Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)
Bahagian 22: Zimbabwe - South Africa
ZIMBABWE [Victoria Falls] -->> SOUTH AFRICA [Johannesburg - Sun City]
HARI KEENAM (3)
Part 47: Terbang Kembali Ke Johannesburg
Selepas melawat Victoria Falls, kami dibawa kembali ke Kazambabezi Lodge untuk mengambil bagasi. Kemudian kami terus dibawa menuju ke Victoria Falls International Airport untuk mengambil penerbangan kembali ke Johannesburg di South Africa.
![]() |
| Berehat sebentar di Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Reception Counter di Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Bergambar ramai bersama Precious di depan Kasambabezi Lodge |
Perjalanan dari Kasambabezi Lodge menuju ke Victoria Falls International Airport cuma memakan masa kira-kira setengah jam. Di sinilah kami berpisah dengan Precious yang begitu setia melayan kami sepanjang 3 Hari 2 Malam kami berada di Zimbabwe. Thank you very much, Precious. Hope to see you again, someday. Myself akui Precious memang seorang Tour Guide yang hebat.
![]() |
| Tiba di Victoria Falls International Airport |
![]() |
| Membawa bagasi masuk ke International Departures |
![]() |
| Beratur untuk check-in di kaunter South African Airways |
![]() |
| Suasana di check-in area di dalam airport |
![]() |
| Goodbye, Victoria Falls. |
![]() |
| Maklumat penerbangan kami |
![]() |
| Kaunter South African Airways |
Oleh kerana penerbangan ini adalah penerbangan antarabangsa, kami perlu melalui pemeriksaan passport. Selepas itu barulah kami masuk ke Boarding Area. Victoria Falls International Airport tidak besar, mungkin sebesar Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Malaysia. Namun begitu ia sangat menarik.
![]() |
| Gerai cenderamata di Victoria Falls International Airport |
![]() |
| Berjalan menuju ke Boarding Area |
![]() |
| Kedai cenderamata berdekatan Boarding Area |
![]() |
| Kawasan menunggu di Boarding Area |
![]() |
| Pesawat South African Airways yang akan membawa kami kembali ke Johannesburg |
![]() |
| Boarding Pass |
Pesawat kami dijadual berlepas ke Johannesburg pada pukul 2.20 petang. Pada pukul 1.25 petang, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.
![]() |
| Panggilan masuk ke dalam pesawat South African Airways untuk menuju ke Johannesburg |
![]() |
| Beratur untuk masuk ke dalam pesawat |
![]() |
| Pemandangan sewaktu menuju ke dalam pesawat |
![]() |
| Penumpang masuk ke dalam pesawat |
![]() |
| Pemandangan dari tempat duduk kami di dalam pesawat |
![]() |
| Bergerak menuju ke runway |
![]() |
| Meninggalkan Victoria Falls International Airport (VFA) |
![]() |
| Peta penerbangan dari Victoria Falls kembali ke Johannesburg [Flightradar24] |
![]() |
| Berlepas dari Victoria Falls [Flightradar 24] |
Tepat seperti yang dijadualkan, pesawat kami South African Airways SA 41 berlepas meninggalkan Victoria Falls menuju ke Johannesburg. Pesawat yang digunakan adalah pesawat narrow body Airbus 320-200.
![]() |
| Terbang meninggalkan Victoria Falls |
![]() |
| Goodbye, Zimbabwe. |
Perjalanan kami di bumi Zimbabwe tamat selepas South African Airways selamat berlepas di udara. Sehingga ke hari ini, Myself dan Husband sukar mempercayai yang kami dah sampai ke Zimbabwe, Botswana dan Zambia yang selama ini cuma dilihat dalam peta Afrika. Tak pernah terlintas di fikiran yang kami akan dapat sampai ke sana. Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT kerana menjadikan kami antara insan terpilih dari Malaysia yang dapat menjejakkan kaki ke sini. Walaupun kami cuma dapat melawat secebis dari negara Zimbabwe, Botswana dan Zambia, Myself akui ketiga-tiga negara ini memang menarik untuk dilawati.
![]() |
| Terbang meninggalkan Zimbabwe |
![]() |
| Pemandangan sebahagian Gurun Kalahari di Botswana |
![]() |
| Terbang menuju ke arah selatan. |
Sekali lagi seperti penerbangan datang ke Victoria Falls dulu, travel agent tidak memesan Muslim Meal untuk Myself dan Husband dalam penerbangan ini. Jealous sungguh melihat penumpang yang betul-betul di depan kami mendapat Muslim Meal! Tapi tak mengapalah, sebab penerbangan ini cuma 1 jam 45 minit. Terpaksalah kami meminta Vegetarian Meal dari peramugari. Alhamdulillah kerana Cheese Sandwich yang diberi sebagai Vegetarian Meal dalam penerbangan ini agak sedap.
![]() |
| Cantik kotak Vegetarian Meal ini |
![]() |
| Vegetarian Meal Cheese Sandwich yang sedap |
![]() |
| Dah sampai ke South Africa |
![]() |
| Lombong-lombong di Wilayah Gauteng dah mula kelihatan |
![]() |
| Mendekati kota Pretoria [Flightradar24] |
![]() |
| Kawasan perlombongan lagi |
Pemandangan bandar Pretoria dan Johannesburg mula kelihatan sewaktu pesawat membuat penerbangan turun. Dari udara, jelas kelihatan yang kedua-dua bandar ini macam bersambung.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kita lihat lagi pemandangan sewaktu pesawat nak membuat pendaratan di O.R. Tambo International Airport di Johannesburg.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Tiba di Johannesburg |
South African Airways SA 41 selamat mendarat di O.R. Tambo International Airport di Johannesburg pada pukul 4 petang. Setibanya di sana, pesawat kami berhenti di tengah-tengah airport. Semua penumpang diangkut masuk ke bangunan terminal dengan menggunakan bas.
![]() |
| Selamat mendarat di O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Banyak pesawat dari serata dunia boleh dilihat di O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Sedang bergerak menuju ke tempat parking di tengah-tengah airport |
![]() |
| Angola Airlines |
![]() |
| Kami akan menggunakan penerbangan Fly Safair ini untuk terbang ke Cape Town esok |
![]() |
| Turun dari pesawat |
![]() |
| Bas yang menanti nak membawa kami ke bangunan terminal |
![]() |
| Pesawat South African Airways yang membawa kami dari Zimbabwe tadi |
![]() |
| Pemandangan bangunan terminal O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Pemandangan dari dalam bas |
![]() |
| Tiba di bangunan terminal |
Part 47: Menuju ke Sun City
Oleh kerana penerbangan dari Victoria Falls adalah penerbangan antarabangsa, kami terpaksa melalui pemeriksaan passport sekali lagi di O.R. Tambo International Airport. Tiada kegusaran kerana pemeriksaan passport ini cepat dan lancar.
![]() |
| Berjalan masuk ke bangunan terminal |
![]() |
| O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Berjalan keluar selepas selesai pemeriksaan passport dan pengambilan bagasi |
Evie dah sedia menanti sewaktu kami tiba. Dia akan terus menemani sebagai Tour Guide kami selama sehari lagi di Johannesburg sebelum kami berlepas ke Cape Town pada petang esok.
![]() |
| Evie menanti ketibaan kami di O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Suasana kesibukan di O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Mengikut Evie keluar dari airport |
![]() |
| Berjalan menuju ke tempat bas |
![]() |
| Pelancong yang baru tiba di O.R. Tambo International Airport |
Perjalanan kami pada petang ini adalah menuju ke Sun City, sebuah kompleks percutian yang seakan-akan Genting Highlands di Malaysia. Cuma bezanya kalau Genting Highlands terletak di kawasan pergunungan, Sun City pula terletak di kawasan tanah pamah, kira-kira 140 km dari Johannesburg.
![]() |
| Hotel Intercontinental di O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Meninggalkan O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| British Airways yang sedang parking di O.R. Tambo International Airport |
Perjalanan dari O.R. Tambo International Airport menuju ke Sun City memakan masa kira-kira 2 jam 30 minit. Ia terletak di North West Province, salah sebuah dari 9 wilayah yang membentuk Republic of South Africa. Dalam perjalanan ke sana, Evie bercerita kepada kami tentang sejarah Sun City.
![]() |
| Kawasan perumahan mewah di Johannesburg yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Sun City |
![]() |
| Evie bercerita tentang Sun City |
Sun City adalah pusat hiburan terkenal di South Africa yang dibangunkan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka di negara itu yang bernama Sol Kerzner. Ia dibuka pada tahun 1979 dan terkenal dengan sebuah hotel mewahnya yang bernama Palace of the Lost City. Hotel ini dibina bagaikan sebuah 'lost city' yang mengandungi runtuhan bangunan-bangunan lama serta patung-patung bersaiz sebenar haiwan seperti gajah dan cheetah. Di situ juga turut dibina sebuah pantai tropika buatan manusia.
Banyak acara antarabangsa seperti pertandingan boxing pernah diadakan di sana. Artis-artis terkemuka dunia seperti Queens dan Frank Sinatra juga pernah membuat persembahan di sana. Namun begitu, ramai juga artis antarabangsa yang enggan membuat persembahan di Sun City sebagai bantahan terhadap polisi Apartheid di South Africa pada ketika itu.
Berdasarkan kepada cerita Evie, Palace of the Lost City adalah sebuah hotel yang hebat. Hebat sangatkah hotel ini? Kita tengok nanti sebab kami akan menginap di Palace of the Lost City malam ini. 😄
![]() |
| Lebuhraya menuju ke Sun City |
![]() |
| Pemandangan di lebuhraya |
Hari juga dah gelap dalam sebahagian besar perjalanan menuju ke Sun City. Tak banyak gambar yang Myself dan Husband ambil kerana kami cuma tertidur keletihan di dalam bas.
![]() |
| Plaza Tol Doonpoort |
![]() |
| Suasana gelap sepanjang perjalanan ke Sun City |
Part 48: Sun City Hotel @ Sun City
Sesuatu yang kami perhatikan sewaktu di South Africa adalah disebabkan kadar jenayahnya yang tinggi, tempat-tempat tumpuan pelancong akan dijaga dengan sekuriti yang ketat, termasuk juga di Sun City.
![]() |
| Pintu masuk ke Sun City |
SUN CITY HOTEL
Persinggahan pertama kami di Sun City adalah di Sun City Hotel yang merupakan salah sebuah dari beberapa hotel yang terdapat di pusat peranginan ini. Hotel ini terkenal dengan kasino perjudian dan Hard Rock Cafe. Persinggahan kami di sini hanyalah untuk makan malam.
![]() |
| Tiba di Sun City Hotel |
![]() |
| Pemandangan di hadapan Sun City Hotel |
![]() |
| Sun City Hotel |
![]() |
| Suasana di tempat bas menurunkan kami di Sun City Hotel |
![]() |
| Pemandangan dari angle sini pulak |
![]() |
| Gitar Hard Rock yang bertukar-tukar warna |
![]() |
| Pintu masuk ke Sun City Hotel |
Sebaik masuk ke dalam hotel, kita disambut dengan pemandangan kasino. Kasino ni terbuka kepada semua orang. Ia tidak mempunyai sebarang restriction kemasukan seperti di Malaysia yang melarang rakyat kita yang beragama Islam memasukinya dan juga kasino yang pernah kami lihat di Danang dulu yang tidak membenarkan rakyat Vietnam memasukinya.
Ramai sungguh orang yang sedang berjudi ketika itu. Kasino ini juga dibahagi kepada 2 seksyen: Smoking dan Non-Smoking. Sebaik masuk kita akan terlebih dahulu melalui seksyen yang smoking. Lemas sungguh kita dibuatnya bila orang-orang yang tengah asyik berjudi ini merokok dalam bangunan yang fully air-cond begini!
![]() |
| Pemandangan kasino di dalam Sun City Hotel |
![]() |
| Ramai orang yang berjudi dan saja-saja datang nak menengok orang berjudi berada di sini |
![]() |
| Slot machine di sini memang nampak hebat-hebat |
![]() |
| Pintu masuk ke Hard Rock Cafe Sun City |
![]() |
| Suasana di depan Hard Rock Cafe |
![]() |
| Seksyen kasino yang non-smoking dekat sebelah Hard Rock Cafe |
Dinner untuk kumpulan kami disediakan di sebuah Chinese Restaurant yang bernama Shun De Asian Cuisine di Sun City Hotel.
![]() |
| Shun De Asian Cuisine |
Dinner untuk kami berempat yang Muslim dalam kumpulan ini pula disediakan di sebuah restoran India bernama Thava yang menyediakan makanan Halal. Restoran ini terletak di sebelah Restoran Shun De. Tak sangka ada juga restoran Halal di dalam kasino yang dah sah Haram ini. 😊
![]() |
| Suasana di dalam Restoran Thava |
Kami dibenar untuk memilih sendiri mana-mana menu yang diingini di Restoran Thava kerana kosnya dah termasuk dalam pakej percutian kami. Cuma minuman sahaja yang kena dibayar sendiri. Disebabkan dah lapar, Myself memilih menu Prawn Briyani. Husband pula memilih Seafood Soup dengan Naan. Pasangan Husband & Wife yang bersama kami pula memilih makanan Chicken Tikka dan hidangan Lamb.
![]() |
| Buku Menu Thava Indian Restaurant |
![]() |
| Set Prawn Biryani |
![]() |
| Seafood Soup pesanan Husband yang dihidang dalam tempurung kelapa. 😄 |
![]() |
| Chicken Tikka dan Lamb |
![]() |
| Bergambar selepas makan |
![]() |
| Eddy pun nak bergambar sama |
PALACE OF THE LOST CITY
Selepas makan barulah kami dibawa ke hotel penginapan kami di Sun City yang bernama Palace of the Lost City. Hotel ini adalah hotel yang bertaraf 5 bintang dan paling mewah di Sun City.
![]() |
| Fountain di depan pintu masuk ke Palace of the Lost City |
Sebaik masuk ke dalam, terkesima kita dengan keindahan perhiasan di lobinya.
![]() |
| Pemandangan pertama lobi di Palace of the Lost City |
![]() |
| Reception Counter di Palace of the Lost City |
![]() |
| Eddy dan Evie sedang menguruskan pendaftaran bilik kami di reception counter |
![]() |
| Welcome Drink |
Sambil menunggu Eddy dan Evie menguruskan pendaftaran masuk kami, kita lihat-lihat suasana lobi di Palace of the Lost City yang menakjubkan ini...
![]() |
| Pokok-pokok palma yang menghiasi lobi |
![]() |
| Lobi di Palace of the Lost City |
![]() |
| Tak puas-puas kami nak mengambil gambar lobi yang cantik ini |
![]() |
| Potret haiwan liar yang menghias dinding di lobi |
Kubah yang dibina di tengah-tengah lobi ini juga turut dihias dengan cantik.
![]() |
| Kubah di lobi Palace of the Lost City |
![]() |
| Hiasan pada kubah yang menggambarkan keindahan hutan di Afrika |
Kita jalan sedikit ke depan untuk melihat suasana di restoran hotel pulak. Walla!! Cantiknya...
![]() |
| Lobi menghala ke restoran hotel |
![]() |
| Kita jenguk sekejap ke sana... |
![]() |
| Hulamak, cantiknya!! |
![]() |
| Fountain gajah yang menghiasi bahagian tengah restoran |
![]() |
| Ukiran yang cantik di sekeliling restoran |
![]() |
| Tangga turun ke restoran |
Selepas mendapat kunci, kami berjalan ke lobi lif untuk menuju ke bilik. Sewaktu melangkah ke sana baru terperasan yang lantai di hotel ini juga dihias cantik dengan gambar haiwan-haiwan liar di Afrika.
![]() |
| Lantai hotel yang dihias dengan lukisan haiwan-haiwan liar |
![]() |
| Zirafah |
Bangunan hotel di Palace of the Lost City adalah setinggi 9 tingkat dan kami mendapat bilik di tingkat 4. Bilik yang disediakan sangat luas dan selesa. Perhiasan di dalam bilik juga tidak kalah seperti di lobi tadi.
![]() |
| Pintu masuk ke bilik kami yang terletak di Tingkat 4 |
![]() |
| Pemandangan ke dalam dari pintu bilik |
![]() |
| Coffee making machine |
![]() |
| Selain air cond, kipas turut disediakan di dalam bilik |
![]() |
| Kerusi dan langsir yang bercorak kuda belang |
![]() |
| Selipar rumah yang turut diberi percuma. Perhatikan corak gambar haiwan-haiwan liar pada carpet. |
![]() |
| Pintu bilik mandi |
![]() |
| Suasana di dalam bilik mandi |
![]() |
| Bath Tub |
![]() |
| Cermin |
![]() |
| Shower room |
![]() |
| Tandas juga disediakan dalam ruang yang berasingan di dalam bilik mandi |
Bersambung ke Bahagian 23...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Fish Hoek)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Cape Town Ostrich Ranch)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlingshof Estate)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel Africa)
- Bhg. 39 (Hari 11) - South Africa (Cape Town) -->> Mauritius (Curepipe: Dormant Volcano)
- Bhg. 40 (Hari 11) - Mauritius (Grand Bassin Lake : Shiva Statue & Ganga Talao)
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Chamarel Waterfall & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)







































































































































No comments:
New comments are not allowed.