Showing posts with label SOUTH AFRICA (2026) : Johannesburg / Pilanesberg NP / Pretoria. Show all posts
Showing posts with label SOUTH AFRICA (2026) : Johannesburg / Pilanesberg NP / Pretoria. Show all posts

Monday, 25 May 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 02 (Mauritius - Johannesburg)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)

Bahagian 2: South Africa
MAURITIUS (Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport) -->>  JOHANNESBURG (O.R. Tambo International Airport)
 
HARI KEDUA (1)

Part 4: Dari Mauritius Ke Johannesburg

Sarapan pagi di Holiday Inn Mon Tresor di Mauritius bermula pada pukul 6 pagi. Selepas bersarapan pada pukul 6.30 pagi nanti, kami akan bergerak menuju ke Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport untuk mengambil penerbangan sambungan Air Mauritius menuju ke Johannesburg di South Africa.

Myself dan Husband bersama Eddy dan beberapa Pengyou (rakan serombongan) yang lain turun awal untuk bersarapan. Sementara menunggu restoran dibuka, kami melepak dan bersiar-siar dulu di sekitar kawasan hotel.

Kolam renang di Holiday Inn Mon Tresor
Pemandangan perkarangan luar hotel dari pintu masuk utama
Ini pula pemandangan menghala ke bangunan hotel dari taman di bahagian hadapan
Holiday Inn Mauritius - Mon Tresor
Van yang dah standby untuk membawa kami ke airport selepas breakfast
Kaunter reception di Holiday Inn Mon Tresor
Duduk menunggu restoran dibuka
Pemandangan menghala ke arah restoran
Mini Bar berhampiran restoran
Bila restoran dibuka, kami bergegas masuk untuk bersarapan. Maklum sajalah kerana kami nak mengejar waktu untuk bergerak ke airport.

Breakfast di Holiday Inn Mon Tresor
Antara pilihan makanan yang dihidangkan
Egg Station
Salad & Cheese
Pilihan sarapan kami...
Gula dari Mauritius
Breakfast sebelum bergerak ke airport
Setelah semua dah bersedia, kami bergerak menuju ke airport. Syukurlah kerana ada 2 buah van yang disediakan oleh pihak hotel untuk membawa kami ke airport pagi ini.

Bersedia nak bergerak ke airport
Bergerak menuju ke airport
Pemandangan di dalam van
Mentari terbit di Pulau Mauritius
Perjalanan dari Holiday Inn Mon Tresor ke Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport cuma memakan masa kira-kira 10 minit.

Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport
Menyeberang masuk ke bangunan airport
Bergambar kenangan di depan airport
 Berjalan masuk ke International Departures
Airport di Mauritius tidaklah sesibuk KLIA. Sewaktu kami tiba walaupun hanya 2 jam sebelum waktu penerbangan, tak ada barisan pun di kaunter check-in Air Mauritius. Kaunter check-in bagi pesawat kami ke Johannesburg di South Africa berkongsi dengan pesawat yang menuju ke St. Denis di Pulau Reunion. Oleh yang demikian, Eddy menasihatkan kami untuk memaklumkan dengan jelas destinasi kami kepada pegawai yang bertugas. Iyalah, risau juga kalau-kalau bagasi kita tersilap dihantar ke St. Denis dan bukan ke Johannesburg.

Kaunter Air Mauritius di Mauritius Airport
Cuma kami saja yang beratur untuk check-in
Berbaris untuk check-in
Kaunter check-in penerbangan kami yang berkongsi dengan penerbangan Air Mauritius ke St. Denis di Reunion
Check-in di kaunter
Selepas check-in, Myself dan Husband terus bergerak menuju ke Boarding Gate. Seronok bila kami bertemu dengan Prayer Room sewaktu berjalan ke sana. Beberapa toilet di airport ini juga turut dilengkapi dengan bidet dan sinki wuduk untuk kemudahan pengguna lapangan terbang yang beragama Islam.

Arah ke Prayer Room
Mencari Boarding Gate
 Boarding Pass dari Mauritius ke Johannesburg
Pintu Perlepasan kami
Ramai penumpang Muslim yang kami temui di Airport Mauritius
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Pesawat kami ke Johannesburg Air Mauritius MK 851 dijadual berlepas pada pukul 8.50 pagi. Pada pukul 8.00 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat. Pesawat yang digunakan adalah pesawat wide body Airbus 350-900.

Berjalan masuk ke dalam pesawat
Hujan renyai sedang turun di Mauritius
Bersiap untuk perlepasan
Peta penerbangan dari Mauritius ke Johannesburg
Air Mauritius
Safety video yang disampaikan dalam Bahasa French dan English
Pemandangan sewaktu pesawat bergerak menuju ke runway
Berlepas dari Mauritius menuju ke Johannesburg
Pemandangan selepas pesawat terbang di udara
Menuju ke tanah besar benua Afrika
Penerbangan dari Mauritius menuju ke Johannesburg memakan masa 4 jam. Disebabkan cuaca yang sangat baik, penerbangan kami menuju ke Johannesburg juga sangat lancar tanpa sebarang turbulence.
 
Maklumat penerbangan
Awan tebal sewaktu terbang melepasi Mauritius
Masih terbang di atas awan
Menuju ke Pulau Réunion
Laluan penerbangan dari Mauritius ke Johannesburg merentas 2 buah pulau lagi di timur benua Afrika: Réunion dan Madagascar. Réunion terletak 175 km dari Mauritius. Pada masa dahulu, ia adalah sebuah pulau jajahan Perancis. Ia sekarang ditadbir sebagai sebuah wilayah di dalam negara France serta mempunyai perwakilan di dalam Parlimen (National Assembly) negara tersebut. Oleh kerana ia adalah sebahagian dari Metropolitan France, Réunion mendapat pengiktirafan sebagai sebahagian dari European Union (EU) walaupun secara fizikal ia terletak di benua Afrika.

Awan tebal berhampiran pulau Réunion
Tiba di Pulau Réunion
Melintas ibukota Réunion yang bernama Saint-Denis
Pemandangan Saint-Denis dari udara
Bandar Saint-Paul di Pulau Réunion
Meninggalkan Pulau Réunion
Menuju ke Madagascar
Sajian penerbangan yang pertama diberi kepada penumpang sewaktu pesawat sedang terbang melepasi Pulau Réunion menuju ke Madagascar. Disebabkan kami memesan Muslim Meal (MOML) dalam penerbangan ini, kita mendapat sajian lebih awal berbanding penumpang lain.
 
Muslim Meal (MOML) dalam penerbangan menuju ke Mauritius
MOML sedap yang disajikan kepada kami berdua
Pemandangan Lautan Hindi seluas mata memandang
Menuju ke Madagascar
Sajian penerbangan sedang diberi kepada semua penumpang
Tiba di Madagascar
Tidak lama kemudian pesawat kami tiba di Madagascar. Madagascar adalah pulau yang keempat terbesar di dunia selepas Greenland, New Guinea dan Borneo. Australia yang memiliki keluasan lebih besar dari Borneo tidak dianggap sebagai sebuah pulau kerana ia lebih memiliki ciri sebagai sebuah benua.
 
Pemandangan sewaktu tiba di Madagascar
Sungai Manampatrana di Madagascar
Merentas Pulau Madagascar
Hutan belantara di Madagascar
Menghampiri kawasan pergunungan di tengah Madagascar
Sungai di kawasan pergunungan di tengah Madagascar
Meninggalkan Madagascar
Pemandangan sewaktu meninggalkan Madagascar
Menuju ke arah Johannesburg
Sekali lagi Myself merasa excited bila pesawat kami tiba di tanah besar benua Afrika. Syukur Alhamdulillah Ya Allah, kerana Engkau mengizinkan Myself dan Husband tiba di sini. Pemandangan yang sangat menarik perhatian Myself adalah tasik-tasik yang terletak di pinggir laut. Tasik-tasik ini sebenarnya terletak di dalam negara Mozambique yang bersempadan dengan Republic of South Africa.

Tiba di tanah besar benua Afrika
Pemandangan pertama tanah besar benua Afrika (Mozambique)
Peta yang menunjukkan tasik-tasik di tepi pantai Mozambique
Pantai Mozambique
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang setelah kami tiba di tanah besar Afrika. Ketika itu kami sedang terbang melintas negara Mozambique.

Perkhidmatan sajian penerbangan yang kedua
Cuma biskut kering yang sedap dan air minuman sahaja yang diberi dalam sajian penerbangan yang kedua
Melintas negara Mozambique untuk menuju ke Johannesburg
Tasik besar di sempadan Mozambique dan South Africa
Sebuah sungai yang bernama Crocodile River (Krokodilrivier dalam Bahasa Afrikaans) muncul dalam pandangan bila kami tiba di Republic of South Africa. Mungkin ia dinamakan sedemikian sebab ada banyak buaya yang tinggal di dalamnya.

Terbang berhampiran Crocodile River
Pemandangan Crocodile River dari udara
Tiba di South Africa
Pemandangan South Africa dari udara sewaktu menuju ke Johannesburg
Destinasi kami Johannesburg adalah bandaraya yang terbesar di South Africa. Ia terletak di wilayah Gauteng yang merupakan wilayah terkecil di kalangan 9 wilayah yang membentuk negara South Africa. Gauteng juga merupakan wilayah yang termaju di South Africa kerana di sinilah letaknya dua bandar utama negara tersebut: Johannesburg dan Pretoria.

Wilayah Gauteng di South Africa
Kawasan pertanian yang luas dapat diperhatikan sewaktu pesawat kami menghampiri Johannesburg. South Africa adalah juga bekas jajahan British pada masa dahulu seperti Malaysia. Jika Malaysia banyak berkongsi kesamaan sejarah penjajahan British dengan India, South Africa pula banyak berkongsi kesamaan sejarah penjajajahan British dengan Australia. Tidak hairanlah perasaan kita sewaktu melihat pemandangan South Africa ketika pesawat menghampiri Johannesburg adalah bagaikan pesawat kita hendak mendarat di sebuah airport di Australia.
 
Suasana di dalam pesawat sewaktu menghampiri Johannesburg
Gauteng juga adalah wilayah yang terkenal dengan aktiviti perlombongan emas dan platinum. Pemandangan lombong-lombong terbuka juga banyak dilihat berhampiran bandar Johannesburg.
 
Menghampiri O.R. Tambo International Airport di Johannesburg
Pesawat kami selamat mendarat di O.R. Tambo International Airport di Johannesburg pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Waktu di South Africa adalah 2 jam lebih lewat berbanding waktu di Mauritius dan 6 jam lebih lewat berbanding Malaysia.
 
Pemandangan di pinggir kota Johannesburg
Menghampiri O.R. Tambo International Airport
Sebahagian kompleks O.R. Tambo International Airport
Membuat pendaratan di O.R. Tambo International Airport
Selamat mendarat di Johannesburg
Berjalan keluar dari pesawat
Berjalan masuk ke bangunan terminal
Welcome To South Africa!

Part 5: O.R. Tambo International Airport @ Johannesburg, South Africa

O.R. Tambo International Airport adalah lapangan terbang yang terbesar dan kedua tersibuk di benua Afrika selepas Cairo International Airport di Egypt. Ia dinamakan sempena Oliver Reginald Kaizana Tambo yang merupakan seorang pejuang anti-apartheid di Afrika Selatan.
 
Eddy meminta kami berkumpul bersama terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan
Berkumpul bersama-sama
Suasana di O.R. Tambo International Airport
Ukiran gajah moden di O.R. Tambo International Airport
Local Tour Guide di Johannesburg kami yang bernama Evie telah sedia menanti di O.R. Tambo International Airport. Evie adalah seorang wanita berkulit putih berpangkat seperti Makcik-Makcik. Dia sebenarnya berketurunan Greek. Menurut cerita Evie kepada Myself dan Husband, dia berpindah ke South Africa sewaktu berusia 2 tahun bersama ibu dan bapanya dari Greece. Selain memiliki passport South Africa, dia juga memiliki passport Greece. Namun demikian menurut Evie, dia lebih selesa dan seronok tinggal di Afrika Selatan berbanding pulang ke Eropah walaupun dia masih mempunyai ramai keluarga di sana.
 
Local Tour Guide kami di Johannesburg yang bernama Evie
Sesuatu yang unik dalam perjalanan kami di Afrika ialah kita tidak perlu menyeret sendiri bagasi sehingga ke bas. Di sini, kami diminta oleh Evie untuk menyerahkan sendiri bagasi kepada porter yang telah disediakan oleh agensi pelancongan di Johannesburg. Porter seterusnya akan membawa semua bagasi ke bas. Setibanya di bas juga, kita diminta untuk menunjukkan bagasi kepada porter sebelum dimasukkan ke dalam perut bas. Selagi kita belum membuat pengesahan pemilikan bagasi, porter tidak akan memasukkan bagasi ke dalam bas. Begitulah cara yang diamalkan dalam setiap perjalanan kami sepanjang masa di Afrika.

Pengesahan pemilikan bagasi perlu dibuat kepada porter sebelum dimasukkan ke dalam troli untuk dibawa ke bas
Mengikut Evie berjalan ke tempat bas menunggu di luar bangunan airport
Satu lagi suasana di O.R. Tambo International Airport sewaktu berjalan mendapatkan bas
Hotel Intercontinental di luar bangunan terminal O.R. Tambo International Airport
Bas parking di sana. Laju betul porter-porter ni bergerak membawa bagasi kami. Mereka dah tiba jauh lebih awal dari kami.
Pengesahan pemilikan perlu dibuat sekali lagi sebelum bagasi diisi ke dalam bas.
Eddy memberi taklimat program perjalanan di Johannesburg
Meninggalkan O.R. Tambo International Airport di Johannesburg, kami dibawa menaiki bas menuju ke Pilanesberg National Park yang terletak kira-kira 2 jam 30 minit dari situ. 

Bergerak meninggalkan O.R. Tambo International Airport
Hotel Intercontinental Johannesburg O.R. Tambo Airport
Pintu masuk ke bangunan parking di O.R. Tambo International Airport
Bangunan parking di O.R. Tambo International Airport
City Lodge Hotel yang juga terletak di perkarangan airport
Kita dapat melihat patung O.R. Tambo sewaktu bas bergerak meninggalkan perkarangan airport. Seperti yang Myself ceritakan tadi, beliau adalah seorang pejuang nasionalis anti-apartheid di South Africa. Sewaktu zaman pemerintahan apartheid, Tambo telah dibuang negeri oleh kerajaan kulit putih yang memerintah. Sewaktu di luar negara inilah dia berusaha dan berjaya mendedahkan kekejaman pemerintahan apartheid kepada penduduk bukan berkulit putih di South Africa ke seluruh dunia. Disebabkan jasa Tambo, negara-negara asing di seluruh dunia mula menekan dan memulaukan kerajaan kulit putih yang berkuasa di South Africa ketika itu. 

Patung O.R. Tambo di perkarangan airport di Johannesburg
Kerajaan Malaysia turut menyertai tindakan ini dengan menetapkan passport Malaysia yang dikeluarkan ketika itu tidak sah digunakan untuk melawat ke Afrika Selatan. Tindakan ini akhirnya berjaya menamatkan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan pada tahun 1994.
 
Passport lama Malaysia (dikeluarkan pada tahun 1991) yang tidak sah digunakan untuk melawat ke South Africa
Patung O.R. Tambo didirikan di lapangan terbang ini pada tahun 1997 sebagai mengenang jasanya. Lokasi ini dipilih kerana di sinilah O.R. Tambo diberi sambutan hangat oleh rakyat Afrika Selatan pada tahun 1990 selepas menjalani hukuman buang negeri selama 30 tahun.

Pandangan patung O.R. Tambo dari hadapan.


 Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
  • Bhg. 01 (Hari 1) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
  • Bhg. 02 (Hari 2) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
  • Bhg. 03 (Hari 2) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
  • Bhg. 04 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive & Boma Dinner)
  • Bhg. 05 (Hari 3) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Bakubung Lodge)
  • Bhg. 06 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg - Pretoria : Pretoria City)
  • Bhg. 07 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
  • Bhg. 08 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
  • Bhg. 09 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village)
  • Bhg. 10 (Hari 5) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
  • Bhg. 11 (Hari 5) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
  • Bhg. 12 (Hari 6) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
  • Bhg. 13 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park)
  • Bhg. 14 (Hari 6) - Zimbabwe (Flight of Angels & Zambezi Sunset Cruise)
  • Bhg. 15 (Hari 7) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
  • Bhg. 16 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
  • Bhg. 17 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg : Sun City)
  • Bhg. 18 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Palace of the Lost City & Lion Park)
  • Bhg. 19 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
  • Bhg. 20 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain)
  • Bhg. 21 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap, The Greek Fisherman & Kirstenbosch National Botanical Gardens)
  • Bhg. 22 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
  • Bhg. 23 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Hout Bay)
  • Bhg. 24 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
  • Bhg. 25 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
  • Bhg. 26 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
  • Bhg. 27 (Hari 11) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
  • Bhg. 28 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->>  Mauritius
  • Bhg. 29 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Dormant Volcano & Grand Bassin Lake)
  • Bhg. 30 (Hari 12) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
  • Bhg. 31 (Hari 12) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)