Sunday 29 May 2022

2022 BATU GAJAH BHG. 08 (Kellie's Castle 2)

Mei 2022

PERAK, MALAYSIA
Batu Gajah

Bahagian 8: Batu Gajah 4
KELLIE'S CASTLE (2)

Part 23: Rumah Agam (Tingkat 1) @ Kellie's Castle

Kita teruskan lagi explorasi ke Kellie's Castle... Dah habis melawat semua bilik di Tingkat Bawah, kita naik pulak ke Tingkat 1.

Tangga naik ke Tingkat 1
Husband bergambar di depan tangga
Di pertengahan flight tangga naik ke Tingkat 1, ada sebuah bilik kecil untuk simpanan arak (wine cellar). Ada rak-rak kayu untuk simpanan botol wain telah siap dibina di dalamnya. Selain untuk menyimpan arak, ada juga sebuah terowong rahsia yang bersambung dengan Kuil Hindu berhampiran untuk kegunaan keluarga Kellie-Smith melarikan diri di saat kecemasan di bilik ini. Terowong ini walau bagaimanapun telah ditutup oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab keselamatan pada tahun 2003. 
 
Menangkap gambar bilik Wine Cellar
Wine Cellar
Rak-rak untuk simpanan wain
Keterangan tentang Wine Cellar dan terowong rahsia yang dibina di dalamnya
Tangga untuk meneruskan pendakian ke Tingkat 1
Tingkat 1
Sebaik naik ke Tingkat 1, kita bertemu dengan sebuah bilik kecil yang dinamakan sebagai Bilik Linen. Bilik ini bertujuan menyimpan semua linen seperti langsir dan kain cadar yang digunakan di Rumah Agam kelak. Seperti di dalam Wine Cellar tadi, ada rak-rak kayu untuk simpanan linen yang telah disiap dibina di dalamnya.

Keterangan tentang Bilik Linen
Bilik Linen
Rak-rak untuk simpanan linen
Pemandangan ke luar dari balkoni tepi di Rumah Agam
Pemandangan menghala ke Kellas House
Pada tahun 1911, William telah memulakan semula kerjayanya apabila beliau menubuhkan Klian Kellas Ltd untuk menjalankan kerja pengorekan, namun menghadapi pelbagai masalah. Pelaburannya yang lain juga menghadapi masalah dan hubungannya dengan pentadbir Kolonial semakin renggang menyebabkan beliau tidak lagi mendapat sebarang kontrak.

Menikmati pemandangan dari balkoni
Runtuhan Kellas House
Tingkat 1 ini dibina sebagai ruang kediaman sebenar keluarga Kellie-Smith. Pada tingkat ini, kita dapat melihat bilik-bilik tidur keluarga mereka. Bilik yang paling dekat dengan tangga walau bagaimanapun dikhaskan sebagai Bilik Tetamu untuk saudara-mara, sahabat dan rakan perniagaan yang datang melawat.

Bilik Tetamu
Ukiran perhiasan di Bilik Tetamu
Pintu ke Ruang Mandi di Bilik Tetamu
Tingkap di Bilik Tetamu
Siling yang tinggi di bangunan Rumah Agam Kellie's Castle
Struktur bangunan Kellie's Castle yang kekal separuh siap sehingga kini menjadi tarikan pengunjung tempatan dan pelancong luar negara ke Batu Gajah kerana keunikannya, selain rumah agam itu yang dikatakan berhantu. Sehingga hari ini, banyak fakta misteri mengenai Kellie's Castle masih belum terungkai. Kawasan di persekitaran dan di dalam Kellie's Castle ini sendiri dikatakan 'keras' dan menyeramkan kerana tentera Jepun suatu ketika dulu menjadikan bangunan yang separuh siap ini sebagai tempat menyeksa dan membunuh penduduk kampung. Konon ceritanya, ramai yang terkorban di situ, oleh itu lokasi ini dikatakan berhantu. Namun keluarga Kellie-Smith juga yang dituduh menjadi hantu walaupun mereka dah meninggalkan rumah ini sebelum pendudukan Jepun. Kesian, kan?

Balkoni Serambi Berhantu di Tingkat 1
Kisah Balkoni Serambi Berhantu di Tingkat 1
Isteri William Kellie-Smith, Agnes melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony pada tahun 1915. Kelahiran Anthony membawa keuntungan berlipat ganda dalam empayar perniagaan bapanya. Bagi meraikan kelahiran Anthony, William Kellie-Smith memutuskan untuk membina Rumah Agam ini.

Bilik Tidur Anthony
Anthony dan kakaknya, Helen yang tidur di bilik sebelah berkongsi bilik mandi. Bilik Mandi ini juga mempunyai sebuah tangga rahsia menuju ke tingkat bawah dan seterusnya keluar dari rumah ini.

Pintu ke Bilik Mandi dari Bilik Tidur Anthony
Bilik Tidur Anthony berrsambung dengan bilik tidur kakaknya, Helen menerusi bilik mandi ini.
Tangga rahsia menuju ke bawah dan seterusnya keluar dari rumah di Bilik Mandi
Keterangan tentang Tangga Rahsia
Rupa paras Tangga Rahsia
Laluan ke Bilik Helen
Tingkap di luar Bilik Helen
Selepas berkahwin dengan gadis Scotland yang bernama Agnes, William Kellie-Smith membawa isterinya kembali ke Tanah Melayu pada 1903. Pada tahun berikutnya, pasangan ini dikurniakan anak perempuan yang dinamakan Helen. Helen telah meninggalkan Malaya bersama bapanya pada tahun 1926 dan tidak pernah kembali selepas itu. Dia dipercayai telah menetap di England atau Kanada untuk membina keluarganya sendiri.

Bilik Helen
Ukiran perhiasan di Bilik Helen
Siling tinggi di Bilik Helen
Ada jubin cantik yang dipasang di Bilik Helen untuk memberikannya feminine touch.
Keterangan yang tertera di Bilik Helen
Master Bedroom terletak di ruang paling hujung di Tingkat 1 Rumah Agam ini. Menurut keterangan yang tertulis, keluarga Kellie-Smith telah meninggalkan Malaya selama-lamanya sebelum rumah agam ini siap. Agnes dan Anthony telah pulang lebih awal ke Britain untuk urusan persekolahan Anthony. Helen juga menyusul kemudian. Jadi siapa sebenarnya yang akan tinggal di sini jika ditakdirkan bangunan rumah ini dapat disiapkan? 

William Kellie-Smith tinggal bersendirian selepas isteri dan anak-anaknya pulang ke Britain. Namun dia juga jarang berada di Malaya. William lebih kerap berada di Portuguese Timor (Timor Leste kini) kerana mempunyai konsesi perladangan yang besar di sana.

Bilik Tidur Utama
Perhiasan kayu jati yang dipasang pada bingkai tingkap dan pintu Bilik Tidur Utama
Pintu keluar dari Bilik Tidur Utama menuju ke Tangga Spiral
Tangga spiral ini dibina menuju ke Bilik Fotografi di Tingkat Bawah yang juga mempunyai terowong rahsia untuk keluar dari Rumah Agam pada waktu kecemasan.
Seperti yang kita perhatikan sehingga sekarang, ada banyak laluan rahsia untuk kegunaan kecemasan yang dibina di Kellie's Castle. Sayangnya keluarga Kellie-Smith telah meninggalkan Malaya sebelum pendudukan Jepun. Kalau mereka berada di sini sewaktu pendudukan Jepun dan darurat Komunis, mungkin laluan-laluan rahsia ini menjadi sangat berguna ketika itu.

Balkoni Serambi Berhantu di depan Master Bedroom
Menikmati pemandangan dari balkoni
Pemandangan dari balkoni di depan Master Bedroom

Part 24: Rumah Agam (Tingkat 2) @ Kellie's Castle

Selepas kematian William, Agnes menjual haknya dalam Kellas Estate kepada Harrisons & Crossfield, sebuah syarikat perniagaan teh dan kopi yang berpangkalan di Liverpool. Malangnya syarikat tersebut tidak berhasrat untuk meneruskan pembinaan rumah agam ini kerana menganggap ia sebagai satu pembaziran. Rumah agam ini dibiarkan begitu sahaja dan setelah berdekad lamanya, ia mula diliputi hutan.

Agnes menetap di sebuah apartment mewah berhampiran gedung Harrods di England. Anak lelaki William, Anthony berkhidmat sebagai seorang Leftenan dalam Angkatan Tentera British. Malangnya beliau terbunuh dalam Perang Dunia Kedua pada 9 Jun 1942 pada usia 27 tahun. Dia dikatakan mempunyai seorang anak lelaki yang meneruskan keluarga Kellie-Smith.

Tangga naik ke Tingkat 2
Batu-bata ini mungkin dipasang kemudian kerana menggunakan simen moden
Pemandangan ke bawah tangga
Satu elemen menarik yang dapat kita lihat di Tingkat 2 Kellie's Castle adalah Lift Shaft (Ruang Lif). Jika lif ini siap dipasang dulu, ia bakal menjadi lif pertama di Malaya. William Kellie-Smith telah pergi ke Lisbon, Portugal pada tahun 1926 untuk menguruskan perniagaannya di sana. Dia dikatakan merancang untuk kembali ke England selepas itu untuk menguruskan pembelian lif yang dicadang untuk dipasang di Kellie's Castle. Malangnya William diserang pneumonia dan meninggal dunia di Lisbon sebelum sempat menguruskan pembelian lif di England.

Lift Shaft
Mengintai ke dalam Lift Shaft
Sayup jauh ke bawah!
Close-up lagi
Kisah Lift Shaft yang seharusnya menempatkan lif yang pertama di Malaya
Tingkat 2 Rumah Agam Kellie's Castle ini hanya menempatkan sebuah Bilik Tetamu. Bilik ini dibina menghala ke sebuah balkoni terbuka yang membolehkan pengunjung dan tetamu melihat pemandangan di sekitar.

Bilik Tetamu di Tingkat 2
Pemandangan ke luar dari Bilik Tetamu
Pemandangan ke Bilik Tetamu dari Balkoni Luar
Sebagai salah sebuah keluarga atasan dan elit di daerah Kinta pada masa itu, dan demi untuk mengambil hati Agnes yang berasal dari golongan socialite di Eropah, mereka sering menganjurkan majlis-majlis sosial. Majlis yang dianjurkan oleh William dan Agnes kebiasaannya dihadiri oleh keluarga elit yang berasal dari Eropah tetapi menetap di Kinta dan juga oleh pegawai-pegawai kolonial British yang berkhidmat di Tanah Melayu. Majlis-majlis sebegini memudahkan William untuk membina networking bersama pegawai-pegawai British bagi memajukan lagi aktiviti perladangan getah dan perlombongan bijih timah miliknya.

Balkoni di luar Bilik Tetamu
Ada setingkat lagi bilik kat atas Bilik Tetamu ini. Nanti kita pergi ke sana...
Balkoni terbuka di Tingkat 2 ini adalah tempat favourite untuk pengunjung-pengunjung ke Kellie's Castle bergambar.
Kita pun nak bergambar juga...
Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah menghentikan pembinaan rumah agam ini. Bahan mentah bagi tujuan binaan tidak dapat memasuki Malaya dengan mudah kerana risiko penghantaran yang tinggi. Oleh itu, kos bahan mentah binaan menjadi sangat mahal. Modal mereka juga telah dibekukan dan keluarga Kellie-Smith terpaksa bercucuk tanam bagi mencukupkan keperluan makanan sendiri.

Tidak cukup dengan Perang Dunia Pertama, wabak selsema yang digelar Spanish Flu pula muncul pada tahun 1918. Malah Spanish Flu dianggap penyakit yang paling merbahaya di dunia sebelum munculnya Covid-19. Selsema berbahaya ini turut merebak sehingga ke Malaya menyebabkan lebih 70 orang pekerja estet William terkorban termasuklah pekerja-pekerja binaan yang dibawa untuk menyiapkan rumah agam ini.

Cabaran-cabaran yang dihadapi menyebabkan Kellie's Castle gagal disiapkan sehingga ke sudah.
Ciri istana yang mewah pada bangunan rumah agam ini sangat jelas dari angle ini.
Pemandangan sungai yang mengalir lesu di depan Kellie's Castle
Laluan menuju ke PLUS Highway
Banjaran Titiwangsa
Kalau bangunan ini sempat disiapkan di zaman William Kellie-Smith dulu, pasti anjung ini sangat popular dengan tetamu yang datang ke pesta-pesta elit anjuran mereka.
Balkoni terbuka di Kellie's Castle juga dicadang untuk dilengkapkan dengan sebuah gelanggang tenis yang juga boleh digunakan sebagai ruang tari menari dan juga majlis seperti high tea dan grand dinner. 

Pemandangan ke arah ladang
Di sinilah William Kellie-Smith bercadang untuk membina sebuah gelanggang tenis.
Berjalan untuk masuk kembali ke dalam Rumah Agam
Pemandangan Kellas House dari Balkoni Terbuka

Part 25: Rumah Agam (Tingkat 3) @ Kellie's Castle

Sebelum meninggalkan Rumah Agam, kita melawat dulu ke tingkat yang tertinggi di Kellie's Castle. Hanya ada sebuah lagi Bilik Tetamu sahaja di Tingkat 3 ini. Ini adalah Bilik Tetamu yang ketiga di Rumah Agam ini. Dua bilik yang selainnya terletak di Tingkat 1 dan di Tingkat 2.

Tangga naik ke Tingkat 3
Hasil bijih timah dan getah menjadikan Lembah Kinta sebuah daerah yang sangat makmur di negeri Perak. Oleh itu ada ramai jutawan di sana ketika itu. Sebagai  socialite yang aktif, keluarga Kellie-Smith tentunya akan meraikan para jutawan di samping para pentadbir tanah kolonial yang berkuasa dalam pemberian permit tanah dan kontrak kerajaan yang besar. Inilah yang mendorong William Kellie-Smith untuk menyediakan beberapa buah bilik tetamu di istananya untuk meraikan mereka yang berkepentingan kepadanya.

Pintu masuk ke Bilik Tetamu di Tingkat 3
Suasana di dalam Bilik Tetamu di Tingkat 3
Pemandangan pengunjung-pengunjung di Balkoni Terbuka di Tingkat 2

Part 26: Kuil Sri Maha Mariamman

Kalau datang melawat ke Kellie's Castle, Myself nak mencadangkan supaya anda singgah sekejap untuk melihat dari luar sebuah kuil Hindu yang mempunyai perkaitan dengan Kellie's Castle. Kuil Hindu ini tidaklah terletak betul-betul di sebelah Kellie's Castle, tetapi boleh dilihat dalam perjalanan ke arah pekan Batu Gajah dari Kellie's Castle. Ia bernama Kuil Sri Maha Mariamman.

Kuil Sri Maha Mariamman
Perang Dunia Pertama yang sedang berlaku dan ditambah pula dengan ujian wabak Spanish Flu yang melanda dunia menimbulkan gangguan ke atas bekalan bahan dan tenaga kerja. Ini menyebabkan kerja-kerja pembinaan semakin perlahan.

Kuil ini mempunyai pertalian yang rapat dengan Kellie's Castle
Pekerja-pekerja Hindu dari Madras yang bekerja dalam pembinaan Kellie's Castle mula takut dengan wabak Spanish Flu. Mereka mencadangkan kepada William Kellie-Smith supaya sebuah kuil dibina bagi menghormati Dewa Mariamman dan membolehkan mereka berdoa dan meminta ampun kepada Dewa bagi melindungi mereka, menolak bala dan menghentikan penyakit. William Kellie-Smith bersetuju untuk membiayai pembinaan kuil ini. Malah terowong-terowong rahsia dari Kellie's Castle turut dibina bersambung sehingga ke kuil ini.

Terowong rahsia dari Kellie's Castle turut dibina sehingga ke kuil ini.
Tidak lama selepas itu, wabak pandemik yang membunuh itu beransur hilang. Oleh kerana ‘Orang Putih’ itu bersetuju untuk membiayai dan membina kuil tersebut dan sebagai tanda penghargaan oleh penganut Hindu kepada William Kellie-Smith, sebuah patung yang menggambarkan diri beliau telah diukir dan diletakkan bersama patung-patung dewa lain di atas bumbung kuil berkenaan.

Berhenti di tepi kuil untuk melihat patung William Kellie-Smith
Tak susah nak mencari patung William Kellie-Smith pada kuil ini. Berhentikan sahaja kereta di tepi jalan besar dekat kuil dan pandang ke arah bumbung. Pasti kita akan dapat melihat patung Tuan William di sana.
 
Itu dia patungnya di sana...
William Kellie-Smith

Part 27: Meninggalkan Kellie's Castle

Now kita kembali semula ke Kellie's Castle... Selepas dah habis melawat Kellie's Castle, kita kembali mendapatkan kereta di tempat parking. Sebelum itu, kita lihat-lihat gambar souvenir yang diambil sewaktu kita masuk tadi.

Berjalan kembali ke tempat parking kereta
Di sinilah gambar-gambar yang diambil tadi diletakkan
Itu dia gambar kita...
Lawa pulak gambar kami yang diambil. Jadi kita belilah gambar ini untuk dijadikan kenangan...

Peta tempat-tempat menarik di sekitar Batu Gajah
Selepas membaca entry terakhir mengenai Batu Gajah ini, Myself percaya tentu anda juga dapat merasakan keistimewaan pekan Batu Gajah yang kaya dengan warisan peninggalan British, macam di Pulau Pinang. Ia juga bagaikan secebis Scotland yang berada di bumi Malaysia. Jadi kalau nak feeling macam melancong ke Scotland, datanglah ke Batu Gajah. Tapi janganlah pakai baju winter pulak datang ke Batu Gajah sebab cuaca kat sini memang totally opposite dari cuaca kat Scotland sana. Hahaha!!