Showing posts with label FAR EAST 02 - Japan : Mt Fuji / Kyoto / Osaka. Show all posts
Showing posts with label FAR EAST 02 - Japan : Mt Fuji / Kyoto / Osaka. Show all posts

Friday 16 April 2021

2021 TRAVEL REVIEW 12 - ASIA TIMUR (JAPAN : MT FUJI, KYOTO & OSAKA)

April 2021

Travel Review 12: Asia Timur
JAPAN (Mount Fuji, Kyoto & Osaka)

Mount Fuji

Disebabkan lokasinya yang tidak berapa jauh dari Tokyo, Mount Fuji sering menjadi satu persinggahan kepada pengunjung ke kota ini. Ia adalah gunung tertinggi di negara Jepun dengan ketinggian lebih 3,000 kaki ~ jauh lebih rendah dari Gunung Kinabalu di Sabah yang mempunyai ketinggian lebih 4,000 kaki.

Gunung Fuji
Gunung Fuji unik kerana ia adalah sebuah gunung tunggal. Kemuncaknya sentiasa diliputi salji pada sebarang musim. Ia juga telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2013.

Fuji Visitor Centre di kaki Gunung Fuji
Ada 5 buah tasik di kaki Gunung Fuji dan kami cuma berkesempatan melihat 2 buah sahaja di antaranya: Lake Kawaguchi dan Lake Ashi. Lake Kawaguchi adalah tasik yang terbesar di antara kelima-lima tasik ini.

Lake Kawaguchi
Kapal lanun di Lake Ashi
Ada 7 buah stesen pendakian Mount Fuji namun kenderaan hanya dapat naik sehingga ke 5th Station sahaja. Di stesen ini ada sebuah kedai cenderamata dan sebuah Kuil Shinto yang boleh dilawati.

Kedai Cenderamata di 5th Station, Mount Fuji
Kertas hajat yang digantung di Shinto Shrine di 5th Station, Mount Fuji
Ada juga beberapa tarikan lain yang terdapat di kaki Mount Fuji yang pernah kami lawati seperti ladang anggur dan sebuah taman yang dinamakan Peace Park.

Pemandangan di ladang anggur di kaki Mount Fuji
Pintu masuk ke Heiwa Koen Peace Park
Pemandangan di Peace Park
Kawasan Gunung Fuji ini juga terkenal dengan sebuah lembah air panas yang bernama Owakudani. Angin bertiup dengan sangat kencang sewaktu kami melawat ke sini sehingga kita cukup sukar nak bergerak.

Owakudani di Hakone di kaki Mount Fuji
Menikmati angin kencang yang bertiup di Owakudani
 Kereta kabel yang bernama Hakone Ropeway ini boleh digunakan untuk datang ke Owakudani dari Lake Ashi
Owakudani juga terkenal dengan telur rebus berkulit hitam yang dinamakan Kuro-Tamago. Kulit telur ini bertukar hitam selepas direbus menggunakan air panas semulajadi di kawasan pergunungan ini. Orang Jepun mempunyai kepercayaan yang umur kita akan panjang 5 tahun bila memakan sebiji telur berkulit hitam ini. Jadi kalau berhasrat nak umur panjang, makanlah banyak-banyak Kuro-Tamago ini.
 
Tugu Kuro-Tamago di Owakudani
 Telur Kuro-Tamago yang berkulit hitam selepas direbus dengan air panas semulajadi dari gunung
Rupa Kuro-Tamago selepas dikupas kulit ~ sama saja seperti telur rebus biasa. Rasanya pun sama

Kyoto

Kyoto adalah bandar bersejarah yang pernah menjadi ibu negara Jepun sebelum Tokyo. Ia juga sebenarnya mempunyai banyak tempat menarik tetapi disebabkan kami cuma membuat persinggahan singkat di sini, satu-satunya tarikan yang kami lawati adalah Kiyomizu Temple.

Ramai wanita berpakaian tradisional Jepun dilihat di Kyoto
Kiyomizu Temple
Bunga sakura yang berkembang mekar di Kiyomizu Temple
Taman berlumut yang cantik di Kiyomizu Temple
Pemandangan bandaraya Kyoto yang moden dari Kiyomizu Temple
Kedai-kedai cenderamata berhampiran Kiyomizu Temple

Osaka

Osaka adalah kota yang kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo. Ia terletak kira-kira 500 km ke selatan Tokyo.

Osaka
Setibanya di Osaka, kami terus dibawa ke Shinsaibashi yang terletak di tengah-tengah bandar. Ia adalah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Osaka. Namun keistimewaan Shinsaibashi paling terserlah di malam hari bila lampu-lampu iklan neonnya mula menyala terang.

Doutonbori Street di Shinsaibashi
Shinsaibashi
Iklan-iklan neon yang menyala terang di Shinsaibashi
Tujuan kami ke Osaka adalah sebenarnya untuk melawat ke Universal Studios Japan. Myself rasa Universal Studios Japan (USJ) ini lebih besar berbanding Universal Studios Singapore (USS). Universal Studios adalah sebuah taman tema yang dibina berasaskan filem-filem terkenal. Namun disebabkan USJ dibina lebih awal berbanding USS, tarikan di USJ adalah berkait dengan filem-filem yang lebih lama berbanding di USS.

Universal Studios Japan
Istana Harry Potter
Antara roller coaster yang terdapat di USJ
Jika tarikan utama di USS adalah Transformers, tarikan utama di USJ adalah Spiderman.
Selepas melawat USJ, kami juga dibawa ke sebuah pusat membeli-belah bernama Universal Citywalk yang terletak di sebelahnya. Sesuatu yang Myself perhatikan ialah pusat membeli-belah ini sangat American walaupun pekedai dan pengunjungnya hampir kesemuanya berketurunan Jepun.

Universal Citywalk
Kedai-kedai di Universal Citywalk sangat berciri American
 Hard Rock Cafe Osaka yang terletak di Universal Citywalk
Banyak lagi sebenarnya tempat yang menarik berhampiran Kyoto dan Osaka yang belum kami lawati. Kalau diizinkan Allah, mungkin kami boleh kembali lagi ke sini pada satu hari nanti untuk melawat kesemuanya.


Kisah penuh perjalanan kami ke Jepun boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):