Wednesday, 30 September 2009

2009 JAPAN 4th VISIT BHG. 02

September 2009

JAPAN (4th VISIT)
Mount Fuji & Tokyo

Bahagian 2: Tokyo
ASAKUSA TEMPLE, GINZA, SHINJUKU & TOKYO DISNEYLAND

HARI KETIGA (2)

Part 9: Asakusa Temple

Asakusa Temple dikunjungi lagi buat kali ketiga. Namun kunjungan ini agak berbeza dengan kunjungan-kunjungan yang lalu kerana Myself benar-benar explore temple ni. Dalam kunjungan-kunjungan yang lalu, Myself cuma melawat temple ini dari luar.

Pintu masuk utama ke Asakusa Temple
Pengunjung sedang membeli kertas hajat untuk digantung di Temple
Bangunan utama Asakusa Temple sedang menjalanproses pembaikan sewaktu lawatan kami. Seluruh bangunan ditutupi kain kanvas dari luar. Walau bagaimanapun, pengunjung masih dibenarkan masuk ke dalam bangunan.
Membakar colok di luar Temple
Kedai menjual colok dan kertas hajat di perkarangan Temple.
Pemandangan di pintu masuk ke bangunan utama.
Pemandangan penganut Buddha sedang bersembahyang di dalam Temple
Dalam Bangunan Temple juga ada disediakan kedai menjual peralatan sembahyang untuk kemudahan pengunjung.
Pemandangan ke luar dari dalam Temple
Asakusa Temple sentiasa sesak dengan pengunjung yang ingin beribadat dan juga melawat.
Nakamise Shopping Street bersebelahan juga turut dikunjungi. Pelbagai cenderamata dibeli di sini untuk dibawa pulang. Sesuatu yang diperhatikan di Jepun ialah barangan yang dijual, baik di bandar atau di luar bandar, dijual dengan harga yang seragam. Kualiti barangan juga tidak berbeza. Jadi, jika anda berkenan sesuatu barangan, beli saja dan tak usah fikir panjang.

Nakamise Shopping Street
Di sekeliling Asakusa Temple juga ada banyak tempat untuk shopping.
Salah sebuah arked membeli-belah berhampiran Asakusa Temple
Pemandangan di dalam Arked
Berkumpul di sini untuk pergi makan tengahari
Excited tengok Orang Jepun pakai kimono dekat temple.

Part 10: Lunch Di Asakusa

Selepas melawat Asakusa Temple, Kitty membawa kami ke sebuah restoran berhampiran untuk makan tengahari. Disebabkan meja penuh, kami terpaksa beratur seketika sehingga ada meja yang kosong.

Ikan segar yang dimasak on the spot untuk dihidang kepada pengunjung. Gambar diambil sewaktu tengah beratur tunggu giliran masuk ke restoran. Tukang masak ni begitu sporting menggayakan ikan untuk diambil gambar.
Pemandangan dalam restoran sewaktu menunggu makanan dihidangkan. Tak tahu nama restoran ni sebab namanya hanya ditulis dalam tulisan Jepun.
Macam biasa... makanan kami disediakan berasingan dari orang lain.

Part 11: Ginza

Destinasi seterusnya ialah Ginza, sebuah pusat membeli-belah yang merupakan antara yang termahal di dunia.

Ginza
Setiap hujung minggu seperti ini, jalan raya Ginza ditutup kepada kenderaan dan dijadikan pedestrian mall.
Antara butik-butik mewah yang terdapat di Ginza
Antara butik special yang terdapat di Ginza ialah butik Burberry. Burberry mempunyai perjanjian dengan Kerajaan Jepun yang mana produk-produk tertentu keluaran syarikat tersebut hanya boleh dijual di Jepun dan tidak di negara lain.

Di tengah kemewahan dan kemodenan Ginza, masih dapat dilihat wanita-wanita berpakaian tradisional.
Oleh kerana barangan yang dijual di sini mahal, Myself dan Husband cuma window shopping di Ginza sehinggalah masa yang ditetapkan oleh Kitty untuk berkumpul semula. Amoi-amoi Shiseido tu pulak cukup excited sebab mereka terserempak dengan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei yang juga sedang membeli-belah di situ.

Part 12: Shinjuku

Selepas Ginza, kami ke Shinjuku pula. Seperti Ginza, Shinjuku juga adalah sebuah kawasan untuk membeli-belah tetapi tidaklah semahal Ginza. Maka tak hairanlah jika kawasan ini lebih ramai pengunjung berbanding Ginza.

Perhatikan betapa ramainya orang yang nak menyeberang jalan ini di Shinjuku.
Shinjuku
Stesen Keretapi Shinjuku terkenal dengan lagenda seekor anjing bernama Hachiko yang setia kepada tuannya. Setiap hari anjing ini akan menunggu tuannya di stesen keretapi ini untuk balik ke rumah bersama. Malangnya, tuan anjing telah meninggal dunia pada suatu hari. Anjing tersebut terus menunggu tuannya di stesen ini sehinggalah dia sendiri menemui ajal. Untuk mengenang kesetiaan Hachiko, penduduk Shinjuku telah membina sebuah patung anjing di hadapan stesen ini.

Stesen Keretapi Shinjuku
Lautan manusia di Shinjuku
Sebuah lorong di Shinjuku.
Sedang Myself dan Husband berjalan-jalan di Shinjuku, kami terserempak dengan sebuah kedai yang menjual buah durian. Apa lagi, terus saja masuk nak tengok berapa harga sebiji durian di Jepun ni.

Harga durian: 3,500 - 4,500 yen sebiji (RM 100 - RM 128). Harga kelapa: 300 - 700 yen (RM 8.50 - RM 20) sebiji. Mahalnya!!
Lautan manusia di Shinjuku bila malam menjelang.
Kami dibawa makan malam di Shinjuku. Menu yang dihidangkan adalah Udon dengan sup daging lembu. Disebabkan sure punya tak halal, Myself dan Husband cuma makan Udon yang dihidangkan saja. Rupa-rupanya ada juga di antara ahli rombongan  lain yang tak boleh makan di restoran ini sebab mereka tak makan daging merah mengikut kepercayaan agama mereka.

Restoran daging lembu di Shinjuku
Pemandangan di depan restoran daging lembu. Di kawasan Shinjuku ni ada ramai lelaki-lelaki muda (gigolo) yang menunggpelanggan yang kebanyakannya terdiri dari perempuan-perempuan Jepun yang sudah agak berusia.
Suasana malam di Shinjuku.
Menyedari yang kami berdua tak sentuh langsung makanan daging lembu yang dihidangkan, Kitty menawarkan untuk membawa kami makan di restoran lain, tapi kami menolak sebab dah okey walaupun makan Udon kosong. Balik ke hotel, kami sambung makan Maggi pulak.

Hotel penginapan kami di Tokyo, Hotel Metropolitan
Pemandangan di hadapan Hotel Metropolitan
Satu lagi pemandangan di depan Hotel Metropolitan.
Pintu masuk ke Hotel Metropolitan

HARI KEEMPAT

Part 13 : Tokyo Disneyland


Kami sekali lagi berpeluang melawat "Happiest Place on Earth". Kali ini ke Tokyo Disneyland. Pada pandangan Myself, Tokyo Disneyland ni lebih Happy dari Hong Kong Disneyland. Kalau nak tahu mengapa, teruskan membaca...

Happiest Place On Earth di Tokyo
Pintu masuk kenderaan ke Tokyo Disneyland
Tokyo Disneyland jauh lebih besar berbanding Hong Kong Disneyland, maka sudah pasti tempat parking bas juga jauh lebih besar.

Kami tiba sejam awal sebelum Disneyland dibuka. Namun perhatikan pengunjung yang telah tiba lebih awal dari kami. Hari itu bukan hari minggu, kalau hujung minggu mungkin lebih ramai lagi.
Keretapi bertingkapkan kepala Mickey Mouse juga terdapat di Tokyo Disneyland.
Di mana-mana Disneyland juga, pemeriksaan beg dilakukan sebelum masuk bagi tujuan keselamatan.

WORLD BAZAAR 

Tidak seperti Disneyland lain yang mempunyai Main Street, laluan utama untuk masuk ke Tokyo Disneyland adalah melalui World Bazaar yang penuh dengan restoran dan pelbagai kedai cenderamata.



Pemandangan di luar World Bazaar (dari pintu masuk luar)
Kedai-kedai di dalam World Bazaar.
Pemandangan di hujung luar World Bazaar
Cinderella Castle di hujung World Bazaar
Persembahan muzik di Cinderella Castle.
Kita tengok gambar-gambar suasana Happy di Tokyo Disneyland:

Salah sebuah ride yang menarik yang kami cuba di Tokyo Disneyland.
Masa ni tengah beratur nak naik Pirates of The Caribbean
Lanun-lanun yang mengawasi pengunjung yang nak naik ride Pirates of The Caribbean.
Happy sungguh dapat tiba di sini...
Menuju ke Fantasyland
Pemandangan World Bazaar dari Istana Cinderella
Di bawah istana Cinderella. Ketika itu, istana ini dihiasi dengan Tema Halloween.

DISNEY HALLOWEEN PARADE

Tidak seperti pengunjung ke Hong Kong Disneyland, pengunjung ke Tokyo Disneyland amat menjiwai lawatan ke sini. Di mana-mana kelihatan kanak-kanak yang memakai kostum karekter kegemaran mereka seperti Cinderella, Peter Pan dan berbagai-bagai lagi.

Kanak-kanak yang berpakaian bagaikan Princess di Disneyland.
Makan tengahari tidak disediakan sewaktu kami berkunjung ke Tokyo Disneyland. Jadi terpaksalah pandai-pandai mencari restoran dan makanan yang sesuai untuk makan tengahari di sana.

Mulanya kami mencari makan tengahari di Pan Galactic Restaurant ini, tapi tak nampak satu apa pun yang Halal di sini.
Kami kemudiannya memilih makan di Center Street Restaurant ini kerana ada hidangan seafood dalam menunya.
Menunggu makanan dihidangkan di Center Street Restaurant
Pelayan di Center Street Restaurant
Oleh kerana waktu kami ke sana adalah waktu musim perayaan Halloween, parade di Disneyland juga bertemakan Halloween.

Halloween Parade
Tentera-tentera Queen of Hearts dari cerita Alice In Wonderland
Alice In Wonderland
Pirates Of The Caribbean feat. Stitch
Pirates Of The Caribbean
Lanun-lanun Perempuan dalam tema Pirates Of The Caribbean
Mickey Mouse
Donald Duck
1001 Dalmatians
Maleficient dalam Disney Halloween Parade.
Orang Jepun cukup berdisiplin walau di mana-mana. Mereka juga cukup suka beratur. Maka tak hairanlah seawal 2 jam sebelum parade bermula, mereka telah mula menanti.

Sesuatu yang menarik diperhatikan ialah sesiapa yang berada di barisan depan akan duduk bagi memastikan orang di belakang juga dapat melihat parade dengan selesa.


Perhatikan yang semua penonton duduk menyaksikan parade.
Pengunjung-pengunjung Jepun juga sangat sporting. Bila diajak menari oleh petugas-petugas sebelum Parade dimulakan, mereka semua memberikan kerjasama dengan menggoyang-goyangkan badan walaupun tengah duduk menunggu Parade dimulakan.

HAUNTED MANSION

Kami sempat juga menaiki beberapa ride yang menarik di Tokyo Disneyland. Yang paling menarik bagi kami adalah Haunted Mansion.


Haunted Mansion
Seperti namanya, Haunted Mansion direka supaya pengunjung merasakan pengalaman seperti masuk ke rumah berhantu. Tetapi tidak seperti namanya, hantu yang terdapat di dalam Haunted Mansion ini kelakar dan tidak menakutkan. 

Semua pengunjung akan menaiki kenderaan ride berbentuk kerusi yang bergerak secara ke depan, berpusing ke belakang, ke kiri dan ke kanan seolah-olah diusik oleh hantu. Ada ketikanya kerusi turut terdongak ke atas. 

Namun yang tak dapat dilupakan adalah di penghujung ride ini di mana kerusi akan terpusing ke tepi dan pengunjung dapat melihat ke dalam cermin seolah-olah ada "makhluk" menumpang kerusi ride kita.

Gambar Haunted Mansion ride yang diambil dari internet - kita melihat imej diri di dalam cermin bersama "penumpang" yang tidak diundang.
Tidak seperti Hong Kong Disneyland yang boleh dilawati dalam masa sehari, agak mustahil untuk melawat semua tarikan yang ada di Tokyo Disneyland dalam masa sehari.

Peter Pan dan Wendy sedang melayan peminat.
Untuk membantu pengunjung memaksimakan lawatan, Tokyo Disneyland mengamalkan sistem "Fastpass". Anda boleh membooking masa masuk ke mana-mana tarikan dengan menggunakan tiket "Fastpass" yang boleh didapati secara percuma dari mesin-mesin yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik.

Walau bagaimanapun, selagi tiket "Fastpass" ini tidak digunakan, anda tak boleh mengambil tiket "Fastpass" yang lain. Tidak sukar untuk memilih ride yang hendak dipakai "Fastpass" kerana waktu menunggu ada dipamerkan secara elektronik di pintu masuk setiap tarikan.

Part 14 : Narita

Seksyen terakhir lawatan kami ke Jepun adalah ke Narita. Selepas meninggalkan Tokyo Disneyland, kami makan malam di sebuah restoran BBQ di Narita.


Restoran BBQ Dinner di Narita
Pilih makanan mentah yang dipamerkan di tepi dinding dan masak sendiri untuk dimakan.
Suasana di dalam restoran
Satu lagi pemandangan di dalam restoran.
Makan malam di restoran ini disediakan secara barbeku yang dimasak sendiri. Ada pilihan daging dan seafood disediakan. Makanan dibawa sendiri ke meja untuk dibakar di dapur yang disediakan di atas setiap meja makan (ala-ala restoran steamboat begitu). 

Lepas makan barulah kami masuk ke International Garden Hotel di Narita. Hotel ini terletak tidak jauh dari Airport Narita. Jadi, tak hairanlah jika ramai krew penerbangan tinggal di sini.


International Garden Hotel, Narita.

HARI KELIMA

Part 15: Pulang Ke Malaysia

Jepun kemudiannya ditinggalkan selepas 5 hari berada di sini. Walau ini kunjungan kali keempat, ia adalah kunjungan yang paling indah.


Sayonara, Tokyo.
Husband kata dia tak keberatan datang lagi ke Negara Matahari Terbit ini. Myself juga rasa begitu. Tak kisah datang ke sini berkali-kali kerana negara ini sangat istimewa.


CATATAN PERJALANAN JAPAN 4th VISIT (2009):