Showing posts with label SOUTHEAST ASIA 10 - In Brief. Show all posts
Showing posts with label SOUTHEAST ASIA 10 - In Brief. Show all posts

Wednesday 31 March 2021

2021 TRAVEL REVIEW 10 - IN BRIEF (ASIA TENGGARA)

Mac 2021

Travel Review 10: In Brief
ASIA TENGGARA

Selepas membuat review tentang negara-negara Asia Tenggara yang pernah dilawati, kita review pula sekilas pandang tentang pengalaman keseluruhan pengalaman kita melawat ke rantau ini. Oleh kerana Malaysia juga terletak di Asia Tenggara, dah pasti negara-negara di rantau ini adalah juga yang paling banyak kita lawati.

 Asia Tenggara
Ada 10 buah negara di Asia Tenggara dan kami dah melawat 7 daripadanya. Tiga buah negara lagi yang belum kami lawati adalah Laos, Myanmar dan Timor Leste. Setakat ini kami tak ada cadangan nak melawat ke ketiga-tiga negara ini.

INDONESIA

Indonesia adalah negara di Asia Tenggara yang paling kerap kami lawati. Sehingga tahun 2020, kami dah 11 kali sampai ke Indonesia. Bagi rakyat Malaysia, kita kerap berkunjung ke Indonesia kerana kedudukannya yang dekat dengan negara kita. Yang dekat dengan Malaysia itu adalah sebenarnya Indonesia Barat (Sumatera, Jawa, Kalimantan dan pulau-pulau lain yang berdekatan dengannya). Kalau Indonesia Timur pula, ia memang tak dekat dengan Malaysia.

Candi Prambanan di Yogyakarta
Indonesia adalah sebuah negara yang menarik. Memang Myself recommend kepada sesiapa pun untuk melawat ke Indonesia. Indonesia bukanlah negara yang boring kerana setiap pulaunya ada keistimewaan masing-masing sungguhpun agak scary kerana kesemuanya mempunyai gunung berapi yang aktif. Walaupun penduduk Indonesia dan Malaysia serumpun, budaya kita tetap berbeza. 

Gunung Marapi di Sumatera Barat
Ada ramai orang Indonesia yang bekerja di Malaysia dan ramai juga rakyat Malaysia yang mempunyai susur galur keturunan dari negara seberang (termasuklah Myself). Oleh itu, kita sering menganggap Orang Indonesia sangat faham dengan cara dan budaya Malaysia sebab kesemua mereka dah pernah sampai ke negara kita. Bila kita pergi ke sana, barulah kita sedar hakikat yang sebenarnya. Walaupun ada berjuta rakyat Indonesia di Malaysia, ada lebih ramai lagi rakyat Indonesia yang tak pernah sampai ke sini. Jadi bila kita melawat ke Indonesia, terimalah budaya dan cara hidup mereka dengan seadanya. Sama tapi tak serupa, kata orang.

Membuat persembahan di Pura Taman Ayun di Bali
Di Malaysia, semua orang berketurunan Melayu secara zahirnya memang menganut agama Islam tetapi tidak di Indonesia sana. Ada tempat-tempatnya seperti di Bali, Sumatera Utara dan di Sulawesi yang kita nampak macam mereka berbangsa Melayu tetapi tidak beragama Islam. Jika anda tergolong dalam kumpulan mereka yang sukar nak digest perkara ini, elakkanlah dari berkunjung ke kawasan-kawasan begini kerana mungkin ada perkara yang akan membuat anda merasa tersinggung. Kalau di Jawa pula, elemen-elemen agama Hindu memang ketara dalam kebudayaan seharian walaupun mereka rata-rata beragama Islam. Tapi jangan jadikan perkara ini pematah semangat anda untuk berkunjung ke Indonesia, masih ada banyak tempat lain di Indonesia seperti Aceh dan Sumatera Barat yang kuat berpegang kepada ajaran Islam di mana anda akan merasa selesa berada di sana. Tengok sajalah Husband dulu, dari tak mahu langsung pergi pada satu ketika dulu ~ sekarang tak pernah menolak bila diajak berkunjung ke Indonesia.

SINGAPORE & BRUNEI

Singapore dan Brunei tidak termasuk dalam list tempat-tempat favourite yang pernah Myself dikunjungi. Kedua-dua negara ini kaya dan mempunyai nilai matawang yang tinggi berbanding Malaysia, tetapi tidak begitu menarik kepada Myself. Walaupun tak masuk dalam favourite list, kedua-duanya pernah dikunjung lebih dari sekali.

 Patung Merlion di tepi Sungai Singapura
Singapore bagi Myself adalah sebuah negara yang sangat refined. Negara ini sering menonjolkan diri sebagai negara Asian tetapi budaya Asia yang nak ditonjolkan bagi Myself macam sangat westernized, mungkin untuk menarik pelancong-pelancong Barat. Satu ketika dulu, banyak perkara di Singapore yang lebih advanced berbanding Malaysia. Misalnya shopping centre yang hebat-hebat macam kat Orchard Road sana tak ada di Malaysia. Tapi kini tak lagi begitu ~ segala-gala yang advanced di Singapore dah boleh juga dilihat di Malaysia hampir pada masa yang sama. Ini menjadikan macam dah kurang tarikan bagi Myself untuk berkunjung ke Singapore sekarang.

 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, Brunei
Brunei pula terlalu sepi, lebih merupakan bandar untuk tempat tinggal dan bekerja berbanding untuk melancong. Bila ada yang meminta pandangan untuk bercuti ke Brunei, Myself selalu katakan ~ kena pergi ke Brunei sekali, sekadar untuk melihat sendiri apa yang ada di sana. Bila dah pergi sekali, decide sendiri sama ada Brunei wajar dikunjungi lagi atau sebaliknya.

Sekali lagi, ini cuma pandangan peribadi berdasarkan kepada pengalaman Myself. Mungkin pada orang lain, Singapore dan Brunei seronok dikunjungi.

THAILAND

Sebelum berkunjung ke Central Thailand, Myself tak pandang Thailand sebagai sebuah negara yang menarik kerana pengalaman berkunjung ke negara ini hanya sekadar ke Southern Thailand yang tak banyak berbeza dengan Malaysia. Breakthrough yang menukar pandangan terhadap keistimewaan Thailand adalah setelah berkunjung ke Bangkok pada tahun 2012.

Yaksha di Grand Palace, Bangkok
Bagi Myself, Bangkok adalah sebuah bandar yang moden tetapi tidak mementingkan rupa. Walaupun mempunyai banyak bangunan-bangunan tinggi dengan senibina moden, wayar-wayar elektrik masih berselirat bergantungan pada tiang-tiang di tepi jalan sehingga mencacatkan pandangan. Bangkok juga adalah bandar yang tidak terang-benderang di waktu malam kerana bangunan-bangunannya tidak dipasang dengan lampu yang bergemerlapan seperti di kota-kota lain di dunia. Cahaya yang menerangi suasana malam di kota Bangkok sebaliknya datang dari lampu-lampu kenderaan yang tidak putus-putus melalui jalan rayanya sepanjang malam. Kalau traffic jam dah berkurangan selepas pukul 9 malam di kota-kota lain di Asia Tenggara, Bangkok tidak begitu. Ia masih mengalami traffic jam selepas pukul 9 malam.

Berposing dengan Bunga Matahari
Thailand juga adalah negara yang serius dalam memajukan industri pertanian. Pengalaman ini dapat kami rasakan bila berkunjung ke Central Thailand dan melihat sendiri ladang-ladang pertanian di sana. Antara pengalaman yang paling indah juga sewaktu berkunjung ke Thailand adalah melihat ladang bunga matahari di Khao Yai dan sewaktu berkunjung ke Jim Thompson Farm.

 Menyusuri Thai-Burma Death Railway di Kanchanaburi
Lawatan yang turut meninggalkan kesan di hati adalah ketika menjejak sejarah Landasan Keretapi Maut di Kanchanaburi. Terasa sangat kekejaman Jepun sewaktu di zaman perang dulu bila menyusuri laluan Thai-Burma Death Railway ini. Penderitaan yang dialami buruh-buruh paksa Jepun dulu juga dapat dirasakan sewaktu melawat ke Hellfire Pass.

 Perkampungan Muslim di Pratunam, Bangkok
Kira-kira 10% penduduk Thailand beragama Islam. Namun kebanyakan mereka tinggal di sekitar Bangkok dan Southern Thailand. Tak sukar mendapatkan makanan Halal di kedua-dua kawasan ini. Malah kalau di Bangkok, gerai-gerai makanan Halal boleh ditemui di food court di shopping-shopping centre yang besar. Tapi kalau keluar dari kedua-dua kawasan ini, payahlah sikit nak mencari makanan Halal.

CAMBODIA & VIETNAM UTARA

Cambodia dan Vietnam mempunyai sisi sejarah yang sama kerana kedua-duanya adalah bekas jajahan Perancis. Namun begitu Myself rasa kesan-kesan penjajahan ini lebih ketara dilihat di Vietnam. Selepas dijajah Perancis, Cambodia diperintah pula oleh seorang diktator kejam yang bernama Pol Pot yang telah membunuh ramai profesional di negara itu untuk memastikan dia kekal berkuasa. Vietnam pula kemudiannya terbahagi dua selepas ditinggalkan oleh Perancis: Vietnam Utara diperintah oleh Komunis yang berkiblatkan Russia dan China manakala Vietnam Selatan pula diperintah oleh Amerika Syarikat.
 
 Mansion mewah yang ditawarkan oleh Perancis kepada Ho Chi Minh supaya beliau menerima pemerintahan mereka di Vietnam
Kesan peninggalan kekejaman Pol Pot paling ketara dilihat di ibu negaranya, Phnom Penh. Myself bagaimanapun tak berkesempatan berkunjung ke Phnom Penh sewaktu di Cambodia. Hanya Siem Reap sahaja yang sempat dikunjungi. Sungguhpun begitu, sejarah kekejaman Pol Pot ini juga boleh dilihat di Siem Reap.

 Tengkorak mangsa-mangsa pembunuhan Pol Pot di Wat Thmei, Siem Reap
Walaupun tak lagi dijajah Perancis dan tak lagi diperintah oleh Pol Pot, Cambodia masih merupakan sebuah negara yang miskin. Tak banyak pembangunan yang dilihat di negara ini. Di sebalik semua itu, kesan sejarah silam peninggalan kota purba Angkor tetap terpelihara rapi dan menjadi tarikan pelancongan utama di Siem Reap sekarang.

Kesan runtuhan di kota purba Angkor di Siem Reap
Di Vietnam pula, kami cuma berpeluang berkunjung ke sekitar Hanoi di Vietnam Utara. Perjalanan ke Vietnam ini juga bukan sesuatu yang dirancang kerana cadangan asal kami adalah nak ke Taiwan. Entah bagaimana tersampai pulak kami ke Hanoi bila perancangan asal perjalanan ke Taiwan tidak dapat diteruskan.

Halong Bay
Vietnam Utara juga adalah sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Di samping menjadi satu-satunya ibu negara Asia Tenggara yang mengalami 4 musim, pemandangan di sekitar Hanoi juga menarik. Keindahan berlayar di Halong Bay dan bersampan di Tam Coc yang digelar Inland Halong Bay masih terpahat di ingatan kini walau dah kira-kira 10 tahun berlalu.

PHILIPPINES

Philippines adalah antara negara yang termasuk di dalam favourite list Myself. Myself dan Husband pernah berkunjung ke Philippines sebanyak 2 kali: sekali ke Manila dan sekali lagi ke Cebu & Bohol. Philippines berbeza dari negara-negara Asia Tenggara yang lain kerana ia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang pernah dijajah Spanish serta salah sebuah dari 2 negara di rantau ini yang menerima Kristian sebagai agama rasmi. Sebuah lagi negara Kristian di Asia Tenggara adalah Timor Leste.

Memang tak ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Philippines kerana reputasi negara ini kurang baik di mata kita. Di sebalik semua tanggapan itu, Philippines sebenarnya selamat dikunjungi dan rakyatnya juga baik dan ramah. Cuma elakkan saja kawasan yang bergolak seperti di selatan Mindanao.

 Pemandangan bak Little Mexico di Manila
Seperti Malaysia yang berkongsi rapat sejarah penjajahan British dengan India, Philippines pula berkongsi rapat sejarah penjajahan Spanish mereka dengan Mexico. Oleh itu tidak hairanlah jika ada beberapa tempat di negara ini yang diberi jolokan sebagai Little Mexico.

Sebelum sampai ke Philippines, Myself sangka Philippines tak berapa jauh dari Malaysia sebab ia hanya terletak bersebelahan Sabah dalam peta. Selepas terbang ke sana, barulah kita sedar betapa jauh sebenarnya Philippines dari Malaysia. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila memakan masa hampir 4 jam!

Jeepney yang sangat banyak dilihat di Philippines
Bila sampai ke Philippines, tanggapan pertama Myself terhadap negara ini ialah ia sebanding dengan Indonesia dalam banyak aspek. Kedua-duanya sesak dan ramai penjaja di jalanan. Jika di Indonesia ada banyak Angkot di jalan raya, di Philippines pula ada banyak Jeepney. Cara hidup pun sekali imbas macam sama. Satu perbezaan yang ketara hanyalah penduduk di Indonesia adalah majoriti Muslim sedangkan penduduk di Philippines pula adalah majoriti Kristian. Mungkin juga disebabkan pengaruh penjajahan Amerika Syarikat dulu, Myself rasa suasana di bandaraya di Philippines lebih teratur berbanding di Indonesia.

Halal Kitchen di Manila Hotel
Ada ramai penduduk Muslim di Philippines, tetapi mereka seolah-olah tidak kelihatan. Memang sukar sekali mencari makanan Halal di Philippines. Kalau nak mudah mendapatkan makanan Halal, mungkin baik untuk memilih tinggal di hotel 5 bintang yang mempunyai Halal Kitchen. Halal Kitchen di hotel-hotel 5 bintang di Manila memang terjamin sebab hanya makanan Halal yang dimasak di dapur ini. Tapi konsep Halal Kitchen ini cuma ada di Manila dan Davao di Pulau Mindanao sana, tak wujud pulak di tempat-tempat lain di Philippines.

 Pemandangan laut di Philippines memang cantik
Jika berkunjung ke Philippines, pada kebiasaannya ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk bercuti di Boracay bagi menikmati pemandangan laut yang indah. Myself tak pernah sampai lagi ke Boracay, tetapi berdasarkan pengalaman yang dimiliki sewaktu berkunjung ke Manila, Cebu dan Bohol, memang Myself rasa pemandangan laut di Philippines sangat cantik. Pemandangan nature yang lain pun banyak juga yang cantik. Tapi kalau nak melihat keindahan nature di Philippines, kenalah pergi ke pulau-pulau Visayas yang terletak di antara Luzon dan Mindanao. Kalau hanya setakat melawat ke Manila, pasti kita akan mendapat impression yang Philippines adalah negara yang penuh dengan sampah.

 Melihat Whale Shark di Cebu
Selepas membuat review tentang negara-negara yang pernah kita lawati di Asia Tenggara, kita teruskan nanti dengan membuat review negara-negara yang pernah kita lawati di Asia Timur pula...



TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):