Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(ZIMBABWE : Victoria Falls)
Bahagian 20: Zimbabwe
VICTORIA FALLS [Walk With The Cheetah & Walk With The Lion]
HARI KEENAM (1)
Part 44: Walk With The Cheetah
Pada pagi ini ada 2 program optional yang diaturkan untuk kumpulan kami: Walk With The Lion dan Walk With The Cheetah. Memandangkan aktiviti ini dilaksanakan secara serentak di 2 lokasi yang berlainan, Myself memilih untuk mengikut program Walk With The Cheetah manakala Husband pula memilih mengikut aktiviti Walk With The Lion. Bayaran yang dikenakan untuk setiap aktiviti adalah USD 170 (RM 692) seorang.
 |
| Eddy mengatur perjalanan untuk kesemua ahli yang mengikut program Walk With The Lion dan Walk With The Cheetah |
Berdasarkan pengalamannya membuat program ini di masa yang lalu, Eddy mengatur supaya kami membuat program ini di awal-awal pagi. Biarlah group kami yang pertama membuat aktiviti ini di awal-awal pagi berbanding group yang lain, kata Eddy, kerana Singa dan Cheetah paling aktif di waktu pagi. Kalau dah banyak kali mereka membuat round program ini nanti, Cheetah dan Singa akan penat dan boring serta kurang memberi kerjasama, kata Eddy lagi. Maklumlah seperti manusia, haiwan juga ada perasaan.
Oleh yang demikian, kami semua diminta berkumpul di lobi Kasambabezi Lodge seawal pukul 6.30 pagi. Ada 2 coaster disediakan untuk kami. Satu untuk program Walk With The Lion dan satu lagi untuk program Walk With The Cheetah.
 |
| Coaster yang berasingan disediakan untuk program Walk With The Lion dan Walk With The Cheetah. Coaster yang kat depan sana walau bagaimanapun adalah School Bus, bukan coaster untuk kami. 😆 |
 |
| Bersedia nak membuat program Walk With The Cheetah |
 |
| Meninggalkan Kasambabezi Lodge untuk menuju ke tempat program Walk With The Cheetah |
Tempat program Walk With The Cheetah ini terletak kira-kira 20 minit dari Kasambabezi Lodge.
 |
| Menuju te ke tempat program Walk With The Cheetah |
 |
| Suasana sewaktu mentari pagi terbit di Zimbabwe |
Di tengah perjalanan, boleh pulak kita ternampak seekor African Buffalo di tepi jalan.
 |
| Ooopsss!! Ada seekor binatang di sana... |
 |
| African Buffalo rupanya... |
Selepas itu, kita ternampak pula sekumpulan Baboon.
Rupa-rupanya haiwan pemangsa macam Cheetah, Leopard, Singa dan seumpamanya cuma makan 2 minggu sekali. Begitulah rupanya cara Allah SWT menjaga keseimbangan alam. Kalaulah binatang-binatang ini ditakdirkan makan 3 kali sehari macam manusia, tak akan adalah haiwan yang melata di muka bumi.
Sebelum memulakan Walk, adalah borang indemnity yang perlu kita sign. Walau bagaimanapun, indemnity ini kena sign sebagai kumpulan. Ada seorang Uncle yang volunteer untuk sign mewakili Group kami.
 |
| Kena sign borang indemnity dulu |
 |
| Perhiasan di lobi Walk With The Cheetah |
 |
| Patung Rhino yang menghias lobi |
Selepas dah selesai Safety Briefing barulah kita berjalan beramai-ramai menuju ke tempat Cheetah sedang menanti kami. Di belakang group kami, ada seorang staff yang berjalan sambil membawa senapang. Katanya, dia akan berjalan paling belakang sebab nak mengawas kalau-kalau ada haiwan liar yang datang dengan tiba-tiba. Huisshhh!!
 |
| Berjalan menuju ke tempat Cheetah |
 |
| Jauh juga kena berjalan nak pergi mendapatkan Cheetah |
 |
| Staff yang berjalan paling di belakang sambil memegang senapang untuk mengawas keadaan sekeliling |
Excited bila akhirnya kami bertemu dengan 2 ekor Cheetah yang akan membuat perjalanan Walk With The Cheetah bersama kami. Kami diberitahu kedua-dua Cheetah ini adalah Cheetah yang remaja, dalam usia 4 tahun begitu. Kedua-dua Cheetah ini ditemui ditinggalkan oleh ibu mereka sewaktu kecil. Haiwan-haiwan seperti ini diambil untuk dibela di sini. Tak sangka rupanya dalam dunia haiwan pun ada juga ibu yang meninggalkan anak, macam manusia juga.
 |
| Cheetah yang menunggu kami |
 |
| Macam kucing besar. Hahaha!!! |
Cheetah di sini dah biasa dengan manusia tetapi mereka masih dipakaikan dengan leash. Ini adalah kerana mereka masih haiwan liar yang akan teruja bila melihat haiwan lain yang boleh diburu. Cheetah juga adalah haiwan yang paling pantas di dunia. Kalau mereka dah lari, susah nak mengejar mereka. Sebab itulah juga mereka perlu dipakaikan dengan leash.
Inilah juga kali pertama kita melihat Cheetah dari dekat. Di bawah mata mereka ada corak yang membuatkan seolah-olah Cheetah sedang memakai celak. Bukan sengaja Allah menciptakan Cheetah mempunyai corak celak begini. Corak celak ini membantu mengurangkan silau matahari bila Cheetah keluar memburu. Oleh yang demikian, mudahlah untuk Cheetah memfokus pada sasaran buruan.
 |
| Seperti kucing, Cheetah suka bila kepala mereka digosok begini |
 |
| Corak seperti celak di bawah mata Cheetah membantu mengurangkan silau pada mata bila Cheetah keluar memburu |
 |
| Jom kita mula jalan... |
Kami diberi peluang bergilir-gilir berjalan dengan Cheetah. Sambil berjalan, ada staff yang akan membantu mengambil gambar dan merekod video dari handphone yang kita serahkan kepada mereka. Kami turut diajar supaya berjalan cuma di belakang atau di sebelah kiri Cheetah. Tak boleh sesekali berjalan di depan Cheetah kerana Cheetah akan menganggap kita sebagai ancaman kalau berjalan di depan mereka. Kita juga perlu berjalan di sebelah kiri supaya leash sentiasa dipegang dengan tangan kanan.
 |
| Bergilir-gilir berjalan dengan Cheetah |
 |
| Kena pastikan kita berjalan cuma di belakang dan di sebelah kiri Cheetah |
 |
| Tubuh Cheetah yang Allah ciptakan berbentuk aerodinamik untuk membolehkan ia berlari laju |
Walaupun kita cuma berjalan dengan Cheetah, susah tau nak keep pace dengan mereka. Maklum sajalah sebab mereka haiwan yang pantas. Bila berjalan slow-slow begini pun, mereka tetap pantas. Cheetah boleh memecut dengan kelajuan 112 km/jam dalam tempoh 3 minit. Kalau Cheetah berlari, setiap langkah mereka mencapai 6-7 meter dengan menyentuh tanah cuma 2 kali dalam setiap dalam setiap langkah. Ekor mereka akan turut membantu memberi kestabilan bila Cheetah berlari.
 |
| Susah nak keep pace berjalan dengan Cheetah kerana mereka adalah haiwan yang pantas |
Kita juga disuruh menggosok-gosok badan Cheetah sewaktu berjalan untuk memberitahu mereka yang kita ada bersama. Kalau Cheetah lupa yang kita ada bersama, lagilah laju mereka berjalan 😂. Apa rasa bulu Cheetah? Rasa kasar sangat!
 |
| Kena gosok-gosok Cheetah sambil berjalan untuk mengingatkan dia yang kita sedang berjalan bersama. |
Walaupun dibela oleh manusia, Cheetah tetap haiwan liar. Suka-suka hati saja bila mereka nak berjalan dan bila nak berhenti rehat. Kalau mereka berhenti berjalan, kita pun kena berhenti jugalah. Tak boleh nak paksa-paksa mereka mengikut kehendak kita.
 |
| Kalau Cheetah berhenti berjalan, kita pun kena berhenti juga. |
 |
| Memang mencabar nak keep pace sewaktu berjalan dengan Cheetah |
Waktu Cheetah berhenti berehat, kita ambillah peluang bergambar dengan mereka. Terasa betapa besarnya Cheetah ini bila kita bergambar bersama. Ini baru Cheetah remaja. Bayangkan betapa besarnya lagi kalau Cheetah yang dah dewasa. Bahagian belakang tengkuk Cheetah juga ada bulu-bulu panjang. Bulu-bulu ini membantu Cheetah untuk camouflage bila mereka menghendap di belakang rumput-rumput tinggi sewaktu nak menangkap mangsa.
 |
| My new bestie from Zimbabwe. 😍 |
 |
| Jom kita start jalan lagi... |
Myself mendapat satu lagi peluang berjalan dengan Cheetah selepas dia bangun semula. Cuma kali ini ada satu pengalaman yang sedikit mencabar... Entah bagaimana, muncul pulak seekor Warthog (Babi Hutan) dalam pandangan. Terus Cheetah yang kita pegang masuk hunting mode. Diseretnya kita masuk ke dalam semak di tepi jalan! Nasib baiklah penjaga Cheetah dapat memujuk supaya jangan mengejar Warthog tu! Haihh!!
 |
| Kesempatan kedua Walking With The Cheetah |
 |
| Masa ni Cheetah dah masuk Hunting Mode nak pergi kejar Warthog! |
 |
| Gambar kita yang paling mahal... Dapat posing dengan 2 ekor Cheetah. 😍 |
Lepas tu kedua-dua Cheetah duduk terpele'ot. Letih dah kot melayan kami berjalan bersama. Masa ni terasa betapa bagusnya saranan Tour Leader kami Eddy tadi supaya kita berjalan awal-awal pagi dengan Cheetah (dan Lion) sebab mereka masih bersemangat dan banyak energy.
 |
| Duduk terpele'ot letih melayan kami |
 |
| Malas nak bangun dah bestie yang seekor ni... |
 |
| Posing lagi dengan bestie dari Zimbabwe. 😆 |
 |
| Kesian, Cheetah. Dah letih, ya? |
 |
| Berjalan pulang ke tempat reception |
 |
| Membasuh tangan dengan air dan sanitiser selepas memegang Cheetah tadi. |
Selepas tamat program Walking With The Cheetah, kami dihantar pulang ke Kasambabezi Lodge. Dalam perjalanan, berjumpa pulak dengan sekumpulan Warthog di tepi jalan. Mungkin mereka ni geng sekampung dengan Warthog yang menyakat Cheetah kita tadi. 😄
 |
| Sekumpulan Warthog yang ditemui dalam perjalanan pulang ke Kasambabezi Lodge. |
 |
| Jenuh juga nak kena menyamak kalau dia orang datang dekat-dekat dan terkena pada kita. 😄 |
 |
| Mesti dia orang geng sekampung dengan Warthog yang datang menyakat Cheetah kita tadi. 😊 |
Selain Warthog, kita juga berjumpa dengan sekumpulan Baboon. Memang banyak Baboon yang tinggal di kawasan sekitar sini.
 |
| Nampak tak Baboon di situ? |
 |
| Sekumpulan Baboon yang sedang berehat |
Part 45: Walk With The Lion
Sambil Myself membuat Walk With The Cheetah, Husband bersama beberapa ahli group yang lain membuat Walk With The Lion. Sungguh tak aci sebab Eddy dengan Precious pun pergi bersama mereka😕. Lokasi Walk With The Lion ini jauh sedikit dari Kasambabezi Lodge, kira-kira 40 minit perjalanan dengan coaster. Kita ikuti pengalaman mereka membuat Walk With The Lion ini pulak...
 |
| Naik coaster ke Walk With The Lion |
 |
| Tiba di tempat Walk With The Lion |
 |
| Eddy menandatangani borang indemnity bagi pihak group. Biasalah... aktiviti sebegini mesti ada borang indemnity yang perlu ditandatangani. |
 |
| Derek membawa Husband dan rakan-rakan nak mendapatkan Singa |
 |
| Semua dah bersedia dengan tongkat sakti masing-masing |
 |
| Perjalanan nak mencari Singa |
Mereka kemudian dibawa berkenalan dengan 2 ekor singa jantan yang bernama Taji dan Kazi. Taji dan Kazi adalah singa adik-beradik yang berusia sekitar 2 tahun. Disebabkan mereka masih remaja, rambut pada muka mereka belumlah sepanjang rambut yang sering ada pada Bapak Singa. 😂
 |
| Taji dan Kazi |
 |
| Mengantuk menunggu dia orang ni lambat tiba! |
 |
| Senyuman menyeringai menyambut tetamu yang tiba |
 |
| Muka boring bila nak start berjalan ni? |
Walaupun singa-singa ini cuma berusia sekitar 2 tahun, mereka sangat besar dan kuat. Sebelum memulakan Walk With The Lion, semua peserta diajar bagaimana nak berjalan dengan mereka. Seperti juga Cheetah tadi, singa-singa ini biasa dengan manusia kerana mereka dibela oleh manusia semenjak mereka masih kecil. Namun begitu, kita masih perlu berhati-hati kerana mereka masih merupakan haiwan liar.
 |
| Guide mengajar cara yang betul nak berjalan dengan Singa |
Tidak seperti Cheetah yang dipakaikan dengan leash, Singa tidak memakai leash. Walau bagaimanapun, sentiasa ada 5 staff yang berjalan sekeliling mereka. Singa-singa ni dah biasa dan kenal dengan kesemua staff ini, dan seperti yang diberitahu pada awal-awal tadi, asalkan kita boleh menunjukkan kepada Singa yang kita lebih berkuasa dari dia (contoh: dengan memegang kayu), okey dahlah tu!
 |
| 5 staff yang sentiasa mengelilingi Singa |
 |
| Rupa Taji dan Kazi dari belakang |
 |
| Jom kita mula jalan... |
 |
| Mari kita gerak, jom! |
 |
| Posing comel-comel kejap! 😊 |
Kata Husband, disebabkan Taji dan Kaji masih singa remaja, mereka sangat playful. Asyik nak bermain sepanjang masa. Seperti juga di Walking With The Cheetah, semua orang akan diberi peluang berjalan dengan singa. Tetapi sesuatu yang perlu diingati ialah kena sentiasa menunjuk dominance kepada singa. Kayu tak boleh dilepas dan pada sebarang masa tak boleh menunjukkan kita 'kurang berkuasa' dari Singa, seperti duduk mencangkung mengutip sesuatu dari tanah.
 |
| Husband mendapat peluang berjalan dengan singa |
 |
| Hulamak, pakai tongkat sakti saja nak control dua singa. |
 |
| Gosok-gosok sikit belakang singa |
Seperti juga dengan Cheetah tadi, dari semasa ke semasa kita diminta menggosok belakang singa untuk memberi peringatan kepadanya yang kita ada bersama. Tidak seperti Cheetah yang boleh digosok pada kepala, merbahaya dan tak boleh menggosok kepala singa. Kalau berbuat begitu, singa akan menganggap kita nak 'bergaduh' dengan dia. Husband kata bulu singa ni lembut, tak macam bulu Cheetah tadi yang kasar.
 |
| Berjalan lagi dengan Taji dan Kazi |
 |
| Gosok-gosok lagi bahagian belakang badan dia orang |
 |
| Oopps, stop sekejap nak pergi kencing. |
 |
| BFF baru Husband dari Zimbabwe |
Sesuatu yang Myself dan Husband pelajari dalam trip ini adalah kepercayaan Orang Cina yang memandang tinggi kepada haiwan yang garang seperti singa kerana mereka dikatakan melambangkan kuasa. Oleh itu, adalah sesuatu yang bagus kalau mereka dapat memiliki sesuatu yang direct daripada haiwan-haiwan seperti ini.
Contohnya, Tour Leader Eddy bercerita kepada kami yang sewaktu kali pertama dia datang ke Zimbabwe bertahun-tahun dulu, dia telah membeli sebatang gigi singa yang dijual sebagai souvenir. Ini adalah kerana mengikut kepercayaan Cina, kalau seseorang memiliki anggota badan singa seperti gigi ini, ia seolah-olah memberi kuasa kepada kita untuk menguasai orang lain. Umpamanya, gigi ini boleh menjadi tangkal supaya boss tak marah kepada kita di tempat kerja.
Walau bagaimanapun, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa juga membawa mana-mana anggota haiwan seperti gigi singa, gading gajah dan sebagainya keluar dari Zimbabwe. Gigi singa itu telah menyebabkan Eddy ditahan sewaktu nak keluar dari Zimbabwe ketika itu. Walau bagaimanapun menurut Eddy, dia dilepaskan selepas membayar USD 200 kepada pegawai kastam yang menahannya. Namun begitu, gigi singa tetap tidak lepas untuk dibawa keluar. Berdasarkan pengalamannya ini sendiri, Eddy menasihatkan kami supaya jangan sekali-kali membeli mana-mana anggota badan haiwan liar untuk dibawa pulang sebagai souvenir dari Afrika.
 |
| Memulangkan tongkat sakti dan membasuh tangan selepas selesai Walk With The Lion. |
Di aktiviti Walk With The Lion ini ada juruvideo profesional yang merakam setiap detik perjalanan kita dengan Sang Singa. Video ini boleh dibeli dengan harga USD 40 (MYR 162). Husband turut membeli video ini untuk kenangan. Tak ada pulak service sebegini sewaktu Walk With The Cheetah tadi. Selepas itu, mereka semua juga dihantar pulang ke Kasambabezi Lodge.
 |
| Tempat untuk membeli video kenangan |
 |
| Pulang ke Kasambabezi Lodge |
Bersambung ke Bahagian 21...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
No comments:
New comments are not allowed.