Thursday, 29 December 2022

2022 BALKANS BHG. 30 (Skopje Old Muslim Quarter)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)

Bahagian 30: North Macedonia 1
SKOPJE (Old Muslim Quarter)

HARI KEENAM (4)

Part 82: Skopje
 
Destinasi pertama kami di North Macedonia adalah ibu negaranya yang bernama Skopje (disebut: Skop-ya). Skopje adalah sebuah bandar yang menarik. Pertama kali menjejak ke sini, terus kami jatuh cinta dengan Skopje.

Pinggir kota Skopje, North Macedonia
Menuju ke pusat bandar Skopje
Semakin menghampiri Skopje
Lebuhraya menuju Skopje
Warna-warna musim luruh di North Macedonia
Menghala ke Skopje
Seperti di kebanyakan bandar-bandar lain yang kami kunjungi, ketibaan kami di Skopje turut disambut dengan pemandangan kota lama yang dinamakan Skopje Kale Fortress. Kota yang dibina di puncak bukit ini telah berusia 1500 tahun sekarang.

Skopje Kale Fortress
Kota lama ini telah berusia 1500 tahun sekarang
Bendera North Macedonia yang berkibar di puncak Skopje Kale Fortress
Seperti juga negara-negara Balkans yang lain, North Macedonia juga kerap dilanda gempa bumi. Skopje pernah mengalami gempa bumi besar pada tahun 1963 yang memusnahkan 70% kediaman penduduknya. Banyak bangunan lama dan bersejarah turut musnah. Skopje dibangunkan semula selepas gempa bumi. Hasilnya bangunan-bangunan di pusat bandar Skopje kini bercampur-baur di antara bangunan moden dengan bangunan di zaman komunis Yugoslavia. 

Banyak bangunan yang dilihat di Skopje pada hari ini adalah bangunan baru yang dibina selepas gempa bumi pada tahun 1963.
Patung singa yang menjadi simbol North Macedonia
Bangunan-bangunan di Skopje banyak yang mempunyai senibina yang unik
Pemandangan patung singa dari belakang
North Macedonian Post Office
Antara bangunan zaman komunis yang masih dilihat di bandar Skopje
Bandar Skopje pada masa dahulu terbahagi kepada Muslim Quarter dan Christian Quarter yang dipisahkan oleh Vardar River. Bagi memulakan lawatan kami ke Skopje, kami dibawa menuju ke Old Muslim Quarter.

Menuju ke Skopje Old Muslim Quarter
Skopje Kale Fortress
Tiba di Skopje Muslim Quarter

Part 83: King Philip II of Macedon Statue

Skopje adalah sebuah bandar yang penuh dengan ukiran patung. Malah ada pendapat yang mengatakan bilangan patung di Skopje lebih ramai dari bilangan penduduknya.

Patung di depan Macedonian National Theatre
Satu lagi pemandangan Macedonian National Theatre
Bas menurunkan kami berhampiran bangunan Museum of the Macedonian Struggle. Dari sini, kami dibawa berjalan kaki menuju ke Old Muslim Quarter.

Bas menurunkan kami di sini
Berjalan menuju ke Old Muslim Quarter
Museum of the Macedonian Struggle
Meriam di depan Museum of the Macedonian Struggle
Holocaust Museum ini dibina di tapak sebuah bekas penempatan Yahudi berhampiran Old Muslim Quarter
Macedonian Holocaust Museum
Patung di depan Holocaust Museum yang menggambarkan penderitaan Orang Yahudi sewaktu Holocaust
Menyeberang jalan menuju ke Old Muslim Quarter
Berjalan menghala ke Old Muslim Quarter
Pintu masuk ke Old Muslim Quarter kini ditandakan dengan sebuah patung gergasi King Philip II of Macedon. Dia adalah ayah kepada pemimpin agung Macedonia, King Alexander the Great.

Menuju ke patung King Philip II of Macedon
King Philip II of Macedon adalah raja yang menyatukan seluruh rantau Macedonia pada masa dahulu
King Philip II of Macedon adalah seorang yang buta sebelah matanya selepas cedera dalam peperangan. Dia seolah melambai kepada patung anaknya di seberang sungai dengan kata semangat, "Go, Son!"
Husband bergambar dengan King Philip II
Patung King Philip II yang dibina di sebelah sini Sungai Vardar menghadap ke patung anaknya, King Alexander the Great yang dibina di seberang sungai. Patung ini dibina seolah-olah King Philip sedang mengangkat tangan untuk memberi semangat dengan kata-kata, "Go, Son!" kepada anaknya untuk keluar berperang.

Patung King Alexander the Great yang dibina di seberang sana Sungai Vardar. Di atas bukit di belakang patung ini adalah Millenium Cross
Pemandangan lebih dekat patung King Alexander the Great
Pemandangan lebih dekat Millenium Cross. Bangunan yang sedang dibina di sebelahnya adalah TV Transmission Tower
Patung yang menggambarkan King Philip dengan anaknya Alexander
King Philip bersama isterinya Olympia dan anak mereka Alexander. Turut kelihatan adalah patung singa yang menjadi simbol North Macedonia
Pancutan air yang tidak berfungsi di kaki patung King Philip II of Macedon
Di sebelah patung King Philip II of Macedon ada pula Fountain of the Mothers. Pancutan air ini walau bagaimanapun juga tidak berfungsi ketika itu. Ia dihiasi dengan 4 buah patung wanita yang menggambarkan 4 peringkat keibuan seperti ibu mengandung, selepas melahirkan bayi, ibu menyusukan anak dan ibu yang bermain dengan anak kecil. Patung-patung ini diilhamkan dari ibu Alexander the Great yang bernama Olympia.

Pemandangan menghala ke Fountain of the Mothers
Fountain of the Mothers
Patung di Fountain of Mothers ini menggambarkan 4 peringkat proses keibuan
Ibu yang sedang mengandung
Ibu menyusukan anak
Ibu bermain dengan anak kecil
Turut dibina berdekatan adalah Monument of Saints Cyril and Methodius yang didedikasikan kepada dua orang saints yang telah mencipta script tulisan Cyrillic yang digunakan dengan meluas di Russia dan seluruh rantau Balkans kini. Saint Cyril dan Saint Methodius adalah sebenarnya sepasang adik-beradik yang berasal dari Thessaloniki di Greece. Mereka digelar Apostles to the Slavs atas jasa mereka mengembangkan agama Kristian di rantau ini.

Monument of Saints Cyril and Methodius
Pandangan lebih dekat wajah St Cyril dan St Methodius
Plak di kaki monumen yang menceritakan perjuangan St Cyril dan St Methodius dalam mengembangkan ajaran Kristian
Sebelum melangkah pergi, kita nikmati dulu pemandangan di sekitar Patung King Philip II of Macedon ini.

Stone Bridge
Patung Kuda
Archaeological Museum of the Republic of Macedonia
Pemandangan sebahagian Skopje Kale Fortress
Arah tujuan
St. Demetrius Church
St. Demetrius Bell Tower
Pandangan lebih dekat St. Demetrius Bell Tower
Kedai buku milik Gereja St. Demetrius
Sebahagian Skopje Kale Fortress di belakang Gereja St. Demetrius
Ministry of Transport & Communications of Macedonia
Bangunan Ministry of Transport & Communications of Macedonia ini terletak betul-betul di sebelah patung King Philip II of Macedon
Pandangan lebih dekat patung-patung pada bangunan Ministry of Transport & Communications of Macedonia
Merenung masa depan...
Daut Pasha Hammam
Pandangan Patung King Philip II of Macedon dari belakang

Part 84: Old Skopje Bazaar

Dah puas melihat patung King Philip II of Macedon, Mehmet membawa kami menuju ke Old Skopje Bazaar berhampiran untuk makan malam.

Berjalan menuju ke Old Skopje Bazaar
Bangunan di sebelah kiri adalah South East European University. Syok betul kalau kampus universiti kita duduk kat tengah-tengah bazaar macam ini.
Vending machine di tepi sebuah kedai souvenir
Sebelum ke restoran makan malam, kami singgah dulu di sebuah kedai souvenir di tengah jalan. Macam-macam souvenir dijual di sini. Makanan ringan pun ada dijual dan yang paling best ada label Halal pada makanan-makanan ini.

Singgah sebentar di kedai souvenir
Pelbagai souvenir yang dijual
Mother Theresa adalah warga North Macedonia yang sangat dihormati di seluruh dunia
Pahlawan-pahlawan Macedonia
Keychain
Fridge Magnet
Pelbagai makanan ringan juga turut dijual
Banyak makanan ringan ini yang mempunyai label Halal
Husband bergambar dengan biskut sedap yang dibeli.
Pemandangan menghala ke patung King Philip II of Macedon
Pemandangan menghala ke Millenium Cross yang terletak di atas bukit
Skopje Old Bazaar didirikan pada zaman pemerintahan Ottoman pada kurun ke-12 Masehi. Ia pernah musnah dalam satu kejadian gempa bumi pada tahun 1555 dan dibakar dalam satu peperangan pada tahun 1689. Ia juga mengalami kemusnahan dalam satu kejadian gempa bumi besar pada tahun 1963 di samping kemusnahan sewaktu Perang Dunia Pertama dan Kedua dulu.

Restoran di Old Skopje Bazaar
Disebabkan bazaar ini dibangunkan pada zaman Ottoman, ciri-ciri Turki sangat ketara di sini
Suasana di Skopje Old Bazaar
Abang berbual dengan Mehmet
Satu lagi suasana di Skopje Old Bazaar
Pelbagai barangan dijual di sini
Muslim Shop di depan sana sebenarnya boleh ditemui di merata tempat di Skopje
Arah ke Muslim Shop
Penunjuk arah ke Masjid Murat Pasha dan Church of Holy Saviour
Turist
Dinner kami disediakan di sebuah restoran Turki yang bernama Saç Family Restaurant. Makan malam yang disediakan cukup mewah ~ maklumlah portion orang Turki!

Restoran dinner kami
Saç Family Restaurant
Menu makanan di Saç Family Restaurant
Portion makanannya besar dan mewah
Family Photo
Perhiasan pada dinding restoran
Suasana di Saç Family Restaurant
Satu kenangan yang tak dapat Myself lupakan di sini adalah apabila kami dihampiri oleh seorang Makcik Peminta Sedekah. Disebabkan portion makanan yang dihidangkan sangat besar, memang kami tak habis makan. Jadi kami beramai-ramai membungkus baki makanan yang tak habis dengan kertas tisu dan memberikannya kepada Makcik itu. Myself tak dapat nak melupakan senyuman pada wajah Makcik itu bila kami memberikan baki makanan kepadanya. Mungkin dia tak pernah menerima makanan sebanyak itu sebelum ini. Mudah-mudahan Makcik ini dan keluarganya tidak tidur kelaparan pada malam itu.
  
Kenangan selepas makan malam
Selepas makan, kami meninggalkan Old Skopje Bazaar berjalan kembali menuju ke bas yang parking berdekatan Holocaust Museum.

Menara hijau di belakang sana adalah Murat Pasha Mosque yang terletak di Old Skopje Bazaar
Berjalan meninggalkan Old Skopje Bazaar
Kembali semula ke Patung King Philip II of Macedon
Gerai berhampiran Patung King Philip II of Macedon
Gereja St Demetrius
Berjalan mendapatkan bas
Holocaust Museum
Patung di depan Holocaust Museum
Bas menunggu di sini

Part 85: Austrian Palace Hotel

Hotel penginapan kami pada malam itu adalah Austrian Palace Hotel yang terletak di pinggir bandar Skopje. Macam biasa, disebabkan kita tiba dalam kepekatan malam, tak nampak suasana di sekeliling hotel ini.
  
Austrian Palace Hotel
Pintu masuk ke Austrian Palace Hotel
Membawa bagasi masuk ke hotel
Lobi Austrian Palace Hotel yang kecil
Menunggu nak check-in ke bilik
Lif hotel yang antik dan comel
Bilik penginapan kami yang macam bilik Maharaja Austria dulu
Aha... ada kettle disediakan...
Toilet facilities
Shower


Bersambung ke Bahagian 31...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):