Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(BOTSWANA : Chobe National Park)
Bahagian 17: Botswana
BOTSWANA [Chobe National Park 2]
HARI KELIMA (3)
Part 39: River Safari @ Chobe National Park (2)
Pengalaman membuat River Cruise di Chobe National Park di Botswana adalah sebuah pengalaman yang sangat indah. Di samping melihat pelbagai haiwan liar dalam suasana yang natural, pemandangan di sekeliling Sungai Chobe juga sangat menyegarkan.
Di kejauhan sana, kelihatan pula seekor Kudu yang sering memakan daun dan tumbuh-tumbuhan. Kudu juga terkenal sebagai haiwan yang kuat melompat. Lompatan Kudu boleh melepasi pagar setinggi 2 meter. Tuhan juga mengurniakan Kudu dengan deria penglihatan, bau dan pendengaran yang tajam. Mereka akan mengeluarkan bunyi seperti menyalak bila berdepan dengan bahaya.
Kudu jantan dan Kudu betina selalunya tidak tinggal bersama di dalam satu kumpulan. Seperti Gajah, hanya Kudu Betina yang sering tinggal bersama sebagai satu kumpulan dengan disertai anak-anak mereka. Kudu jantan selalunya bergerak lebih independent. Kumpulan Kudu selalunya kecil dengan cuma 4-5 ahli. Musuh semulajadi mereka adalah singa, harimau bintang (leopard) dan hyena. Mereka juga sering diburu manusia untuk mendapatkan tanduk, kulit dan dagingnya.
![]() |
| Kudu ini Kudu jantan kerana ia mempunyai tanduk |
![]() |
| Kudu mempunyai belang yang cantik pada badannya |
Berdekatan dengan Kudu tadi ada sepohon pokok yang dihuni sekumpulan Burung Cormorant. Seperti Burung Helang, Cormorant juga pandai memburu ikan untuk dijadikan makanan.
![]() |
| Pokok yang dihuni burung-burung Cormorant |
![]() |
| Close-up sikit burung-burung Cormorant |
Burung Cormorant pandai menyelam sehingga jauh ke dalam sungai untuk menangkap ikan. Ikan yang ditangkap akan ditelan hidup-hidup untuk dimakan. Walaupun pandai berenang dan menyelam untuk menangkap ikan, bulu Burung Cormorant tidak waterproof. Oleh yang demikian, selepas berjaya menangkap dan memakan ikan, mereka akan hinggap di dahan-dahan pokok bukan sahaja untuk berehat, tetapi juga untuk mengeringkan bulu mereka.
![]() |
| Burung-burung ini sedang berehat selepas menangkap ikan |
![]() |
| Mengembang kepak untuk mengeringkan bulu |
![]() |
| Nampak tak ada sekumpulan Impala di sana? |
Seperti yang diceritakan sebelum ini, ada banyak Gajah yang memilih untuk menjadikan Chobe National Park sebagai tempat kediaman mereka. Kalau tadi kita dah melihat Gajah solo, kali ini kita dapat pula melihat sekumpulan Gajah.
![]() |
| Mula-mula nampak cuma dua ekor gajah... |
![]() |
| ... Rupa-rupanya ada keluarga gajah yang berhampiran |
Gajah bergerak dengan kumpulan keluarga. Keluarga Gajah diketuai oleh seekor gajah betina dengan setiap kumpulan terdiri dari 7-8 ekor gajah. Kumpulan-kumpulan keluarga gajah ini sering bergabung membentuk satu kumpulan besar. Kumpulan besar ini pula selalunya terdiri dari 20-40 ekor gajah betina dengan anak-anak mereka. Gajah betina terkenal sangat melindungi anaknya. Gajah-gajah jantan selalunya akan meninggalkan kumpulan setelah mencapai usia 10-14 tahun dan tinggal bersendirian atau membentuk kumpulan-kumpulan kecil dengan gajah-gajah jantan yang lain.
![]() |
| Pemandangan kumpulan Gajah dengan lebih dekat |
![]() |
| Ini mesti kumpulan gajah betina dengan anak-anak mereka |
![]() |
| Kumpulan gajah sering bergerak dengan melindungi anak mereka di tengah-tengah |
![]() |
| Kumpulan gajah sedang bergerak pergi |
![]() |
| Sang Ibu dengan anaknya |
![]() |
| Gajah yang sedang meminum air di sungai |
![]() |
| Meninggalkan gajah di tepi sungai |
Bot kita bergerak lagi dan kali ini kita bersua pula dengan Impala. Impala juga adalah sejenis rusa tetapi warna bulunya lebih cerah berbanding warna Kudu. Ingat tak kisah Impala yang digelar sebagai Macdonalds of the Bush? 😄
![]() |
| Seekor Impala di tepi sungai |
![]() |
| Kenderaan yang membuat Land Safari di Chobe National Park |
Impala memakan rumput di musim hujan dan daun-daun pokok di musim kering. Impala juga sering bergerak secara berkumpulan dengan seramai 6-8 anggota. Impala betina pula sering ditemui dalam kumpulan-kumpulan yang lebih besar sehingga 50 ekor. Sebagai strategi untuk mempertahankan diri, Impala sering menumpang dalam kumpulan-kumpulan besar haiwan lain seperti Zirafah, Kudu, Zebra dan Widebeest. Ini adalah kerana mereka sering menjadi sasaran makanan singa, leopard, cheetah, hyena dan anjing liar. Maklum sajalah kerana daging mereka sedap dan Everybody's Lovin' It! 😄
![]() |
| Kumpulan Impala di tebing sungai |
![]() |
| Kita datang melihat dekat-dekat sikit... |
![]() |
| Macdonalds of the Bush |
![]() |
| Impala |
Perjalanan diteruskan lagi dengan melihat beberapa haiwan dari kejauhan...
![]() |
| Impala |
Di Chobe National Park ini juga, kami dapat melihat African Buffalo yang merupakan haiwan Big Five kami yang keempat selepas Singa, Gajah dan Badak Sumbu. Singa dan Badak Sumbu telah kami temui sewaktu membuat Game Drive di Pilanesberg National Park di South Africa. Gajah pula kami temui di kedua-dua National Park di Pilanesberg (South Africa) dan Chobe (Botswana) ini.
![]() |
| African Buffalo |
![]() |
| African Buffalo adalah salah seekor haiwan yang digelar sebagai Big Five di Afrika |
Walaupun boleh dilihat di banyak tempat di Afrika, African Buffalo sebenarnya paling banyak ditemui di Tanzania. Seperti sumbu pada Badak Sumbu, tanduk African Buffalo juga terdiri dari keratin yang juga ditemui pada kuku dan rambut manusia.
Ada burung berwarna putih yang sentiasa mengekor pergerakan African Buffalo. Burung ini bernama Cattle Egret yang hidup dengan memakan serangga. Burung ini mengekor Buffalo kerana bila Buffalo berjalan, serangga yang bersarang di tanah dan di dalam rumput akan terganggu sehingga menyebabkan mereka berterbangan keluar. Maka mudahlah bagi burung Cattle Egret ini mendapat makanan!
![]() |
| Burung Cattle Egret berwarna putih yang sentiasa mengekor pergerakan African Buffalo. |
![]() |
| Burung ini mengambil kesempatan memakan serangga yang terganggu dengan pergerakan African Buffalo |
African Buffalo pandai berenang dan boleh menyeberang tasik dan sungai. Mereka juga boleh berlari laju sehingga 60 km/jam. Disebabkan kualiti yang dimiliki, African Buffalo menjadi haiwan yang penting dalam kebudayaan banyak suku kaum di Africa. Mereka sering dianggap sebagai lambang kekuatan, kemakmuran dan kesuburan.
Satu pemandangan menarik yang kami lihat adalah apabila African Buffalo ini berjalan dengan begitu selamba di sebelah Buaya. Buaya ini pun macam tak kisah nak menangkap Buffalo yang berdaging sedap ini. Sebenarnya Buaya memang tidak akan menangkap African Buffalo sewaktu di darat. Ini adalah kerana African Buffalo pasti akan menang kalau berlawan dengan Buaya di darat. Buaya sebaliknya hanya akan menyerang African Buffalo sewaktu haiwan ini berenang di dalam air. Maklum sajalah sebab buaya adalah Jaguh Kampung. Sungai memang turf buaya dan pasti dia mempunyai kelebihan ke atas African Buffalo di dalam gelanggang sendiri. Malah ada pepatah orang Afrika yang berbunyi "The strength of the crocodile is in the water." 😄
![]() |
| Buaya yang tak kisah dengan kehadiran African Buffalo berhampiran |
![]() |
| Pemandangan sewaktu bot berpatah balik |
![]() |
| Burung African Jacana yang hinggap di tumbuhan air |
![]() |
| Bot yang di sebelah sana itu berlayar dari Namibia |
![]() |
| Percikan air sewaktu bot kami membelah air di Chobe River |
Chobe National Park juga terkenal sebagai tempat persinggahan Migratory Birds di selatan benua Afrika. Antara burung yang terkenal adalah African Jacana (Jesus Bird), Slaty Egret dan Southern Camine Bee-eaters.
![]() |
| Burung-burung migratory di Chobe National Park |
![]() |
| Close-up |
![]() |
| Bermandi-manda di dalam sungai |
Sebahagian besar dari negara Botswana (kira-kira 70%) terdiri dari Gurun Kalahari yang terkenal dengan pasir yang berwarna merah. Sebahagian pasir merah dari Gurun Kalahari ini juga dapat dilihat di Chobe National Park.
![]() |
| Bahan berwarna merah yang terapung di tengah sungai ini adalah tumbuhan air yang mereput |
![]() |
| Pasir berwarna merah ini adalah sebahagian dari Kalahari Desert yang meliputi 70% dari negara Botswana |
Kita juga dapat melihat beberapa resort mewah yang didirikan di tebing Sungai Chobe. Perlayaran kami dengan River Safari ini juga akan berakhir di salah sebuah resort ini yang bernama Cresta Mowana Resort.
![]() |
| Berlayar di Sungai Chobe |
![]() |
| Chobe Water Villas yang dibina di sebelah Namibia |
![]() |
| Pemandangan dekat Chobe Water Villas |
![]() |
| Bot yang membawa pelancong |
![]() |
| Sedih bila perlayaran kami dah nak berakhir |
River Safari di Botswana memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Ia adalah juga perjalanan Animal Safari kami yang terakhir di Afrika. Seronok dan sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami bila mengenangkan yang kami berjaya menemui 4/5 daripada haiwan Big Five yang dikatakan sangat sukar ditemui. Cuma tak ada rezeki nak melihat Leopard sewaktu berada di bumi Afrika.
![]() |
| Tiba kembali ke Kasane |
![]() |
| Cresta Mowana Resort di Kasane, Botswana |
![]() |
| Cresta Mowana Resort |
Part 40: Lunch @ Cresta Mowana Resort
Perjalanan River Safari kami berakhir di sebuah resort mewah di Kasane yang bernama Cresta Mowana Resort. Kami sebenarnya dibawa ke sini untuk menikmati lunch.
![]() |
| Pangkalan bot di Cresta Mowana Resort |
![]() |
| Staff resort yang menanti ketibaan kami |
![]() |
| Turun dari bot |
![]() |
| Berjalan masuk ke resort |
![]() |
| Masih berjalan masuk ke resort |
![]() |
| Menuju ke dalam resort |
Bangunan Cresta Mowana Resort yang dibina dengan senibina tradisional Afrika sangat cantik. Di tengah-tengah bangunan resort, ada pula sebatang pokok Baobab yang sangat besar.
![]() |
| Pokok Baobab |
![]() |
| Kenangan dengan Pokok Baobab |
Lunch kami disediakan di sebuah restoran yang terletak di tingkat atas bangunan utama Cresta Mowana Resort. Sewaktu kami tiba, kami adalah satu-satunya kumpulan pelancong yang berada di situ. Sewaktu kami dah nak habis makan, berbondong-bondong kumpulan pelancong yang lain tiba untuk turut lunch di sini.
![]() |
| Restoran lunch kami terletak di tingkat atas |
![]() |
| Pemandangan di luar restoran |
![]() |
| Pemandangan indah Sungai Chobe yang diperhatikan dari luar restoran |
![]() |
| Sungai Chobe |
Makanan disediakan secara buffet di sini. Paling best, ada makanan Halal disediakan.
![]() |
| Restoran di Cresta Mowana Resort |
![]() |
| Satu lagi suasana di dalam restoran |
![]() |
| Chef di restoran |
![]() |
| Makanan yang dihidangkan secara buffet |
![]() |
| Lunch pilihan kami |
![]() |
| Pemandangan Pokok Baobab dari luar restoran |
![]() |
| Pokok Baobab |
Selepas makan, kami diminta berkumpul di depan lobi Cresta Mowana Resort kerana coaster akan mengambil kami di sana untuk kembali ke Zimbabwe.
![]() |
| Berjalan menuju ke lobi hotel |
![]() |
| Reception Counter |
![]() |
| Posing dengan Hippo kayu pulak di sini |
![]() |
| Kereta Animal Safari yang baru tiba di depan Cresta Mowana Resort |
![]() |
| Berjalan mendapatkan coaster yang parking di seberang sana |
![]() |
| Meninggalkan Cresta Mowana Safari Resort & Spa |
Bersambung Ke Bahagian 18...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Fish Hoek)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlingshof Estate)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel Africa)
- Bhg. 39 (Hari 11) - South Africa (Cape Town) -->> Mauritius (Curepipe)
- Bhg. 40 (Hari 11) - Mauritius (Curepipe : Dormant Volcano, Shiva Statue & Grand Bassin Lake)
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)


















































































