Tuesday 31 October 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 04 (Ximending)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 4: Taipei
XIMENDING

HARI PERTAMA (3)

Part 12: Rainbow Six Crossing

Ximending adalah sebuah kawasan yang dianggap paling happening di Taipei seperti kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Ia juga bersejarah kerana dibangunkan pada asalnya oleh Jepun sewaktu mereka menjajah Taiwan.

Ximending
Bangunan Partyworld ini adalah sebuah pusat karaoke yang besar dan popular di Ximending
Bangunan di sebelah kiri adalah Taipei Metro Ximen Station
Gedung H&M di Ximending
Salah sebuah tarikan utama pengunjung ke Ximending adalah sebuah lintasan pejalan kaki berwarna pelangi yang dinamakan Rainbow Six Crossing. Ia dinamakan sedemikian kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Pintu No.6 Taipei MRT Ximen Station.

Rainbow Six Crossing di Ximending
Kalau dah simbol pelangi begini, mestilah ia dikaitkan dengan pergerakan LGBT, bukan? Memang betul kerana Rainbow Six Crossing telah diperkenalkan pada tahun 2019 sempena pengisytiharan Taiwan sebagai negara pertama di Asia yang membenarkan perkahwinan sama jantina (same-sex marriage). Malah menurut Philips, kawasan di seberang sebelah sana Rainbow Six Crossing adalah pusat aktiviti LGBT di Taipei.

Kawasan di seberang sana adalah pusat kegiatan LGBT di Taipei
Di sebalik sejarah kewujudannya, Rainbow Six Crossing telah menjadi tarikan utama pelancong ke Taipei kerana keunikannya. Bagai tak sah jika sesiapa yang berkunjung melancong ke Taipei tak bergambar di lintasan pelangi ini. Kedai-kedai di sekitarnya juga banyak menjual souvenir seperti handbag berwarna pelangi. Myself ada melihat beberapa Auntie dari Mainland China membeli dan memakai beg-beg ini dengan bergaya. Mungkin mereka tak tahu pun maksud sebenar pelangi pada beg-beg yang dibeli. Hahaha!!

Rainbow Six Crossing kini telah menjadi tarikan pelancongan utama di Taipei
Berposing di Rainbow Six Crossing
Walau bergambar di sini tak bermakna kami menyokong LGBT

Part 13: Ximen Walk

Philips seterusnya membawa kami bersiar-siar di Ximen Walk yang berhampiran. Ximen Walk adalah sebuah pedestrian street yang sangat panjang dan happening di waktu malam begini. Berbagai kedai mewah dan popular dapat dilihat di sepanjang jalan.

Pintu masuk ke Ximen Walk berhampiran Taipei MRT Ximen Station
Gedung Nike
Ada banyak kedai menjual Ayam Goreng di Taipei kerana ia adalah antara makanan yang popular di kalangan warganya.
Peminta sedekah
Kedai barangan kecantikan Innisfree
Ada ramai pengunjung yang datang ke Ximen Walk pada waktu malam begini
Kita lihat pelbagai kedai yang ada di sekitar Ximen Walk ini...

Mochi
Miss 33
Ada banyak juga kedai menjual barang-barang cute begini macam di Jepun
Pelbagai cover handphone untuk jualan
Semakin malam menjelang, semakin ramai pengunjung yang datang.

Bila lalu kat depan kedai kasut Skechers, terus Husband tanya kat kita, "Kasut awak okey ke?" Bukan apa, sebab teringat tragedi kasut terkopak di Sarajevo, Bosnia dulu yang menyebabkan kita terpaksa membeli kasut Skechers mahal di sana. Kasut Skechers itulah yang dipakai sampai sekarang berjalan-jalan dari Balkans hingga ke Taiwan. Memang berbaloi membelinya (ayat untuk menyedapkan hati sebab terpaksa membeli kasut mahal ketika itu). Hahaha!!

Saja je Husband tanya kasut kita okey ke tidak sewaktu lalu di depan Kedai Skechers ini...
Boba Drink adalah minuman popular yang berasal dari Taiwan. Kedai menjual Boba Drink ini juga cukup mudah ditemui di serata ceruk tempat di Taipei.

Xing Fu Tang adalah jenama Boba Drink yang popular di Taiwan
Kedai Boba Drink
Berjalan-jalan di Ximen Walk
Pelbagai papan iklan elektronik di Ximen Walk
Lagi suasana di Ximen Walk
Kedai Swatch
Walau Ximen Walk ditutup kepada kenderaan awam di sebelah malam, kenderaan servis masih dibenarkan lalu.
Di sana sini juga kita dapat melihat banyak kedai yang menjual makanan-makanan tradisional Taiwan. Namun tak banyak yang boleh dicuba kerana kebanyakannya Tidak Halal.
 
Kedai menjual Pau yang dinamakan Xiao Long Bao
Kedai ini masih menyediakan Pau menggunakan kaedah tradisional
Memasak Pau dengan cara tradisional
Perhiasan Naga Emas pada tungku memasak Pau
Banyak gambar yang kami ambil sewaktu bersiar-siar di Ximen Walk. Kita letak sajalah di blog ini sebagai kenangan...

Starbucks di Ximen Walk bukan saja popular dengan kopi yang dijual. Ia juga popular kerana menduduki sebuah bangunan bersejarah yang dibina di zaman Jepun dulu. Bangunan-bangunan Jepun di Taipei banyak dibina menggunakan bata merah seperti yang dilihat pada bangunan Starbucks ini.

Starbucks Coffee di Ximen Walk
Bangunan Starbucks ini adalah sebuah bangunan yang dibina oleh Jepun sewaktu mereka menjajah Taiwan pada zaman Perang Dunia Kedua dulu.
Penjaja berbangsa asing di depan Starbucks
Penghibur jalanan
Kita teruskan berjalan di sepanjang Ximen Walk...

Taiwan terletak sangat hampir dengan Jepun dan Korea. Jadi tempias apa juga yang popular dan trendy di kedua-dua negara ini akan turut terkena kepada Taiwan. Kerana itulah bila berjalan di Ximen Walk, kita akan terasa seolah-olah sedang berjalan di pedestrian street di Tokyo ataupun Seoul.

Suasana di sini mengingatkan kami kepada Shinsaibashi di Osaka dulu
Cuma bezanya, suasana malam di sini tak sesesak Shinsaibashi di waktu malam
Seorang lagi peminta sedekah di Ximen Walk
Kedai menjual buah-buahan
Visitor Centre di tengah-tengah Ximen Walk ini menyediakan kemudahan tandas awam kepada pengunjung
Pelbagai barangan jualan boleh dilihat di sepanjang Ximen Walk. Kedai pakaian pun banyak. Namun dari pengalaman kami selepas melawat ke Hong Kong, Macau dan China, saiz pakaian yang dijual selalunya tak muat bagi Orang Malaysia. Ini adalah kerana orang berbangsa Cina di sebelah sini memang bersaiz comel belaka. Kalau Orang Putih yang shopping pulak, mungkin pakaian saiz S yang dijual muat pakai kat lengan mereka saja. Hahaha!

Kedai pakaian di Ximen Walk
Bergambar kenangan di Ximen Walk
Kita akhirnya tiba di penghujung Ximen Walk. Kawasan ini terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, Hotel Papa Whale.

Penghujung Ximen Walk yang terletak tidak jauh dari Hotel Papa Whale
Kedai Ayam Goreng seperti ini ada di mana-mana kerana ia adalah makanan kegemaran rakyat Taiwan

Part 14: Dinner di Chang's Beef Noodles Shop

Aktiviti touring kami pada hari pertama di Taiwan sebenarnya tamat selepas melawat Ximending. Philips bagaimanapun bermurah hati membawa kami berjalan ke sebuah restoran Halal bernama Chang's Beef Noodle Shop yang terletak di Yanping Road, kira-kira 15 minit walking distance dari Hotel Papa Whale. Restoran ini kami temui menggunakan Google Map.

Dua buah kedai makanan Halal di Yanping Road, Taipei
Kami tak menyangka ada surprise menanti di Yanping Road kerana rupa-rupanya terdapat 2 buah restoran makanan Halal yang terletak bersebelahan: Chang's Beef Noodles Shop dan Halal Yellow Beef Noodle House. Walau bagaimanapun cuma Chang's Beef Noodles Shop sahaja yang tersenarai di Google Map.

Chang's Beef Noodles Shop
Halal Yellow Beef Noodle House
Myself dan Husband membuat keputusan untuk dinner di Chang's Beef Noodles Shop pada malam ini. Memandangkan Philips dah bersusah payah membawa kami ke sini, kami menjemput beliau makan bersama. Dinner adalah urusan sendiri dan tidak termasuk dalam pakej percutian, jadi biarlah kami membelanja Philips dinner malam ini.

Pilih makan di Chang's Beef Noodles Shop pada malam ini
Antara pilihan makanan yang ada
Pekerja di Chang's Beef Noodles Shop
Suasana di Chang's Beef Noodles Shop
Syukurlah Philips ada bersama kami kerana staff di Chang's Beef Noodles Shop memang tak boleh berbahasa Inggeris. Beliaulah yang membantu kami memilih dan memesan makanan pada malam itu.

Pilihan makanan di Chang's Beef Noodles Shop
Philips membantu memesan makanan
Bergambar sambil menanti makanan tiba
Dry Beef Noodles pilihan Myself
Beef Noodles Soup pilihan Husband
Dinner kami. Philips memilih Beef & Tendon Noodles
Tiga mangkuk Mee yang kami pesan di Chang's Beef Noodles Shop berharga NTD 470 (RM 70). Walau bagaimanapun makanannya biasa saja rasanya kepada kami dan tidak setanding keenakan Mee Tarik di Guilin, China yang pernah kami cuba dulu. Kami diberitahu makanan di Taiwan memang rasanya hambar kalau dibanding dengan makanan di Selatan China yang lebih kena dengan selera kita. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah, kerana kami mendapat dinner yang Halal di Taipei malam ini.

Bergambar kenangan dengan staff di Chang's Beef Noodles Shop selepas dinner

Part 15: Kembali Ke Hotel Papa Whale

Philips menemani kami berjalan kembali ke Hotel Papa Whale selepas dinner.

Berjalan kembali ke Hotel Papa Whale
Taipei juga mempunyai lintasan pejalan kaki yang merentang simpang seperti yang pernah kami lihat di Auckland, New Zealand dulu. Cuma bezanya lintasan yang merentang simpang ini hanya boleh digunakan pada masa-masa yang tertentu di Taipei.
Sebuah parking bawah tanah di Taipei
Kadar caj parking yang tipikal di Taipei. NTD 40 (RM 6.70) sejam pada hari biasa dan NTD 50 (RM 8.30) sejam pada hujung minggu. Motor juga dikenakan caj parking NTD 30 (RM 5) sejam.
Suasana malam di bandar Taipei.
Philips pulang ke rumah selepas menghantar kami balik ke hotel. Disebabkan malam masih muda, kami tak terus balik ke bilik. Kita berjalan-jalan dulu menikmati suasana di sekitar Hotel Papa Whale.

Pemandangan Hotel Papa Whale di sebelah malam
Bergambar di seberang jalan di depan hotel
Suasana jalan di tepi hotel
Kaunter reception di Hotel Papa Whale
Sebelum balik ke bilik, kita melawat pula taman indoor di kawasan restoran Hotel Papa Whale. Kata Philips tadi, Restoran Shabu-Shabu di Hotel Papa Whale ini sangat terkenal dengan keenakan makanannya di kalangan warga Taipei. Tapi of course kami tak cuba sebab makanannya Tidak Halal.

Indoor Garden di kawasan restoran Hotel Papa Whale
Bergambar kenangan di Indoor Garden
Lagi suasana di Indoor Garden
Sebelum menutup tirai kisah perjalanan hari pertama kami di Taiwan, kita bercerita dulu tentang matawang Taiwan. Matawang yang digunakan di Taiwan adalah New Taiwan Dollar atau ringkasannya NTD. Nilai pertukaran matawang ini ketika kami berada di sana adalah RM1 = NTD 6. Walaupun nilai NTD lebih kecil berbanding RM, harga barang-barang di Taiwan adalah sedikit lebih mahal jika berbanding di negara kita.

Matawang NTD dipanggil sebagai Yuan di kalangan penduduk tempatan. Tak perlu gusar membawa matawang NTD banyak-banyak ke Taiwan kerana penggunaan cashless transaction sangat meluas di negara ini.

New Taiwan Dollar


 Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):