sendiri dari rumah.
|
Pemandangan pantry dari tingkat bawah |
Selepas itu kami dibawa pula melawat ke bahagian depan kapal di mana operasi melombong yang sebenar dibuat.
|
Berjalan ke bahagian depan Kapal Korek |
|
Mendengar penerangan tentang operasi perlombongan menggunakan kapal korek. |
|
Rajah komponen peralatan kapal korek |
|
Rajah keseluruhan operasi kapal korek. Lihat bagaimana bucket digunakan dalam operasi mengorek untuk melombong bijih. Inilah sebabnya mengapa kolam bekas lombong sangat dalam dan merbahaya jika berenang di dalamnya. |
Ciri utama yang dapat dilihat di bahagian depan kapal korek ini adalah pencedok-pencedok besar yang dinamakan bucket. Bucket-bucket yang dipasang kepada rantai bergerak laju sambil mengaut tanah dan pasir yang mengandungi bijih timah dan mengangkutnya ke satu tempat tinggi di dalam badan kapal korek. Bahan-bahan yang telah dikorek itu dileraikan oleh sumpitan-sumpitan air di sana ketika bahan-bahan itu mula masuk ke dalam tabung silinder (trommel screen) yang berputar bagi memisahkan kotoran dan batuan. Bahan-bahan yang mengandungi timah akan terkeluar bersama air dari tabung silinder ini dan disalurkan ke loji pemisah pertama di mana unsur-unsur mineral yang berat itu terkumpul.
|
Bucket yang dipasang di bahagian hadapan kapal korek
|
|
Pemandangan bucket dengan lebih dekat |
|
Kabel kapal korek |
Kapal korek hanya boleh bergerak ke depan, kiri dan kanan sahaja. Sebuah kabel akan dilemparkan ke depan terlebih dahulu pada arah pergerakan yang diingini dan dipasangkan dengan sauh untuk menetapkan kedudukannya. Kapal korek kemudiannya akan digerakkan berdikit-dikit ke arah sauh tersebut dengan cara mengorek tanah di hadapannya. Kerana itulah pergerakan kapal korek ini dari kedudukan asalnya di Gopeng untuk dibawa ke tapak kedudukannya sekarang di Tanjung Tualang memakan masa 10 bulan. Perjalanannya ketika itu adalah melalui Sungai Kinta. Jika menggunakan kereta sekarang, perjalanan dari Gopeng ke Tanjung Tualang cuma memakan masa 20 minit.
Kapal korek TT5 pada mulanya beroperasi menggunakan arang batu. Selepas Perang Dunia Kedua, ia telah menjalani naiktaraf dari enjin wap (arang batu) kepada enjin elektrik pada tahun 1963.
|
Bucket digunakan untuk mengorek tanah yang mengandungi bijih. |
|
Rantai yang menggerakkan bucket |
Selepas ini kami dibawa pula ke sebelah sana kapal korek untuk diberi penerangan bagaimana operasi melombong yang seterusnya dilaksanakan.
|
Menyeberang ke sebelah sana kapal korek pulak |
|
Biawak yang sering menumpang tidur di dalam kapal korek |
|
Close-up wajah Sang Biawak |
Ruang pertama yang ditunjukkan kepada kami adalah bilik pemandu kapal korek. Bilik ini terletak di tingkat atas. Pemandu kapal korek ini diberi gelaran 'Kapala' (Kepala) oleh British. Memandangkan Kapala adalah sebenarnya kuli yang dinaikkan pangkat, mereka mendapat keistimewaan untuk memiliki locker bagi menyimpan barangan peribadi di dalam kapal korek.
Sewaktu melihat Bilik Pemandu ini, Myself terus terkenangkan arwah Datuk yang pernah bekerja sebagai pemandu kapal korek. Dia sering bercerita kepada kami tentang pengalamannya bekerja di dalam kapal korek. Myself juga teringat bagaimana suatu hari Myself dan Kakak telah melihat surat beranak Ayah yang dikeluarkan oleh British sebelum merdeka. Pada surat beranak Ayah tertulis pekerjaan bapa (Datuk kami) sebagai Cooly Bijeh. Memandangkan pekerjaan Cooly Bijeh cukup asing kepada kami, Myself dan Kakak telah bertanya kepada Ayah apa pekerjaan sebenar Datuk pada masa dulu. Rupa-rupanya Cooly Bijeh itu adalah Kuli Bijih mengikut spelling orang British pada ketika itu!
|
Bilik Pemandu Kapal Korek yang terletak di tingkat atas. |
|
Papan tanda keselamatan ini rasanya dipasang oleh Malaysian Mining Corporation (MMC) yang mengambilalih operasi kapal korek ini dari British selepas merdeka. |
|
Locker yang disediakan untuk kegunaan Kapala (Pemandu Kapal Korek) |
Kami sekeluarga juga ada satu pengalaman lagi tentang rekod pendaftaran British pada masa dulu. Sewaktu menguruskan harta pusaka selepas kematian Ayah, kami telah diminta oleh pihak Pejabat Tanah untuk mendapatkan rekod kematian Datuk memandangkan dia juga mempunyai hak ke atas harta pusaka mengikut undang-undang. Oleh kerana Kakak merupakan satu-satunya adik-beradik kami yang tinggal di Perak, dia telah pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara Negeri Perak untuk mendapatkan rekod tersebut seperti nasihat Pejabat Tanah.
Bila tiba di Pejabat Pendaftaran, Kakak diberitahu yang dia tidak boleh diberi akses untuk mendapatkan rekod yang diminta kerana dia berpangkat cucu. Cuma anak kandung sahaja yang boleh mendapat akses kepada rekod Datuk. Mujurlah seorang Pakcik (adik arwah Ayah) bersedia untuk membantu. Kata Kakak, dia dan Pakcik telah dibawa ke sebuah bilik khas di mana buku-buku rekod pendaftaran penduduk negeri Perak pada zaman British masih tersimpan rapi. Bilik ini juga memang dibina environmentally controlled untuk mengelakkan kertas buku-buku pendaftaran yang telah berusia berpuluh-puluh tahun ini dari mereput.
Dengan bantuan pegawai di Pejabat Pendaftaran, Kakak dan Pakcik dapat mengesan pendaftaran Datuk sebagai penduduk sah di negeri Perak pada zaman British. Mereka juga dapat mengesan tarikh kelahiran Datuk pada tahun 1901. Syukurlah Datuk membuat pendaftaran sebagai penduduk Malaya dengan British ketika itu walaupun dia sebenarnya dilahirkan di Sumatera. Kalau Datuk tak buat begitu, mungkin kami sekeluarga adalah rakyat Indonesia sekarang!
Dengan adanya rekod Datuk, Pejabat Pendaftaran dapat mengeluarkan Sijil Kematian Datuk untuk kegunaan kami dalam urusan harta pusaka seperti mana yang diperlukan. Memang kagum melihat sistem pendaftaran yang diamalkan British pada masa dulu yang memudahkan urusan anak cucu pada kemudian hari!
|
Bahagian-bahagian kapal korek yang usang dan berkarat |
Selepas belajar bagaimana aktiviti perlombongan dilaksanakan, kita melihat pula bagaimana aktiviti pengasingan dibuat. Oleh kerana logam bijih timah berat, ia akan terkumpul di bawah bila air dipancut kepada tanah yang dikorek dengan bucket tadi. Bijih timah ini seterusnya disalurkan kepada tong-tong pengumpul yang diletakkan di tengah kapal korek.
Dalam perjalanan masuk ke saluran ini, bijih timah turut melalui proses pengayakan secara mekanikal untuk mengasingkan bijih timah sebenar dengan sisa bijih yang dinamakan amang (juga dipanggil tahi bijih).
|
Kawasan pengumpulan bijih timah yang dipagar ketat |
Sejak dari zaman British lagi, kawasan pengumpulan bijih timah ini diberi kawalan keselamatan yang ketat. Hanya pekerja yang tertentu sahaja dibenarkan untuk masuk ke kawasan ini untuk mengelakkan bijih timah dicuri dan diseludup keluar dari kapal korek.
|
Bijih timah yang siap dicuci akan dikumpulkan di dalam tong ini sebelum dibawa keluar dari kapal korek. |
|
Bijih timah yang dikumpul ini keluar dari saluran putih di atas tong. |
|
Setiap tong ini boleh menyimpan 30 tan bijih timah |
|
Signboard begini adalah signboard asal yang dipasang oleh British di dalam kapal korek. Ia ditulis dalam Bahasa Melayu kerana kuli-kuli yang bekerja di dalam kapal korek adalah terdiri dari orang-orang tempatan. |
Bijih timah ini seterusnya diangkut menggunakan tongkang (barge) ke keretapi yang menunggu di tepi lombong. Pada masa dulu memang ada landasan keretapi di kawasan ini. Bijih timah dari Tanjung Tualang dibawa ke Keramat Smelting Plant di Pulau Pinang menggunakan keretapi untuk dilebur dan dijual kepada industri. British memilih untuk membina kilang peleburan bijih di Pulau Pinang untuk mengelak dari membayar cukai yang tinggi kepada Sultan Perak jika peleburan dibuat di negeri ini sendiri. Pulau Pinang ketika itu ditadbir sebagai jajahan mutlak British, jadi tak perlulah mereka membayar apa-apa cukai kepada mana-mana Sultan bila peleburan dibuat di sana.
|
Saluran palung untuk membuang tanah kembali ke dalam lombong |
Dalam bahagian akhir lawatan, kami dibawa melawat ke bahagian belakang kapal korek. Di sini terdapat palung yang disalurkan terus ke dalam lombong untuk membuang tanah dan batu yang dikaut bersama bijih timah kembali ke dalam lombong. Rekabentuk kapal korek memang lebih menarik di bahagian belakang berbanding depan. Sebab itulah bahagian belakang ini sering disalah anggap sebagai bahagian depan.
|
Pemandangan di bahagian belakang kapal korek. Saluran yang tergantung itu adalah tempat di mana tanah yang bercampur dengan bijih timah tadi dibuang. |
|
Ada palung yang berbeza disediakan untuk membuang tanah dan batu. Seperti bijih timah, tanah dan batu ini juga diasing dengan menggunakan prinsip berat yang berbeza. |
Sebelum keluar dari kapal korek, kami juga ditunjukkan satu fasiliti penting yang juga disediakan di dalam kapal korek ~ toilet untuk pekerja.
|
Toilet untuk pekerja.
|
|
Pemandangan toilet dari bahagian hadapan. |
Toilet ini tidak mempunyai sistem flushing seperti toilet di zaman moden. Apa yang dibuang memang terus masuk ke dalam kolam. Mujurlah toilet ini terletak di bahagian belakang. Kalau terletak di sebelah depan, ada kemungkinan tanah yang dikorek bucket ada 'bijih' lain selain bijih timah. Hahahaha!
|
Sistem toilet yang sangat simple |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN BATU GAJAH (2022):