Sunday 30 October 2022

2022 PENANG (2nd VISIT) BHG. 07 (Plaza Premium Lounge)

September 2022

PENANG, MALAYSIA (2nd VISIT 2022)
Tanjung Bungah, Entopia & George Town

Bahagian 7: Departure
PULANG KE KUALA LUMPUR

HARI KETIGA

Part 23: Plaza Premium Lounge @ Penang Airport

'Percutian Singkat Terpaksa' kami ke Pulau Pinang berakhir pada hari ini. Disebabkan penerbangan pulang kami dengan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur berlepas pada pukul 10 pagi, seawal jam 7 pagi kami terpaksa bergerak menaiki teksi ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Teksi yang membawa kami ke airport pagi ini pun kami dah tempah awal-awal dengan bantuan concierge di Hotel Flamingo By The Beach.

Meninggalkan hotel di awal pagi
Dalam teksi menuju ke airport
Suasana Penang di awal pagi
Penang Chinese Girls' High School
Masjid Negeri Pulau Pinang
Perjalanan menuju ke airport
Masjid Al-Mustaghfirin
Sampai di Penang Airport
Penang Airport
Jom kita masuk ke dalam...
Suasana di Penang Airport
Lagi suasana di Penang Airport
Alhamdulillah, penerbangan pulang kami Malaysia Airlines MH 1143 masih mengikut jadual.
Berjalan menuju ke Kaunter Check-in
Disebabkan hari masih awal pagi dan kami pulak fly Business Class pagi ini, suasana di Kaunter Check-in tidak sibuk. Sebagai penumpang Business Class, kami dijemput menunggu di Plaza Premium Lounge.

Kaunter Check-in untuk Business Class Malaysia Airlines
Check-in di Kaunter Malaysia Airlines
Boarding Pass dan jemputan masuk ke Plaza Premium Lounge
Plaza Premium Lounge terletak di Bahagian Perlepasan Penumpang. Jadi kenalah melalui pemeriksaan sekuriti penerbangan domestik dulu sebelum sampai ke sana.

Pintu Perlepasan Domestik
Plaza Premium Lounge
Dahulu kala, Malaysia Airlines menyediakan MAS Golden Lounge untuk penumpang-penumpang Business Class mereka. Tapi selepas pandemik Covid-19, MAS Golden Lounge hanya disediakan di KLIA. Di airport seperti di Penang yang tiada MAS Golden Lounge kini, penumpang-penumpang Business Class MAS dijemput untuk menggunakan Plaza Premium Lounge secara percuma.

Plaza Premium Lounge adalah sebenarnya sebuah Lounge berbayar yang terbuka untuk kegunaan sesiapa saja, tak kira sama ada mereka adalah penumpang Business Class ataupun Ekonomi untuk mana-mana airline. Lounge ini juga ada di KLIA dan KLIA2 di Kuala Lumpur. Tapi kos nak menggunakannya sangat mahal. Disebabkan inilah satu peluang yang rare bagi kami berdua untuk menggunakan Lounge ini, kita enjoy sajalah fasiliti yang ada di dalamnya sedapat boleh.

Suasana di Plaza Premium Lounge
Satu lagi suasana di Plaza Premium Lounge
Kerusi menunggu yang selesa di Plaza Premium Lounge
Tetamu di Plaza Premium Lounge boleh makan dan minum sesuka hati di sini. Maklumlah segala-galanya sebenarnya dah berbayar. Di Plaza Premium Lounge di Penang Airport ini walau bagaimanapun, tak ada hidangan buffet. Cuma makanan set saja yang disediakan dan perlu dipesan di kaunter makanan. Makanan yang siap seterusnya akan dihantar oleh petugas terus ke meja di tempat tetamu menunggu.
  
Kaunter pesanan makanan di Plaza Premium Lounge
Tak ada makanan buffet di sini,  cuma makanan set yang perlu dipesan dari petugas.
Pilihan Breakfast Set di Plaza Premium Lounge
Menunggu makanan yang dipesan dihantar ke meja
Breakfast Set pilihan kami
Berehat menunggu flight selepas makan
Dah tiba masa untuk bergerak...

Part 24: Terbang Ke Kuala Lumpur

Dekat pukul 9.30 pagi, kami bergerak menuju ke pintu perlepasan. Walau bagaimanapun, pesawat yang nak membawa kami pulang ke Kuala Lumpur masih belum tiba. 

Pesawat Air Asia di pintu perlepasan bersebelahan.
Menunggu ketibaan pesawat
Pesawat Malaysia Airlines yang nak membawa kami pulang ke KL tiba di Pulau Pinang
Berpusing menuju ke pintu ketibaan
Beratur nak masuk ke dalam pesawat
Airbridge
Masuk ke dalam pesawat
Terbang Business Class hari ini...
Tempat duduk Business Class
Kalau naik Business Class macam ini, masuk-masuk ke dalam pesawat saja, terus kita dihidang dengan minuman.

Enjoying Business Class
Hidangan minuman
Towel basah turut diberi untuk menyegarkan muka. Jarang penumpang perempuan nak memakainya untuk mengelap muka kerana nak menjaga make-up.
Beratur menunggu giliran untuk terbang di belakang Air Asia
Mengambil posisi untuk terbang
Penang International Airport
Disebabkan pesawat kami tiba setengah jam lewat dari jadual, perlepasan tutut tertunda selama setengah jam. 

Berlepas ke udara
Terbang di atas Pulau Pinang
Pulau Pinang dari udara
Meninggalkan Pulau Pinang
Menikmati pemandangan di luar
Jambatan Pulau Pinang
Seberang Perai
Terbang menuju ke Kuala Lumpur
Pemandangan dari pesawat
Tak tahu kolam apa ni...
Ada satay dihidangkan untuk penumpang dalam Business Class. Walau bagaimanapun disebabkan kita dah kenyang makan kat Plaza Premium Lounge tadi, macam tak lalu pulak kita nak makan. Since dah dihidangkan, kita jamahlah juga sikit satay ini. Tapi rasanya biasa-biasa saja, tidaklah oomph mana.

Satay yang dihidang dalam Business Class
Terbang di atas awan
Pemandangan bumi Malaysia
Flight Information
Hujan pulak kat luar sana...
Menghampiri KLIA
Semakin hampir ke KLIA
Membuat penerbangan turun.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi, lewat 30 minit dari jadual. Cuaca di KLIA muram dan mendung selepas hujan. 

Selamat tiba di KLIA
Lepas dah balik dari Penang ini, jom kita bersiap pulak untuk mengembara ke bumi Balkans ...