Showing posts with label WESTERN EUROPE 01 - England : Manchester / Liverpool / London. Show all posts
Showing posts with label WESTERN EUROPE 01 - England : Manchester / Liverpool / London. Show all posts

Friday 8 October 2021

2021 TRAVEL REVIEW 37 - EROPAH BARAT (ENGLAND)

Oktober 2021

Travel Review 37 - Eropah Barat
ENGLAND (Manchester, Liverpool & London)

England adalah negara Eropah pertama yang pernah Myself kunjungi. Perjalanan pertama ke England pada tahun 1996 adalah sebenarnya untuk menemani parents menghadiri majlis konvokesyen Adik di University of Salford berhampiran bandaraya Manchester. Memang excited sewaktu Emak mencadangkan kita ikut bersama ke England sebagai chaperon walaupun habis duit simpanan kita ketika itu kerana membuat trip ini. Ketika itu kami terbang ke England menggunakan penerbangan Singapore Airlines. Memandangkan kita masih muda belia, penerbangan selama 14 jam dari Singapore - Paris - Manchester macam tak menjadi hal langsung kepada kita. Tak adalah nak merasa claustrophobic atau sakit-sakit badan macam sekarang kalau naik flight lama-lama.

Peta United Kingdom

Manchester & Sekitar

Sewaktu kami tiba di Manchester pada tahun 1996, ada kejadian pengeboman oleh Irish Republican Army (IRA) yang baru sangat berlaku ketika itu. Oleh yang demikian, pusat bandar Manchester ditutup kepada pengunjung. Makanya tak dapatlah kami nak bersiar-siar sangat di Manchester. Sebaliknya kami lebih banyak menghabiskan masa di sekitar kawasan rumah kediaman Adik di Salford.

Salford. Walaupun bandarnya kecil, ada banyak pub di sini.
Victoria & Albert Memorial di University of Salford
Kenangan di Majlis Konvokesyen Adik
Disebabkan pusat bandar Manchester ditutup ketika itu, kami berkunjung ke Liverpool yang berhampiran.

Liverpool
Albert Dock di Liverpool
Peta UK terapung di Albert Dock, Liverpool
Disebabkan arwah Ayah adalah peminat kelab bolasepak Manchester United, Adik juga membawa kami melawat ke Stadium Old Trafford. Rasa menyesal pulak tak ambil gambar banyak-banyak masa itu. Maklum sajalah pada tahun 1996 seperti ketika itu, kamera digital belum ada lagi. Terasa mahal juga kos untuk membeli filem dan mencuci gambar banyak-banyak kat kedai masa itu.

Lake District

Sebuah tempat menarik berdekatan Manchester yang sempat kami lawati adalah Lake District. Ia adalah sebuah Taman Negara di Northwest England. Tapi bila disebut Taman Negara, janganlah bayangkan kawasan ini penuh dengan hutan macam taman negara di Malaysia. Lake District National Park sebaliknya penuh dengan tasik dan ladang-ladang ternakan.

Lancaster Service Area dalam perjalanan ke Lake District
Ladang-ladang ternakan di Lake District National Park
Bandar persinggahan kami ketika itu adalah Bowness-on-Windermere yang terletak di pinggir Tasik Windermere. Disebabkan ketika itu musim panas, banyaklah pemandangan Mat Salleh yang baring-baring dan duduk berjemur di tengah padang.

Bowness-on-Windermere
Aktiviti yang sangat menarik di Bowness-on-Windermere adalah menaiki cruise dan memberi makan swan di tepi Tasik Windermere.

Jeti di Bowness-on-Windermere
Bot cruise di Tasik Windermere
Bergambar dengan swan di tepi Tasik Windermere
Rasa rindu pulak kepada Lake District sewaktu menulis review ini. Insyaallah, kalau Allah izinkan, rasa ingin terbang lagi ke England melawat semula ke Lake District lagi.

Windermere juga adalah sebuah bandar yang cantik di pinggir Tasik Windermere

London

Myself telah berkesempatan berkunjung ke ibu kota England dan United Kingdom, London sebanyak 2 kali. Kali pertama adalah side trip sewaktu menghadiri konvokesyen Adik di Salford dan kali kedua adalah 19 tahun kemudian pada tahun 2015 sewaktu mengikut satu Group Tour ke Western Europe. Sewaktu kali pertama berkunjung ke London, kami menaiki keretapi Intercity British Rail dari Manchester Piccadilly Station ke London Euston Station. Atas saranan Adik, kami membeli tiket First Class kerana haiwan peliharaan seperti anjing tidak dibenarkan masuk ke gerabak First Class. Jadi bolehlah kita duduk dengan selesa dalam tren.

Gerabak keretapi First Class Intercity British Rail dari Manchester ke London
Pemandangan dalam perjalanan dengan keretapi dari Manchester ke London
Pada lawatan pertama ke London, kami cuma sempat mengelilingi kota London dengan bas Hop-On Hop-Off sahaja. Lawatan kedua ke London pula lebih menggembirakan kerana lebih banyak tempat dapat dikunjungi.

Regent Street
Menara Big Ben dan Bangunan British Parliament
Whitehall
Tower Bridge
Pemandangan Sungai Thames dari atas London Bridge
London Eye
Westminster Abbey
Marble Arch
Myself juga seronok kerana kami berpeluang melihat perarakan Changing of the Guards di hadapan Buckingham Palace. Kagum melihat kuda-kuda yang terlibat dengan Changing of the Guards ini menari.

Buckingham Palace
Kuda yang pandai menari ini mengetuai perarakan Changing of the Guards
Pancaragam tentera dalam Changing of the Guards
Sebuah destinasi yang wajib dikunjungi oleh sesiapa yang berkunjung ke kota London adalah Trafalgar Square. Selain dari menjadi destinasi popular di kalangan pelancong, Trafalgar Square juga adalah venue bagi pelbagai perayaan dan demonstrasi di kota London. Sewaktu Myself berkunjung ke sini pada tahun 1996, Trafalgar Square penuh dengan burung merpati. Burung-burung ini walau bagaimanapun telah diusir pada tahun 2000 atas kebimbangan penyakit Avian Flu yang melanda seluruh dunia ketika itu.

Trafalgar Square
National Gallery berhampiran Trafalgar Square
Nelson Column di Trafalgar Square
Patung Singa di kaki Nelson Column
Burung Merpati di Trafalgar Square (1996). Pemandangan ini tak lagi dapat dilihat bila berkunjung semula pada tahun 2015.
Ramai rakyat Malaysia datang ke London untuk bershopping. Destinasi shopping terkenal di London adalah Oxford Street dan Bicester Village. Tapi bagi orang yang tak banyak duit seperti kami, setakat cuci mata dan mengambil aura sajalah bila berkunjung ke sini. Disebabkan kami berkunjung ke London dalam musim winter pada tahun 2015, memang seronok melihat suasana yang penuh dengan perhiasan Krismas di Oxford Street dan Bicester Village ini.

Bicester Village
Perhiasan Krismas di Bicester Village
Oxford Street
McDonald's di Oxford Street
Pintu masuk ke salah sebuah Tube Station di Oxford Street
Primark adalah gedung membeli-belah yang sangat popular di kalangan shoppers dari Malaysia di Oxford Street
 Suasana malam di Oxford Street
Perhiasan Krismas yang dipasang pada gedung-gedung di Oxford Street sangat mengkagumkan di malam hari
Harrods

Kisah penuh perjalanan kami ke England boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):