Showing posts with label SWITZERLAND (2023) - Lugano / Mount Titlis / Lucerne / Lauterbrunnen / Interlaken / Blausee / Rheinfall. Show all posts
Showing posts with label SWITZERLAND (2023) - Lugano / Mount Titlis / Lucerne / Lauterbrunnen / Interlaken / Blausee / Rheinfall. Show all posts

Saturday 24 June 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 21 (Fox Town)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 21 : Switzerland
LUGANO (Fox Town)

HARI KEENAM (2)

Part 52: Fox Town Premium Outlet

Welcome to Switzerland! Selepas urusan pengesahan VAT Claim tadi selesai, bas terus membawa kami masuk ke Switzerland. 

Switzerland
Aktiviti pertama kami di Switzerland ialah shopping di Fox Town Premium Outlet yang terletak di bandar Mendrisio, berhampiran Lugano. 

Mendrisio, Switzerland
Landasan keretapi
Fox Town
Extension kepada Fox Town di seberang jalan
Sewaktu di Italy, ramai yang mengeluh sebab harga barangan di sana mahal. Namun begitu, kami diberitahu harga barangan di Switzerland adalah lebih mahal lagi. Fox Town Premium Outlet yang akan kami kunjungi ini adalah dikatakan outlet yang termurah di seluruh Switzerland walaupun harga barangannya masih dalam kategori mahal.
 
Pintu masuk utama di Fox Town
Pemandangan pertama setelah masuk ke dalam Fox Town
Escalator
Pemandangan di Main Atrium
Kedai-kedai di sekitar Main Atrium
Seperti juga Premium Outlet di mana-mana juga, barangan yang dijual adalah barangan branded. Tetapi tidak seperti konsep Bicester Village di London dan Wertheim Village di Frankfurt yang pernah kami kunjungi sebelum ini, Fox Town Premium Outlet dibina macam sebuah shopping mall yang bertingkat. Lebih kurang macam Mitsui Premium Outlet dekat KLIA di Kuala Lumpur.
 
Switzerland tidak menganggotai European Union. Oleh yang demikian, ia tidak menggunakan Euro sebagai matawang. Matawang di Switzerland adalah Swiss Franc (CHF) yang nilainya lebih tinggi berbanding Euro. Wang kertas Euro diterima di beberapa tempat di Switzerland tetapi duit syiling Euro tidak diterima langsung. Oleh yang demikian, misi pertama Myself dan Husband sewaktu tiba di Fox Town ini ialah mencari Money Changer untuk menukar duit Euro kepada Swiss Franc.

Berjalan mencari Money Changer
Kata petugas di Information Counter tadi, ada Money Changer di sebelah kasino
Admiral Casino di Fox Town Premium Outlet
Bertemu dengan Money Changer yang dicari
Misi kedua selepas membuat pertukaran wang Swiss Franc ialah mencari makan tengahari. Fox Town tidak mempunyai kedai makan Halal. Oleh yang demikian, pilihan yang ada bagi kami adalah makan Pizza Vegetarian di sebuah Pizzeria.

Berjalan ke Pizzeria
Tengah berjalan ke Pizzeria, terserempak dengan patung buaya yang nampak macam hidup di depan butik Lacoste. Bagi Orang Putih yang tak biasa jumpa buaya, memanglah buaya ini sekadar hiasan. Tetapi bagi orang Malaysia macam kita yang biasa mendengar tentang keganasan Sang Buaya melibas orang masuk ke dalam sungai, memang terkejut bila terpandang buaya yang macam hidup ternganga begitu kat Switzerland. Hahaha!!

Buaya di depan butik Lacoste
Scary juga rupa buaya ini.
Ada beberapa option makanan vegetarian di Pizzeria ini. Mujur jugalah Orang Putih yang memilih menjadi vegetarian di negara Barat macam Switzerland sangat cerewet kalau ada daging yang termasuk dalam makanan mereka. Oleh itu makanan vegetarian memang terang-terang disediakan berasingan dari makanan yang berdaging termasuklah di Pizzeria ini. Senang kita orang Islam menumpang nak makan tanpa was-was.  Sesuatu yang best juga ialah berdasarkan pengalaman kami, makanan-makanan vegetarian di Italy dan Switzerland memang sedap dan mengenyangkan.

Pizzeria
Kaunter Pizzeria
Menu makanan yang dijual
Suasana di dalam restoran
Satu lagi suasana di dalam restoran
Pemandangan menghala ke kaunter dari meja kami
Buzzer yang diberi selepas memesan makanan. Buzzer akan berbunyi bila makanan siap dan kita perlu mengambilnya di kaunter. KLIA di Malaysia juga dah mengamalkan konsep begini.
Disebabkan saiznya yang besar, kami memilih untuk berkongsi saja satu hidangan Vegetarian Pizza yang berharga CHF 24.30 (RM 123) termasuk 2 minuman ringan. Mujurlah Pizzeria ini tidak cerewet bila kami memilih untuk berkongsi makanan begitu. Dari pengalaman kami melawat ke beberapa negara Eropah, ada restoran yang akan mengenakan caj tambahan bila kita meminta pinggan extra untuk berkongsi makanan. Mungkin sebagai kos mencuci pinggan extra yang diminta. Maklum sajalah, kalau di negara Eropah begini, memang hampir tak ada konsep sedekah. Segala-gala kos akan dikira!

Kalau tak mahu makan Pizza di Fox Town Premium Outlet ini, satu option lain yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah makan Fillet-O-Fish di Restoran Mcdonald's.

Pizza Vegetarian yang sangat sedap
Jom kita makan!
Apple Juice dan Fanta Orange
Selepas dah lunch barulah kami berpusing meninjau-ninjau apa yang ada di Fox Town ini. Di kala orang lain shopping, kami cuma window shopping. Syukurlah kami berdua bukan jenis orang yang suka bergaya dengan trend fesyen terkini. Sebab itulah kata Orang Putih kami ditakdirkan boleh menjadi partner-in-crime! Hahaha!! Kalau tidak, memang boleh habis beribu-ribu ringgit membeli berbagai benda yang dijual. Memang ada ahli Group yang macam tak percaya kami langsung tak membeli apa-apa pun kat sini. Tapi memang begitulah kami... kalau pergi travel memang sekadar berjalan-jalan dan cuci mata. Memang tak ada agenda untuk shopping dalam fikiran. 

Musang yang comel mengenyit mata di Fox Town
Kami diberi masa 3 jam di sini. Habis jugalah dua kali kami berpusing seluruh Fox Town. Pada ketika ini, hampir seluruh Eropah masih belum membenarkan kemasukan pelancong dari China disebabkan ancaman Covid-19. Jadi memang tak nampaklah kelibat mereka kat sini. Kalau tidak, premium outlet begini memang tempat favourite mereka. Pasti berbondong-bondong mereka akan bershopping. Kalau nampak kelibat-kelibat orang yang berwajah Cina di Eropah sekarang, selalunya mereka adalah rakyat Malaysia, Singapura ataupun Indonesia. Kalau tidak, pasti mereka orang Jepun ataupun Korea.

Bangunan extension Fox Town di seberang jalan
Kasut Jimmy Choo yang dijual pada harga sekitar Euro 1,400 (RM 6,900) selepas diskaun
Sebelum meninggalkan Fox Town, sempat juga kami makan ais kerim perasa buah-buahan kat sini. Lupa berapa harga ais kerim yang dijual. Tapi rasanya lebih kurang CHF 2 (RM 10) untuk yang bersaiz kecil dan CHF 5 (RM 25) yang bersaiz besar.

Gerai ais kerim
Menunggu giliran nak makan ais kerim
Posing sambil makan ais kerim
Ais kerim Pistachio dan Ais Kerim Mango
Pemandangan dari tempat makan ais kerim
Pada pukul 2.30 petang, semua ahli kumpulan kami berkumpul di luar Fox Town untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.
 
Menunggu ahli-ahli Grup berkumpul
Pemandangan bangunan extension Fox Town dari tempat kami berkumpul
Pancutan air di depan bangunan Fox Town
Bermain dengan pancutan air

Part 53: Lugano

Destinasi kami yang seterusnya selepas meninggalkan Fox Town hanyalah hotel penginapan kami yang terletak di sebuah bandar berhampiran Zürich yang bernama Rümlang. Perjalanan ke sana dari Fox Town yang sebenarnya boleh dikatakan merentas Switzerland dari selatan ke utara dijangka memakan masa 4 jam.
 
Bas tiba di Fox Town
Memulakan perjalanan
Admiral Casino yang merupakan sebahagian dari Fox Town Premium Outlet
Mengelilingi Fox Town menuju ke jalan besar
Fox Town South Entrance
Menuju ke jalan besar
Kompleks Fox Town dari kejauhan
Arah ke lebuhraya
Switzerland adalah sebuah negara yang terdiri dari 26 buah Canton. Ia mempunyai 4 bahasa rasmi: Jerman, Itali, Perancis dan Romansch. Setiap canton mempunyai bahasa rasmi masing-masing. Kami kini berada di canton yang bernama Ticino di mana bahasa rasminya adalah Bahasa Itali. Maklum sajalah, sebab Ticino terletak bersempadan dengan Italy.

Canton of Ticino
Coronado Hotel
Menghala ke Lugano
Lebuhraya
Pemandangan pergunungan
Mengambil gambar pemandangan
Bandar terbesar di Canton of Ticino adalah Lugano. Kami tidak membuat persinggahan di Lugano dalam itinerari perjalanan kami. Walau bagaimanapun kami dapat melihat bandar cantik yang terletak di pinggir Lake Lugano ini dalam perjalanan menuju ke Rümlang.

Bandar Lugano di tepi Tasik Lugano
Lake Lugano adalah sebuah tasik glacier yang dikongsi bersama oleh Switzerland dengan Italy. Walaupun dikongsi bersama, sebahagian besar tasik ini berada di negara Switzerland. Nama asalnya adalah Ceresio yang bermaksud cherry kerana ada banyak pokok ceri yang tumbuh di sekitarnya pada masa dahulu.

Lake Lugano
Gereja
Meninggalkan Lugano


Bersambung ke Bahagian 22...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: