Showing posts with label SOUTH ASIA 04 - In Brief. Show all posts
Showing posts with label SOUTH ASIA 04 - In Brief. Show all posts

Friday 9 July 2021

2021 TRAVEL REVIEW 24 - IN BRIEF (ASIA SELATAN)

Julai 2021

Travel Review 24 - In Brief
ASIA SELATAN

Asia Selatan terdiri dari negara India dan negara-negara di sekitarnya. Ia meliputi 10% keluasan benua Asia, tetapi bilangan penduduknya adalah 40% populasi seluruh Asia. Kebanyakan negara di Asia Selatan mendapat pengaruh budaya India. Teringat sebuah dokumentari masakan India yang Myself lihat di Discovery Channel. Kata Chef tersebut yang merupakan seorang wanita India, dua buah negara yang paling padat penduduk di dunia (China dan India) ada satu persamaan ~ rakyat di kedua-dua negara ini memang suka makan nasi!

Peta Asia Selatan
Asia Selatan sebenarnya terdiri dari beberapa buah negara seperti India, Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Nepal, Bhutan dan Bangladesh. Sehingga kini kami cuma berkesempatan berkunjung ke India dan Sri Lanka.

India

Masih ingat lagi betapa berdebar perasaan kami sewaktu membuat keputusan untuk travel ke India. Maklumlah banyak sangat cerita negatif yang didengar tentang India. Kami juga menghadapi masalah sewaktu pertama kali membuat visa untuk masuk ke India. Ada saja yang tak kena dengan permohonan visa kami, termasuklah katanya kami salah tulis nama dalam borang. Tak logik sungguh sebab borang itu kami yang isi sendiri, takkan nama sendiri pun boleh salah isi, kan?! Tapi nasib baik jugalah kami menggunakan khidmat Travel Agent untuk membuat visa. Kata Travel Agent, dia memberi 'tip' kepada petugas di pusat visa sewaktu menguruskan visa kami. Biarlah apa dia buat, janji kami tak buat begitu. Haihh!

Welcome To India
Jika anda sukakan negara yang cantik, bersih dan teratur, India bukan sebuah negara yang sesuai untuk anda lawati. Secara umumnya, India adalah sebuah negara yang sesak dan kotor. Penduduknya juga secara umumnya mempunyai nilai etika yang sangat berbeza dengan kebanyakan negara lain di dunia.

Pemandangan tipikal sebuah bandar di India
Sesuatu yang sangat berkesan di hati Myself selepas melawat India buat pertama kali ialah Myself secara automatik dapat memahami kenapa agama Islam sangat menekankan adab dalam kehidupan. Di India sangat mudah kita perhatikan cara hidup penduduknya yang membuang air merata-rata tanpa segan-silu. Menipu dan mengambil kesempatan ke atas orang lain juga dibuat secara terang-terangan. Membuang sampah sesuka hati adalah juga budaya masyarakatnya. Terus terang Myself katakan kalau nak memahami perkara-perkara tentang adab yang ditekankan dalam ajaran agama kita, buatlah people watching di India.

Sampah dibuang sesuka hati di India
 Ada tempat-tempatnya membuatkan kita rasa tak tergamak nak memijak tanah kerana penuh dengan sampah
India juga adalah sebuah negara miskin. Di bandar besar seperti Delhi kita dapat melihat ramai penduduknya yang miskin dan homeless, tidur dan menjalani kehidupan seharian di tepi jalan. Ramai yang jelas buta huruf, tak tahu membaca dan menulis. Teringat kepada satu Hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Na'im: "Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran".  Bila kita miskin dan terlalu memandang kebendaan maka mudahlah kita membuat tindakan tidak wajar terhadap orang lain untuk mencapai cita-cita.

Kebenaran Hadis ini juga boleh dilihat dengan mudah dari pengalaman Myself sendiri di India. Mungkin disebabkan kemiskinan yang ketara memang mudah kita nak bertemu dengan orang yang bersikap tidak jujur di India. Kerana itulah Myself membuat kesimpulan sendiri yang kalau nak bersedekah di India, lebih baik bersedekah dengan wang kecil banyak-banyak. Ini adalah kerana sang pengemis yang buta huruf hanya tahu sekeping wang boleh digunakan sekali untuk membeli makanan. Bagi pengemis ini, nilai sekeping wang RM1 dan sekeping wang RM10 adalah sama. Dia tidak tahu sama sekali yang sekeping wang RM10 boleh membeli makanan sebanyak beberapa kali sebenarnya. Besar kemungkinannya yang peminta sedekah ini akan membawa wang tersebut untuk membeli makanan dari seorang pekedai yang tidak jujur dan pekedai dengan selamba akan memberi makanan dan mengambil wang tersebut tanpa memulangkan baki yang sepatutnya. Memang kasihan kerana sepatutnya pengemis ini boleh membeli 2 atau 3 kali makanan dengan wang yang diberi. 

Indian Rupee
Sewaktu di Kerala pula, Myself pernah melihat di hotel kami bagaimana seorang lelaki India berusia separuh abad yang kaya menyuruh seorang pelayan restoran mengambil makanan untuknya ke meja dengan begitu sombong. Dia berlagak seolah-olah pelayan tersebut adalah hambanya dan perlu melayan segala kehendaknya kerana gaji pelayan tersebut dia yang membayarnya. Dari gayanya seolah-olah kalau dia tak datang ke hotel itu, pelayan pasti kebuluran tak dapat duit membeli makanan kerana tak ada pekerjaan. Kenapalah mudah sangat nak melihat orang sebegini di India (dan mungkin juga di tempat lain)!

Dalam perjalanan pulang dari Agra ke New Delhi pula, Myself dimarahi oleh pemandu kereta kami kerana memberi tip yang bernilai kira-kira RM5 kepada seorang penjaga tandas. Kata pemandu kami, wanita tersebut tak layak mendapat tip sebanyak itu, mungkin kerana dia berasal dari kasta yang rendah.

 Wanita kasta rendah yang kami temui dalam perjalanan pulang ke Delhi dari Agra
Sesuatu yang lain yang Myself perhatikan juga di India ialah hubungan kekeluargaan mereka yang rapat. Orang-orang India gemar bercuti beramai-ramai dengan keluarga besar mereka ke tempat-tempat menarik seperti Kashmir. Mereka juga mesti nak bergerak segerombolan bersama. Sewaktu turun dari kapalterbang di Delhi dari Kashmir, berpusu-pusu mereka nak turun dari kapalterbang bersama-sama. Janganlah cuba nak mencelah turun antara mereka, pasti kita akan ditolak ke tepi. Teringat bagaimana seorang wanita India yang bercakap Inggeris dengan slang British (mungkin dia sebenarnya tinggal di England), memarahi sebuah kumpulan ini dalam kapalterbang kami. "Have you no manners?" marahnya, tapi tak dipedulikan langsung oleh kumpulan itu.

Bercuti bersama extended family adalah budaya orang India yang mudah dilihat di tempat-tempat pelancongan yang menarik di negara ini.
Di tempat pengambilan bagasi pula, mereka akan conquer berdiri beramai-ramai depan carousel dan tak akan berganjak selagi beg mereka tak keluar. Kalau dah nampak beg kita tiba di carousel, biarkanlah saja beg itu berpusing-pusing atas carousel kerana kita takkan dapat peluang nak mengambilnya selagi kumpulan mereka tak mendapat beg mereka dulu. Penat je mintak "excuse me" kat mereka. Memang tak dilayan!

 Penjual di tepi jalan
Kalau kita mencari, tak sukar melihat perkara-perkara yang menjadi keinsafan kepada kita. Banyak pekerjaan di India yang masih dibuat secara manual. Memang menginsafkan bila melihat betapa ramai rakyat India yang masih perlu bekerja membanting tulang kais pagi makan pagi untuk hidup. Memang benar seperti hadis Nabi Muhammad SAW: “Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dobi manual di Kerala
 Kalau di Malaysia, kerja memotong pokok begini pasti dibuat menggunakan gergaji elektrik
Membanting tulang empat kerat
Di sebalik semua sisi negatif ini, India tetap sebuah negara yang menarik bagi kami. Ada banyak tarikan istimewa yang menyebabkan kami tak kisah untuk datang berkunjung lagi ke India berkali-kali.

Taj Mahal
Red Fort of Agra
Mughal Gardens
 Kerala Backwaters
 Banjaran Himalaya

Kisah penuh perjalanan kami di India boleh dibaca di sini:

Sri Lanka

Walaupun rupa penduduk dan suasana di Sri Lanka sama dengan India, Sri Lanka is a total opposite of India. Penduduknya baik dan beradap dan yang lebih mengejutkan ialah memang tak jumpa sampah yang dibuang di merata-rata tempat seperti di India.

 Kandy, Sri Lanka
Bagi Myself, Sri Lanka memang sebuah negara yang underrated. Ia sangat menarik untuk dilawati tetapi mungkin disebabkan kurang promosi, ia seakan tak wujud pada pandangan mata orang Malaysia.

Pinnawala Elephant Orphanage
Demonstrasi penghasilan warna cat secara tradisional di Rajanima Crafts
Sri Lanka juga adalah sebuah negara Buddha yang taat. Di mana-mana juga kita akan dapat melihat patung Buddha. Bendera Buddha juga dikibarkan di merata-rata tempat, malah ada ketikanya bendera Buddha yang dikibarkan jauh lebih besar dari bendera negara Sri Lanka sendiri.

Patung Buddha boleh dilihat di serata tempat di Sri Lanka kerana Buddha adalah agama rasmi negara ini.
Bendera Buddhist
Sewaktu di Sri Lanka, kami cuma berkesempatan melawat ke Colombo serta Kandy dan Nuwara Eliya yang terletak di Central Province sahaja. Colombo adalah ibu negara Sri Lanka. Kami bertuah kerana berpeluang melawat ke kota ini menggunakan Subagaman Tuk Tuk Tour. Banyak sisi menarik Colombo yang ditunjukkan kepada kami di dalam tour ini.

Colombo
Subagaman Tuk Tuk Tour
Independence Hall di Colombo
Wolvendaal Church yang dibina oleh penjajah Belanda
 Rajasinghe Guard ~ penjara raja terakhir Sri Lanka sebelum baginda dibuang negeri oleh British ke India
Kandy dan Nuwara Eliya pula terletak di kawasan tanah tinggi. Pemandangan di sini terutamanya di Nuwara Eliya, saling tak tumpah seperti di Cameron Highlands di Malaysia. Ada banyak pokok teh yang merupakan komoditi utama Sri Lanka di sini tetapi kerja-kerja memetik daun teh masih diusahakan secara manual menggunakan buruh-buruh yang dibawa masuk dari India.

 Kebun teh berhampiran Nuwara Eliya
 Kerja-kerja memetik teh secara manual
Ramboda Falls
Secara umumnya Sri Lanka memang sebuah negara yang seronok untuk dilawati. Kalau ada banyak masa, memang banyak aktiviti lain yang boleh disertai seperti membuat whale watching dan safari haiwan liar di Taman Negara Yala, macam yang selalu dibuat pelancong Mat Salleh di Afrika sana. Sewaktu mengatur trip ke Sri Lanka, kami memang tak tahu tentang kewujudan aktiviti-aktiviti ini kerana tak banyak promosi tentang Sri Lanka yang ada di Malaysia. Kalau tidak, pasti lawatan kami ke Sri Lanka akan menjadi lebih menarik...

Kisah penuh perjalanan kami ke Sri Lanka boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):