Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(GREECE: Thessaloniki & Kavala)
Bahagian 42: Greece 5
KAVALA
HARI KELAPAN (6)
Part 116: Kavala
Lebuhraya Egnatia Odos terletak di atas tanah tinggi di kaki gunung manakala bandar Kavala pula terletak di aras laut. Oleh yang demikian, bas berjalan menuruni bukit sewaktu menyusur keluar dari lebuhraya.
|
Susur keluar dari lebuhraya menuju ke Kavala |
Sewaktu melalui jalan ini kami dapat melihat sebuah papan tanda nasionalis Greek tentang kekejaman Turkiye di Cyprus. Cyprus adalah sebenarnya sebuah negara pulau yang merdeka di Laut Mediterranean. Penduduknya terdiri dari 2 bangsa utama: Greek yang beragama Kristian Orthodox dan Turki yang beragama Islam. Walaupun Cyprus mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1961, penghuni dari kedua-dua bangsa ini masih bertelagah sehingga sekarang dengan masing-masing mendapat sokongan dari kedua-dua Greece dan Turkiye. Disebabkan kita berada di Greece sekarang, dah pasti kekejaman Turkiye yang digambarkan. Kalau kita berada di Turkiye pula, mungkin perkara sebaliknya pula yang akan kita lihat.
|
Papan tanda nasionalis Greece ke atas isu di Cyprus |
|
Pinggir bandar Kavala |
|
Lagi suasana di pinggir bandar Kavala |
Seperti Thessaloniki, Kavala adalah juga sebuah bandar yang terletak di utara Greece. Sewaktu di zaman Empayar Rom, Kavala terkenal sebagai sebuah pusat komersil di laluan Via Egnatia yang menghubungkan Laut Adriatic di Albania dengan Constantinople di Turkiye.
Selepas Kerajaan Ottoman dikalahkan oleh Tentera Bersekutu dalam Perang Dunia I, mereka dipaksa menandatangani Treaty of Sèvres di mana Kerajaan Ottoman perlu menyerahkan sebahagian besar jajahan takluk mereka kepada negara Tentera Bersekutu yang terdiri dari France, United Kingdom, Greece dan Italy. Jajahan yang diserah kepada Greece adalah Eastern Thrace (disebut: Eastern Traki) dan Smyrna (kini dikenali sebagai Izmir di Turkiye).
Pendudukan Greece di wilayah ini pada tahun 1921 walau bagaimanapun mendapat tentangan hebat dari nasionalis Turkiye yang enggan mengiktiraf perjanjian tersebut. Walaupun kemaraan Greece dapat dipatahkan pada mulanya, Greece kembali menuntut hak dari perjanjian ini beberapa bulan kemudian. Nasionalis Turkiye yang menentang di bawah pimpinan Mustafa Kemal Ataturk berjaya menewaskan pasukan Greece di Sakarya River. Setahun kemudian, Turkiye berjaya pula menawan semula Smyrna dari Greece.
Treaty of Lausanne yang ditandatangani pada tahun 1923 memaksa Greece mengembalikan Eastern Thrace dan kepulauan Imbros dan Tenedos kepada Turkiye. Mereka juga dipaksa menggugurkan tuntutan ke atas Smyrna. Kedua-dua negara Greece dan Turkiye juga bersetuju untuk memulangkan penduduk minoriti di negara masing-masing ke negara asal.
|
Apartment peranginan di bandar Kavala |
|
Bendera Greece |
|
Suasana di tengah bandar |
|
Pemandangan tipikal di bandar Kavala |
|
Tulisan Greek |
|
Typical architecture di bandar Kavala |
Perjanjian pemulangan penduduk minoriti menyaksikan penduduk berketurunan Greek yang beragama Kristian Orthodox di Turkiye dipindahkan ke Greece. Sebaliknya pula, Turkiye bukan hanya menerima kembali penduduk minoriti berketurunan Turki yang tinggal di Greece. Mana-mana penduduk berketurunan minoriti lain di Greece yang beragama Islam turut diterima untuk dipindahkan ke Turkiye.
Hasil pertukaran penduduk ini menyaksikan bandar Kavala yang terletak tidak begitu jauh dari Turkiye mendapat ledakan penduduk apabila 25,000 pelarian Greek dari Turkiye memilih untuk tinggal di sini. Pada masa yang sama, ekonomi bandar Kavala turut berkembang dengan perusahaan tembakau dan tekstil. Ia kini turut menjadi sebuah destinasi pelancongan utama di tanah besar Greece.
|
Kawasan kediaman di atas bukit |
|
Suasana di pusat bandar Kavala |
|
Satu lagi suasana di pusat bandar |
|
Taman awam |
|
Castle of Kavala |
Sebaik tiba di Kavala, bas terus membawa kami menuju ke hotel penginapan. Myself akui Kavala memang sebuah bandar yang indah. Tak pernah tahu pun tentang kewujudan bandar ini sebelum sampai ke sini.
|
Stesen minyak |
|
Menuju ke hotel penginapan |
|
Dataran awam di tengah bandar |
|
Sebatang jalan utama di bandar Kavala |
|
Pelabuhan Kavala |
|
Laluan di tepi pantai |
|
Persiaran pejalan kaki di tepi pantai |
|
Pemandangan mentari terbenam di Pelabuhan Kavala |
Part 117: Galaxy Hotel
Hotel penginapan kami di Kavala adalah Galaxy Hotel yang terletak di hadapan Pelabuhan Kavala.
|
Galaxy Hotel |
|
Pintu masuk ke Galaxy Hotel |
|
Lobi Galaxy Hotel |
|
Kaunter pendaftaran di Galaxy Hotel |
|
Menunggu Tour Leader menyelesaikan urusan pendaftaran bilik |
|
Pintu tepi di lobi Galaxy Hotel yang menghala ke sebuah shopping centre |
|
Menunggu di lobi hotel |
Selepas mendapat kunci, berkejar kami masuk ke bilik untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar lebih-lebih lagi kerana waktu Asar dah hampir nak luput pada masa itu.
|
Bilik penginapan di Galaxy Hotel |
|
Toilet di bilik penginapan |
|
Toiletries |
|
Sabun olive yang memang best memakainya |
Kami bernasib baik kerana mendapat bilik yang menghadap ke pelabuhan. Kita nikmati pemandangan indah Pelabuhan Kavala yang dapat dilihat dari balkoni bilik kami...
|
Pemandangan dari balkoni bilik kami |
|
Pelabuhan Kavala |
Kedudukan di Gulf of Kavala di Northern Aegean Sea menjadikan Kavala sebuah lokasi strategik. Kota pertahanan yang dibina di atas bukit batu yang mengunjur ke pantainya menjadikan Kavala seolah-olah sebuah Mini Gibraltar. Dari kota ini, kita akan mendapat pandangan jelas Mount Athos di barat, Pulau Thasos di selatan dan Selat Dardanelles di timur.
|
Bandar Kavala |
Satu pemandangan cantik yang jelas dapat dilihat dari bilik kami ialah Castle of Kavala. Pada kurun ke-5M dulu, Kavala dikelilingi tembok pertahanan yang kini dinamakan Castle of Kavala. Walau bagaimanapun tembok pertahanan ini musnah sewaktu penaklukan Ottoman. Kota ini dibina semula oleh pihak Ottoman pada tahun 1425 seperti yang dilihat kini.
Part 118: Kavala Walking Tour (1)
Selepas semua dah selesai bersolat, kami berkumpul di depan Hotel Galaxy untuk memulakan Kavala Walking Tour.
|
Hotel Galaxy |
|
Berkumpul untuk memulakan Walking Tour |
MAIN SQUARE (PLATIA ELEFTRIAS)
Bersambung ke Bahagian 43...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):