Thursday, 12 January 2023

2022 BALKANS BHG. 37 (Resen & Bitola)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)

Bahagian 37: North Macedonia 8
RESEN (Apple Farm) & BITOLA

HARI KELAPAN (1)

Part 103: Meninggalkan Struga

Pada Hari Kelapan, perjalanan kami diteruskan lagi ke negara ketujuh dalam Balkans Tour kami ~ Greece. Destinasi kami adalah sebuah bandar di persisiran pantai Laut Aegean di Greece yang bernama Kavala. Disebabkan perjalanan ke Kavala sangat jauh, kami bertolak awal dari Struga. Breakfast juga disediakan awal pada hari ini, pada pukul 6.30 pagi.

Suasana awal pagi dalam restoran di Imperial Hotel & Spa, Struga
Breakfast
Satu lagi pemandangan awal pagi di Imperial Hotel & Spa, Struga
Cuaca di Struga pagi ini sangat sejuk ~ 3'C. Ini baru suhu di pertengahan autumn. Bagaimanalah agaknya suhu kalau kita datang ke Struga dalam musim winter?

Suhu pagi ini sangat sejuk ~ 3'C
Struga
Membawa bagasi ke dalam bas
Sebenarnya Myself dan Husband bercadang nak melawat ke Lake Ohrid di depan hotel sebelum berlepas ke Greece kerana kami tiba pada hari dah gelap malam tadi. Tapi disebabkan suhu yang melampau sejuk, tak jadi kami nak berbuat begitu. Masuk sajalah terus ke dalam bas dan nikmati sajalah pemandangan Tasik Ohrid ini dari situ.

Pemandangan Lake Ohrid dari atas bas
Meninggalkan Imperial Hotel

Part 104: Petik Epal Di Resen

Tepat pukul 7.30 pagi, kami bergerak meninggalkan Struga. Dari Struga, kami akan singgah di bandar Thessaloniki di Greece untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Kavala.
 
Mehmet memberi penerangan tentang program perjalanan hari ini
Bas melalui pinggir bandar Ohrid dalam perjalanan menuju ke sempadan North Macedonia-Greece.
 
Menghala ke arah Ohrid
Pemandangan Tasik Ohrid dari kejauhan
Pemandangan di pinggir bandar Ohrid
Ohrid
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke arah selatan. Kesejukan cuaca pagi ini tak dapat dinafikan bila kami dapat melihat frost terbentuk pada rumput dan tumbuhan dalam perjalanan.

Menahan kesejukan sebab heater dalam bas belum fully-functioned
Pemandangan di luar
Hutan
Frost di padang rumput
Cuaca di luar ketika ini 1'C.
Pemandangan semakin indah bila matahari mula memunculkan diri. Memang Myself tak nafikan yang North Macedonia adalah sebuah negara yang cantik dan seronok untuk dilawati di Balkans.

Mentari terbit di celah kabus
Keindahan pagi di North Macedonia
Lake Prespa dari kejauhan
Lake Prespa
Kami kemudiannya melalui daerah Resen yang terkenal dengan tanaman pokok epal. 

Pokok epal di Resen
Ladang epal
Suasana di bandar Resen
Persimpangan
Traktor mengangkut epal
Bas berhenti sebentar di Resen untuk membolehkan kami memetik epal di sebuah ladang. Buah epal yang kami petik dikenakan bayaran 25 Euro oleh pemilik ladang.

Berhenti di ladang epal
Epal merah yang cantik dan segar
Epal
Lagi suasana di ladang epal
Pemandangan epal ini memang mengujakan
Bergembira di ladang epal
Buah epal yang kami petik ini dikenakan bayaran 25 Euro oleh pemilik ladang
Traktor untuk mengangkut epal
Pemandangan traktor dari belakang
Rumah peladang epal di Resen
Sebuah lagi traktor mengangkut epal
Selepas dah puas memetik epal, kami meninggalkan Resen menuju ke arah Bitola yang terletak di sempadan dengan Greece.

Meneruskan perjalanan
Kawasan pergunungan
Sebuah perkampungan yang cantik
Sebuah lagi perkampungan yang cantik
Lake Strezhevo
Bandar yang terletak berhampiran Lake Strezhevo di sana adalah Lera

Part 105: Bitola

Bas seterusnya membuat persinggahan Happy Hour di sebuah stesen minyak di bandar Bitola.

Stesen minyak di Bitola
Membuat perhentian Happy Hour di sini
Tak tahan sangat dah ni... Hahaha!!
Kilang di seberang stesen minyak
Pam untuk mengisi angin tayar
Meneruskan lagi perjalanan ke bandar Bitola
Bitola adalah bandar yang kedua terbesar di North Macedonia selepas Skopje. Ia pernah dikenali sebagai Monastir di zaman pemerintahan Ottoman dan merupakan antara bandar yang tertua di negara ini.

Rumah kediaman di Bitola
Suasana di depan rumah kediaman
Sebuah lagi kawasan kediaman di Bitola
Kawasan pinggir bandar Bitola
Satu lagi suasana di pinggir bandar Bitola
Selain Happy Hour tadi, kami tidak membuat persinggahan lain di Bitola. Walau bagaimanapun, kami ditunjukkan bangunan Bitola Museum yang satu masa dahulu berfungsi sebagai Monastir Military High School di mana Bapa Kemerdekaan Turkiye yang terkenal, Mustafa Kemal Ataturk menerima latihan ketenteraan. Ketika itu, Bitola terletak di bawah pemerintahan Kerajaan Ottoman.

Bitola Museum
Pemandangan Bitola Museum dari depan
Pada masa dahulu, bangunan Bitola Museum ini adalah Monastir Military High School yang pernah dihadiri oleh Bapa Kemerdekaan Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk
Satu lagi suasana di Bitola
Sebuah gereja di Bitola
Taman awam
Ladang jagung
Selepas meninggalkan Bitola, perjalanan diteruskan menuju ke pos pemeriksaan imigresen North Macedonia di Medzhitlija. Kami tak perlu turun bas di sini. Cuma serahkan saja passport kepada pemandu bas untuk dicop oleh pegawai imigresen.

Sempadan North Macedonia - Greece di Medzhitlija
Tak perlu turun bas untuk cop passport di sini. Semuanya diuruskan oleh pemandu bas.
Satu pemandangan menarik yang kami lihat ialah ada beberapa ekor Burung Merak yang bebas berlegar di sekitar pos sempadan. Burung Merak ini mungkin sengaja dibela di sini kerana ia adalah simbol North Macedonia. Gambar Burung Merak juga turut diabadikan pada matawang 10 Denar North Macedonia.

Burung Merak di pos sempadan North Macedonia
Burung Merak yang diabadikan pada wang kertas 10 Denar North Macedonia
Meneruskan perjalanan ke pos sempadan Greece
Ternakan lebah di sempadan North Macedonia - Greece


Bersambung ke Bahagian 38...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):