Wednesday, 20 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 09 (Cinema Center & Masjid Al Fatah)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 9: Busan Tour
BUSAN (Busan Cinema Center, Capadoccia Restaurant & Masjid Al Fatah)

HARI KETIGA (4)

Part 19: Busan Cinema Center

Kami kembali menuju ke kota Busan selepas melawat Haedong Yonggung Temple. Disebabkan Busan dikelilingi pergunungan yang tinggi, banyaklah terowong yang terpaksa dilalui.

Kembali ke Busan
Sebuah terowong yang dilalui
Pemandangan di dalam terowong
Terowong kedua yang dilalui
Pemandangan di dalam terowong
Had laju pemanduan di kawasan bandar di Korea adalah 50 km/jam
Menuju ke pusat bandar Busan
Menyusuri bukit yang tinggi
Hampir tiba ke pusat bandar
Sebuah taman di pusat bandar
Tugu Ikan Paus
Setibanya di pusat bandar, Sarah membawa kami menyusuri Nakdong River. Nakdong River yang membelah kota Busan adalah juga sungai yang terpanjang di Korea Selatan. Selain Busan, Nakdong River juga turut membelah kota Daegu.
 
Nakdong River
Pemandangan di tebing Sungai Nakdong
Bangunan-bangunan tinggi yang dibina menghadap ke Sungai Nakdong
Pemandangan Busan Cinema Center di seberang Sungai Nakdong
Perumahan-perumahan mewah di pinggir Nakdong River
Destinasi lawatan kami yang seterusnya adalah Busan Cinema Center yang merupakan venue bagi festival filem terbesar di Asia yang bernama Busan International Film Festival (BIFF). Ia telah diadakan buat pertama kali pada tahun 1996 dengan disertai 173 tayangan filem dari 31 negara. Festival terkini yang merupakan 29th Busan International Film Festival yang telah diadakan pada 2-11 Oktober 2024 (10 hari sebelum ketibaan kami di Busan) pula telah disertai 279 filem dari 63 negara.

Busan Cinema Center
 Mengikut Sarah masuk ke Busan Cinema Center dari tempat letak kereta
Vision of Asia, Ocean of Cinema
Busan Cinema Center terdiri dari 3 bangunan (Cine Mountain, BIFF Hill dan Double Cone), BIFF Theater dan Dureraum Square. Kami masuk ke Cinema Center ini menerusi tempat parking di dalam bangunan Double Cone. Sebaik keluar dari situ, inilah pemandangan yang kami lihat....

Pemandangan yang dilihat sebaik keluar dari tempat parking di Bangunan Double Cone ~ BIFF Theatre
BIFF Theater
BIFF Theater adalah venue bagi upacara pembukaan dan penutup Busan International Film Festival (BIFF). Ia mempunyai 4,000 tempat duduk serta sebuah skrin tayangan yang sangat besar. Dari semasa ke semasa, ada tayangan filem dari seluruh dunia secara percuma dibuat di sini. Tapi tak adalah pulak sewaktu kami berada di sana...

Skrin tayangan yang canggih di BIFF Theater
Tempat duduk di BIFF Theater
Pemandangan keseluruhan 4,000 tempat duduk di BIFF Theater
Satu lagi pemandangan BIFF Theater
Busan Cinema Center ini memang sunyi dan kosong ketika itu kerana tiada event yang sedang berlangsung. Jadi kita cuma berjalan-jalan saja melihat suasana di sekitar. Bayangkan saja kemeriahannya 2 minggu lepas, sewaktu BIFF sedang berlangsung...

Bangunan Double Cone di Busan Cinema Center yang mempunyai sebuah perpustakaan mengenai filem di dalamnya.
Sewaktu BIFF berlangsung, sambutan red carpet kepada selebriti-selebriti yang terpilih akan diadakan di depan bangunan Double Cone ini.

Sambutan Red Carpet akan diadakan di sini sewaktu BIFF sedang berlangsung
Pintu masuk rasmi ke upacara BIFF
BIFF
Escalator
Penunjuk arah
Cinema Elevator
Bumbung tergantung (cantilever roof) di Busan Cinema Center adalah bumbung tergantung yang terbesar di dunia. Kalau berkesempatan datang lagi ke Busan pada masa hadapan, Sarah mencadangkan supaya kami datang melawat ke Busan Cinema Center ini di sebelah malam kerana ada pertunjukan LED yang menarik diadakan di sini setiap malam.

Bumbung tergantung di Busan Cinema Center ini adalah bumbung tergantung yang terbesar di dunia
Ada pertunjukan lampu LED diadakan pada bumbung ini setiap malam
Beginilah suasana pertunjukan lampu LED yang diadakan di Busan Cinema Center pada setiap malam. [Gambar dari internet]
Sarah turut menunjukkan kami suasana di sekitar Busan Cinema Center sebelum meninggalkan tempat ini.

Patung yang menjadi simbol Busan International Film Festival
Pemandangan patung dari tepi
Jika diperhatikan betul-betul, memang patung ini ada iras-iras macam Oscar yang menjadi hadiah pemenang Academy Awards di Hollywood.
Binaan macam kubah di seberang sana adalah simbol Hershey's Chocolate
Pandangan lebih dekat Hershey's Chocolate
Scooter
Bangunan di belakang sana adalah Shinsegae Department Store yang dimiliki oleh seorang ahli keluarga Samsung
Persinggahan terakhir kami di Busan Cinema Center adalah ke Red Carpet Walk yang merupakan sebuah green screen yang sering digunakan dalam filem. Di sini kita boleh menangkap gambar diri kita sendiri yang seolah-olah sedang menerima sambutan red carpet di Busan International Film Festival.

Red Carpet Walk
Green Screen sambutan red carpet di Busan International Film Festival
Sambutan red carpet yang diberi kepada Myself dan Husband di Busan International Film Festival

Part 20: Cappadocia Restaurant

Disebabkan mishap yang berlaku semalam di mana kami telah dihantar ke Seoul Station dan bukan ke Gwangmyeong Station sewaktu nak menaiki tren KTX ke Busan, travel agency di Korea telah memberi compensation dengan memberi kami lunch percuma di Busan hari ini. Lunch ini ditetapkan di sebuah restoran Halal di Busan yang bernama Cappadocia Restaurant.

Cappadocia Restaurant
Pintu masuk ke Cappadocia Restaurant
Pengiktirafan Halal Restaurant oleh Korea Muslim Federation
Seperti namanya, Cappadocia Restaurant menghidangkan makanan Turkish. Hiasan dalamannya juga berciri Turkish. Disebabkan kami tiba agak lewat, suasana di dalam restoran lengang dan cuma kami sahaja pelanggan di restoran ketika itu. Oleh yang demikian, kami menerima layanan yang sangat istimewa dari pemilik restoran ini yang merupakan seorang lelaki Korean Muslim yang memperkenalkan dirinya sebagai Sulaiman.

Pemilik restoran, Sulaiman Jeong menjemput kami masuk ke restoran
Suasana di dalam Restoran Cappadocia
Restoran Cappadocia
Lagi suasana di dalam Restoran Cappadocia
Cappadocia Turkish Kebap House
Makanan yang disediakan di Restoran Cappadocia memang sedap, terutama sos yang diberi untuk dicicah bersama Kebap. Mana tak sedap, rupa-rupanya sos yang digunakan adalah Cili Sos Kimball dari Malaysia. Hahaha!!

Hidangan lunch kami
Roti Ekmek
Sambil makan, kami sempat berbual dengan pemilik restoran ini yang bernama Sulaiman Jeong. Dia rupa-rupanya pernah tinggal di Kuala Lumpur selama 3 tahun. Selepas meninggalkan Malaysia, Sulaiman pergi ke Arab Saudi kerana bercadang ingin membuka restoran di sana. Namun demikian, dia gagal dalam usaha untuk membuka restoran di Arab Saudi. Sulaiman walau bagaimanapun berjaya membuka restoran di Turkiye. Setelah sekian lama, dia dan isterinya yang berbangsa Turkiye kembali ke Korea dan membuka restoran ini di Busan.

Husband bergambar kenangan dengan pemilik Restoran Cappadocia, Sulaiman Jeong.
Banyak yang kami bualkan dengan Sulaiman di sini. Bila Husband memberitahu Sulaiman yang dia sangat suka makan Mi Ramen Korea segera yang Halal di Malaysia, Sulaiman memberitahu Husband yang Mi Ramen Halal ini memang tak ada di Korea. Mi Ramen Halal yang dimakan oleh Husband sebenarnya dibuat oleh syarikat pengeluarnya, Nongshim di Thailand untuk pasaran negara-negara Muslim. Malah kata Sulaiman, ada banyak syarikat makanan segera Korea yang membuka kilang di Thailand untuk mengilangkan produk mereka versi Halal di sana. Dia turut menunjukkan kepada kami sepaket spaghetti Halal keluaran Nongshim di Thailand yang diberi kepadanya oleh seorang rakan. Janganlah dicari mi segera Halal ini di Korea kata Sulaiman, sebab memang tak ada.

Korean Black Spaghetti Halal keluaran Nongshim yang dikilangkan di Thailand
Bukan saja Sulaiman berbual mesra dengan kami, dia juga berdakwah tentang agama Islam secara halus kepada Tour Guide kami, Sarah yang beragama Kristian itu. Terharu juga kami bila Sarah memuji Sulaiman. Dia memang seorang yang baik dan bagus, kata Sarah. Sarah juga memberitahu kami yang dia merasakan Orang Muslim memang orang-orang yang baik selepas dia bertemu dengan kami berdua dan Sulaiman. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada Sarah untuk memeluk agama Islam pada satu hari nanti. Amin!

Husband bergambar di depan Cappadocia Restaurant
Jalan raya di hadapan Cappadocia Restaurant

Part 21: Masjid Busan Al-Fatah

Restoran Cappadocia sebenarnya terletak bersebelahan dengan Masjid Busan Al-Fatah. Selepas makan di restoran Cappadocia, kami berkunjung ke masjid ini untuk bersolat.

Pintu masuk ke Masjid Busan Al-Fatah
Masjid Busan Al-Fatah
Maklumat mengenai Masjid Busan Al-Fatah yang ditulis dalam 4 bahasa: Korea, Inggeris, Melayu dan Arab
Masjid Busan Al-Fatah didirikan pada tahun 1980 melalui sumbangan seorang Muslim dari Libya yang bernama Dr. Al-Falaq. Masjid ini kini menjadi pusat ibadah Muslim di daerah Busan, Daegu, Ulsan, Gyeongsangnam-do dan Gyeongsangbuk-do yang berhampiran. 

Pintu masuk ke ruang solat
Hiasan dalaman masjid ini berciri Turkish kerana ia telah diubahsuai oleh Kerajaan Turkiye pada tahun 2012.

Suasana hiasan dalaman masjid yang bercirikan Turkish kerana ia telah diubahsuai oleh Kerajaan Turkiye pada tahun 2012.
Mihrab dan Mimbar
Hiasan dalaman yang bercirikan kesenian Turkish
Kubah masjid dari bahagian dalam
Perhiasan pada kubah
Pemandangan menghala ke pintu keluar
Tempat permainan kanak-kanak di perkarangan masjid


Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: