Tuesday 30 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 25 (Richmond Hotel)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 25: Pamukkale 1
SAFAK RESTAURANT & RICHMOND PAMUKKALE THERMAL HOTEL

HARI KELAPAN (6)

Part 58: Safak Restaurant

Selepas melawat Laodikeia barulah kami dibawa untuk makan tengahari. Lunch kami disediakan di Safak Restaurant. Sajian di restoran ini adalah makanan Turki yang dihidangkan secara buffet.

Safak Restaurant
Mercedes Benz Vito yang membawa kami sepanjang percutian di Denizli dan Pamukkale
Disebabkan ketika itu macam dah agak lewat, cuma kami sahaja yang berada di restoran. Syukurlah makanannya masih banyak.

Mengambil makanan hidangan
Berbagai jenis salad yang tidak menarik bagi spesies karnivor macam Myself yang kurang suka makan sayur.
Yang ini nampak menarik: Kentang, Sayur Campur, Pasta dan Nasi

Part 59: Richmond Pamukkale Thermal Hotel

Hotel penginapan kami dalam percutian ke Denizli dan Pamukkale ini adalah Richmond Pamukkale Thermal Hotel yang terletak di kawasan Pamukkale. Ia terletak jauh dari bandar Pamukkale, di tengah-tengah kawasan ladang. Penginapan kami di sini adalah selama 2 malam.

Ladang lavender di simpang jalan masuk ke Hotel Richmond Pamukkale Thermal
Richmond Pamukkale Thermal Hotel
Kaunter pendaftaran
Bilik penginapan di Hotel Richmond Thermal Pamukkale. Kita gunakan gambar dari website hotel sebab lupa nak ambil gambar bilik. Bilik kami sebiji macam ini.
Hotel Richmond Pamukkale Thermal adalah sebuah hotel 4 bintang. Ia cuma bangunan setinggi 3 tingkat. Pemandangan dan suasana di hotel ini memang menarik. Cuma yang tak best sikit, hotel ini tak ada lif. Kalau bawak beg besar-besar dan berat-berat, memang kena minta tolong dari staff hotel untuk mengangkatnya.

Pemandangan hotel dari kolam renang
Pemandangan dari angle sini pulak
Satu keistimewaan Hotel Richmond Pamukkale Thermal ialah ia mempunyai thermal pool tersendiri. Maklum sajalah, kan Pamukkale adalah kawasan thermal. Jadi memang befitting hotel ini memiliki kolam thermalnya sendiri. Selain kolam terbuka, ada juga disediakan family pool untuk mereka yang inginkan privacy bersama keluarga.

Kolam thermal di Hotel Richmond Pamukkale Thermal
Nampak tak airnya berasap kat air terjun buatan ini? 
Testing suhu air panas kat kolam thermal
Di belakang hotel ini ada sebuah kawasan pertanian yang cantik. Ada ladang gandum dan juga ladang zaitun. Pemandangan sunset di sini memang awesome.

Kawasan pertanian di belakang hotel
Sunset di Pamukkale
Satu lagi pemandangan sunset yang indah
Masa mula sampai ke hotel, panik sikit bila kita tengok kedudukan hotel yang jauh dari bandar. Macam mana nak pergi dinner? Syukurlah yang rupa-rupanya pakej penginapan kami termasuk sekali breakfast dan dinner di hotel. Taklah susah hati nak berjalan jauh-jauh mencari restoran untuk dinner.

Restoran di Hotel Richmond Pamukkale Thermal
Dessert
Membuat Gozleme secara live
Gozleme
Pelbagai jenis manisan
Suka tengok dessert di hotel ini yang comel dan cantik-cantik. Rasanya pun not bad.
Salad
Dinner
Nasi tidak dilupakan
Pancake
Hidangan untuk breakfast
Pilihan breakfast kami

Part 60: Jalan-Jalan Dekat Hotel

Pada hari pertama di Pamukkale, kami mempunyai banyak masa terluang di sebelah petang. Maklum sajalah, kan sekarang tengah summer. Matahari terbenam lewat jadi kita gunakan kesempatan yang ada pada hari siang yang panjang ini untuk bersiar-siar dengan berjalan kaki di sekitar hotel.

Bunga-bunga cantik di jalan masuk ke hotel
Hasrat di hati adalah nak melihat ladang lavender di simpang jalan besar nak masuk ke hotel. Sebelum sampai ke sana ketika berjalan dari hotel, terpandang pulak ladang Rosemary. Jadi kita singgah dulu melihat tanaman herba Rosemary ini dari dekat.

Ladang Rosemary. Bau tumbuhan Rosemary ini memang harum.
Excited tengok pokok Rosemary. Kalau kat Malaysia, kita cuma jumpa Rosemary yang dah dikeringkan dalam botol.
Berjalan lagi ke depan sana nak tengok ladang Lavender
Ladang Lavender
Kalau di musim bunga mesti penuh Lavender kat sini
Bergambar dengan pokok Lavender
Pemandangan pokok Lavender dari atas
Kalau tak salah ini pokok Oregano. Ditanam di sebelah Lavender.
Sewaktu balik ke hotel singgah pulak kat ladang gandum di tepi hotel. Ladang gandum ini nampak rata sebab hasilnya dah dituai. Mula-mula tertanya juga, betulkah ini ladang gandum? Excited bila terjumpa pokok gandum yang tak tertuai kat bucu ladang. Memang confirm ini ladang gandum!

Ladang gandum yang kelihatan rata setelah hasil dituai
Itu gandum ke lalang?
Confirm ini pokok gandum!
Tunggukan pula kisah kami naik Hot Air Balloon di Pamukkale...


Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:

Sunday 28 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 24 (Laodikeia 2)

 Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 24: Denizli 5
LAODIKEIA (Church of Laodikeia, Temple A & Theater)

HARI KELAPAN (5)

Part 54: Church of Laodikeia

Kita teruskan lagi melawat ke Laodikea...

Peta Laodikea (Gambar dari internet)
Turkey bukan sahaja Bumi Anbia' kepada umat Islam, ia juga dianggap sebahagian Holy Land dalam agama Kristian kerana ada banyak kesan sejarah agama mereka di sini. Laodikeia menjadi sebuah tempat suci bagi penganut agama Kristian kerana di sinilah letaknya salah sebuah dari Seven Churches of Revelation. Menurut keterangan yang diberi, Seven Churches of Revelation adalah 7 buah gereja yang disebut di dalam Bible sebagai contoh kepada umat manusia. 

Peta lokasi 7 buah gereja di Turkey yang dianggap sebagai Seven Churches of Revelation: Ephesus, Smyrna, Pergamum, Thyatira, Sardis, Philadelphia dan Laodikeia.
Church of Laodikeia kini dianggap sebagai gereja yang ketujuh tertua di dunia kerana ia adalah gereja yang ketujuh disebut di dalam urutan Seven Churches of Revelation. Selain berkunjung ke Jerusalem, umat Kristian yang taat akan berusaha untuk berkunjung ke Seven Churches of Revelation kerana bak kata Ali, ia memberi kepuasan kepada mereka sepertimana umat Islam berusaha untuk menunaikan Haji.

Runtuhan Church of Laodikeia
Runtuhan Church of Laodikeia kini telah dipasang atap untuk perlindungan artifak di bawahnya.
Peta dan gambaran Church of Laodikeia di zaman kegemilangannya.
Sebaik masuk ke dalam runtuhan gereja, kami ditunjukkan paip air yang dipasang kepada bangunan gereja. Dalam Bible, penganut Gereja Laodikeia dianggap beriman dengan suam-suam kuku (lukewarm). Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan perkataan lukewarm ini merujuk kepada bekalan air yang sampai ke Laodikeia.

Seperti yang dah diceritakan sebelum ini, bekalan air Laodikeia berasal dari beberapa buah mata air panas yang jauh dari bandar. Bila air ini sampai ke Laodikeia, suhunya dah menjadi suam-suam kuku. Kerana itulah sebahagian penganut Kristian sekarang berpendapat inilah sebabnya penganut gereja di Laodikeia pada masa dulu digelar lukewarm (suam-suam kuku).

Paip bekalan air ke Church of Laodikeia
Disebabkan kepentingan sejarahnya, runtuhan Church of Laodikeia dilindungi oleh UNESCO. Jadi tak hairanlah, ia kelihatan terjaga rapi berbanding runtuhan lain di Laodikeia.

Suasana di dalam runtuhan Church of Laodikeia yang dijaga oleh UNESCO.
Lantai kaca yang dipasang membolehkan pengunjung melihat kesan runtuhan dengan lebih dekat tanpa merosakkannya.
Myself akui satu ciri binaan yang masih mengkagumkan di dalam gereja ini adalah mozek-mozek yang dipasang pada lantainya. Keindahannya masih terserlah walaupun sebahagian besarnya telah rosak dimamah usia.

Pintu masuk ke South Nave
South Nave Mosaics ini masih kelihatan cantik walau dah berusia beratus-ratus tahun.
Pemandangan corak mozek dengan lebih dekat
Corak lukisan Roman pada mozek di lantai memang sangat ketara
Mozek kat area sini banyak dah tercabut
Gambaran corak mozek pada lantai gereja
Saiz gereja ini juga sangat besar berdasarkan kepada saiz runtuhan yang tinggal
Kesan tangga lama
Suasana di dalam runtuhan gereja
Bahagian hadapan gereja
Altar
Kepingan marmar persegi ini dinamakan Templon
Pemandangan lebih dekat kepingan Templon
Sebahagian tiang bangunan gereja yang masih berdiri tegak
Kita tengok lagi pemandangan kesan runtuhan gereja yang masih tinggal...

Pemandangan menghala ke depan
Kesan-kesan runtuhan
Baptistry
Pintu di dalam gereja
Pelawat-pelawat ke gereja
Entah apa bendanya ini...
Pemandangan keluar dari dalam runtuhan gereja
Ini juga adalah bekas saliran air
Kepingan-kepingan mozek
Memang jenuh kalau nak disusun semula semuanya untuk membentuk corak asal
Ada lukisan fresco pada kepingan batu ini
Pemandangan lebih dekat lukisan fresco pada kepingan batu
Sesuatu yang menarik di dalam runtuhan gereja ini ialah adanya binaan Latrina (Toilet). Tetapi memang Myself tak boleh nak imagine bagaimana toilet pada zaman Rom seperti ini berfungsi pada masa itu.

Latrina (Toilet)
Pemandangan binaan toilet dengan lebih dekat
Keterangan tentang Latrina (Toilet)
Binaan di bawah kaca ini mungkin saluran air untuk kegunaan toilet
Menuju ke pintu keluar dari gereja

Part 55: Temple A @ Laodikeia

Di sebelah Church of Laodikeia ada sebuah runtuhan kuil lama yang dinamakan Temple A yang pada masa dahulu digunakan untuk menyembah Dewa Apollo, Artemis dan Aphrodite.

Berjalan menuju ke Temple A
Runtuhan tiang dan bumbung di Temple A 
Mengikut catatan sejarah, kota Laodikeia adalah sebuah kota yang kaya dan makmur. Namun demikian ia kerap mengalami kerosakan akibat gempa bumi. Satu gempa bumi besar pernah terjadi pada tahun 25 SM, sewaktu di zaman pemerintahan Emperor Augustus. Sebelum itu pada tahun 60 SM juga, pernah berlaku sebuah lagi gempa bumi besar yang memusnahkan sama sekali Laodikeia. Raja Rom yang bernama Emperor Nero menawarkan bantuan kewangan untuk membina semula Laodikeia. Walau bagaimanapun tawaran baginda ditolak dan kos pembaikan ditanggung sendiri oleh penduduk Laodikeia. Menurut ceritanya, tindakan ini adalah disebabkan penduduk Laodikeia marah kerana permohonan mereka hendak membina sebuah kuil untuk Apollo telah ditolak ketika itu. Laodikeia merupakan satu-satunya kota di wilayah Asia yang menolak bantuan dari Maharaja Rom.

Pemandangan keseluruhan Temple A
Walaupun kuil ini dibina untuk penyembahan Apollo, kerja-kerja carigali turut menemui patung-patung kepala Augustus, Dionysus dan Aphrodite. Ukiran Zeus dan Hera juga turut ditemui.

Di belakang kuil ini ada sebuah kawasan penggalian yang ditutup dengan lantai kaca. Memang menarik melihat kerja-kerja penggalian yang sedang dilaksanakan. Tapi seram juga nak memijak lantai kaca ini kerana lubang-lubang penggalian di bawahnya kelihatan agak dalam.

Kata Ali kepada kami, walaupun banyak penggalian dibuat, banyak juga sebenarnya artifak purba ini yang telah jatuh kepada pihak asing. Ini adalah kerana undang-undang perlindungan artifak purba di Turkey baru saja diperkenalkan. Sebelum ini, mana-mana pihak yang menemui artifak bersejarah boleh mengambil milik harta tersebut dan tidak diwajibkan untuk menyerahkannya kepada Kerajaan Turkey.

Pada masa sekarang, semua permohonan penggalian sejarah perlu dibuat melalui Kerajaan Turkey. Sebelum adanya peraturan ini, penggalian sering dibuat secara persendirian oleh pihak luar seperti universiti dan agensi dari negara lain. Barang-barang yang ditemui menjadi hakmilik mereka dan dibawa terus ke negara universiti dan agensi yang membuat penggalian.

Bukit yang putih di seberang sana adalah Cotton Castle (Pamukkale). Dekat Pamukkale juga ada sebuah lagi kota Roman purba yang bernama Hierapolis.
Pintu masuk ke Temple A
Rakyat Turkey gemar berkumpul untuk bersosial. Kata Ali, sewaktu dia kecil, menjadi kebiasaan bagi rakyat Turkey untuk keluar berkumpul beramai-ramai sambil berkelah di tapak-tapak bersejarah. Di seluruh Turkey sehingga sekarang, memang terdapat banyak tapak sejarah purba seperti ini. Pada waktu dulu, kawasan-kawasan bersejarah ini tidak dijaga seperti sekarang. Memang sangat mudah bagi sesiapa saja yang datang untuk menemui artifak lama seperti duit syiling dan peralatan seperti pinggan mangkuk yang kesemuanya boleh dijual kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan wang.

Di sebelah Temple A pula adalah peninggalan Agora yang dibarisi tiang-tiang besar yang masih utuh berdiri. Tiang-tiang ini dinamakan propylon. Ia dipercayai sebahagian bangunan kuil yang didirikan untuk menyembah Dewi Athena dan Dewa Zeus.

Agora
Runtuhan Kuil Zeus dan Athena
Berjalan menuju propylon di Agora
Bergambar dengan propylon untuk menunjukkan saiz sebenar tiang ini.
Ali sedang mengambil gambar
Bongkah-bongkah batu
Tiang, dinding dan bongkah-bongkah batu
Dah lupa nama pokok ini tetapi kata Ali ia mempunyai banyak khasiat perubatan.

Part 56: Theater @ Laodikeia

Binaan theater adalah ciri semua kota Rom purba dan Laodikeia tidak terkecuali. Di kota ini juga kita dapat melihat sebuah theater yang telah digali dan direstorasi seperti di zaman kegemilangannya dahulu. Theater ini boleh menempatkan 8,000 orang penonton.

Theater di Laodikeia
Tempat duduk penonton di dalam theater
Nampak tak 2 tiang di tempat duduk penonton di bawah sana yang menghadap ke pentas? Itu adalah tempat duduk VIP.
Pentas theater
Binaan theater ini sangat mengkagumkan tetapi kata Ali, theater di Hierapolis lebih hebat lagi. Tak dapat kami nak membayangkannya ketika itu kerana kita masih belum sampai ke Hierapolis.

Tangga turun ke bawah
Penonton theater
Pemandangan Pamukkale dan Hierapolis dapat dilihat dari sana
Polis penjaga theater

Part 57: Frescoed Wall @ Laodikeia

Satu pemandangan yang menarik perhatian kami sewaktu melawat ke Temple A tadi adalah sebuah binaan yang ditutup dengan kanvas besar. Jadi sebelum meninggalkan Laodikea selepas melawat Theater, kami singgah dulu ke sana.

Binaan bertutup dengan kanvas yang menarik perhatian kami sewaktu di Temple A.
Ohh, dinding rupanya.
Dinding ini bukan sebarang dinding. Ia dihiasi dengan lukisan fresco yang cantik. Tak ada keterangan tentang dinding ini di sana tetapi pada pandangan Myself, ia pasti sebahagian dinding sebuah bangunan yang sangat penting pada satu masa dahulu.

Pemandangan dinding di sebalik kanvas
Lukisan fresco yang menghiasi dinding sampai ke aras bumbung
Pemandangan dekat fresco yang menghiasi dinding
Walau dah berusia beratus tahun, warna pada fresco masih menyerlah
Pasti ini adalah sebahagian binaan sebuah bangunan yang penting pada masa dahulu
Kemudian dah tibalah masa untuk kami meninggalkan Laodikeia. Walau rasa banyak dah dilihat, masih banyak lagi sebenarnya yang belum dilihat. Penggalian juga masih dilaksanakan oleh Kerajaan Turkey di Laodikeia. Kalau selesai penggalian nanti, pasti pemandangan di Laodikeia akan lebih hebat lagi.

Propylon
Jalan yang dibina dari batu marmar
Perhatikan ukiran di atas tiang di sana. Pasti seluruh bangunan ini dihiasi dengan ukiran cantik begitu pada masa dahulu.
Mengintai dari sebalik tiang
Runtuhan-runtuhan lama
Kafetaria moden di Laodikeia


Bersambung ke Bahagian 25...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022: