Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(GREECE: Thessaloniki & Kavala)
Bahagian 38: Greece 1
NORTHERN GREECE (Egnatia Odos)
HARI KELAPAN (2)
Part 106: Selamat Datang Ke Greece
Myself rasa macam bemimpi bila kami akhirnya sampai di Greece. Greece dah lama berada dalam radar negara yang ingin dikunjungi tetapi macam susah saja rasanya nak sampai ke situ. Alhamdulillah bila akhirnya impian ini menjadi kenyataan...
|
Pos Sempadan Greece di Niki (Gambar dari internet) |
|
Pandangan dekat Pos Sempadan Greece di Niki (Gambar dari internet) |
|
Pemandangan pertama Greece selepas melalui pos sempadan |
Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana sedar tak sedar, Greece adalah negara yang ke-37 di dunia yang diizinkan-Nya Myself jejak sehingga kini. Agak-agak boleh tak capai 50 negara by 2030 nanti? Hehehehhh!!
|
Negara yang telah dilawati 1995-2022. Bila boleh isi senarai ini sampai no. 42 tu agaknya? |
|
Greece |
Perjalanan kami di Greece ini walau bagaimanapun hanya di bahagian utara saja. Tapi tak apa, setakat ini dulu rezeki kami nak melawat ke Greece. Kalau Allah izinkan lagi, Insyaallah kami akan datang lagi ke Greece melawat bahagian yang lain pula.
|
Dah kena tukar jam sekarang sebab waktu di Greece adalah sejam lebih awal berbanding North Macedonia |
Sebaik masuk ke Greece, kami dinasihatkan oleh Mehmet untuk menukarkan jam kami kerana waktu di Greece adalah sejam awal berbanding North Macedonia. Handphone dan portable wifi perlu direset untuk memastikan waktu dan perkhidmatan yang dicapture adalah milik Greece.
|
Ladang zaitun |
Greece adalah sebuah negara yang terletak paling selatan di benua Eropah. Ia bersempadan dengan Albania, North Macedonia, Bulgaria dan Turkiye. Ibu negaranya yang bernama Athens terletak di bahagian selatan. Thessaloniki yang akan kami singgahi sebentar lagi adalah bandaraya yang kedua terbesar di Greece.
Penduduk Greece memanggil negara mereka sebagai Hellas. Perkataan Greece berasal dari perkataaan Graecia, nama yang diberikan oleh orang Rom kepada negara ini. Negara Greece kini memiliki persisiran pantai yang terpanjang di Eropah. Seorang philosopher Greek terkenal yang bernama Plato pernah memberi perumpamaan bahawa orang Greek tinggal di tepi laut sepertimana katak tinggal di sekeliling kolam.
Di bawah pemerintahan Alexander the Great, Greece berkembang menjadi sebuah empayar yang sangat besar meliputi Mesir sehingga ke India.
|
Menuju ke Thessaloniki |
|
Perjalanan ke Thessaloniki |
Perjalanan ke Thessaloniki dari sempadan North Macedonia masih jauh lagi. Sambil kita menikmati pemandangan menuju ke sana, apa kata kita imbas sejarah dan keistimewaan Greece yang terkenal di seluruh dunia...
Tamadun Greek
Greece terkenal sebagai Cradle of Civilization kerana tamadun paling terkenal di dunia bermula di sini. Tamadun Greece bukan hanya berpusat di Athens bahkan berbagai kawasan di seluruh Greece.
Tamadun besar pertama di Greece bermula di Minoa yang berpusat di pulau Crete sekitar 2000 SM. Ada lukisan dinding yang ditemui di runtuhan Istana Knossos menunjukkan kegemaran rakyat jelata ketika itu membuat backflip di depan seekor lembu yang mengganas. Sukan Laga Lembu yang popular di Spain mungkin sebenarnya bermula dari sini. Kerajaan Minoa ini walau bagaimanapun telah ditakluk oleh Mycenea dari tanah besar Greece pada tahun 1450 SM.
|
Di negara inilah tamadun purba yang terkenal di seluruh dunia bermula |
Di zaman purba dulu, Greece terbahagi kepada banyak kerajaan yang dinamakan negara kota (city-state) yang diperintah oleh golongan bangsawan. Antara negara kota yang terbesar adalah Athens, Sparta, Thebes dan Conrith. Setiap negara kota ini mempunyai wilayah jajahan di sekitarnya. Mereka juga sering berperang di antara satu sama lain.
Athens menjadi negara kota yang paling berjaya sekitar tahun 508 SM. Amalan demokrasi yang menjadi asas kepimpinan negara seluruh dunia kini bermula di Athens di mana rakyat dibenarkan mengundi untuk memilih pemimpin dan undang-undang mereka. Namun demikian hak mengundi cuma diberi kepada kaum lelaki sahaja ketika itu.
Walau memiliki tamadun yang hebat, Greece tetap tunduk menjadi jajahan takluk negara lain pada masa dahulu. Bermula dari kurun ke-2 Masehi, Greece ditakluk oleh Kerajaan Rom selama 2,000 tahun. Selepas itu, ia ditakluk pula oleh kerajaan Ottoman dari Turkiye. Greece hanya mencapai kemerdekaan pada tahun 1832.
|
Perkampungan Greek di kawasan pertanian |
Bahasa Greek
Bahasa Greek pernah menjadi bahasa perantaraan (Lingua Franca) di seluruh Eropah Timur selama beberapa tahun. Sehingga kini, perkataan-perkataan Greek masih digunakan dalam pelbagai bahasa Eropah. 30% perkataan dalam Bahasa Inggeris misalnya adalah berasal dari perkataan klasik Greek.
|
Signboard di lebuhraya |
Orang Greek juga telah mencipta huruf (alphabet) yang masih digunakan sehingga sekarang. Malah perkataan alphabet berasal dari 2 huruf pertama dalam tulisan Greek: Alpha dan Beta. Huruf Latin, Cyrillic dan Gothic juga banyak berasal dari huruf Greek.
|
Papan tanda di lebuhraya menggunakan tulisan Greek dan Latin |
Banyak huruf Greek turut digunakan dalam bidang sains dan matematik. Ia banyak digunakan sebagai constants, variables dan functions.
Antara yang biasa kita jumpa di sekolah dulu adalah seperti berikut:
- Δ (Delta) - perubahan dalam kuantiti;
- π (Pi) - pemalar (constant) 3.1415 yang digunakan untuk mengira ukurlilit dan isipadu bulatan;
- λ (Lambda) - jarak gelombang cahaya dalam fizik;
- θ (Theta) - sudut;
- Σ (Sigma) - jumlah.
Ingat lagi tak? Hehehehhh....
|
Amaran beruang melintas di lebuhraya |
Alexander the Great
Ingat lagi tak patung Alexander the Great yang kita lihat di Skopje dulu? Dia adalah raja kerajaan Greek purba yang bernama Macedonia pada masa dahulu. Alexander juga dianggap sebagai salah seorang komander perang terbaik dalam sejarah dunia.
Alexander the Great dilahirkan pada 20 Julai 356 SM. Dia memerintah Macedonia bermula tahun 336 SM pada usia 20 tahun dan meninggal dunia pada tahun 323 SM pada usia 32 tahun.
|
Kawasan yang sedang kita lihat sekarang adalah sebahagian dari Wilayah Macedonia yang merupakan tempat asal Alexander the Great |
Ayah Alexander adalah King Philip II of Macedon yang berjaya membina sebuah empayar yang kuat dan bersatu di Ancient Greece. Empayar inilah yang kemudiannya diwarisi oleh Alexander.
Seperti kebanyakan anak bangsawan lain pada masa itu, Alexander juga menerima pendidikan dari tutor peribadi. Dia belajar matematik, membaca, menulis dan bermain alat muzik kecapi (lyre). Di samping itu, Alexander turut belajar berperang, menunggang kuda dan memburu. Bila usia Alexander mencecah 13 tahun, ayahnya mengupah ahli falsafah terkenal Aristotle untuk mengajar beliau. Sebagai balasan ke atas jasa mengajar anaknya, King Philip II membebaskan kampung halaman Aristotle yang bernama Stageira dari perhambaan.
|
Dari wilayah inilah Alexander the Great memimpin tenteranya ke timur untuk membentuk empayar pemerintahan yang terbesar di dunia |
|
Pemandangan yang tenang dan damai ini pasti pernah menyaksikan banyak peperangan di antara negara kota pada masa dahulu |
|
Mungkin kawasan ini juga pernah dijejak oleh Alexander the Great pada masa dahulu |
Selepas naik takhta dan meletakkan seluruh Greece di bawah pemerintahannya, Alexander mula berpaling ke timur untuk mengembangkan pemerintahannya. Dia memulakan langkahnya dengan menakluk Asia Minor (Tukiye) dan seterusnya menakluk Syria dengan mengalahkan tentera Persia di Issus dan Tyre. Kemudian, Alexander menakluk Mesir dan menjadikan Alexandria sebagai ibu negaranya. Selepas menakluk Mesir, Alexander mengorak langkah menakluk Babylon dan Persia, termasuk kota Susa. Dari Persia, Alexander mula menakluk India.
Disebabkan terlalu lama berperang dan berjauhan dengan keluarga, tentera Alexander mula memberontak hendak pulang. Alexander mengalah dan mula berpatah balik ke Greece. Walau bagaimanapun, perjalanan pulang Alexander hanya berakhir di Babylon di mana dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia pada usia 32 tahun, disyaki akibat diracun. Empayar yang dibina oleh Alexander dipecah-belah dan dibahagi-bahagikan di kalangan jeneral perangnya yang digelar Diadochi yang berebutkan kuasa di antara satu sama lain. Maka runtuhlah empayar terbesar di dunia yang telah dibina oleh Alexander the Great ini.
|
Landasan keretapi yang dilihat dalam perjalanan ke Thessaloniki |
|
Landasan keretapi |
Sehingga kini tak siapa tahu siapa Alexander the Great yang sebenarnya. Berdasarkan fakta sejarah perjalanan penguasaannya ke sebelah timur, ada pendapat yang mengatakan dia adalah Iskandar Zulkarnain yang disebut di dalam Al Quran.
Sukan Olimpik
Greece adalah juga negara yang bergunung-ganang. 80% permukaan tanahnya terdiri dari gunung-ganang yang tinggi. Pergunungan ini menyukarkan perjalanan dan sering menjadi sempadan semula jadi di antara negara-negara kota. Gunung yang tertinggi di Greece adalah Gunung Olympus yang dipercayai oleh penduduk Greek purba sebagai tempat kediaman dewa-dewa mereka yang digelar sebagai The Twelve Olympians.
|
Rupa bumi Greece yang bergunung-ganang |
|
Solar Farm |
Sukan Olimpik bermula di Greece sekitar 3,000 tahun dahulu pada tahun 776M sebagai upacara untuk menghormati Dewa Zeus yang merupakan ketua kepada semua dewa Orang Greek. Acara yang dipertandingkan adalah lumba lari, lompat jauh, membaling cakera, membaling lembing, gusti dan lumba chariot. Sebelum memulakan pertandingan, para atlit perlu bersumpah kepada Zeus yang mereka telah berlatih selama 10 bulan.
Ada syarat yang dikenakan kepada atlit yang hendak bertanding dalam Sukan Olimpik ketika itu. Hanya lelaki yang merdeka dan bukan hamba abdi dibenarkan bertanding. Peserta juga mesti bertutur dalam Bahasa Greek. Ada rekod yang menunjukkan peserta juga mestilah orang muda atau paling tidak tampak muda. Walaupun sukan ini hanya dibuka kepada kaum lelaki, ada juga rekod yang menunjukkan seorang wanita pernah memenangi pertandingan lumba chariot, tetapi mungkin sebagai pemilik kepada chariot tersebut. Namun secara umumnya wanita bukan saja dilarang bertanding di dalam Sukan Olimpik, malah mereka turut dilarang menyaksikan sukan yang dipertandingkan.
|
Ladang zaitun di kejauhan |
Perkataan Olimpik berasal dari perkataan Olympus, tempat di mana Sukan Olimpik purba yang pertama diadakan. Ia diadakan di sana kerana para dewa Greek dipercayai tinggal di Gunung Olympus. Para atlit yang bertanding pula datang dari seluruh jajahan Greece. Hadiah yang diberikan ketika itu bukanlah pingat emas, perak ataupun gangsa ~ cuma ranting pokok olive yang boleh dibawa pulang. Namun kemegahan memenangi acara yang dipertandingkan membolehkan para atlit menjadi terkenal dan kadang kala diberi imbuhan wang oleh negara kota dari mana mereka berasal.
|
Pokok zaitun yang dah kekuningan |
|
Pemenang-pemenang Sukan Olimpik Greek Purba cuma diberi ranting dari pohon olive sebagai hadiah kemenangan |
Sukan Olimpik purba ini diadakan setiap 4 tahun selama 1,000 tahun sehingga diberhentikan pada tahun 393M oleh pemerintah Rom yang menawan Greece. Walau bagaimanapun, Sukan Olimpik moden telah dihidupkan semula di Athens pada tahun 1896 dan terus menjadi acara sukan yang tersohor di dunia sehingga sekarang.
|
Rakyat Greek rata-ratanya kini masih kuat berpegang kepada ajaran Kristian Orthodox |
Marathon adalah satu acara yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Menurut ceritanya, seorang wira Greek yang bernama Pheidippides telah berlari sejauh 150 batu dari Marathon ke Sparta untuk mendapatkan pertolongan sewaktu negaranya diserang tentera Persia. Selepas orang Greek menang dalam pertempuran dengan Persia ini, Pheidippides berlari sekali lagi sejauh 25 batu dari Marathon ke Athens untuk memaklumkan kemenangan mereka. Dari sinilah perlumbaan Marathon mendapat nama.
|
Ladang biri-biri |
|
Grazing pastures |
|
Pokok di tengah ladang ternakan |
|
Pemandangan yang tenang dan damai |
Greece Muflis
Sejarah moden Greece yang terpahat di ingatan dunia kini pula adalah peristiwa di mana Greece diisytiharkan muflis pada tahun 2009. Ia adalah ekoran krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi disebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan dalam penganjuran Sukan Olimpik 2004.
|
Pertanian moden di Greece |
Menurut penerangan yang diberi oleh Mehmet kepada kami, Greece sebenarnya adalah sebuah negara yang kaya kerana memiliki industri perkapalan yang terbesar di dunia. Namun demikian, kekayaan ini terkumpul di negara luar seperti Liberia di Afrika kerana pengusaha Greece lebih selesa menyimpan wang mereka di luar negara.
|
Ladang jagung seluas mata memandang |
|
Lagi pemandangan kawasan pertanian yang indah |
Krisis kewangan Greece sangat teruk ketika itu di mana rakyat cuma boleh mengeluarkan maksima hanya 30 Euro dari mesin ATM setiap hari. Namun demikian, disebabkan Greece adalah ahli European Union, ia telah dibantu oleh European Central Bank untuk memulihkan kembali ekonominya. Walaupun Greece masih dibelenggu hutang, status ekonominya kini telah pulih dari status muflis.
|
Lebuhraya di Greece |
Part 107: Lebuhraya Egnatia Odos (M2)
Perjalanan kami diteruskan lagi menggunakan Lebuhraya Egnatia Odos (M2) yang dibina selari dengan sebatang jalan di zaman Rom yang dinamakan Via Egnatia yang menyambungkan Durres di Albania dengan Byzantium (Istanbul). Ada banyak loji tenaga elektrik dan juga sumber tenaga boleh baharu (renewable energy) dilihat di sepanjang lebuhraya ini.
|
Pemandangan dari Lebuhraya Egnatia Odos |
|
Pemandangan kawasan pertanian |
Satu pemandangan yang sangat menarik perhatian ialah Agios Dimitrios Power Station yang merupakan loji tenaga elektrik yang terbesar di Greece. Loji ini menjana elektrik menggunakan arang batu.
|
Pemandangan Agios Dimitrios Power Station dari lebuhraya |
|
Agios Dimitrios Power Station |
|
Laluan masuk ke Agios Dimitrios Power Station |
Kalau dah ada loji tenaga elektrik yang besar begitu, mestilah ada juga pemandangan power transmission line berdekatan.
|
Power transmission line di tepi lebuhraya |
|
Lagi pemandangan power transmission line berhampiran lebuhraya |
|
Pemandangan dari lebuhraya |
Di tepi lebuhraya ini juga, kita dapat melihat banyak panel tenaga solar. Apa yang menarik mengenai panel solar ini ialah mereka menggunakan teknik bifacial (double-side) yang boleh mengutip cahaya dari kedua-dua belah panel. Penggunaan bifacial solar panel ini menghasilkan 1/3 lebih banyak tenaga berbanding panel monofacial.
|
Panel solar di tepi lebuhraya Egnatia Odos |
|
Penggunaan panel bifacial seperti ini menghasilkan 1/3 lebih tenaga solar berbanding panel monofacial yang biasa. |
Selain loji tenaga elektrik konvensional dan panel solar, kita juga dapat melihat wind farm di tepi lebuhraya ini.
|
Wind Farm |
Kawasan utara Greece memang dipenuhi pergunungan. Oleh yang demikian, satu lagi perkara lagi yang sangat fascinating sewaktu melalui Lebuhraya Egnatia Odos adalah bilangan terowong yang sangat banyak. Bukan sekadar 1 atau 2 buah terowong yang dilalui ~ bahkan berlapis-lapis! Dari maklumat yang Myself baca, Lebuhraya Egnatia Odos ini secara keseluruhannya mempunyai 76 buah terowong dan kami hanya melalui beberapa buah sahaja dalam perjalanan menuju ke Thessaloniki.
|
Pergunungan di Northern Greece |
|
Terowong yang pertama |
|
Suasana dalam bas sewaktu melalui terowong |
|
Selepas keluar dari terowong ini, ada sebuah lagi terowong menanti di depan sana |
|
Nurseri bunga-bungaan di Veria |
|
Bandar Veria |
|
Satu lagi pemandangan di bandar Veria |
Malangnya kami tak berjumpa dengan tandas awam yang boleh digunakan di Veria. Bas cuba berhenti di sebuah stesen minyak tetapi kami tidak dibenarkan untuk menggunakan tandas kerana bas tidak mengisi minyak di situ. Oleh yang demikian, dengan persetujuan ahli group yang terlibat, kami kembali ke lebuhraya untuk meneruskan perjalanan ke Thessaloniki.
|
Pemandangan di Veria |
|
Meninggalkan Veria untuk kembali ke lebuhraya |
Bersambung ke Bahagian 39...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):