Friday, 6 January 2023

2022 BALKANS BHG. 34 (Ohrid 1)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)

Bahagian 34: North Macedonia 5
OHRID

HARI KETUJUH (4)

Part 93: Perjalanan Ke Ohrid

Dari Tetovo yang terletak di barat laut North Macedonia, perjalanan kami diteruskan ke arah selatan menuju ke Ohrid yang terletak berdekatan dengan sempadan Albania.

Meneruskan perjalanan ke Ohrid
Plaza Tol sewaktu masuk ke lebuhraya
Pemandangan kawasan pertanian
Ladang pertanian
Lagi pemandangan ladang pertanian
Tanaman banyak dah dituai di musim luruh begini
Jika pemandangan dalam perjalanan dari Skopje ke Tetovo banyak melalui kawasan pertanian, pemandangan dalam perjalanan dari Tetovo ke Ohrid pula banyak melalui kawasan hutan. Suasana di luar nampak panas dengan cahaya matahari bersinar terang, tetapi jangan tertipu sebab suhu di luar sana agak sejuk ~ 16'C. Mungkin disebabkan mukabuminya yang bergunung-ganang, iklim di North Macedonia memang lebih sejuk berbanding tempat-tempat lain yang kami kunjungi di Balkans ini.

Dekat-dekat nak tiba di Ohrid barulah kita bertemu kembali dengan kawasan pertanian.

Kita dah turun dari kawasan gunung ketika ini
Perkampungan di North Macedonia yang mungkin dihuni penduduk Muslim kerana ada sebuah masjid di situ
Pemandangan di kawasan perkampungan
Padang ragut
Disebabkan ada peraturan di Eropah yang memaksa pemandu bas berhenti rehat setiap maksima 2 jam pemanduan, bas kami membuat perhentian Happy Hour di sebuah tempat yang bernama Kichevo.

Stesen minyak di Kichevo
Pemandangan stesen minyak dari sudut lain
Kawasan perumahan berhampiran stesen minyak
Sabun apa yang dipakai untuk mencuci kereta ~ colour purple begitu?!
Bukan setakat penumpang bas membuat Happy Hour, bas sendiri pun membuat Happy Hour juga dengan mengisi minyak di sini.

Stesen minyak di sini juga layan diri ~ sama macam di Malaysia
Selepas membuat perhentian Happy Hour, kami meneruskan perjalanan lagi sehingga sampai ke Ohrid.

Pergunungan cantik di North Macedonia
Gereja kecil di atas bukit
Macam ada kawasan perkhemahan di sana
Arah ke Ohrid
Pinggir bandar Ohrid

Part 94: Ohrid

Ohrid adalah bandar pelancongan yang popular di North Macedonia. Di samping terletak di pinggir Lake Ohrid yang cantik, ia juga sangat bersejarah. Pada satu ketika terdapat 365 buah gereja di Ohrid ~ satu gereja untuk setiap hari dalam setahun ~ sehingga ia menerima gelaran sebagai Jerusalem of the Balkans. 

Ohrid
Casino Star
Bandar Ohrid
Bandar Ohrid juga nampak tenang kerana sekarang bukan peak season untuk pelancong
Kenderaan di Ohrid
Ohrid juga menerima pengiktirafan sebagai Cultural World Heritage Site dari UNESCO pada tahun 1979. Seterusnya ia turut menerima pengiktirafan sebagai Natural World Heritage Site juga dari UNESCO pada tahun 1980. Ohrid kini adalah salah sebuah di antara 28 tapak di dunia yang menerima pengiktirafan UNESCO bagi kedua-dua ketegori: Cultural and Natural World Heritage Site.

Ada banyak hotel kecil di Ohrid
Lagi pemandangan di Ohrid
Ohrid juga ada banyak roundabout
Rumah-rumah kediaman yang turut disewa kepada pelancong pada waktu puncak
Suasana yang tenang dan damai
Pinggir bandar Ohrid

Part 95: Amfora Restaurant

Sebaik tiba di Ohrid, kami terus dibawa untuk makan tengah hari di Amfora Restaurant.

Bas menurunkan kami di sini
Berjalan ke Amfora Restaurant
Tiba di Amfora Restaurant
Amfora Restaurant
Suasana di dalam Amfora Restaurant
Menunggu makanan dihidangkan
Gambar kontroversi di Amfora Restaurant ~ posing dengan botol arak kat kiri kanan. Hahaha!!
Waiter di Amfora Restaurant
Hidangan sup sebagai pembuka selera
Makanan yang dihidang kepada kami untuk lunch hari ini adalah ikan yang ditangkap di Lake Ohrid sendiri. Nama ikan ini Prespa. Katanya spesis ini cuma ada di Lake Ohrid.

Sup
Prespa Fish dan Nasi
Dessert
Berkumpul di depan Restoran Amfora selepas lunch
Berjalan ke Tasik Ohrid

Part 96: Lake Ohrid

Selepas makan, program yang diaturkan untuk kami adalah Boat Cruise di Lake Ohrid. Maka kami beramai-ramai berjalan ke sana.

Pemandangan pertama Lake Ohrid
Berjalan di pinggir tasik
Swans berenang di Lake Ohrid
Air tasik yang sangat jernih
Hotel City Palace
Dengan kedalaman 288 meter, Lake Ohrid adalah tasik yang terdalam di Eropah. Secara geologi, ia adalah juga salah sebuah tasik yang tertua di dunia. Ia dianggarkan telah berusia 4 juta tahun. Selain dari itu, terdapat 200 spesis haiwan endemic tinggal di Lake Ohrid. Kerana itulah tasik ini mendapat pengiktirafan sebagai World Heritage Site dari UNESCO.

Pemandangan bandar Ohrid di tepi tasik
Seperti juga kebanyakan bandar tua lain di Eropah, Ohrid juga mempunyai sebuah kota yang dibina di atas bukit.
Itik berenang riang di dalam tasik
Walaupun ketika itu sedang musim luruh, masih ada sedikit bunga yang cantik juga berkembang di tepi tasik.

Jeti
Bot cruise kami berlabuh di sebuah jeti di hujung bandar. Maka ke sanalah kami berjalan...

Berjalan menuju ke tempat bot berlabuh
Jeti di tengah bandar
Gerai souvenir
Mencari habuan di tengah tasik
Berehat-rehat di tepi tasik
Topiari Beruang
Dah nampak bot cruise kat hujung sana...
Kereta mainan kanak-kanak untuk disewa
Monumen St. Cyril & St. Methodius
Bot kami berlabuh di sini


Bersambung ke Bahagian 35...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):